Gambar kiri: Qaher Harhash, Gambar kanan: Butik Zara

Pastinya ramai Hijabi yang mengikuti laman digital Hijabista acapkali membeli belah di butik Zara bukan? Kini jenama fesyen antarabangsa yang popular ini menjadi ‘panas’ apabila ketua rekaannya, Vanessa Perilman, mengeluarkan kenyataan anti-Palestin terhadap seorang model warganegara Palestin, Qaher Harhash.

Qaher yang merupakan seorang model antarabangsa pernah membintangi kempen Jean Paul Gaultier awal tahun ini bersama Bella Hadid. Insiden anti-Islam dan anti Palestin Vanessa Perilman didedakan oleh model ini apabila pereka fesyen itu menyerangnya di Instagram dengan mesej yang tidak prihatin terhadap penderitaan rakyat Palestin dan menyokong kekejaman Israel.

Sikap Anti-Palestin Ketua Pereka ZARA Cetus Kemarahan Warganet

Vanessa yang merupakan ketua rekaan bahagian fesyen wanita jenama asal Sepanyol itu menghantar mesej menerusi aplikasi Instagram kepada Qahar berkata, “Mungkin jika bangsa anda terdidik dengan baik, mereka tidak akan meletupkan sekolah dan hospital yang mana Israel bantu membiayai pembinaannya di Gaza.”

Selain itu sebahagian lagi mesej yang dihantar menyatakan pendiriannya jelas, “Orang Israel tidak mengajar kanak-kanak untuk membenci atau melempar batu ke arah tentera seperti yang dilakukan orang Palestin. Mereka dalam industri fesyen tahu kebenaran tentang Israel dan Palestin dan saya tidak akan berhenti membela Israel. Orang seperti anda akan datang dan pergi akhirnya.”

 

Sedar atau tidak orang Muslim terutamanya wanita berhijab merupakan sebahagian dari pembeli busana dari jenama tersebut dan menyumbang kepada keuntungan syarikat terbabit. Sehingga kini, tiada lagi kenyataan rasmi dari Zara mengenai kedudukan Vanessa sebagai ketua pereka jenama tersebut.

Qahar menyifatkan perkara ini berat sebelah, dahulu John Galliano mengeluarkan kenyataan anti-semitik dia serta merta dipecat dari kedudukannya sebagai pengarah kreatif Dior. Namun berbeza pula dengan Zara yang dilihat tidak berbuat apa-apa terhadap kenyataan yang dikeluarkan Vanessa. Sebaliknya jenama tersebut hanya mengeluarkan kenyataan yang kononya Vanesa telah pun memohon maaf kepada Qaher dan Qaher menerima permohonan maaf tersebut.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI