Kehidupan sebagai wanita berkerjaya sering bergelut dengan hiruk pikuk Kotaraya yang sesak sekaligus menganggu ketenteraman jiwa dan sanubari.

Jadi untuk kembali menenangkan diri setelah puas meraikan perayaan Aidilfitri bersama keluarga tercinta. Apa kata anda meluangkan masa untuk menenangkan diri sendiri bersama rakan-rakan di hujung minggu ini, sebelum kembali ke ofis pada Isnin!

Jamu Mata Dengan Kehijauan Dan Dekatkan Diri Pada Alam Sekitar!

Orang kata jika mahu mencari ketenangan, maka pandanglah kehijauan yang bersifat saujana mata memandang! Sambil bersantai pada hujung minggu di tempat esklusif di puncak bukit bersama kawan-kawan menikmati panorama alam, sambil berpiknik di bawah langit biru dengan jamuan pilihan makanan yang disediakan oleh pemilik. Anda hanya perlu bawa diri dan menikmati sahaja momen-momen indah berkenaan sambil menenangkan diri!

Tiga lokasi ini antara lokasi yang paling sesuai dan berjaya mencuri perhatian Hijabista!

1. Lembah Madu ResortIni merupakan antara lokasi untuk mencari ketenangan atau port healing serta daya tarikan terbaharu di Kedah Darul Aman. Resort yang terletak di lokasi Wang Tepus, Jitra ini hanya beroperasi pada hari minggu di Kedah iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja.

Daya tarikan utama lokasi ini adalah, Hijabi boleh menjamu mata degan rakan-rakan menikmati kehijauan alam semulajadi yang cukup indah dan tidak terungkap dengan kata-kata.

IKLAN

Sambil meluangkan masa bergosip bersama rakan-rakan, anda boleh hamparkan tikar dan nikmati pakej makanan yang tersedia di bawah langit biru! Menarik bukan?

Artikel berkaitan: Syok ‘Healing’ Tepi Pantai, Dua Gadis Ini Di Temani Anjing Sebagai Tetamu ‘Istimewa’

2. Bukit Genting

Lokasi seterusnya ini merupakan lokasi WAJIB singgah bagi Hijabi yang gemar berswafoto dan mengambil gambar kenang Outfit of The Day (OOTD) sekiranya hijabi berkunjung ke Pulau Pinang yang terkenal dengan julukan Pulau Mutiara.

IKLAN

Lebih menarik lagi, lokasi ini tidak hanya mempunyai pelantar untuk bergambar, tetapi terdapat juga tempat istirehat yang menarik bentuk kapal kecil dan gazebo.

3. Berkelah Di Tengah Ladang Teh!

Lokasi terakhir ini menawarkan suasana berkelah yang amat eksklusif buat mereka yang mengimpikan suasana piknik bersama rakan-rakan di tengah ladang teh yang subur menghijau!

IKLAN

Sehubungan itu, Cameron Highland Resort telah berinisiatif untuk menawarkan pakej menarik buat mereka yang mahukan konsep privacy healing di puncak bukit teh mereka!

Sekadar info, lokasi-lokasi yang disenaraikan ini, ada diantaranya yang menyambut seruan serta inisiatif kerajaan dengan menawarkan harga Rahmah. Bagaimanapun, ia bergantung kepada bajet dan kewangan masing-masing untuk memilih lokasi yang memenuhi citarasa!

Boleh juga mengamalkan konsep ‘tong-tong’ dan carpool bersama rakan-rakan demi merealisasikan impian mencari ketenangan diri bersama.

Artikel berkaitan: K-Drama ‘Oppa’, Yoo Seung Ho Jatuh Cinta Dengan Aiskrim Gula Apong!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI