Penggunaan ayat ‘healing‘ menjadi satu perkara yang sinonim untuk menenangkan diri pada saat ini. Ramai wargamaya yang gemar menggunakan perkataan ini jika mengunjungi atau melakukan apa-apa aktiviti yang menenangkan bagi mereka.
Baru-baru ini perkongsian dua orang gadis sedang leka ‘healing‘ menjadi satu situasi yang cemas tetapi kelakar. Mereka yang di temani dua ekor anjing bingung dengan keadaan yang terjadi.
Tak Tahu Nak Teruskan ‘Healing‘ Atau Cemas?
Tak dinafikan bila lihat video ini, sis pun terikut sekali nak ‘healing‘ dengan bayu laut dan suasana yang nyaman itu bukan? Tapi ketenangan jadi cemas pula…
Menerusi video yang dimuatnaik oleh gadis itu di TikTok miliknya @milikorang24, gadis itu sedang asyik meluangkan masanya di tepi pantai dengan suasana untuk melaya momen ‘healing‘.
Ads
Dua orang gadis yang berada dalam video itu menjadi cemas dan gementar apabila muncul dua ekor anjing secara tiba-tiba duduk di depan mereka. Anjing-anjing itu seolah-olah turut sertai sesi ‘healing’ mereka dan situasi itu agak lucu seketika.
“Anjing Juga Tahu Good Vibes sis…” – wargamaya
Video ini dapat perhatian orang ramai melihatkan telatah dua gadis yang mulanya riang tiba-tiba cemas apabila kehadiran dua ekor anjing itu di sekitar mereka. Ada juga yang mengatakan mereka berdua ‘healing’ sehingga tak balik.
Ads
“Wah ada bodyguardtime healing,
“Dengar cerita healing sampai tak balik-balik,
“Anjing juga tahu good vibes sis. Jangan takut they are lovely creature.” antara komen yang lucu di kongsikan.
Ramai tidak menyangka bahawa pelakon berdarah kacukan Melayu Filipina, Datin Seri Maria Farida Atienza lebih mesra disapa dengan nama pentas Maria Farida kini sudahpun beusia 54 tahun.
Sehubungan itu, dek kerana mempunyai tubuh badan serta kejeliiaan persis dara yang dimilikinya, ibu seorang anak ini terpaksa berdepan pelbagai persoalan seperti, apa rahsia? Bagaimana kekal awet muda?
Malah, video Maria Farida bersama usahawan, Dato Seri Vida atau nama sebenarnya Hasmiza binti Othman, 51, pernah tular di aplikasi TikTok hingga penampilan Maria Farida yang tidak terlihat dimamah usia menjadi sorotan dan bualan warganet.
Namun, bukan emas yang menjadi perhatian orang ramai, tetapi penampilan Maria Farida yang seakan-akan anak dara yang menjadi tumpuan.
Rata-rata warganet membanjiri ruangan komen hantaran berkenaan dengan memberikan kata-kata positif tentang keanggunan dan kejelitaan yang dimiliki Maria Farida. tak kurang juga ada wargamaya yang terpegun dan tertanya-tanya akan rahsia kejelitaan beliau.
Terdapat satu tangkap layar dari Astro Gempak, di mana seorang jurusolek mengaku dia pernah berkerjasama bersama Maria Farida. Menurut individu itu, memang jelas kulit dan rupa Datin Maria memang seperti yang di kongsinya dalam laman media sosial.
“Saya pernah makeup Datin Maria Farida di rumahnya. 2 tahun lepas. Kulit dia memang cantik tiada satu pun garisan tua…cekang orang kata,
“Dan kulit dia tak perlu pakai foundation. Bila pakai foundation nampak sikit kering even yang liquid. Jadi datin maria memang tak suka pakai foundation pun,
“Tapi body kulit semua macam anak dara…memang segaklah orang kata…kalah kita yang muda.” ujarnya di ruangan komen.
Datin Maria Farida juga pernah di soal dan di kata membuat rawatan di spa dan sebagainya untuk maintain rupa parasnya. Tetapi, dia lebih mempercayai cara semula jadi untuk menjaga badannya. Jadi…apa lagi sis semua, kita pun kena mula dari sekarang nak maintan badan!
Salah satu fitrah manusia adalah suka dan cintakan kebersihan terutama sekali di tempat-tempat untuk melunaskan hajat kecil mahupun besar. Jika kawasan tandas itu berbau kepam, kotor dan berkeladak boleh terbantut niat untuk membuang hajat.
Apabila jubin tandas berkeladak dan kekotoran itu dibiarkan terlalu lama, ia bukan sahaja menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Malah ia juga mengambil masa yang lama untuk dibersihkan, sehingga anda perlu menyental dengan begitu teruk dengan menggunakan sepenuh tenaga.
Memandangkan tandas merupakan antara ruangan terpenting di dalam sebuah rumah, kerana ia merupakan kawasan yang paling kerap digunakan.
Di sini Hijabista kongsikan semula ‘Cleaning Hacks’ tip perkongsian dari seorang wanita, tentang cara membersihkan jubin berkerak dengan mudah. Jom semak!
Perkongsian ini di buat menerusi akaun Facebook milik ahli kimia, Dr Fatimah Salim yang terpanggil untuk berkongsi petua membersihkan bilik mandi kotor sekadar memenuhi permintaan ramai pihak dan rakan-rakanya yang mahu mengetahui caranya.
Hanya DIY ‘Spray’ Ini Dengan Berhati-Hati Ketika Bersihkan Kotoran
Bagaimanapun, Dr Fatimah menegaskan bahawa cara ini hanya sesuai diaplikasikan oleh mereka yang mempunyai sifat berani dan cermat! Ini kerana untuk membuat spray ini, hijabi perlu menggunakan bahan-bahan yang mempunyai asid penghakis yang tinggi.
Ini disebabkan cecair peluntur bersifat kuat dan boleh menghakis kulit dan menyebabkan kerengsaan atau memberi kesan terbakar. Oleh itu, Hijabi perlu berhati-hati semasa menggunakannya dalam keadaan pekat. Jika ia terkena pada kulit, segera basuh dengan air.
Sebelum memulakan proses pembersihan Hijabista menasihatkan agar anda mengambil langkah waspada dengan mengenakan alatan keselematan seperti sarung tangan, memakai pelitup muka dan juga kacamata keselamatan.
Gunakan kain atau topeng yang mampu menghalang bau cecair peluntur dihidu secara langsung kerana ia mudah meruap dan boleh menyebabkan komplikasi pernafasan dan pastikan anda membuka tingkap atau pintu untuk membebaskan gas cecair peluntur keluar dan tidak meruap.
1. Tuangkan cecair peluntur (Clorox) ke dalam bekas penyembur atau secara saintifiknya bekas yang boleh menghasilkan ‘droplet aerosol’ dan sembur (spray) pada permukaan dinding berjubin atau ruangan yang kotor yang anda ingim bersihkan. Pastikan permukaan yang ingin dibersihkan itu benar-benar kering terlebih dahulu sebelum disembur Clorox.
2. Setelah di sembur, adalah lebih baik untuk anda tinggalkan ia selama beberapa jam atau semalaman agar clorox dapat bekerja menyerap ke dalam kotoran semaksima mungkin dan ini akan memudahkan proses mencucinya kelak.
3. Apabila anda bangun pada keesokan hari, boleh lah mulakan proses mencuci dengan membilas jubin atau bahagian yang kotor itu dengan air paip. Jika ada kesan kotoran yang masih degil, cukup anda sental lembut sahaja maka kotoran itu akan hilang. Jika masih lagi ada bau peluntur anda boleh bilas dengan air sabun terlebih dahulu dan bilas sekali lagi dengan air bersih.
Menurut Dr Fatimah, cara ini amat sesuai untuk mereka yang tidak gemar melakukan kerja pembersihan dengan teknik menyental.
Selain itu, ujarnya kaedah sama juga boleh diaplikasikan untuk tujuan pembersihan lain sepeti tab mandi, singki dan juga mangkuk tandas.
Memiliki barisan produk penjagaan kulit dan kosmetik tempatan, anda patut berbangga berkongsi rutin harian dengan hasil yang luar biasa. Barisan jenama ini dipelopori barisan selebriti-selebriti terkenal ternyata memberi impak produk lokal setanding dengan jenama produk kecantikan antarabangsa.
Bukan sahaja dari rekaan bungkusan malahan penjenamaan nama dan produk lokal ini kalau diletak di rak-rak kecantikan anda pasti tidak dapat membezakan mana satu lokal mana satu produk antarabangsa. Satu kelebihan yang anda tidak perlu ragu-ragu lagi kebanyakkan produk lokal halal dan tanpa was-was digunakan. Jom semak antara produk lokal terbaik di pasaran:
Sebuah syarikat kecantikan dimulakan pada bulan Mei 2017 oleh Jurusolek Profesional yang berpengalaman dan influencer kecantikan, Ferra Rossa, yang berminat membuat produk yang bercerita dan memperkasakan kehidupan wanita melalui kecantikan.
Ucapkan selamat tinggal pada kulit kering dengan pelembap tanpa berat dan sangat menghidratkan ini. Rawat ekstrak mawar, chamomile, witch hazel, dan akar licorice yang menenangkan dan cerah yang memberikan penghidratan jangka panjang dan kulit Kembali glowing seperti keremajaan. Pelembap Gel yang tidak berminyak & bebas wangian ini menghidrat kulit secara mendalam untuk mengekalkan tahap sebum yang sihat. Mengandungi bahan-bahan yang menenangkan seperti kelopak mawar, chamomile & witch hazel. Sapukan sebelum tidur dan bangun dengan kulit yang cantik berseri pada waktu pagi.
Biarkan kulit anda mekar dengan keindahannya yang segar dan cerah. Serum ringan dan ultra-menghidrat ini, memberikan nutrien yang menenangkan dan antipenuaan ke dalam kulit untuk mencerahkan kulit dan menutup kelembapan sambil mempromosikan kulit yang lebih halus, lembut, dan lebih awet muda. Serum bebas wangian ini dengan kelopak mawar asli menembusi kulit dengan cepat untuk membantu mengurangkan cela & kedutan. Ekstrak Bearberry membantu meringankan bintik-bintik gelap & kaktus pir berduri membantu mengelakkan garis-garis halus, meninggalkan cahaya muda & warna yang lebih cerah.
Jenama Young & Glow telah berkembang dan mencapai banyak kejayaan besar. Jenama Young & Glow telah mendapat banyak perhatian dari pihak media massa terutamanya pihak stesen televisyen tempatan untuk berkongsi kebaikan produk Young & Glow kepada setiap wanita dan pengguna bukan saja di Malaysia bahkan juga di Singapura dan Brunei.
Young and Glow Foundation sesuai untuk semua jenis kulit. Menggabungkan kulit anda dengan selesa untuk memberikan penampilan cantik berseri yang selalu anda mahukan. Konsep Young and Glow Foundation adalah untuk menyatu dengan warna kulit apa pun sambil memberikan kesan berseri pada wajah anda. Foundation ini juga diformulasikan dengan bahan-bahan untuk merawat masalah kulit anda seperti garis halus, kedutan, kulit kusam dan jerawat. Bahan utama minyak argan melindungi kulit dari kerosakan sinar matahari setiap hari, sambil memberikan kelembapan pada kulit, mengurangkan tanda-tanda penuaan. Young and Glow Foundation adalah Halal, dan mesra wudhu mudah dibersihkan sebelum mengambil wudhu, dengan manfaat minyak biji aprikot tinggi dengan antioksidan yang melindungi kulit anda dari pendedahan UV ringan dan meremajakan sel kulit melalui kelembapan.
Jenama yang tidak asing, pepengaruh pengasas jenama ini Vivy Yusof sendiri membawa produk dUCk cosmetics pengikut seramai 189k di laman sosial Instagram. Produk kecantikan yang dipasarkan bawah laman sesawang fashionvalet dan juga beberapa stor mempunyai rangkaian penjagaan wajah.
Concealer akan menutup semua yang anda mahu sembunyikan dan mencerahkan lingkaran bawah mata. Diperkaya dengan silika hidrofobik yang inovatif, concealer berkrim ringan dan menyatu pada kulit anda untuk kemasan semula jadi yang sempurna. Gunakan dengan atau tanpa foundation, dan ucapkan selamat tinggal kepada semua tanda lingkaran hitam, noda dan bintik-bintik atau kemerahan dengan formula yang tinggi dan tahan lama. Hanya perlukan sedikit titik untuk anda kelihatan segar tetapi di kawasan yang memerlukan liputan paling banyak. Concealer berkrim liputan tinggi untuk disembunyikan dan diserlahkan untuk kemasan semula jadi. Tanpa Paraben dan tanpa mineral oil.
Sama ada anda menggemari lengkungan bersudut sempurna atau rupa bulu halus, semua orang mempunyai rupa alis khas mereka. Jaga bentuk anda tetap tipis dengan Brow Game, pensil ini yang mudah digunakan yang dapat anda jaga penampilan anda setiap masa.
Aplikasikan dengan sebatan ringan untuk penampilan semula jadi, atau tambah tekanan untuk penampilan yang lebih dramatik. Pensil tahan air yang halus ini menjadikan kening anda tidak mudah comot dan bertahan sehingga 12 jam. Pensil tahan peluh dan tahan noda sehingga anda tidak perlu risau untuk membersihkan alis anda secara tidak sengaja! Dan apabila tiba masanya untuk cuci secara semula jadi, anda boleh membuangnya dengan mudah dengan air suam dan / atau Come Clean Eye & Lip Makeup Remover.
Atas rasa kecintaannya terhadap kecantikan, penyanyi Dato’ Siti Nurhaliza menubuhkan jenama kosmetiknya sendiri pada 2010 iaitu SimplySiti. Mengeluarkan produk kecantikan berkualiti untuk penjagaan kulit, alat solek dan wangian, SimplySiti juga antara produk tempatan yang paling banyak menerima pengiktirafan seperti daripada Halal Journal Awards, Malaysia’s Strongest Brands Award dan lain-lain lagi.
Foundation ini diformulasikan dengan Ekstrak Kelopak Mawar yang mengandungi vitamin C dan E yang tinggi untuk mencerahkan kulit anda, menjadikan kulit anda kelihatan lebih halus, lebih lembut dengan cahaya cerah yang berseri. Formula ringan duduk dengan selesa pada kulit memberikan kemasan yang cantik dan cerah dengan daya tahan yang sangat baik. Tidak perlu risau akan serlahan matahari kerana foundation ini mengandungi SPF30 PA ++.
Cakenis adalah jenama fesyen & kecantikan yang berkembang di Selangor. Diasaskan oleh pasangan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen bukan sahaja mengeluarkan jenama tudung dan apparel malah telah mengembangkan sayap perniagaannya dalam bidang kecantikan dengan mengeluarkan produk penjagaan kulit dan kosmetik.
Sekiranya anda mempunyai kulit kering hingga normal, masker tidur terbaharu dari Cakenis mudah didapati! Hijabi mempunyai jenis kulit berminyak sering ditinggalkan dengan ketidakselesaan topeng tanah liat & serbuk, masker tidur dalam bentuk gel ini yang boleh anda bawa untuk tidur, tanpa mengotorkan sarung bantal juga membantu anda bangun pada keesokan harinya dengan kulit yang terhidrasi dengan baik. Diformulasikan dengan ekstrak witch hazel dan timun, C by Cakenis Petal Mask juga mengandungi arbutin, ekstrak kulit tangerin & ekstrak biji anggur antara bahan premium yang dipilih khas untuk memerangi wajah berminyak.
Koleksi khas yang menampilkan 3 lipbait mini dalam kotak. Sesuai untuk dijadikan hadiah untuk diri sendiri atau yang tersayang, lipbaits C by Cakenis mini ini menggunakan formula yang sama dengan C oleh Cakenis The Lipbait yang terlaris. Selesa dipakai berjam-jam! Sekiranya anda baru menggunakan The Lipbait, usaha anda untuk mencari krim bibir matte yang sempurna sudah berakhir. Lipbait ini juga dibuat untuk kemasan yang sepenuhnya matte, mudah digunakan dan dikeluarkan, dan mengandungi Vitamin C untuk memastikan bibir anda lembap sepanjang hari!
Jenama yang dipelopori adik beradik Syatila Melvin, Syida Melvin, Syafiqa Melvin dan Syifa Melvin memperkenalkan rangkaian produk pertamanya, krim bedak asas dan matte bibir di bawah jenama Kekasih by The Melvins pada Mei lalu dan dalam beberapa bulan saja, produk yang diasaskan daripada bahan semula jadi ini menjadi fenomena apabila terjual hampir 180,000 unit. Pada majlis yang gemilang baru-baru ini, The Melvins turut melancarkan 60 papan iklan yang dipasang di lebuh raya seluruh negara.
Maskara mesra wudhuk ini mudah dibersihkan dan senang ditanggalkan. Kelebihan maskara ini melentikkan bulu mata tanpa menggunakan bulu mata palsu. Fiber yang berkualiti tidak menyebabkan efeksi pada mata dan tidak perlu gusar sekiranya maskara comot dan hitamkan bawah mata.
Wanita Kadazan-Dusun terkenal dengan kulit mereka yang sempurna, menjadi rahsia yang dijaga ketat selama berabad-abad, kini telah terungkap. Dikatakan bahawa kekuatan di sebalik warna Kadazan-Dusun yang sangat jernih dikumpulkan pada ritual kecantikan mereka menggunakan ekstrak ‘Kalalit’. Amalan ini biasanya melibatkan percikan air ‘kelalit’ ke wajah. OLUMES meraikan dan mempercayai sihir penyembuhan ‘Kelalit’ dan merupakan nadi sebenar setiap produknya.
Berasal dari rantau Asia Tenggara, ekstrak ‘Kalalit’ telah digunakan sebagai ubat tradisional selama berabad-abad. Kayu bakar ini penuh dengan sebatian semula jadi yang disebut brazilin, dan di sinilah ekstrak ‘Kalalit’ memperoleh semua kemampuan pemulihannya. Memikat ubat moden untuk mengetahui potensi penawar tradisional ini, kajian menunjukkan bahawa brazilin sebenarnya mempunyai aktiviti biologi, menunjukkan bahawa ekstrak kayu nilam berfungsi sebagai agen anti-radang, antibakteria, antioksidan dan anti-fotoaging yang kuat juga.
Menghilangkan kusam dan mencerahkan kulit anda dengan losyen ini yang lembut namun hebat. Elixir permukaan semula jadi yang luar biasa ini adalah semua kulit anda perlukan untuk mendapatkan cahaya yang dicemburui. Inti adalah Ekstrak Kalalit, bahan rahsia yang telah digunakan oleh orang Kadazan Dusun selama berabad-abad untuk mencapai kulit mereka yang sempurna.
Cara mudah untuk mengatasi kesesakan yang tidak diingini dan memperbaiki tekstur kulit, ia dengan serta-merta memberikan peningkatan cahaya dan kejelasan yang dapat dilihat. Sangat sesuai untuk mereka yang ingin memerangi kompleks yang tidak bersemangat, pori-pori yang diperbesar, bintik-bintik gelap, kekeringan, dan bahkan garis-garis halus, formula ini mempunyai 6 peptida penambah muda dan 3 sumber probiotik, yang bekerjasama secara bersama untuk menghilangkan sel kulit mati untuk kulit yang lebih cerah .
Keseimbangan asid AHA, BHA dan PHA, ia sedikit mengelupas dan memperbaiki tekstur kulit. Campuran ini menawarkan ekstrak Centella Asiatica tambahan untuk melegakan kerengsaan dan membersihkan kulit sehingga menampakkan cahaya seperti sebelumnya. Kuat, ringan dan cantik lembut, Losyen Penapisan kami sesuai untuk semua jenis kulit.
Menawarkan penghidratan intensif dan pancaran segera, Satin Cream adalah kaedah terbaik untuk menjaga kulit dan merasakan yang terbaik. Ia membekalkan Ekstrak Kalalit yang kuat, untuk menenangkan kulit yang jengkel dan meradang.
Campuran ajaib ini adalah tenaga anti penuaan yang meningkatkan pengeluaran kolagen, meminimumkan penampilan garis halus, menyempurnakan penampilan tekstur kulit yang tidak rata dan mengurangkan penampilan liang yang membesar. Merevitalisasi ekstrak sel stem magnolia berfungsi untuk mencerahkan bintik-bintik hiperpigmentasi untuk mempromosikan kulit yang lebih sekata.
Diformulasikan dengan bahan terbersih, ia berfungsi melembapkan, menenangkan dan menghaluskan kulit kusam, sambil meninggalkan kulit tanpa cela, lembut, bebas bersinar dan siap untuk solek.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Safi Youth Gold Rania memperkenalkan Fasha Sandha sebagai wajah baharu menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang meraikan keyakinan, kekuatan dalaman dan kecantikan wanita Malaysia.