Setelah mengalami saat terindah proses kehamilan selama 9 bulan, akhirnya pengasas tudung jenama terkenal, Tudung Ruffle, Hanis Arif atau dikenali dengan Nonones selamat melahirkan anak pertamanya. Walaupun sudah dua minggu melahirkan anak, tetapi baru semalam Hanis berkongsi wajah puteri sulungnya itu.
Dalam posting yang dimuat turun di laman instagramnya, Hanis memberitahu dia bersyukur ke hadrat Illahi atas anugerah terindah ini.
Masing-masing memuji kecomelan wajah si cilik ini yang dikatakan bernama Irina. Apa yang pasti kehadirannya akan lebih menyerikan rumah tangga Hanis dan suami tercinta.
Hijabista ucapkan tahniah dan semoga rumah tangga mereka berdua kekal till jannah.
Kehidupan sebagai wanita berkerjaya sering bergelut dengan hiruk pikuk Kotaraya yang sesak sekaligus menganggu ketenteraman jiwa dan sanubari.
Jadi untuk kembali menenangkan diri setelah puas meraikan perayaan Aidilfitri bersama keluarga tercinta. Apa kata anda meluangkan masa untuk menenangkan diri sendiri bersama rakan-rakan di hujung minggu ini, sebelum kembali ke ofis pada Isnin!
Orang kata jika mahu mencari ketenangan, maka pandanglah kehijauan yang bersifat saujana mata memandang! Sambil bersantai pada hujung minggu di tempat esklusif di puncak bukit bersama kawan-kawan menikmati panorama alam, sambil berpiknik di bawah langit biru dengan jamuan pilihan makanan yang disediakan oleh pemilik. Anda hanya perlu bawa diri dan menikmati sahaja momen-momen indah berkenaan sambil menenangkan diri!
Tiga lokasi ini antara lokasi yang paling sesuai dan berjaya mencuri perhatian Hijabista!
1. Lembah Madu ResortIni merupakan antara lokasi untuk mencari ketenangan atau port healing serta daya tarikan terbaharu di Kedah Darul Aman. Resort yang terletak di lokasi Wang Tepus, Jitra ini hanya beroperasi pada hari minggu di Kedah iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja.
Daya tarikan utama lokasi ini adalah, Hijabi boleh menjamu mata degan rakan-rakan menikmati kehijauan alam semulajadi yang cukup indah dan tidak terungkap dengan kata-kata.
Sambil meluangkan masa bergosip bersama rakan-rakan, anda boleh hamparkan tikar dan nikmati pakej makanan yang tersedia di bawah langit biru! Menarik bukan?
Lokasi seterusnya ini merupakan lokasi WAJIB singgah bagi Hijabi yang gemar berswafoto dan mengambil gambar kenang Outfit of The Day (OOTD) sekiranya hijabi berkunjung ke Pulau Pinang yang terkenal dengan julukan Pulau Mutiara.
Lebih menarik lagi, lokasi ini tidak hanya mempunyai pelantar untuk bergambar, tetapi terdapat juga tempat istirehat yang menarik bentuk kapal kecil dan gazebo.
3. Berkelah Di Tengah Ladang Teh!
Lokasi terakhir ini menawarkan suasana berkelah yang amat eksklusif buat mereka yang mengimpikan suasana piknik bersama rakan-rakan di tengah ladang teh yang subur menghijau!
Sehubungan itu, Cameron Highland Resort telah berinisiatif untuk menawarkan pakej menarik buat mereka yang mahukan konsep privacy healing di puncak bukit teh mereka!
Sekadar info, lokasi-lokasi yang disenaraikan ini, ada diantaranya yang menyambut seruan serta inisiatif kerajaan dengan menawarkan harga Rahmah. Bagaimanapun, ia bergantung kepada bajet dan kewangan masing-masing untuk memilih lokasi yang memenuhi citarasa!
Boleh juga mengamalkan konsep ‘tong-tong’ dan carpool bersama rakan-rakan demi merealisasikan impian mencari ketenangan diri bersama.
Tidak dinafikan hidayah Allah itu datang tanpa mengira siapa, bila dan di mana. Jika sudah ditakdirkan untuk menerima hidayah dari-Nya pastilah kita menjadi antara insan bertuah.
Seperti juga perkongsian pelakon serta penyanyi, Nonny Nadirah yang bersyukur menerima hidayah dari Allah dalam usia yang masih muda dan detik permulaan ketika menjadi tetamu-Nya awal tahun ini.
Dia menunaikan umrah di Tanah Suci dengan tujuan untuk beribadah, tetapi tidak menyangka hatinya telah dijentik oleh Allah untuk melakukan penghijrahan.
Sebaik pulang, Nonny mula berhijrah dengan memakai tudung sebagai menunaikan kewajipan menurut aurat bagi setiap wanita Muslim.
“Alhamdulillah saya diberi peluang untuk menunaikan umrah ketika itu. Dan itu adalah detik permulaan untuk mula memakai tudung. Perasaan ingin memakai tudung ini adalah dari diri saya sendiri dan bukan dipaksa oleh mana-mana pihak.
“Saya ingat lagi ketika itu mahu pergi buat satu recording untuk satu program. Dan bila habis saja tugasan di situ terus terdetik hati untuk memakai tudung. Waktu itu saya terus ambil satu selendang dan terus pakai di kepala,” ungkap Nonny menceritakan detik permulaan hijrahnya.
Menurut Nonny juga pada masa yang sama dia terus mengajak temannya itu untuk membeli tudung di Jalan Tunku Abdul Rahman.
“Saya terus beli 5 helai tudung bawal yang berharga RM10. Sebenarnya sebelum ini saya memang pernah pakai tudung terutama yang dituntut untuk sesi penggambaran drama. Tetapi waktu itu belum tergerak hati untuk memakai secara sempurna.
“Dan perasaan yang betul-betul saya rasa selesa untuk berhijab adalah apabila berada di Tanah Suci. Ini kerana di situ kita tahu wajib menutup aurat sepenuhnya. Dan selepas balik dari umrah saya rasa ada benda yang hilang dari atas kepala. Malah kepala rasa macam berangin saja. Kemudian barulah bermula episod saya mula memakai tudung.
“Perasaan pertama kali berhijab dengan kerelaan hati ini sukar untuk digambarkan dengan perkataan. Hanya saya dan Allah saja yang tahu. Biarlah jadi rahsia antara saya dengan Allah. Dan rasanya orang lain juga begitu. Perasaannya memang lain macam sedikit.
“Pada mulanya memang saya ada juga perasaan takut untuk berhijab ini. Maklum diri kita ini selebriti, apa yang kita buat jahat memanglah salah. Tetapi bila kita buat baik nanti akan dikatakan seperti acah-acah nak jadi baik pula. Tetapi bagi saya yang penting adalah niat berhijab itu kerana Allah,” tambah Nonny yang tidak menolak jika ada orang yang menganggap perhijrahannya itu sebagai ‘propa’.
Walau bagaimanpun sebagai hamba-Nya dia hanya meminta dipermudahkan urusan sepanjang di awal penghijrahannya ini.
“Memang orang akan beranggapan macam-macam pada kita. Tetapi sebagai hamba Allah, saya berbalik padaNya, saya minta padaNya, dipermudahkan segala urusan. Sebabnya kalau kita sedang menuju ke arah kebaikan dan berbuat baik, Allah akan mudahkan jalan kita. Malah Dia juga akan mengangkat darjat kita ke satu level yang lain.
“Saya rasa dengan berbuat baik, kita tidak perlu ada perasaaan malu. Lebih baik ada rasa malu dengan Allah dan itulah yang saya buat. Bagi saya ketepikan saja cakap-acap orang. Bila kita asyik pikir cakap mereka, alamatnya tak akan maju ke depan la kita,” jelasnya yang memberitahu dia masih lagi Nonny Nadhirah yang dulu cuma berubah menjadi insan yang lebih baik.
Bercerita lanjut tentang penghijrahannya juga, Nonny bersyukur kerana seluruh keluarga menyambut baik keputusan untuk bertudung.
“Sudah tentu keluarga merupakan orang pertama yang saya beritahu tentang penghijrahan ini. Emak adalah insan paling gembira dengan penghijrahan saya. Saya percaya berkat doa ibu yang tidak pernah terlebih atau terkurang. Selama ini ibu tak pernah mengongkong. Dia telah jalankan tanggung jawab seorang ibu yang baik.
“Ibu tunjukkan perbuatannya. Memakai tudung, dia bersolat dan juga menegur dengan cara baik. Berkat doanya selama ini saya dibukakan hati untuk berhijab. Selepas bertudung memang tidak dinafikan ada dugaannya tersendiri.
“Maklumlah kita pertama kali berhijab dan tak reti nak belit sana belit sini. Kalau dulu zaman free hair senang tak payah gayakan sangat rambut. Bila bertudung, kita nak pastikan hijab digayakan itu kemas dan terletak di kepala.
“Untuk kemasan perlu jarum yang lebih dan pernah satu hari itu belum masuk kereta pin dah terjatuh dulu. Momen ini akan saya ingat sampai bila-bila. Saya perhatikan macam-macam jenis gaya orang bertudung.
“Saya juga lakukan carian cara pakai hijab tanpa perlu pakai jarum yang banyak. Lama kelamaan barulah kita boleh belajar dan gayakan ikut cita rasa sendiri,” tambahnya yang suka gaya ringkas tetapi menyenangkan pergerakan.
Menurut Nonny, tidak susah sebenarnya seseorang itu untuk berhijab. Cuma pada permulaan kerana tidak tahu gayakan stail yang sesuai.
“Kita belajar perlahan-lahan dan lama-lama mesti pandai. Tak payah belit-belit sangat janji tutup kepala. Bagi saya bila masanya lagi untuk berhijab. Nanti bila mati kena tutup semua juga. Jadi tanya pada diri sendiri nak tutup sekarang atau masa mati nanti.
“Pesan saya pada mereka di luar sana, jika ada rasa terdetik sikit pun nak pakai tudung, teruskan saja niat berkenaan. Jangan berhenti sebab kita tak tahu bila lagi perasaan itu akan datang. Insya-Allah mohon pada Tuhan agar segala urusan nanti akan dipermudahkan,” jelasnya yang menjadikan ibunya sebagai ikon dalam berfesyen.
Nasi ialah makanan ruji pelbagai masakan budaya di seluruh dunia. Ia mengenyangkan, berkhasiat, murah dan boleh diubah menjadi makanan lazat dengan menggabungkannya dengan mana-mana makanan pilihan anda. Bukan itu sahaja, beras mengandungi sejumlah nutrien yang diperlukan oleh sistem dalaman anda untuk melaksanakan kerjanya dengan cekap.
Itupun ada yang menahan diri dari makan nasi. Ia sering dilakukan untuk mengurangkan pengambilan karbohidrat, mengurangkan kiraan kalori harian atau disebabkan alahan nasi. Dalam kes sedemikian, anda perlu menambah item makanan yang sama sihat ke dalam diet anda untuk mengimbangi hasil nutrien.
Jika anda juga sedang mencari pengganti nasi, maka berikut adalah 5 pilihan yang lebih sihat untuk anda.
Quinoa adalah biji yang telah menjadi sebahagian daripada makanan ruji di Amerika Selatan selama beribu-ribu tahun. Ia telah menjadi popular di kalangan penggemar kecergasan sejak kebelakangan ini kerana kandungan nutrien dan manfaat kesihatannya. Biji kecil bebas gluten dan mengandungi lebih banyak protein daripada beras. Malah, ia adalah salah satu daripada beberapa makanan berasaskan tumbuhan yang mempunyai kesemua sembilan asid amino yang diperlukan untuk menghasilkan protein lengkap. Ia juga kaya dengan tembaga dan magnesium.
Millet bebas gluten dan sarat dengan protein, serat dan antioksidan. Kaya dengan semua nutrien penting, ia boleh menjadi alternatif terbaik untuk kedua-dua beras dan gandum. Bahagian yang terbaik ialah millet boleh didapati dalam pelbagai jenis. Berbentuk finger millet, sorghum, barli, pearl millet dan lain-lain. Setiap satu daripadanya adalah sama khasiatnya, mudah dimasak dan serba boleh. Millet juga merupakan sumber zat besi yang hebat, nutrien yang diperlukan untuk membentuk haemoglobin.
Gandum Bulgar atau dalia lebih terkenal di negara India, adalah hidangan ruji yang popular di negara-negara Timur Tengah. Dalia adalah gandum pecah dengan sekam, disediakan daripada gandum durum. Bijirin bijirin yang tinggi serat cukup mengenyangkan dan boleh mengurangkan pengambilan kalori harian anda. Makan dalia juga boleh membantu menggalakkan bakteria usus yang sihat dan mencegah sembelit. Bijirin penuh dengan folat, vitamin B6, niasin, tembaga, mangan, magnesium dan zat besi.
Kubis cina adalah sayuran ruji yang paling digemari. Kini anda boleh menambah lebih banyak sayur ini ke dalam diet anda dengan memasukkan nasi kubis cina. Ia adalah sayuran yang sangat berkhasiat dan sarat dengan folat, vitamin K dan serat serta mempunyai beberapa manfaat kesihatan yang menakjubkan. Selain itu, nasi kembang kol mudah disediakan dan sangat rendah kalori.
Kubis yang dicincang adalah satu lagi alternatif terbaik untuk nasi. Ia rendah kalori dan karbohidrat dengan rasa yang lembut dan boleh digandingkan dengan mana-mana hidangan untuk meningkatkan rasa dan menjadikannya lebih mengenyangkan. Sayuran berdaun juga merupakan sumber vitamin C dan K, folat, kalium dan magnesium yang sangat baik.
Nasi bukan tidak sihat atau menggemukkan. Ia sihat, berkhasiat dan mengenyangkan. Anda boleh makan semangkuk nasi setiap hari apabila cuba menurunkan berat tanpa risau tentang penambahan berat badan. Anda hanya perlu berhati-hati tentang saiz bahagian. Jika anda tidak mempunyai sebarang alahan atau masalah perubatan lain yang boleh menjadi lebih teruk dengan makan nasi, maka jangan kurangkan makanan ruji ini daripada diet biasa anda.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketahui cara pilih gaya tudung ikut bentuk muka supaya penampilan lebih seimbang, manis dan yakin di Hari Raya. Panduan lengkap kenal 5 bentuk muka wanita.