Anak sulung Kris Dayanti hasil perkongsian hidup sebelum ini bersama Anang, Aurel Hermansyah kelihatan anggun berhijab sebaik sahaja bergelar isteri kepada personaliti media sosial terkenal, Atta Halilintar.
Aurel yang berusia 23 tahun menikahi Hatta pada 3 April tahun ini dalam di Hotel Raffles, Jakarta dalam majlis penuh gilang gemilang.
Perubahan penampilannya itu mula ditonjolkan sebaik sahaja mendirikan rumah tangga. Manis dlam balutan busana yang lebih sopan dan berhijab, stail terbaharu personaliti mendapat sambutan baik dari para peminat dan juga warganet. Orang yang paling gembira mestilah suaminya sendiri.
Ads
Ramai yang memuji dia kelihatan manis bila berhijab.
Mengikut jejak langkah ibu dan bapanya dalam bidang seni, Aurel mula merakamkan lagu pada usia 12 tahun pada tahun 2012. Seminggu lalu dia tampil berduet dengan suaminya dalam sebuah lagu berkonsepkan keagamaan bertajuk takbir, sehingga kini video muzik lagu tersebut telah mencapai lebih 1.9 juta tontonan.
Ads
Khabar terbaru tentang Aurel, dia baru sahaja mengalami keguguran kandungan yang teruk sehingga menyebabkan dia perlu berehat sepenuhnya di atas katil.
Ads
Aurel kelihatan berehat sambil ditemani ibu, suami dan juga ibu saudara, Yuni Shara.
Perkara itu diumumkan sendiri pasangan ini menerusi hantaran di Instagram mereka. Dalam satu hantaran lain pula, kelihatan Aurel terbaring lemah di atas katil sambil ditemani oleh ibunya. Semoga Aurel segera pulih dan kembali bersemangat.
Baru-baru ini tular di aplikasi Tik Tok tentang pendedahan seorang doktor yang merawat pesakit tertelan jarum peniti semasa sedang memakai tudung.
Klip video berkenaan memaparkan penemuan jarum peniti di dalam badan seorang wanita sebaik sahaja wanita itu menjalani imbasan X-ray.
Video rakaman pintasan X-ray itu dimuatnaik menerusi akaun Tik Tok @hanyafototulang dan turut dikongsikan semula di laman Instagram @terangmedia.
Hijabista difahamkan bahawa kejadian malang itu berlaku berpunca dari tindakan wanita itu sendiri yang meletakkan jarum peniti berkenaan pada mulutnya, ketika hendak memakai tudung, sebelum tertelan jarum peniti itu.
“Sekadar mengingatkan, ini imbasan X-ray seorang pesakit. Abdomen pesakit itu di diagnosis mempunyai corpus alienum atau kewujudan bendasing dalam tubuh.
“Ini kes wanita berhijab, tetapi meletakkan jarum peniti di mulut. Akhirnya dia tertelan jarum itu.
“Nampak tak? Jarum dah masuk ke dalam usus. Kalau tersekat lebih dari 12 jam, pembedahan akan dijalankan,” kata description pada video berkenaan.
Video berkenaan turut membuka mata netizen sekaligus menarik perhatian netizen hingga ada yang meninggalkan komen seperti..
“Adik saya pernah alami… tetapi tidak rasa sakit. Selepas diperiksa, jarum itu hilang. Doktor kata mungkin jarum itu keluar bersama najis,” komen seorang pengguna media sosial.
Wanita yang memiliki tubuh cenderung mungil, ada beberapa jenis kasut yang harus anda perhatikan ketika disarungkan. Bukan tanpa sebab, tapi kerana demi penampilan yang sempurna, tidak ada salahnya anda menghindari mengenakan jenis kasut di bawah ini apalagi menyimpannya sebagai koleksi peribadi. Perkara ini dilakukan supaya suai padan pakaian yang sudah on-point jadi bercelaru hanya kerana salah memilih kasut.
Postur tubuh masing-masing memiliki kelebihan dan kekurangannya sendiri saat menyuai padankan pakaian, termasuk memilih kasut. Biar gaya anda selalu kelihatan maksima, wanita bertubuh mungil juga harus melihat apa saja jua, model kasut yang harus anda hindari. Ingin tahu apa saja? Semak selengkapnya, jenis kasut yang harus dihindari wanita bertubuh mungil
Mungkin jenis kasut ini cukup popular di kalangan millenial dan sedang diburu belakangan ini. Namun, ternyata, gaya sebuah high-top sneakers hanya sesuai untuk bentuk tubuh tertentu.
Sayangnya, anda yang memiliki tubuh cenderung pendek. Disarankan untuk menghindarinya. High-top sneakers memang jenis kasut yang menutupi kaki hingga batas pergelangan, tapi ketika dikenakan oleh anda yang bertubuh pendek, alih-alih terlihat tidak kena, malah gaya ini berpotensi untuk membuat penampilan anda serba tidak kena.
Ini disebabkan kerana panjang kedua kaki yang dimiliki wanita bertubuh pendek tidak terlalu jinjang dan panjang sehingga kehadiran high-top sneakers dapat memperburuk penampilan. Cubalah beralih pada jenis kasut yang lain selain high-top sneakers.
Hampir sama dengan high top sneakers, ankle boots sebaiknya juga harus dihindari oleh pemilik tubuh mungil. Kasut ini hanya akan membuat kaki tampak lebih pendek dan terlihat kurang jinjang. Namun, jika memang ingin memakai ankle boots, kenakan saja ankle boots dengan memilih warna nude atau warna yang sama dengan kulit. Cara ini efektif untuk memberikan ilusi kaki yang lebih panjang.
Tren terkini di dunia street wear adalah jenis kasut dengan sol platform yang cukup tebal. Jika anda berminat mengenakannya, pastikan dulu tinggi badan yang anda miliki. Jika, anda menyedari tidak memiliki kaki yang panjang dan tubuh tinggi, kasut ataupun sandal dengan sol tebal jenis platform ini sangat berpotensi membuat penampilan anda jadi semakin pendek.
Tentu anda tidak ingin penampilan jadi semakin tidak menarik, bukan? Kasut ataupun sandal dengan platform yang rata dari bahagian ujung jari hingga tumit belakang sangat tidak disarankan untuk para wanita pemilik tubuh yang tidak tinggi ataupun pendek. Apalagi kasut dan sandal yang memiliki ketebalan platform melebihi batas wajar.
Kasut yang dikenal dengan sebutan kitten heels ini, sebaiknya anda tidak menggunakan apalagi miliki sebagai koleksi. Kitten heels adalah satu dari beberapa kasut yang tidak disarankan untuk dikenakan oleh wanita bertubuh pendek.
Pada bahagian bawah tumit yang berukuran tidak lebih dari tiga sentimeter tersebut akan membuat penampilan anda menjadi tidak menarik. Baik dalam bentuk kasut ataupun sandal, jenis kitten heels sangat tidak disarankan untuk dikenakan dalam pelbagai suasana terutama wanita yang memiliki tubuh pendek.
Tubuh yang cenderung pendek memang harus berhati-hati saat memilih kasut dan sandal yang ingin dikenakan. Hiasan yang melekat terlalu banyak dan berlebihan mampu memberatkan bahagian bawah tubuh sehingga memberi efek kurang seimbang.
Meski gladiator sandals terbilang sebagai salah satu alas kaki beralas datar yang selesa untuk dikenakan dalam pelbagai acara, namun jika dikenakan oleh anda yang memiliki tubuh pendek akan kelihatan kurang sesuai. Beberapa straps yang menjadi ciri khas jenis sandal ini serta melilit batang kaki baik setinggi ankle, ataupun betis, it’s a big no no untuk dikenakan.
Sandal slide tebal yang biasanya terbuat dari material kayu dan kulit dengan bentuk setengah tertutup pada bahagian depannya dengan sebutan clog juga mampu membuat tubuh si pemakai jadi terkesan “bantut”.
Untuk menghindarinya, seboleh mungkin janganlah mengenakan clogs dalam bentuk apapun. Apalagi biasanya clogs memiliki riasan studs berupa riasan paku bulat bernuansa metalik pada bahagian sisi kiri dan kanannya. Bahagian ujung kaki dari jenis sandal ini pun cenderung membulat dan menebal. Jika tubuh pendek anda ingin terlihat proporsional dan lebih menarik, tinggalkan tren kasut bergaya clogs dalam gaya apapun.
Memang flat shoes merupakan jenis kasut paling disukai oleh sebahagian orang untuk menemani kegiatan seharian. Namun, jika anda pemilik tubuh mungil sebaiknya hindari model kasut yang satu ini. Terkadang kasut ini hanya membuat tubuh semakin mungil dan tenggelam. Solusinya anda boleh memilih flat shoes yang memiliki sedikit kelebaran sekitar 1-2 cm untuk memberikan sedikit ilusi tinggi pada bahagian kaki.
Anda yang bertubuh mungil pastinya tidak mahu, penampilan kaki anda bukan malahan terlihat panjang tapi terlihat semakin pendek? Nah, model kasut wanita dengan strap di bahagian ankle atau pergelangan kaki harus anda hindari. Termasuk pemakaian heels dengan model ankle strap.
Kerana jika dilihat secara visual, ankle strap heels bakal terlihat ‘memotong’ kaki pada pergelangan kaki. Jadi, anda serta-merta kelihatan pendek jika anda memakai model kasut ini. Sebagai gantinya, anda boleh memakai heels tanpa strap atau heels dengan strap yang letaknya jatuh di bawah pergelangan kaki dan bentuknya tipis.
Seperti yang dijelaskan sebelumnya, kasut dengan platform yang terlalu besar atau tebal malahan membuat wanita bertubuh mungil jadi kelihatan lebih ‘bantut’ atau berisi. Kakimu juga bakal kerlihatan lebih pendek dan tampak tenggelam.
Wedges jadi salah satu kasut yang harus anda hindari, Apalagi kalau anda bertubuh mungil tapi memiliki betis yang besar, model kasut ini justeru membuat anda tampak lebih petite.
Tinggalkan dulu kasut dengan ujung kaki bentuk round-toe yang malahan membuat bentuk kaki jadi kelihatan tidak seimbang. Justeru, anda yang bertubuh mungil lebih sesuai memakai model kasut dengan bentuk pointy. Kasut dengan ujung yang tirus akan memberikan ilusi kaki jauh lebih panjang dibanding model kasut round-toe.
Hindari juga penggunaan kasut round-toe dengan heels model super stiletto. Bukannya kelihatan panjang, malah tubuh jadi kelihatan tidak proporsional. Pandangan orang terfokus dengan heels-mu yang terlalu tinggi.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tidak dinafikan macam-macam petua kecantikan yang dikongsi oleh pengguna laman sosial. Ada yang boleh diikuti dan salah satunya adalah perkongsian wanita ini yang membuat cara membuat liptint ala-ala Korea. Dengan hanya bajet tak sampai RM10, liptint ini boleh dipakai bila-bila masa sahaja dan tak payah risau jika tertelan.
Perkongsian yang dimuat turun ini juga telah menerima butang share lebih 6 ribu melalui dan rata-rata memberi komen positif.
Ayuh kita lihat cara membuatnya yang cukup mudah.
HARI NI KAMI NAK SHARE LIPTINT ALA2 KOREA NI BUAT SENDIRI KAT RUMAH SIAP BOLEH TELAN LAGI TAW
1-Sediakan bekas kosong yg kecik ataupun bekas lipstik yg dh xguna n dah habis.pastikan bekas tu ada berus kecik yaa.dlm pic ni kami guna bekas highbeam yg dh xpkai.
2-Sediakan sirap rose ni yg pekat punya tau.yg ni benda wajib
3-Lepastu hampa tuang ja sirap rose tu dlm bekas.terpulang hampa la nak bg penuh ka skit ka kn
4-Last skali hampa ambik berus tu sapu atau dot satu titik kat bawah bibir tu kemam dan SIAP!
JANGAN RISAU LIPTINT NI KALAU MINUM AIQ PUN TAHAN LAMA
TIPS NI UNTUK PEREMPUAN SAHAJA NA.SELAMAT MENCUBA TQ
Kredit: Suha Nasuha VIA Tips Wanita Cantik
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.