Hati mana tidak bimbang jika orang yang kita kasihi sanggup melakukan satu tugasan berat untuk satu pencapaian cemerlang sebagai rekod peribadi. Pastinya sebagai orang paling rapat akan memberi sokongan tidak berbelah bagi pada insan tercinta ini.
Begitu juga kasihnya penyanyi Siti Sarah yang melihat saat suaminya, pelakon dan pelawak Shuib melakukan aksi disengat lebih 340,000 ribu lebah dalam mencipta nama di The Malaysia Book Of Records.
Sebaik mengetahui suaminya berhajat melakukan proses itu, dia tidak putus berdoa dan turut melakukan solat hajat bersama ibu mentuanya bagi mempermudahkan urusan suaminya.
Bercakap kepada Sinar Harian, Siti Sarah pada mulanya dia langsung tidak mengetahui hasrat suaminya itu dan hanya mengetahui selepas lihat rakan artis memberikan kata semangat sedangkan tiada perbincangan antara mereka berdua pada awalnya.
Bagaimanapun dia bersyukur kerana cabaran itu berjalan lancar tanpa sebaran insiden buruk berlaku. Namun akuinya sepanjang duduk di kerusi penonton, pelbagai perasaan timbul.
Ads
“Alhamdulillah selesai sudah…terciptalah lagi satu sejarah Malaysia…saya sangat bersyukur… ini lah dia ‘beeman’ saya. Tahniah @shuibsepahtu saya simpan memori tercemas ini dalam hati saya.. saya sayang awak,” tulisnya di Instagram (IG) miliknya.
Selain Shuib yang berjaya melakar nama nama dalam ‘The Malaysia Book Of Records’ apabila menjadi ‘Most Numbers of Bees On Human Body (Male)’, seorang lagi pelakon Pablo Amirul yang turut mencipta rekod yang sama.
Majis penuh bersejarah ini adalah anjuran Madu Tiga Sdn Bhd yang berlangsung di Taman Botanikal, Ayer Keroh, Melaka.
Sementara itu, di laman sosial, netizen turut mengucapkan tahniah atas pencapaian Shuib di atas keberaninnya beraksi dengan beribu-ribu lebah di badan mereka.
Seiring dengan perkembangan fesyen terkini, wanita berhijab juga tidak terkecuali mengalami perubahan cukup drastik. Pelbagai gaya hijab ditampilkan mengikut cita rasa masing-masing.
Apatah lagi dengan adanya media sosial seperti instagram, membuatkan hijabi berlumba-lumba untuk tampil up to date dengan gaya baru yang dicipta sendiri atau inspirasi dari selebriti. Jika anda sudah bosan dengan gaya biasa, apa kata tiru sahaja gaya hijab yang sering trending di laman sosial.
Inilah antara gaya hijab yang paling menjadi fenomena sejak ramai yang tampil berhijab. Gaya lilitan yang cukup stailo menyebabkan gaya Hana Tajima paling mendapat tempat di hati hijabi. Malah youtube cara figura dari Jepun ini mendapat capaian tontonan sehingga 3 juta untuk video perkongsian tutorialnya.
Aksesori paling sesuai digayakan tika berhijab adalah penggunaan kaca mata. Lagi besar kaca mata digayakan lagi cantik penampilan seseorang. Bila kita lihat selebriti kita juga banyak yang berselfie dengan kaca mata yang menambah sisi anggun tika berselfie. Selalunya digunakan sewaktu mereka bercuti dan selain untuk gaya, ia juga dapat melindungi mata daripada sinaran matahari.
Gaya hijab ini juga cukup popular di kalangan hijabi. Hijab dengan membalut rambut dan kepala ke bahagian belakang. Gaya sebegini sering jadi pilihan hijab yang punya daya keyakinan cukup tinggi kerana akan dipakai sepanjang hari. Senang untuk bergerak dan Yuna memang sangat sinonim dengan gaya hijab sebegini.
Bagi yang sukakan gaya cukup simple, nah sarungkan saja hijab bawal. Tidak perlu gosok dan cara memakainya juga cukup mudah. Hanya dipin di bawah dagu dan letakkan lebihan di kiri dan kanan bahu. Warna pastel atau bercorak juga begitu menarik perhatian hingga ada yang selesa tampil seharian dengan tudung bawal.
Selebriti ini punya pengaruh kuat pada golongan hijabi yang baru berjinak-jinak pakai tudung. Hijab instan Naelofar Hijab memang sangat pratikal dan tidak perlu susah untuk melilitnya secara keterlaluan. Malah menjadikan Neelofa sebagai wajah promosi jenama ini menjadikan ramai gadis di luar sana mahu cantik sepertinya.
Turut mencetus fenomena apabila Syawal tahun ini rata-rata jenama tudung memperkenalkan tudung printed. Memang sangat menarik corak diketengahkan seperti travel around the world, flora dan fauna, abstrak terbaharu anyaman yang sangat menarik. Memang rambang mata dibuatnya. Cara hijab digayakan juga simple dan sesuai untuk gaya wanita korporat.
Satu lagi gaya hijab popular dulu dan kini adalah hijab pashmina atau tudung yang memilik bidang besi. Ratu Rock Ella gemar sekali menggayakan tudung bidang besar ini dari fabrik ‘cotton’. Tidak perlu dililit keterlaluan, cukup sekadar selempang kiri kanan bahu.
Majlis graduasi merupakan hari yang paling dinanti-nantikan oleh setiap insan yang bergelar mahasiswa atau mahasiswi kerana hari tersebut bakal menjadi peristiwa yang paling bersejarah dalam hidup mereka.
Pelbagairagampelajar dapat dilihat ketika meraikan majlisgraduasi. SalahsatunyaadalahapayangdilakukanolehNurAviaAminiaJunaedy,graduanjurusanpsikologiUniversitiMuhammadiyahMalang(UMM), Indonesia ini.
Bagaikan pahlawan dalam drama atau filem sejarah, pelajar berhijab ini tiba di majlis graduasi UMM, Khamis lalu dengan menunggang kuda. Difahamkan, dia menunggang kuda tersebut daripada rumahnya di Desa Tegalgondo, Kecamatan Karangploso sehinggalah ke kampus. Wah, memang unik!
Jarak kira-kira 4 kilometer itu berjaya ditempuh dengan menunggang kuda. Selain itu, keluarga Avia turut mengiringinya ke tempat graduasi dengan menaiki 4 buah kereta kuda.
“Saya memang sudahlamamerancang inginmenunggangkudakemajlisgraduasisaya.
Yang paling penting, kena bertenang. Jalan raya agak sesak dengan lalu lintas. Agak sukar. Saya takut kuda itu panik,” katanya.
Diantara sebab hijabi ini memilih untuk menunggang kuda ke majlis graduasi adalah kerana dia mahu momen-momen hari graduasi menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan.
“Ini mungkin momen sekali seumur hidup. Saya ingin agar kenangan hari ini akan selalu saya ingat hingga tua nanti,” katanya.
Wanita kelahiran Malang, Indonesia itu berkata; dia memang menyayangi haiwan berkaki empat ini sejak kecil. Ini kerana, bapanya memiliki sebuah penternakan lembu dan kuda tidak jauh dari rumahnya. Bapanya juga memang mengajar anak perempuannya menunggang kuda sejak kecil.
Justeru itu, apabila mendengar hasrat anak perempuannya untuk menunggang kuda dari rumah ke UMM, ibu bapanya tidak berasa pelik dan terus menyokongnya.
“Alhamdulillah, saya diizinkan untuk mencipta satu kenangan manis. Saya juga berharap agar UMM dapat terus memajukan pelbagai perkara dan menambah baik lagi. Semoga pencapaian ini demi pencapaian ini terus direalisasikan. dan memberikan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti” katanya.
Usman Junaidi, bapa Avia turut mengakui bahawa anaknya memang menyayangi haiwan sejak kecil terutama lembu dan kuda.
“Anak saya juga menyukainya dan menyertai saya ketika saya menjaga lembu dan kuda,” katanya.
Berkongsi cerita pada awalnya, bapanya mahu Avia menaiki lembu yang besar sahaja untuk ke majlis tersebut.
“Sebenarnya, saya mahu Avia menunggang lembu jantan besar, bukan kuda. Ini kerana, kami memang mempunyai penternakan lembu. Kuda sebenarnya hanya hobi untuk merawat dan menunggang sahaja. Tetapi dia memilih kuda sebagai tunggangan tamat pengajiannya, ” tambahnya.
Usman juga berharap anaknya itu akan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Dia percaya dengan pendidikan, kemakmuran dan kebahagiaan pasti dapat dicapai.
Teringin sangat kulit ‘flawless’ dan berseri, tetapi berapa banyak produk yang perlu digunakan? Mana yang sesuai untuk kulit anda? Dalam urutan apa anda harus menggunakan produk ini? Dan apa yang dilakukan oleh produk tersebut?
Untuk mendapatkan manfaat yang paling banyak dari rejimen penjagaan kulit biasa, pakar dermatologi menyarankan untuk mengikuti tiga langkah mudah: membersihkan, merawat dan melembapkan. Mungkin anda sudah biasa membersihkan dan melembapkan, tetapi apa yang “merawat” kulit anda?
Penggunaan serum atau krim yang dipenuhi dengan bahan unggul dalam penjagaan kulit seperti vitamin C, retinol, asid alfa hidroksi dan banyak lagi. Dengan menambah langkah tengah antara komponen pembersih dan pelembab adalah sangat penting. Ini boleh membuat perbezaan besar dari masa ke masa dan kesihatan kulit.
Rutin penjagaan kulit dan langkah demi langkah asas untuk digunakan sebagai untuk rejimen kecantikan anda dengan cadangan produk. Sudah tentu, kulit setiap orang berbeza, jadi sesuaikan berdasarkan apa yang sesuai dengan usia dan jenis kulit anda.
Membersihkan adalah langkah pertama dari rutin penjagaan kulit yang baik. Jenis pembersih yang anda gunakan lebih penting daripada dari pencucian wajah yang lembut dan cara yang sesuai, terutamanya jika anda merancang untuk menggunakan bahan-bahan yang lebih aktif. Terlalu banyak individu membersihkan dengan pembersih yang terlalu keras dan ia sebenarnya akan memecahkan penghalang kulit anda. Jadi teliti dengan betul bahan yang tidak merengsakan kulit wajah anda.
Penyegar atau toner adalah langkah pilihan, tetapi jika anda mempunyai toner yang anda suka, pastinya menggunakannya. Toner boleh menjadi kaedah terbaik untuk mengimbangi pH kulit anda. Sekiranya anda mempunyai kulit yang rawan jerawat, cari toner dengan bahan seperti asid salisilik untuk menenangkan jerawat. Sekiranya anda mempunyai kulit kering atau sensitif, pilih toner penghidratan untuk menenangkan.
Mengenai serum, pakar mengesyorkan menggunakan serum vitamin C pada siang hari. Anda harus menggunakan vitamin C, tidak kira berapa usia anda, bahkan bermula pada usia 20-an. Serum membantu mengembalikan banyak kerosakan yang kita dapat dari sinar matahari dan pencemaran. Semasa menggunakan serum vitamin C, cari yang mengandungi vitamin C yang stabil, sehingga molekul itu benar-benar dapat meresap ke dalam kulit anda.
Krim mata tergolong dalam kategori “merawat”. Pakai krim mata menggunakan jari manis (jari anda yang paling lemah) sehingga anda tidak sengaja menyebabkan kerosakan pada bahagian mata anda.
Setelah merawat kulit anda, inilah masanya untuk melembapkan. Pelembap menjadikan kulit anda terhidrat dan membantu menguatkan penghalang kulit anda. Untuk kegunaan siang hari, pilih pelembap yang lebih ringan yang akan meresap dengan cepat dan tidak akan menimbulkan masalah pada solekan.
Ini adalah langkah paling penting dalam rutin penjagaan kulit. Sekiranya anda tidak memakai pelindung matahari, sepertinya anda juga tidak melakukan langkah-langkah lain. Matahari adalah sebab nombor satu mengapa kulit individu akan menua sebelum waktunya. Melindungi kulit anda dari sinar matahari adalah penting walaupun anda menghabiskan hari anda di dalam rumah, kerana sinar UV masih boleh masuk melalui tingkap.
Anda mesti mengubah rutin penjagaan kulit anda pada waktu malam dan bukan hanya kerana anda tidak memerlukan SPF semasa anda tidur! Rutin malam anda adalah waktu yang tepat untuk memastikan kulit mendapat sebanyak mungkin nutrien dan bahan aktif, kerana kulit anda tumbuh semula dan membaiki diri semasa anda tidur. Ikuti langkah-langkah asas ini, rutinnya akan kelihatan sedikit berbeza.
Pakar masih mengesyorkan penggunakan pembersih yang lembut, tetapi pada waktu malam, anda boleh menggunakan pembersih yang membantu menanggalkan solekan, seperti mencuci muka berasaskan minyak. Sekiranya anda ingin hasil yang lebih baik, boleh mencuba “pembersihan dua kali” dengan menggunakan pencuci muka berasaskan air selepas pembersih minyak untuk membersihkan kotoran dan minyak yang berlarutan dari liang pori anda.
Sekiranya anda ingin menggunakan toner, gunakan dengan cara yang sama seperti yang anda lakukan pada waktu pagi. Ini akan berlaku sebelum anda mula menggunakan serum dan rawatan.
Serum yang mengandungi bahan seperti asid hidroksi alfa membantu mencerahkan kulit dengan membuang sel-sel kulit mati. Ia membantu membina kolagen anda dan meningkatkan cahaya wajah. Sekiranya anda ingin memasukkan retinol dalam rutin penjagaan kulit, bahan ini yang terbaik untuk digunakan semasa ritual malam. Retinol adalah bentuk vitamin A yang membantu mengurangkan kedutan yang kelihatan, bintik-bintik terang dan ukuran pori.
Latih kulit di sekitar mata anda untuk menangani lebih banyak bahan aktif (seperti retinol) untuk mendapatkan faedahnya. Anda tidak perlu banyak menggunakannya, tetapi jika anda mula melatih kulit anda untuk bertoleransi dengan produk yang lebih aktif di sekitar mata, pasti anda akan melihat lebih banyak perubahan. Anda boleh mengoles sedikit serum atau rawatan di sekitar kawasan mata anda, kemudian diikuti dengan menggunakan krim mata kegemaran anda.
Pelembap sangat penting pada waktu malam, kerana ia mewujudkan penghalang yang tersekat pada bahan aktif dan penghidratan. Dengan cara ini, hasilnya ketika bangun tidur, kulit anda berseri dan segar.
Minyak wajah adalah kaedah terbaik untuk mengunci kelembapan semasa anda tidur. Ramai individu berpendapat bahawa jika mereka mempunyai kulit berjerawat atau berminyak, kulit mereka akan pecah dengan minyak tetapi sebenarnya tidak benar. Sebilangan besar dari minyak muka sebenarnya dapat membantu menghidrat dan melembutkan kulit. Terutama jika anda menggunakan bahan aktif seperti retinol dan alpha hydroxy acid, minyak muka adalah kaedah terbaik untuk menambahkan kelembapan tambahan.