Nama Fuad Rahman, mula dikenali dan menjadi sebutan apabila dia kembali beraksi menerusi Program Realiti Gegar Vaganza 9 (GV9) yang lalu.
Meski mempunyai sejarah silam yang tidak berapa enak untuk diungkapkan, di tambah pula dengan ukiran tatu di bahagian leher dan beberapa anggota badan yang lain. Namun, itu bukanlah penghalang untuk Fuad menuju ke arah kebaikan dan kembali ke pangkal jalan.
Alunan Merdu Surah Taha, Bacaan Fuad Rahman Jadi Bualan!
Baru-baru ini, sebuah muatnaik video yang dikongsikan isterinya di aplikasi TikTok menerusi akaun pengguna @Rajakingtom telah berjaya menarik perhatian warganet sekaligus membuatkan rata-ratanya merasa kagum.
Dalam hantaran video berkenaan dapat dilihat penyanyi kelahiran Singapura itu bersama isterinya memenuhi undangan sebagai tetamu jemputan dalam rancangan Geng Ngaji iaitu sebuah program terbitan Astro.
Pada program itu, dapat dilihat Fuad yang mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran dari Surah Taha dengan penuh penghayatan dengan begitu merdu sekali.
Mengulas isu sama, isteri kepada Fuad iaitu Raja Farah Afzal Raja Ikram atau lebih dikenali sebagai Tom tidak menafikan bahawa dirinya masih belum pandai mengaji lancar dan merdu seperti suaminya.
Kebanyakkan warganet membanjiri hantaran itu dengan komen puji-pujian diatas perkongsian murni yang dilakukan oleh Tom berhubung sisi positif suaminya.
Malah, tidak kurang juga yang menzahirkan rasa kagum dan tersentuh dengan alunan ayat suci al-Quran yang dibaca Fuad.
Ads
Sekadar info, Fuad dan Tom mendirikan rumah tangga pada 26 Februari lalu di Batam, Indonesia dengan kehadiran keluarga dan sahabat terdekat.
Sebelum ini, Tom dan Fuad pernah menjalinkan hubungan cinta pada tahun 2005, bagaimanapun ikatan mereka terputus ditengah jalan selepas Fuad dijatuhkan hukuman penjara ekoran terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Beruntunglah bagi sesiapa yang berjaya memanfaatkan kehadiran Ramadan dengan melakukan banyak amal kebajikan. Kedatangan hari raya menjadikan umat Islam dapat bergembira atas segala nikmat kurniaan daripada Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan iaitu kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika bertemu dengan Tuhannya.” (Hadis riwayat Muslim)
Tatkala umat Islam berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan, mereka akan berasa gembira. Kegembiraan merujuk kepada rasa syukur kerana berpeluang menunaikan perintah Allah SWT. Bukan kegembiraan itu kerana dapat lari daripada larangan makan dan minum pada siang hari. Bagi menzahirkan kesyukuran dan kegembiraan menyambut Aidilfitri nanti, umat Islam perlu meraikannya dengan mengikuti jejak langkah serta sunah yang dianjurkan Rasulullah SAW.
Itulah semangat yang perlu ada dalam diri setiap Muslim. Antara sunah Rasulullah SAW ketika hari raya ialah sentiasa mengagungkan Allah SWT dengan ungkapan takbir, tasbih dan tahmid. Apabila terbenam matahari pada hari terakhir Ramadan, perbanyakkanlah mengingati Allah SWT sebagai tanda mensyukuri nikmat kurniaan-Nya.
Telah menjadi kewajipan setiap orang Islam untuk merai dan memuliakan tetamu. Tetamu adalah amanah yang kita tidak boleh melayaninya sambil lewa. Melayani tetamu adalah sunnah Nabi SAW. Apa lagi jika tetamu itu adalah tetamu istimewa yang bukan sahaja datang bertandang malah membawa kepada kita hadiah-hadiah yang istimewa.
Kita hendaklah menyambutnya dengan penuh kegembiraan. Selamat datang wahai tetamu yang sungguh istimewa.
Syawal adalah tetamu yang ketiga yang datang kepada mereka-mereka yang telah melalui Ramadhan dengan baik. Mereka layak menerima hadiah yang istimewa Syawal iaitu mereka telah menjadi suci bersih dan kembali kepada fitrah.
Pada 1 Syawal mereka meraikannya dengan bertakbir tanda kemenangan menjadikan Aidilfitri begitu bermakna kepada mereka. Hadiah Syawal yang kedua adalah puasa sunat enam hari buat melengkapkan puasa Ramadhan.
Rasulullah SAW bersabada, “Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringi puasa enam hari bulan Syawal bererti telah berpuasa setahun penuh” ( H.R. Muslim, Abu Daud, At-Tirmizi dan Ibnu Majah)
1. Mandi sebelum menunaikan solat Hari Raya.
Imam Malik rh meriwayatkan sebuah hadis di dalam al-Muwatto’ (الموطأ)
Maksudnya: “Sesungguhnya Abdullah bin Umar akan mandi pada pagi hari Raya al-Fitri sebelum beliau keluar ke tempat solat hari raya.”
Al-Imam al-Nawawi menyebut para ulama telah bersepakat atas sunatnya mandi untuk solat hari raya.
2. Makan sebelum menunaikan solat hari raya ‘Eid al-Fitri dan untuk ‘Eid al-Adha makan selepas solat.
Termasuk di dalam adab berhari raya al-Fitri ialah makan dahulu sebelum keluar untuk menunaikan solat hari raya. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari daripada Anas bin Malik katanya:
Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah saw tidak keluar pada pagi hari Raya al-Fitri, sehinggalah Baginda makan terlebih dahulu beberapa biji tamar… dan baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil.” [HR Al-Bukhari: 953].
Sekiranya tidak ada tamar, makanlah sesuatu yang harus dimakan. Al-Imam Ibnu Hajar al-Asqalani mengulas hadis ini dengan berkata: “Ini kerana untuk mengelakkan (anggapan) adanya tambahan dalam berpuasa, ianya juga (petunjuk) bersegera mentaati arahan Allah swt (untuk tidak berpuasa pada hari tersebut).” [Fath al-Bari: 2/446].
3. Bertakbir pada hari Raya
Takbir hari raya adalah termasuk sunnah yang agung berdasarkan firman Allah swt:
Maksudnya: “Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur.” [Al-Baqarah: 185].
Waktu bertakbir bagi Hari Raya al-Fitri ialah bermula pada malam raya iaitu setelah tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadhan sehingga masuknya imam ke tempat solat untuk solat hari raya.
4. Lafaz Takbir Hari Raya
Di dalam Musannaf Ibnu Abi Syaibah dengan sanad yang sahih daripada Ibnu Mas’ud ra. yang bertakbir pada hari Tasyrik dengan lafaz:
Maksudnya: Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Masa Besar dan bagi Allah segala puji-pujian.”
5. Ucapan Tahniah Pada Hari Raya
Termasuk dalam adab berhari raya ialah menyampaikan ucap tahniah sesama muslim dengan sebarang ucapan yang baik seperti ucapan:
1. تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ – Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan anda semua).
2. عِيْدُ مُبَارَكْ – (Selamat) hari raya yang diberkati.
6. Berpakaian baru/cantik di Hari raya
Daripada Jabir ra. katanya: “Nabi saw mempunyai satu jubah yang baginda akan memakainya untuk dua hari raya dan hari Jumaat.” [Sahih Ibnu Khuzaimah: 1765].
Demikian juga al-Baihaqi meriwayatkan dengan sanad yang sahih, bahawa Ibnu Umar sentiasa memakai pada hari raya seindah-indah pakaiannya.
Memakai pakaian cantik pada hari raya ini adalah untuk kaum lelaki. Adapun untuk kaum wanita mereka boleh mengenakan pakaian yang biasa (disebelah luar/atasnya) seperti sabda Nabi saw:
لا تَمْنَعُوا إِمَاءَ اللَّهِ مَسَاجِدَ اللَّهِ، وَلَكِنْ لِيَخْرُجْنَ وَهُنَّ تَفِلاتٌ
Maksudnya: “Jangan kamu tegah hamba perempuan Allah dari masjid Allah, tetapi hendaklah kaum wanita keluar dalam keadaan meninggalkan wangian” [HR: Ahmad dan Abu Daud “Sahih”].
Keluar dengan berpakaian biasa diluar dan tidak bertabarruj berhias dan mengenakan wangian yang boleh dihidu baunya oleh lelaki ajnabi. Sekiranya wanita berkumpul dalam kelompok mereka sahaja tidak mengapa untuk berpakaian cantik.
7. Keluar ke tempat solat melalui jalan lain dan balik daripadanya melalui jalan yang lain.
Maksudnya: “Adalah Nabi saw, pada hari raya baginda membezakan jalan (pergi dan balik dari solat hari raya).” [Al-Bukhari: 986]
8. Solat Hari Raya
Para ulama berbeza pendapat tentang hukum solat hari raya. Sebahagian mengatakan hukumnya sunat muakkad, sebahagian yang lain mengatakannya fardhu kifayah dan sebahagian yang lain mengatakan hukumnya adalah fardhu ain (wajib), berdosa bagi sesiapa yang meninggalkannya. Inilah pendapat Mazhab Imam Abu Hanifah, pendapat ini dipilih juga oleh beberapa orang ulama’semasa.
Cara-caranya (kaifiyat) Solat Hari Raya.
a. Solat hari raya tidak perlu dilaungkan azan dan iqamah. Ditunaikan sebanyak 2 rakaat. Rakaat pertama ada 7 kali takbir dan rakaat kedua ada 5 kali takbir. Hukum bilangan-bilangan takbir ini adalah sunnat bukan wajib. Jika takbir ini tertambah atau terkurang, solat hari raya tetap sah. Sunnah mengangkat tangan ketika takbir-takbir ini kerana thabit dari para sahabat Nabi saw.
b. Imam membaca pada rakaat yang pertama surah al-Ala (سبح اسم ربك الأعلى) dan pada rakaat kedua membaca al-Ghasiah (هل أتاك حديث الغاشية) berdasarkan hadis riwayat Muslim, atau membaca surah Qaf (ق) pada rakaat pertama dan membaca surah al-Qamar (القمر) pada rakaat kedua, juga berdasarkan hadis riwayat Muslim. Kedua-dua bacaan ini sahih dari Nabi saw.
c. Dilakukan solat raya terlebih dahulu diikuti khutbah. Ini berdasarkan hadis di dalam Musnad Ahmad daripada Ibnu Abbas r’anhuma:
Maksudnya: “Aku menyaksikan Rasulullah saw menunaikan solat hari raya sebelum khutbah, kemudian baginda berkhutbah.”
d. Menyegerakan solat hari raya dan tidak memanjangkannya.
Disunatkan menyegerakan solat hari raya selepas terbitnya matahari. Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam Fath al-Bari menukilkan perkataan Ibnu Battal (ابن بطال): “Telah sepakat para fuqaha’ bahawa solat hari raya tidak dilaksanakan sebelum atau ketika terbit matahari, sebaliknya ia dilakukan ketika disunatkan solat sunat.”
9. Keluar dengan berjalan kaki ke tempat solat hari raya
Daripada Ali bin Abi Tolib r.a. katanya: “Termasuk di dalam sunnah, mendatangi (solat) hari raya dengan berjalan kaki.” [Riwayat al-Tirmizi dan beliau menghasakannya]. Kata al-Tirmizi: “Beramal dengan hadis ini kebanyakan para ulama, mereka memandang sunat orang lelaki keluar (untuk solat hari raya) dengan berjalan kaki.” Kata Ibnu al-Munzir: “Orang yang berjalan kaki ke hari raya (tempat solat hari raya) adalah lebih baik dan lebih hampir kepada maksud tawadhu’, dan tidak mengapa bagi sesiapa yang berkenderaan.”
Ibnu Majah meriwayatkan daripada Ibnu Umar katanya:
Maksudnya: “Adalah Rasulullah saw keluar ke tempat solat Hari Raya dengan berjalan dan baginda pulang darinya juga dengan berjalan.” [Sahih Ibnu Majah “Hasan”]
Bagi mereka yang uzur atau rumahnya jauh dari musalla / masjid tidak mengapa naik kenderaan.
10. Wanita uzur juga keluar menyaksikan solat hari raya.
Para wanita keluar untuk menunaikan solat hari raya adalah termasuk di dalam sunnah Nabi saw. Dari Umm Atiyyah r.’anha katanya: “Kami disuruh oleh Nabi saw untuk mengeluarkan mereka (semua wanita) pada hari raya al-Fitri dan al-Adha; wanita yang baru baligh atau hampir baligh, wanita haid dan anak dara. Adapun wanita haid diasingkan daripada tempat sembahyang.”
11. Zakat Fitrah
Nabi saw menyuruh membayar zakat al-Fitr sebelum solat hari raya. Harus mengeluarkannya sehari atau dua hari lebih awal berdasarkan hadis Ibnu Umar r.’anhuma yang diriwayatkan oleh al-Bukhari
وكانوا يعطون قبل الفطر بيوم أو يومين
Maksudnya: “Adalah mereka (sahabat Nabi saw) mengeluarkan (zakat al-Fitr) sebelum hari raya sehari atau dua hari.”
Sesiapa yang menunaikan zakat fitrah selepas solat hari raya maka ia tidak dikira sebagai zakat fitrah berdasarkan hadis Nabi saw daripada Ibnu Abbas r.’anhuma:
من أداها قبل الصلاة فهي زكاة مقبولة، ومن أداها بعد الصلاة فهي صدقة من الصدقات
Maksudnya: “Sesiapa yang membayarnya (zakat fitrah) sebelum solat (hari raya), maka itulah zakat fitrah yang diterima, dan sesiapa yang membayarnya selepas solat, maka ianya hanya sekadar sedekah dari sedekah yang lain.”
Maka itu cara dan adab menyambut tetamu Allah yang istimewa lengkapi dengan berpuasa enam syawal lengkaplah puasa kita menjadi seolah-olah berpuasa setahun yang tidak ada tawaran yang begitu hebat melainkan di bulan Syawal.
Namun kebanyakan dari kita pemergian Ramadhan disambut dengan gembira dan Syawal disambut riang.Pemergian Ramadhan tidak ditangisi dan tiada lambaian perpisahan. Sebaliknya Syawal dipenuhi dengan keseronokan berpesta raya dan rumah terbuka.
Puasa enam dilupakan dan puasa ganti ditangguhkan. Satu lagi hadiah istimewa telah di abaikan kerana mengejar keseronokan dunia. Sambutlah tetamu istimewa ini dengan sepenuh hati. Marilah kita menyambut kedatangan tetamu-tetamu ini dengan hati penuh keinsafan.
Tetamu istimewa ini datang membawa hadiah-hadiah yang istimewa yang mungkin tidak akan kita perolehi lagi tahun hadapan kerana tiada siapa yang boleh menjamin kita akan hidup lagi di tahun hadapan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tatkala ditanya sama ada pernah atau tidak dia kesal dengan kehidupan sebelum ini? Agak lama Shamsul Ghau Ghau atau lebih mesra dipanggil Paksu terdiam.
Dengan menghela nafas panjang, dia menjawab, “Sebab itulah Allah sediakan pintu taubat. Allah cipta malaikat yang tak pernah buat dosa langsung, buat pahala je. Allah cipta syaitan/iblis, dia buat dosa sahaja, pahala langsung tak buat. Dan Allah cipta manusia, kadang-kadang dia buat dosa, kadang-kadang dia buat pahala.
“Ya, tentulah saya rasa kesal dengan kehidupan saya sebelum ini. Sebab kita nak sesuatu yang kekal abadi iaitu syurga Allah. Bila rasa kesal itu datang, saya akan solat, istighfar, bertaubat dan minta ampun pada Allah. Minta maaflah dengan Allah bersungguh-sungguh. Menangislah.”
JIKA DIBERI KESEMPATAN UNTUK MENGUBAH MASA LALU, APAKAH YANG PAKSU INGIN UBAH?
Kalaulah saya boleh mengubah masa pastinya saya akan belajar agama. Dulu tak de kelas tahfiz. Kalau ada pun sekolah pondok je. Lagi pun dahulu ibu bapa lebih tekankan tentang ilmu dunia. Saya ambil kata-kata Syamsul Yusof Haslam, dia pernah berkata, “Kalau masa boleh di ‘u-turn’ dia nak jadi imam. Kenapa nak jadi imam sebab bila jadi imam dia akan baca al-Quran. Bila baca al-Quran dia boleh hafal al-Quran dan lebih menjiwai al-Quran. Jadi andai dapat saya undurkan semula masa yang telah berlalu, saya nak belajar al-Quran secara detail. Saya nak belajar tentang al-Quran secara betul. Mungkin nama saya akan jadi Shamsul Azhar Al-Hafiz barangkali (sambil tersenyum).
PAKSU GEMAR ‘RIDE’ DENGAN MENAIKI MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI BERSAMA RAKAN-RAKAN. ADAKAH IA JUGA MERUPAKAN SALAH SATU MEDIUM UNTUK PAKSU MENJALANKAN MISI DAKWAH?
Orang yang stres bila dia ‘ride’, dia akan rasa bebas. Bila lama-lama ia jadi hobi. Selalu orang pergi ‘ride’ biasa dipanggil ‘breakfast ride’ namun bila dah masuk bidang dakwah, tak kan kita nak buat perkara yang sama. Maka daripada ‘breakfast ride’ kita tukar jadi ‘dhuha ride’. Memang kita nak sarapan tapi dalam masa yang sama kita buat solat dhuha. Bila kita hijrah, hobi ‘ride’ pun kita tukar ikut kesesuaian. Jadi kita ubah jadi ‘ride to masjid.’Kita didik masyarakat kita untuk baca doa sebelum mulakan perjalanan. Di kawasan tempat tinggal kami, ada komuniti bikers yang dikenali sebagai ‘Jemaah Bikers.’ Komuniti ini lebih kepada Islamik. Secara tidak langsung melalui program begini program dakwah dapat disampaikan secara mudah kerana sesungguhnya Islam itu mudah.
Saya khatam al-Quran masa umur 12 tahun tapi tak mampu nak bacanya depan Kaabah ketika menunaikan umrah pertama pada 2001. Saya rasa sebak sangat. Sedih hingga tidak mampu menahan air mata daripada mengalir. Saya fikirkan apa akan terjadi sekiranya saya mati nanti atau sekiranya ibu saya sakit, mampukah saya membacakan al-Quran buatnya?
Saya berpeluang menunaikan umrah pertama pada 2001 bersama rakan-rakan dan berdoa empat benda yang tak mungkin saya lupakan. Doa pertama saya nak kahwin, kemudian ada anak, ketiganya mahu ada rumah depan masjid dan keempat dibuka hati untuk mengaji serta mendekatkan diri dengan Allah SWT.
Alhamdulillah pada 2004 saya berkahwin dan dikurniakan anak setahun kemudiannya. Pada 2006 semasa beli rumah ditakdirkan lokasinya betul-betul depan masjid. Walaupun diberikan jalan namun disebabkan kesibukan kerja dan jadual harian, masa untuk ke masjid terbatas.
Setiap hari saya dengar rakaman surah Ar-Rahman yang dipasang di masjid sebelum masuknya waktu Maghrib sampai sudah menghafalnya serba sedikit tapi tak tahu maksudnya. Ditakdirkan pada satu hari saya pergi ke kedai buku dan semasa membelek buku tafsir al-Quran, bukaan saya betul-betul pada surah Ar-Rahman yang salah satu maksudnya berbunyi, ‘nikmat mana satu yang engkau dustakan. Ketika itu hati saya sebak dan teringat akan janji yang tidak dipenuhi untuk mengaji semula serta mendalami agama.
NASIHAT KEPADA GOLONGAN YANG INGIN BERHIJRAH/BERUBAH?
Untuk berubah, penuhi tuntutan daripada Allah. Bagi wanita, tutup aurat sebaik yang mungkin. Yang kedua, pelajari ilmu, cari ilmu. Kita yang kena cari ilmu kerana ilmu tidak akan datang mencari kita. Carilah guru yang memang ada ilmu. Bergurulah dengan guru yang betul agar dapat membimbing kita ke jalan yang diredai.
Apabila keadaan yang tidak di jangka akan berpanjangan sebegini, banyak peralatan perlindungan diri kehabisan stok. Wabak korona virus 19 mula menular pada 25 Januari yang lalu dan sehingga kini Malaysia mencatat seramai 1518 kes.
Bukan sahaja rakyat kehabisan mask penutup mulut dan hand sanitizer malahan peralatan pelindung untuk frontliners juga berkurangan. Menerusi Facebook Muhsin Abdul Ghani, lelaki ini memberi sumbangan barang kelengkapan diy untuk petugas Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang memerlukan alat pelindung muka. Terbaik!
Mag sudah. anda bila lagi! Baru beli kelengkapan diy untuk disponsor kepada hospital hkl. Wife mag adalah x nurse di hkl , jadi tugas kami membantu mereka sebab kelengkapan ini telah terputus utk front liner staf di HKL. jadi DIY jer. Harap dapat membantu mereka yang sanggup berhadapan dengan risiko nyawa.
Kenapa perlu. Kerana perlu melindungi mata dan permukaan muka dari jangkitan. Kalau dapat terus buat dan hantar yang dah siap lagi bagus. Anda boleh jer contact kawan-kawan yang bertugas dan tanyakan apa yang boleh kita bantu. Semudah itu jer.
Menurut Muhsin, dia mengetahui isu bekalan alat pelindung muka di hospital tidak mencukupi selepas isterinya yang merupakan bekas jururawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) memaklumkan hal tersebut. Tambahnya, sebagai seorang manusia yang menghargai jasa dan pengorbanan petugas perubatan yang berkhidmat, dia telah membeli kelengkapan diy untuk petugas perubatan membuat alat pelindung muka sendiri. Ini kerana, mereka bakal berhadapan dengan risiko yang melibatkan nyawa sekiranya tidak memakai alat pelindung tersebut.
Di Facebook juga, viral beberapa foto di mana petugas perubatan mengorbankan masa mereka untuk membuat sendiri alat pelindung muka demi melindungi diri sendiri dan jutaan nyawa dari pelbagai bahan seperti plastik sampah juga menjadi penutup kepala mereka. Allahu bersama kita bertanggunjawab dudulah di rumah dengan kerjasama anda ini banyak impak yang positif dan berkemunkinan akan mengurangkan jumlah jangkitan. Insyallah
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.