Gincu rona merah semestinya menjadikan solekan anda lebih menyerlah dan memukau. Tetapi ada caranya yang betul untuk menggunakannya agar tidak tampak comot.
Ini tiga tip penting untuk pastikan lipstik merah anda nampak kemas dan mahal!
Ads
Pemilihan Warna
Pastikan alat pemadam mekap dan berus gincu ada bersama ketika kamu ingin membeli gincu. Pastikan kamu mendapatkan khidmat nasihat dan pandangan dari juru jual serta rakan ketika membuat pilihan warna.
Kesan Yang Lama
Untuk mendapatkan kesan pemakaian gincu merah yang tahan lama, gunakan gincu merah matte. Warna gincu matte lebih tahan lama berbanding yang berkilat dan ia sangat in trend sekarang ini!
Gunakan Lidah
Selepas mengenakan gincu merah, jangan terus tinggalkan cermin! Ambil sedikit waktu untuk senyum beberapa kali di hadapan cermin dan perhatikan gigi kamu. Jika terdapat kesan gincu, gunakan lidah untuk membersihkannya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Ads
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kecoh di media sosial kelmarin apabila pelakon Fatiya Latiff dikatakan bersolat dalam kereta. Pelbagai pendapat mengenai perbuatannya ini dan terbaru Imam Muda Asyraf berkata solat dalam kenderaan dibolehkan, tetapi dengan syarat ditunaikan atas sebab darurat.
Beliau melalui Astro Awani berkata walaupun dianggap darurat tetapi tiak boleh diambil ringan kerana yerdapat syarat yang perlu dipatuhi untuk satu situasi diklasifikasikan sebagai darurat.
Menurut pendakwah bebas ini juga dia tidak tahu situasi selebriti berkenaan sehingga dia mengambil keputusan untuk menunaikan solat dalam kereta.
“Tetapi secara umumnya, solat dalam kereta dibenarkan jika benar-benar dalam keadaan darurat. Contohnya jika tersangkut dalam kesesakan jalan raya, dari tidak ada peluang langsung untuk keluar kereta dan singgah di mana-mana untuk solat,” katanya.
Tambah Imam Muda Asyraf juga dalam keadaan darurat ada dua pilihan iaitu boleh melakukan solat jamak takhir, contohnya jika terlepas waktu Maghrib atau boleh dilakukan dalam kereta.
“Jika masih ada peluang untuk singgah ke surau di stesen minyak, atau di mana sahaja lokasi yang membolehkan solat seperti biasa dilakukan, tak sepatutnya tunai solat dalam kereta,” jelasnya yang turut mengingatkan masyarakat agar tidak ambil remeh soal kemudahan yang diberi dalam menunaikan solat, kerana ia ibadah wajib dan merupakan rukun Islam.
Bukan mudah bagi anda yang memiliki kulit wajah rawan jerawat dan kemerahan. Perlu lebih teliti mencari penjagaan kulit bagi mengawal pengeluaran minyak.
Krim pelindungan wajah ini menjadi viral di aplikasi tiktok apabila mendapat totonan lebih dari 50 juta. Apa rahsia krim ini sehingga anda harus memilikinya. Jom tonton dahulu beberapa hantaran di aplikasi tiktok untuk membuka minda anda kenapa ianya beri manfaat pada kulit yang meradang dan rawan jerawat.
Melindungi kulit dari tekanan persekitaran yang berbahaya, meneutralkan kemerahan dan menutupi noda dengan krim viral ini, Cicapair ™ Re-Cover Cream SPF 40 / PA ++ . Makmal Dr.Jart + mengembangkan penyelesaian kulit derma ini dari tumbuhan herba Asia, Centella Asiatica yang dapat menenangkan kulit sensitif dan jengkel dengan serta-merta.
Krim penukar warna hijau-ke-krem membetulkan dan menyembunyikan kemerahan dengan menyesuaikan dengan warna kulit anda, sambil melindunginya dengan SPF 40 / PA ++. Krim menenangkan kulit kering dan jengkel sambil meningkatkan daya hidup dan penampilan kulit. Ia dapat digunakan sebagai alas solek atau sendiri untuk perlindungan sepanjang hari dan liputan semula jadi.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Dalam usia 30 tahun sepatutnya matlamat kewangan yang kukuh sudah dicapai bagi menjamin kehidupan yang lebih selesa. Perbelanjaan harus setimpal dengan pendapatan dan gaji bulanan yang diterima. Golongan anak muda perlu lebih prihatin dalam soal pengurusan kewangan.
Dalam hidup kita mesti ada matlamat. Jika kita tiada matlamat, kita tiada hala tuju. Ibarat memanah tanpa sasaran. Kita akan buat kerja sia-sia tanpa matlamat dan target.
Usia muda kita sangat berharga. Apa yang kita buat di usia muda akan memberi kesan kepada kita di usia tua kelak. Orang hipster dan urban macam kau cakap, “Alahh, rilek la, kita muda lagi. Enjoylah puas-puas. Jom travel dulu. Tengok dunia”
Enjoy biar berpada-pada ye. Jangan sampai berhutang sakan. Masuk umur 40 tahun mula la nak menyesal. Baru nak kenal erti penyesalan.
10 perkara di bawah bolehlah dijadikan sebagai panduan untuk mencapai matlamat kewangan sebelum kau berusia 30 tahun:
1. MEMPUNYAI SUMBER PENDAPATAN SENDIRI
Tak kiralah apa pun pekerjaan kau yang penting kerja yang halal dan sah di sisi undang-undang. Kau sudah ada kerja yang kau suka. Kau boleh hadapi tekanan kerja. Kau ada pendapatan yang baik dan tetap.
Apa yang penting usaha. Usaha cari pendapatan dan stabilkan keadaan ekonomi kau. Bukan hanya berdiam diri tanpa berbuat apa-apa.
2. MENGURUSKAN KEWANGAN DENGAN BAIK
Tidak kiralah apa pun kerja kau sama ada kau bekerja sebagai kejuruteraan pam minyak ataupun kejuruteraan cashier, kau mestilah sudah mahir menguruskan hal ehwal kewangan sendiri. Kau dapat bezakan yang mana kehendak dan keperluan. Kau tahu aliran keluar masuk wang kau. Ini tidak, bila dapat gaji, duit kau terus pupus tak tahu ke mana.
Buat bajet kewangan. Bila dah dapat gaji, rancang apa yang perlu dibayar, apa yang perlu dibeli dan sebagainya. Barulah kewangan kau akan lebih terurus.
3. MEMPUNYAI TABUNG SIMPANAN
Mempunyai beberapa tabungan. Buatlah tabung simpanan, tabung kecemasan, tabung pelaburan, tabung umrah, tabung percutian dan pelbagai tabung untuk kegunaan kau. Tabung/dana kecemasan ini sangat penting di saat kau menghadapi ujian atau masalah. Sediakan tabung kecemasan sekurang kurangnya 3-6 bulan gaji kau.
Kalau kau tak dapat simpan banyak, cubalah simpan dengan nilai yang sedikit terlebih dahulu. Asalkan menyimpan.
4. MEMBELI SEKURANG-KURANGNYA SEBUAH RUMAH SEBAGAI ASET
Membeli sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai aset. Ya. Rumah. Sudah mula bekerja sila setkan minda membina tabung untuk membeli rumah. Jika kau membeli rumah sebelum umur 30 tahun, ansuran bulanan menjadi rendah disebabkan boleh ambil tempoh pembiayaan yang panjang. Rumah mahal? Tak mampu simpan untuk deposit rumah? Teruskan menggali ilmu hartanah ni. Jangan duk main Facebook je.
5. MEMPUNYAI PELAN PELABURAN
Melaburlah dengan bijak. Jauhi skim cepat kaya, skim yang membawa keuntungan cepat. Realiti kekayaan tiada jalan pintas. Kalau berjaya kaya cepat pun, tak kekal lama. Banyak pelaburan di Malaysia yang dijamin kerajaan contohnya ASB. Simpan di tabung haji pun boleh juga asalkan tetap dan berterusan dan lebih 10% gaji setiap bulan.
Keupayaan melabur sebenarnya bergantung kepada keupayaan kau mengawal kehendak diri sendiri. Jangan cakap tak mampu sebelum mencuba. Tak mampu melabur banyak, melaburlah dalam nilai yang kecil terlebih dahulu.
6. MEMPUNYAI PERLINDUNGAN PELAN TAKAFUL
Kesihatan adalah anugerah yang tidak ternilai. Jadi, sediakan tabung untuk pembiayaan masa kau sakit nanti ataupun ditimpa kemalangan. Ambil takaful masa muda. Takaful itu penting.
7. MEMPUNYAI KENDERAAN BERSESUAIAN DENGAN KEMAMPUAN GAJI
Beli kereta tak salah. Yang salah adalah membeli kereta yang tidak sepadan dengan gaji. Gaji ciput tapi beli Honda City susah la. Habis separuh gaji buat bayar ansuran kereta. Nak makan pun duk pinjam kawan. Makan megi takpe, janji kunci kereta ada huruf H.
Ukur baju di badan sendiri. Beli kereta yang bersesuaian dengan pendapatan kau. Ini tidak, tak nak kalah dengan kawan yang pakai Honda City. Tengok la dulu. Gaji dia berapa dan gaji kau pula berapa.
8. BELANJA MENGIKUT KEMAMPUAN
Tak perlu bergaya hidup mewah sekadar nak menunjuk ke kawan-kawan kau. Padahal dalam bank kau simpanan tak sampai empat angka pun. Just be yourself. Belanja dan bergaya ikut kemampuan kau.
9. BEBAS DARIPADA HUTANG JAHAT
Kau bijak memilih untuk berhutang. Kau tak berhutang demi perkahwinan yang gilang gemilang. Kau kau bijak menolak hutang iPhone 7, kau tak buat hutang sofa dekat Courts. Jauhi hutang peribadi untuk perkara-perkara yang tidak penting.
10. MULA MEMBINA KELUARGA
Saya percaya dengan adanya keluarga, kau mampu berubah daripada tak reti uruskan kewangan menjadi orang yang reti uruskan kewangan. Sebab kau ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Isteri, anak-anak, mak dan ayah.
Ye la, lagipun ada seseorang yang boleh membantu kau dan memberi kau sokongan. Carilah teman hidup yang membuat kau bahagia. Senyuman dia kebahagiaan kau. Cewah. Sesungguhnya perkahwinan itu membuka banyak pintu rezeki.