Sempena bulan suci Ramadan Al-Mubarak, satu inistiatif kempen derma amal telah dijalankan oleh perintis eDagang Asia Tenggara, Lazada. Inisiatif ini juga hasil kerjasama bersama rakan NGO, Islamic Relief Malaysia dan MyFundAction.
Siapa sangka setiap pembelian yang dilakukan oleh pelanggan Lazada! Sambil membeli ada juga yang menerima keperluan yang boleh membantu mereka yang memerlukan.
Kempen amal tersebut akan berlangsung sepanjang bulan Ramadan, bermula 20 Mac sehingga 21 April 2023, yang mana Lazada akan mendermakan kepada tabung dana amal Islamic Relief Malaysia dan MyFundAction menerusi setiap **pesanan lengkap di platform Lazada (**pesanan lengkap bernilai RM10 dan ke atas).
Dana amal tersebut akan membolehkan rakan NGO untuk menyediakan dan mengagihkan set ‘Pakej Raya’ yang mengandungi beras, gula, makanan dalam tin, produk kebersihan dan beberapa keperluan asas yang lain kepada lebih 3,000 penerima sumbangan di seluruh Malaysia, termasuklah komuniti yang memerlukan di PPR, rumah jagaan prihatin dan rumah anak yatim.
Ads
“Lazada yakin bahawa teknologi mempunyai kekuatan untuk menambah nilai dan mencipta impak positif bagi membantu komuniti setempat. Ramadan dan Aidilfitri merupakan bulan yang mulia, maka amalan baik seperti menderma, saling bantu-membantu dan refleksi diri amatlah digalakkan,
“Justeru itu, ‘Membeli Untuk Memberi’ berhasrat untuk memberikan inspirasi ke arah amalan seperti bersedekah, bermurah hati dan beramal baik menerusi cara dan langkah semudah membeli-belah di platform kami,
“Lantaran rakyat Malaysia sedang sibuk membuat persiapan Raya, Lazada ingin memudahkan para pelanggan dengan menawarkan pelbagai promosi untuk produk seperti Baju Raya, barangan runcit, gadget digital, barangan elektrik dan elektronik, produk kelengkapan rumah untuk menghias kediaman menjelang sambutan Hari Raya, serta keperluan balik kampung,
Ads
“Ianya diharapkan dapat memudahkan proses membeli-belah dalam talian dan membolehkan para pelanggan untuk berjimat menerusi pembelian pada harga yang berbaloi, di samping menyumbang kepada inisiatif amal ‘Membeli Untuk Memberi’.” kata Alan Chan, Ketua Pegawai Eksekutif, Lazada Malaysia.
Semasa majlis penyampaian sumbangan ‘Memberi Untuk Memberi’ pada 30 Mac 2023, Lazada menyampaikan set ‘Pakej Raya’ kepada 60 penerima sumbangan yang telah bersama-sama berbuka puasa dengan rakan NGO dan media.
Di samping itu, van dan lori Lazada Logistik juga telah dimobilisasikan ke seluruh negara untuk menghantar bantuan ‘Pakej Raya’ kepada penerima sumbangan di Kuantan, Kajang, Nilai dan Puchong pada bulan Mac.
Manakala pada bulan April, sumbangan akan disampaikan kepada komuniti yang memerlukan di Tanah Merah, Batu Pahat, Segamat, Kuala Nerang, Melaka, Teluk Panglima Garang, Klang, Beranang, Lembah Subang, Shah Alam, Gombak, Setapak, Pandan Perdana, Titiwangsa, Kota Kinabalu, Keningau, Kundasang, Semporna dan beberapa lagi daerah di seluruh Malaysia.
Menerusi kempen ‘Membeli Untuk Memberi’, Lazada berhasrat untuk membantu seramai mungkin keluarga dan komuniti yang memerlukan dan ianya pasti mampu direalisasikan dengan sokongan dan penglibatan para pelanggan yang bermurah hati menyumbang ke arah insiatif impak sosial dan derma amal tersebut.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Peperangan antara Palestin dan Israel menarik perhatian dunia kerana telah meragut banyak nyawa yang tak bersalah.
Salah seorang yang sering bersuara ialah supermodel Bella Hadid yang mengakui akan terus mempertahankan Palestin walaupun terpaksa melepaskan kerjayanya sebagai model terkenal.
“Walaupun kerjaya saya terhenti, saya tidak akan berhenti menyokong Palestin,” kata supermodel yang berasal dari Palestin ini seperti dipetik daripada Akhbar Turkiye Newspaper pada 16 Oktober 2023.
Pemilik nama penuh Isabella Khair Hadid ini turut menyatakan dia akan terus mempertahankan Palestin biarpun terpaksa meninggalkan profesionnya.
Dia akan terus lantang mengeluarkan kenyataan berhubung serangan Israel ke atas Palestin.
“Saya tidak takut kehilangan pekerjaan sebagai model dan saya akan terus bersuara mengenai Palestina,” tegas kakak kepada Gigi Hadid yang juga seorang supermdel terkenal.
Di saat Bella Hadid bersuara, bapanya yang merupakan seorang pemaju hartanah Palestin, Mohamed Hadid turut menyiarkan berita tentang konflik Palestin-Israel di Instagram peribadinya.
Rata-rata para pengikut Bella berterima kasih dan terus memberi sokongan kepadanya agar terus teguh dengan pendirian mempertahankan tanahair tercinta.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Lumrah kebanyakan wanita sukakan kecantikan. Banyak jenis produk kecantikan yang mahu dicuba demi mendapatkan kulit yang cantik. Namun, adakalanya ada yang menggunakan produk yang tiada kelulusan, produk ‘timbang kilo’ kerana terpengaruh dengan iklannya.
Seperti kisah yang dikongsikan oleh Najwa Zaidi di Facebook ini, produk murahan ini telah menjejaskan kesihatannya dengan teruk sekali.
Bukan itu sahaja, bacaan darah dan hatinya menjadi tinggi.
Tak salah nak menyokong produk tempatan tetapi pilihlah yang betul-betul berkualiti.
Dia terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak demi menanggung kos rawatannya.
Dia menasihatkan kepada semua agar berhati-hati jika ingin mengamalkan sesuatu produk itu. Pastikan ianya betul-betul selamat.
ini asid dalam perut. Tp tak byk. Check byk kali dengan doc, semua kata gastrik sebab simptom mcm gastrik tapi dah tak blh tahan sebab sakit sampai rasa mcm putus nyawa terus pergi jumpa pakar. Check semua, ni masa masukkan camera utk tgk btl ke gastrik, gastrik tak sgt rupanya hati yang bermasalah plus hempedu pun sama. Hati dapat diselamatkan lagi, hempedu kena buang.
Sebut saja nama Amy Mastura pasti akan terlintas sikapnya yang kelakar dan comel. Tak dinafikan Amy Mastura antara artis yang bebas kontroversi.
Miliki keluarga yang bahagia, suami yang baik serta anak-anak yang bijak adalah rezeki buat Amy Mastura yang kini berusia 52 tahun.
Kesimpulannya bila jiwa kita tenang, bahagia dan positif secara tak langsung kecantikan semula jadi akan terserlah pada luaran seterusnya nampak awet muda seperti Amy Mastura.
Rezeki Amy Mastura terlihat muda berbanding usia sebenar.
“Saya percaya semua orang ada kecantikan masing-masing. Dari segi pemakanan saya makan semua tetapi secara sederhana.
“Untuk aktiviti kecergasan selalunya yang ringan saja contohnya berjalan laju atau berjoging sekali sekala.
“Bagi saya apa-apa pun yang kita buat eloklah bersederhana. Dari segi solekan pun begitu juga, harus bersederhana kecuali ke majlis-majlis tertentu,” kongsi Amy yang popular dengan lagu Sha Na Na.
Menurut selebriti kelahiran Perak ini, usia akan terus meningkat dan proses penuaan pasti berlaku.
“Kita tak boleh lari sebab akan menuju juga ke hari tua juga. Pastinya kita ada orang-orang terdekat yang sudah melalui proses itu terlebih dulu.
“Bila kita lihat mereka melalui pengalaman itu maka kita boleh ambil pengajarannya ke kehidupan kita kelak.”
Amy Mastura turut berpesan agar setiap wanita bersedia dengan segala perubahan seiring peningkatan usia.
“Contohnya dari segi penjagaan kesihatan gigi dan mata. Bersedialah kerana kita juga akan ke arah itu satu hari nanti dengan masalah yang sama.
“Bersedia lebih awal dan bila tiba masanya kita akan menghargai perjalanan proses itu.”
KEBAHAGIAAN 23 TAHUN
Sepanjang bergelar artis, tidak pernah lagi kita mendengar kisah-kisah yang kurang enak tentang rumahtangga Amy Mastura.
Sedar tak sedar sudah 23 tahun usia perkahwinan Amy Mastura dan suaminya, Alvin Tham Suffian. Mereka mendirikan rumahtangga pada 2000 dan dikurniakan dua puteri, Adriana (22) dan Adalia (19).
“Alhamdulillah syukur masih bertahan walaupun setiap hari ada benda baru dan perbezaan yang kami belajar. Setiap hari nak memperbaiki perhubungan dan diri masing-masing.
“Yang penting perbaiki diri sendiri dulu. Bukan mudah nak perbaiki orang lain kerana belum tentu orang akan suka dan terima.”
“Bila kita beri kebaikan Insha-Allah kita akan dapat kebaikan itu semula. Kebahagiaan itu dibina sama-sama antara suami isteri berserta doa.”
“Masing-masing ada tanggungjawab dan ada keinginan untuk bagi kebahagiaan kepada pasangan. Bukan asyik meminta saja. Jadilah isteri dan ibu yang terbaik buat keluarga,” tutur Amy Mastura.
Semoga Amy Mastura dan suami kekal bahagia selamanya. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat kita semua khususnya para wanita.
Kredit Foto: Instagram Amy Mastura
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Trend beratur berjam-jam demi merasa makanan viral, golongan remaja dan orang muda yang berbadan besar di Malaysia lebih cepat alami kerosakan buah pinggang.Segalanya mesti...