Clean outfit menjadi trend sepanjang zaman yang memberikan kekemasan, keanggunan, dan kesederhanaan. Gaya pakaian ringkas namun stylish ini semakin popular terutama di kalangan selebriti.yang tahu memadankan pakaian dengan aksesori yang minimalis.

Isteri tersayang kepada Irwansyah ini antara selebriti terkenal Indonesia yang sering tampil dengan clean outfit.

Suai Padan ‘Clean Outfit’ Ala ZASKIA SUNGKAR Trend Fesyen Wanita Moden Yang Sederhana Namun Stylish!
Kredit Foto: zaskiasungkar15
Suai Padan ‘Clean Outfit’ Ala ZASKIA SUNGKAR Trend Fesyen Wanita Moden Yang Sederhana Namun Stylish!
Zaskia Sungkar bersama suami tercintanya, Irwansyah. Kredit Foto: zaskiasungkar15

Zaskia terkenal bukan sahaja dengan kejayaannya dalam dunia hiburan, malah gaya fesyennya yang sentiasa menarik perhatian dan menjadi ikutan.

Dia sering dilihat tampil dengan kombinasi pakaian ringkas, namun tetap memberikan kesan mewah dan stylish. Clean outfit yang sering menjadi pilihannya amat sesuai dengan imej wanita moden.

Bukan itu sahaja, Zaskia juga bijak memadankan barangan fesyen daripada pelbagai jenama termasuk jenamanya sendiri bagi mencipta penampilan yang sentiasa segar dan memberi inspirasi.

Elegan

Pada suatu ketika, Zaskia kelihatan anggun menyarungkan gaun putih bercorak kelabu jenama Khanaan Official. Penampilannya lebih sempurna dengan tudung segi empat tepat rona kelabu yang elegan.

Suai Padan ‘Clean Outfit’ Ala ZASKIA SUNGKAR Trend Fesyen Wanita Moden Yang Sederhana Namun Stylish!

Zaskia melengkapkan gaya tersebut dengan kasut tumit tinggi rona perak dan tas tangan hitam memberikan kesan yang sofistikated. Kombinasi warna lembut ini menunjukkan betapa ringkasnya clean outfit namun Zaskia tetap nampak stylish.

Ads

BACA JUGA: Zaskia Sungkar & Shireen Sungkar Pasangan Adik Beradik Yang Cantik & Stylish!

Gaya Selesa Dalam Cuaca Sejuk

Walaupun mengambil gambar dalam cuaca sejuk, Zaskia tetap tampil bergaya dengan pakaian kelabu pilihannya. Dia memakai pakaian luar hangat dipadankan dengan solekan natural.

Suai Padan ‘Clean Outfit’ Ala ZASKIA SUNGKAR Trend Fesyen Wanita Moden Yang Sederhana Namun Stylish!

Instant shawl rona hitam menambah sentuhan elegan tanpa menjejaskan keselesaan, menjadikan penampilan sempurna untuk cuaca sejuk.

Bergaya Dengan Jenama Sendiri

Zaskia bukan sahaja pandai memilih pakaian daripada jenama lain, malah turut memakai koleksi daripada jenamanya sendiri. Dia dilihat memakai tudung tudung berjenama Zaskia Sungkar Jakarta dengan kerjasama Nasl oleh Nagita Slavina.

Suai Padan ‘Clean Outfit’ Ala ZASKIA SUNGKAR Trend Fesyen Wanita Moden Yang Sederhana Namun Stylish!

Ads

Gabungan coklat hitam dan susu dalam pakaiannya membuatkan Zaskia tampil anggun, dengan beg dari jjenama adiknya, SHI by Shireen Sungkar, menambah sentuhan kemewahan.

Rona Bumi

Ketika meluangkan masa bersama suami dan anak sulung, Zaskia memilih pakaian yang selesa tetapi tetap bergaya. Dia memakai kemeja putih berlapis dengan vest coklat mocha yang dipadankan dengan tudungnya.

Suai Padan ‘Clean Outfit’ Ala ZASKIA SUNGKAR Trend Fesyen Wanita Moden Yang Sederhana Namun Stylish!

Kombinasi hitam dan coklat susu serta kasut putih melengkapkan gaya semula jadi yang ringkas. Ini menunjukkan Zaskia masih mengutamakan keselesaan tanpa mengorbankan gaya.

Cantik Di Butik Sendiri

Sempena pembukaan kedai jenamanya, Zaskia Sungkar Jakarta, penampilan Zaskia ini sangat serasi dengan tema kedainya yang didominasi warna coklat.

Ads

Suai Padan ‘Clean Outfit’ Ala ZASKIA SUNGKAR Trend Fesyen Wanita Moden Yang Sederhana Namun Stylish!

Zaskia menyarungkan outfit bercorak dan warna coklat, lengkap dengan skirt berlipat yang menambah kesan feminin.

‘Statement Look’ Di Minggu Fesyen Jakarta 2024

Ketika tampil di Minggu Fesyen Jakarta 2024, Zaskia menyerlah dengan pakaian daripada jenamanya sendiri. Zaskia memakai skirt hitam dan putih dengan corak polka dot dan berjalur mencipta gaya stylish.

Suai Padan ‘Clean Outfit’ Ala ZASKIA SUNGKAR Trend Fesyen Wanita Moden Yang Sederhana Namun Stylish!

Zaskia menambah selendang di lehernya yang digayakan seperti rantai sebagai tanda sokongannya terhadap Palestin.

Sementara cermin mata hitam melengkapkan penampilan Zaskia yang penuh keyakinan.

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI