Pasti anda pernah ‘craving’ pada masa yang tak kena kan? Kadang-kadang, masa nak tidur jugak lah ‘craving’ macam-macam. Lepastu, mesti akan ‘craving’ nak makan makanan manis dan tak sihat. Aduh, hancurlah diet macamni!
‘Craving’ atau mengidam ini merupakan perkara biasa, bukannya untuk ibu mengandung sahaja ya. ‘Craving’ ini dicetuskan oleh sesuatu yang anda lihat, hidu atau dengar. Contohnya, malam-malam sedang anda menatal laman sosial media, tiba-tiba muncul iklan coklat, aiskrim, ‘mukbang’ makanan dan sebagainya. Selepas itu, mula lah rasa macam nak semua makanan tersebut!
Makanan manis seperti coklat dan aiskrim memang sedap. Tipulah kalau tak suka manis kan? Tengah malam juga lah nak ‘craving’ makan aiskrim Magnum, Cornetto, TopTen dan sebagainya. Walau bagaimanapun, makanan dengan terlalu banyak gula seperti ini tidak baik kerana ia akan menjejaskan kesihatan anda. Terlalu banyak makanan manis boleh menyebabkan anda menghidap diabetes dengan cepat. Bahaya!
Meninjau perkongsian dari femina, Pakar Pemakanan Anisha V Ranjan mengatakan bahawa ‘craving’ atau mengidam ini disebabkan oleh perubahan hormon terutamanya semasa haid. Apabila seorang wanita mula datang haid, tahap estrogen dan serotonin dalam badan mulai menurun. Serotonin adalah bahan kimia dalam otak yang bertindak untuk menenangkan dan melegakan. Jadi apabila parasnya turun, ia mencetuskan keinginan untuk makanan berkarbohidrat tinggi, tinggi lemak seperti kek, coklat, kerepek kentang dan biskut.
Ha…pasti anda sudah mula risau kan? Iya lah, takkan setiap bulan kita asyik nak layankan ‘craving’ sahaja. Dahlah mampu beri kesan pada kesihatan, malahan terpaksa berhabis duit juga. Namun anda jangan risau, ada beberapa saranan dan strategi untuk membantu anda menepis ‘nafsu’ makan ini.
IKLAN
Cara elak ‘craving’ makanan manis
1.Tidur
Kajian menunjukkan bahawa kekurangan tidur akan menyebabkan ketidakseimbangan hormon yang akan menyebabkan ‘food craving’. Tidur yang tidak cukup meningkatkan rasa lapar, terutamanya keinginan untuk benda manis dan makanan ringan. Ia menggalakkan rembesan ‘ghrelin’, iaitu hormon yang mengawal rasa lapar, dan meningkatkan selera makan. Bahkan, ia boleh membuat anda berasa cepat marah, letih dan resah. Kurang tidur juga menekan ‘leptin’, iaitu hormon yang mengawal penyimpanan lemak. Semakin lama anda kurang tidur, semakin teruk ‘craving’ anda. Oleh itu, anda perlu tidur dengan cukup, kalau mulai terasa ‘craving’ tengah malam, terus sahaja ke katil dan tutup mata sehingga lelap.
2. Mengawal ‘stress’
Tahukah anda yang ‘stess’ juga mampu meningkatkan selera makan dan ‘craving’? ‘Stress’ mencetuskan keinginan untuk makanan yang meningkatkan tenaga dan keseronokan, seperti makanan masin, manis dan bergoreng. Anda perlu tahu bahawa emosi juga boleh menjadi faktor yang mewujudkan rasa mengidam terutama jika seseorang individu itu makan untuk memberikan ketenangan kepada diri. Contohnya, apabila bila anda stress dengan kerja, anda akan ‘labelkan’ makanan ini sebagai ‘comfort food’.
3. Banyakkan minum air
IKLAN
Tekak rasa nak manis sebenarnya petanda tubuh anda dahagakan air! Oleh itu, pastikan badan anda menerima air yang secukupnya dari terus dihidrasi. Dehidrasi menjadikan badan anda lebih sukar untuk menukar glikogen kepada tenaga. Glikogen adalah bentuk glukosa yang ditukar yang disimpan dalam otot dan hati. Apabila glikogen habis, badan memerlukan gula untuk tenaga. Jadi, lain kali jika anda terasa mengidam manis atau gula, minumlah segelas air. Ia membantu anda menahan dan menepis keinginan gula anda.
4. Menjadi pro protein
Makanan sihat seperti buah-buahan, kacang dan sayur-sayuran adalah makanan ringan yang sihat, tetapi ia tidak selalunya cukup mengenyangkan untuk membuatkan anda terjaga dan bertenaga selama berjam-jam. Ramai orang memerlukan makanan kaya protein seperti telur, lentil, kacang ayam, dan tauhu untuk berasa kenyang dan bertenaga sehingga hidangan seterusnya. Makanan yang kaya dengan protein membuatkan anda kenyang lebih lama. Oleh itu, makanlah lebih banyak protein.
5. Jadilah konsisten
Sebab utama anda sering mengidam makanan ialah kerana anda tidak konsisten dengan rancangan makan anda. Oleh itu, jangan pernah langkau sarapan pagi anda dan makanlah tepat pada masanya. Mulalah menambah makanan seperti beri, ubi keledek dan kurma ke dalam rancangan makan anda kerana makanan ini mengandungi jumlah serat, protein, antioksidan dan banyak lagi sebatian lain yang membantu mengawal ‘craving’. Jadi kalau anda ‘craving’ pun anda akan cari altenatif lain yang lebih sihat seperti kacang, bijirin ataupun ‘dark chocolate’.
IKLAN
6. Mengunyah gula-gula getah
Menurut perkongsian dari Hello Doktor, mengunyah gula-gula getah membuat mulut anda “sibuk” dan mengurangkan keinginan untuk makanan manis dan masin. Menurut satu kajian, mereka yang mengunyah gula-gula getah berasa kurang lapar, kurang mengidam makanan ringan, dan berasa lebih kenyang berbanding mereka yang tidak mengunyah gula-gula getah. Ha, selepas ini boleh lah sediakan gula-gula getah sebagai persediaan.
Begitulah sikit sebanyak penyebab craving dan cara untuk mengelakkannya. Sesekali kalau anda mahu ‘melayankan’ craving ini tidak mengapa, namun berkali-kali anda tewas ia boleh jadi punca kenaikan berat badan. Adalahbaikuntukmengekangpengambilanmakananmanissupayatidakmembahayakankesihatananda.Kalautakcukupdannakmakanbanyak,bolehgunaalternatiflainyanglebihsihat.
Khas untuk anda yang memakai hijab, pastinya anda mengalami masalah rambut berminyak, kering dan berbau! Malah, kulit kepala kering juga akan menyebabkan kegatalan dan kelemumur. Sebenarnya, untuk mengatasi masalah ini, anda boleh menggunakan produk ‘dry shampoo’ untuk mengatasinya.
Dry shampoo’ merupakan produk sedikit berbeza dari syampu biasa. Ia dapat memberi kesegaran kepada rambut anda yang berminyak dan berbau lebih harum. Tiada siapa yang suka rambut kusut, tak bermaya, berkelemumur dan kulit kepala bermasalah. Jadi, dengan dry shampoo ia mungkin boleh membantu korang untuk hilangkan semua masalah tersebut.
Produk ini hanya perlu ‘spray’ seperti ‘hairspray’ sahaja dan anda mulakan aktiviti harian seperti biasa! Tidak perlu habiskan masa untuk keringkan rambut, senangnya!
Antara kelebihan ‘dry shampoo’ yang wajib anda tahu adalah:
1. Menyerap Minyak di Kulit Kepala.
Khas untuk anda yang memiliki kulit kepala yang berminyak yang disebabkan sebum yang dihasilkan dari kulit kepala (yang juga mungkin bercampur dengan peluh) diserap oleh formula ‘dry shampoo’ ini! Terutamanya kepada anda yang aktif dan mempunyai jadual harian yang padat, ia benar-benar menjimatkan masa!
Dalam beberapa percikkan sahaja, ‘dry shampoo’ ini mampu mengatasi rambut dan kulit kepala berminyak.
2. Menambah volum pada rambut
Oleh kerana ia mamu menyerap minyak dengan baik dan rapi, ia dapat memberi efek kepada rambut untuk volum yang lebih besar dan lebat!
3. Kebaikan dari akar rambut!
Selain membuat rambut lebih bervolum, salah satu manfaat lain ialah ia dapat memberi kebaikan dari akar rambut juga. Kelembutan yang diserap pada rambut bukan sahaja dari hujung malah dari akar rambut juga!
Triknya, cuba semburkan ‘dry shampoo’ ini pada akar rambut dan sikar rambut anda dari atas. Caranya sama sahaja jika anda menggunakan penyembur rambut! Kemudian sisir sekali lagi untuk meratakannya! Pastinya anda akan memiliki rambut yang lembut dan licin!
4. Memberi haruman berpanjangan!
Jika anda memakai hijab sekalipun, semburan ‘dry shampoo’ ini mampu menghasilkan haruman yang wangi! Usah risau jika anda berpeluh dan risau jika tudung anda berbau, ‘dry shampoo’ mampu untuk mengatasi masalah ini. Pastikan anda menyembur pada setiap bahagian rambut dari akar hinggalah ke hujung rambut!
5. Melambatkan warna rambut pudar
Bagi anda yang mewarnakan rambut, ‘dry shampoo’ berfungsi sebagai bahan pelindung untuk memastikan warna rambut kekal lama. Ini adalah kerana, jika anda menggunakan syampu biasa, ia akan menyebabkan warna rambut cepat turun apabila anda menggosok dan membilas rambut! Oleh kerana itu, untuk menjaga kebersihan kepala, langkah ini amat disarankan untuk dilakukan.
6. Menjimatkan masa
Sesuai bagi anda yang mempunyai jadual harian yang sibuk dan padat, semburkan sahaja ‘dry shampoo’ ini untuk memastikan kesegarannyta tahan lebih lama! Tidak perlu risau untuk membersihkannya, ia semula jadi diformulasi untuk tidak dibasuh. Hanya semburkan sahaja dengan rapi dan anda sudah siap untuk melakukan aktiviti anda! Menjimatkan masa, bukan?
7. Mencegah kulit kepala dari menjadi kering
Cuaca di Malaysia yang panas dan lembap memang membuatkan kepala cepat berpeluh. Ia akan menyebabkan kita seringkali ingin membasuh rambut. Tetapi awas! Jika selalu mencuci rambut, ia akan menyebabkan kulit kepala akan kering dan menyebakan penghasilkan minyak semakin banyak! Jadi, salah satu cara untuk mengatasinya, gunakan sahaja ‘dry shampoo’ untuk kesegaran yang berpanjangan tanpa menyebabkan kulit dan rambut menjadi kering!
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Menghadiri sebarang majlis ilmu adalah amat dituntut di dalam Islam, hingga Rasulullah SAW bersabda barangsiapa dikalangan umatku yang menghadiri majlis-majlis ilmu itu, umpama mereka berada di dalam taman-taman syurga di atas muka bumi ini, dengan dilimpahi rahmat dari Allah SWT.
Baru-baru ini penampilan menakjubkan pelakon jelita, Wan Sharmila yang menggayakan pakaian ‘patuh syariah’ ketika menghadiri majlis ilmu di salah sebuah Masjid di sekitar Shah Alam telah berjaya mempersona wagamaya sehingga ada yang mengakui cair! Saat melihat figura jelita itu menutup aurat dengan sempurna.
Netizen Cair Lihat ‘Pesona’ Wan Sharmila Tutup Aurat Dengan Sempurna Demi Hadir Ke Majlis Ilmu!
@wansharmilalala Saya tak ada ramai kawan. Tapi DIA Maha Baik datangkan orang-orang yang sudi jemput saya ke majlis ilmu tanpa mengukur pangkat, darjat sekaligus saya jadi ada ramai kawan bila didalam majlis ilmu. Sudi bertegur sapa, senyum, mendoakan walau baru berjumpa. Alhamdulillah.♥️ Outfit : @Sharkha ♬ Muhasabah Cinta – Anisa Rahman
Terbaharu, satu video tular di laman sosial memaparkan Wan Sharmila yang menutup aurat dengan sempurna untuk menghadiri majlis ilmu berjaya meraih perhatian warganet.
Wan Sharmila atau lebih mesra disapa Lala itu terlihat manis dan ‘sejuk mata memandang’saat menggayakan tudung litup lengkap dengan gandingan jubah longgar dan niqab.
Hijabista difahamkan bahawa pelakon cantik itu, berpakaian sedemikian kerana ingin menghadiri satu majlis ilmu, dimana video berkenaan turut memaparkan Lala dengan latar belakang Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
“Saya tak ada ramai kawan. Tapi DIA Maha Baik datangkan orang-orang yang sudi jemput saya ke majlis ilmu tanpa mengukur pangkat, darjat sekaligus saya jadi ada ramai kawan bila didalam majlis ilmu.
“Sudi bertegur sapa, senyum, mendoakan walau baru berjumpa. Alhamdulillah.” tulis Lala ringkas pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Penampilan Lala yang luar biasa cantik di saat mengebakan tudung litup membuatkan ramai peminat dan wargamaya meluahkan rasa teruja sebaik sahaja menyaksikan penghijrahan dan perkembangan positif Lala dalam video tersebut. Malah, muatnaik video berkenaan kini telah meraih lebih 600 ribu tontonan dan 70 ribu likes.
Hijabista sempat meninjau ke ruangan komen, dimana rata-rata warganet akui jatuh cinta dan cair saat melihat penampilan aktress kegemaran mereka kini.
@wansharmilalala Jangan menilai apapun dari luaran. Bertutup tak semestinya baik. Yang terdedah tak semestinya buruk. Sentiasa belajar untuk dekatkan diri pada-NYA . Jom! 🖤🖤 #wansharmila Outfit Lala : @Sharkha ♬ Yasir Lana – Ai Khodijah
Lebih menarik lagi, ada yang terinspirasi hingga mahu menjadikan lala sebagai role-model dan idola. Berikut merupakan beberapa komen yang ditinggalkan netizen pada hantaran tersebut:
“Bila dapat tahu Sharmila in reality macam ni..Jadi suka kat dia. Sbb dalam lakonan personality dia lain”
“Alhamdulillah banyak sudah artis2 pintu hatinya dibuka oleh Allah. Semoga dipermudahkan segala urusan dan kuat istiqomah Lala”
“Kita yang pompuan pun tengok camni leh cair..Jatuh sayang kat Wan Sharmila..Sejuk je hati tengok dia”
Beg tangan merupakan petunjuk awal keghairahan sepanjang hayat untuk menjelajah tapak jualan semula, jualan dan rak digital untuk mencari dompet yang sempurna. Sudah tentu, seperti semua pencinta beg, anda akan mengakui mungkin memiliki terlalu banyak, tetapi tidak akan pernah tunduk kepada kepercayaan bahawa aksesori ini remeh.
Jadi, walaupun anda semua gemar mengikuti aliran baharu atau memakai versi berhias berlian buatan, kita tahu, pada penghujung hari, kita mesti mempunyai sekurang-kurangnya satu beg asas yang boleh disertakan dengan segala-galanya.
Nampak ‘bosan’ tapi elegan
Penampilan beg tangan ruji itu bergantung pada pilihan peribadi kita, tetapi selamat untuk mengatakan bahawa terdapat satu warna yang dipersetujui sebagai perkara yang mesti dimiliki: hitam. Lagipun, ini adalah warna fesyen. Ia mesti ada untuk setiap aksesori lain, jadi mengapa ia tidak untuk beg juga? Ia adalah sekeping yang boleh menyatukan apa gaya dan dipakai pada bila-bila masa atau di mana-mana sahaja.
Tetapi untuk mengatakan bahawa semua beg hitam dicipta sama adalah satu pembohongan. Sebagai seorang yang cerewet membeli-belah, ada beg hitam hambar yang boleh anda gayakan di mana sahaja. Anda hanya perlu melakukan beberapa penggalian.
Dalam nada itu, layari internet mencari koleksi beg tangan hitam terbaik pada setiap titik harga. Daripada perkakasan dan bahan khas kepada bentuk dan saiz, butiran setiap beg membuktikan bahawa ruji ini jauh dari membosankan.
Terdahulu, beliau juga pernah tular akibat timbulnya dakwaan bahawa dia suh menukar agama di India sedangkan, Jasmine pernah mengakui bahawa dia menghadiri kelas tahfiz anjuran rakan selebriti, Neelofa.