Doa untuk mendapat kebaikan di dunia dan diakhirat ini seringkali kita lupa baca walaupun ia sebenarnya ialah doa yang ringkas dan muda untuk diingat. Banyak faedah yang boleh kita miliki apabila membaca doa ini.
Sebagai umat Islam, kita sering diingatkan untuk sentiasa berdoa mendapat keredhaan-Nya supaya proses perjalanan kita di dunia dan juga di akhirat akan berjalan lancar dan mudah. Ramai yang alpa tentang kesibukan di dunia sehinggakan terlupa untuk menyimpan pahala bagi hari akhirat kelak. Maka dengan itu, marilah kita bersama-sama amalkan doa pendek ini yang banyak mnafaatnya kepada kita semua. Semoga Allah S.W.T merahmati kita semua. InsyaAllah!
Ini adalah doa yang paling banyak dibacakan oleh Nabi sebagaimana yang disebutkan oleh sahabat Nabi, Anas bin Malik. Sudah tentu ianya doa yang sangat penting, agung dan mencakupi makna yang besar sekali sehingga Nabi berdoa banyak kali dengan doa ini.
Doa ini ringkas tapi meluas maknanya. Mencakupi aspek keduniaan dan akhirat serta perlindungan daripada azab api neraka. Inilah permintaan yang teragung daripada seorang hamba kepada Tuhannya. Doa ini uga menunjukkan fiqh dalam berdoa menurut para ulama’ iaitu berdoa dengan doa yang ringkas tetapi mencakupi makna yang meluas di dunia dan akhirat. Sudah tentu doa-doa yang ma’thur (yang datang dari Al-Quran dan As-Sunnah) mempunyai kelebihan ini.
Perkataan “Al-Hasanah” secara literalnya bermaksud kebaikan. Sebahagian ulama’ mengatakan hasanah di dalam doa ini bermaksud kenikmatan. Maka yang terkandung dalam doa ini ialah segala nikmat yang baik di dunia dan akhirat bagi orang-orang yang beriman.
Kata Imam An-Nawawi dalam Al-Azkar, dibolehkan bagi wanita yang haidh untuk berdoa dengan doa ini (dan doa daripada Al-Quran yang lainnya) dengan niat untuk berdoa bukan untuk membaca Al-Quran.
Imam An-Nawawi dalam Al-Azkar juga menyebutkan bahawa digalakkan juga membaca doa ini pada takbir yang ke 4 dalam solat jenazah menurut pandangan sebahagian ulama’ Mazhab Syafie.
Semoga kita dapat meluangkan sedikit masa kita untuk mengamalkan sentiasa doa ini dan diberi kesempatan untuk mendapat manfaat daripadanya. Moga kita lebih bersemangat untuk mengamalkan doa ini khususnya di tempat yang mustajab seperti ketika sujud dalam solat dan sebagainya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Perkahwinan merupakan Sunnah Rasulullah SAW yang dianjurkan berdasarkan nas al-quran dan hadis, inilah fitrah yang dilalui oleh manusia dalam membina kehidupan dengan sempuna dan bahagia.
Maksudnya: Apabila seorang hamba itu berkahwin, maka sesungguhnya dia telah berusaha menyempurnakan sebahagian agamanya, oleh itu hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada sebahagian lagi yang berbaki. Riwayat al-Baihaqi (5486), al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat (7647)
Perkahwinan hakikatnya adalah suatu ibadah dalam Islam. Ia dianjurkan bagi memelihara sekurang-kurangnya satu daripada maqasid syariah iaitu memelihara nasab dan keturunan.
Perkahwinan juga disyariatkan bagi mengurus keperluan semula jadi manusia selaras dengan tuntutan agama. Firman Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud “Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kamu mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami).” (Surah al-Dzariyat ayat 49).
Perkahwinan adalah dituntut apabila seseorang itu berkemampuan dari segi fizikal dan mental serta bimbang jika dirinya akan terjerumus dalam perbuatan dosa dan maksiat.
Ia bertepatan dengan hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud “Wahai anak muda. Sesiapa daripada kamu yang mampu untuk berkahwin, hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya ia akan menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu hendaklah dia berpuasa. Sesungguhnya puasa itu adalah perisai.” (Sahih Muslim, Kitab an-Nikah).
Malam tadi, dengan sekali lafaz, pelakon Mira Filzah, 27, sah bergelar isteri kepada Wan Emir Astar Wan Mohamad Khair-il Anuar, 30, anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur. Pasangan itu dinikahkan bapa kandung Mira, Badioezaman Ab Khalik.
Melalui satu perkongsian di Instagramnya, Imam Muda Hassan Adli berkongsi tentang erti sebuah perkahwinan.
Mira Filzah Menikah, Ramai Pula Lelaki Yang Kecewa
Teman ada terbaca beberapa komen di media sosial, macam-macam komen bila viral Mira Filzah menikah malam tadi.
Ada yang kata, “benda yang lalu jangan dikenang lagi”, “aduhai frust nya aku”, “kenapalah tak kahwin dengan aku”, hinggakan yang negatif side pun ada, tak sanggup nak tulis kat sini.
Mungkin ada yang komen tu dalam nada bergurau, dan mungkin juga ada yang dalam bentuk seriously frustration! Ye la, manusia sukar untuk difahami, hati manusia tak sama. Fikiran setiap orangpun berbeza.
Cuma bagi yang belum berkahwin tu, ingatlah, jodoh tu urusan Tuhan, kita berusaha mencarinya dan berusahalah perbaiki diri menjadi yang terbaik untuk bakal pasangan kita kelak. Suami yang baik untuk isteri yang baik. Isteri yang baik untuk suami yang baik.
Yang bakal berkahwin, make sure jaga batasan hubungan, kalau dah bertunang tu bukan bermaksud semuanya dah jadi halal. Menjaga batasan hubungan sebelum perkahwinan sangat penting, ia mengundang berkat dalam perkahwinan kita nanti, in shaa Allah.
Yang dah berkahwin tu, hargailah pasangan hidup kita. Bersyukurlah ada suami, ada isteri. Ramai yang belum dapat nikmat seperti kita, ada peneman hidup yang menghiasi warna kehidupan kita. Alhamdulillah!
KESIMPULANNYA:
Perkahwinan adalah suatu tanggungjawab yang besar, yang diamanahkan oleh Allah SWT. Hendaklah kita memenuhi sepertimana yang disebutkan di atas bagi menggapai erti sebenar keluarga yang bahagia di dunia dan akhirat.
Semoga Allah SWT memberikan kefahaman untuk kita dalam mengamalkan syariat Islam. Amin.
Kemurungan akibat tekanan perasaan, merupakan tanda-tanda yang menunjukkan seseorang individu itu mempunyai masalah kesihatan mental pada peringkat awal. Malah, hari ini ramai hijabi diluar sana yang menghidap depresi, anxiety kerana dihimpat pelbagai tekanan dalam kehidupan.
Sehubungan itu, Hijabista berkesempatan bertanyakan pandangan bidadari kepada Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Nur Shahida Mohd Rashid tentang bertapa pentingnya kesihatan mental ini kepada wanita khususnya Hijabi di luar sana.
Ketika ditanya, adakah penting bagi wanita mengekalkan keterampilan sentiasa cantik meskipun sebenarnya dia sedang dying inside kerana terbeban dek tekanan hidup, ini penjelasan Datin Shahida.
“Bagi saya sebenarnya kesihatan mental lah lebih penting, kalau cantik pun tapi mental tak betul tak berguna juga kan? Sebab serius zaman-zaman sekarang ni banyak orang yang mengalami masalah mental.
“Bukan sebab diorang gila, tapi kerana tekanan mungkin kadang-kadang mereka, khususnya wanita depress sebab kita penat kerja, jaga anak lagi, nak masak lagi, jaga rumah tangga lagi,” ujarnya.
Tambahnya lagi, wanita sering dibebani dengan pelbagai tugasan harian. Itu belum masuk menguruskan kerjaya dan sebagainya. Lebih buruk lagi, apabila seorang wanita mula dihimpit tekanan tiada support system yang membantu meredakan tekanan ini.
“Kadang-kadang mungkin suami tak sedar kita (isteri) kemurungan. Kadang-kadang kita pun tak sedar yang kita sebenarnya ada masalah mental seperti kemurungan, depresi, suka bersendirian melayan rasa sedih,” katanya lagi.
Oleh itu, adalah penting bagi wanita dan juga hijabi diluar sana, sekiranya ada mula merasa tekanan atau depresi. Jangan simpan atau pendam seorang diri
“Jadi sebenarnya kepada orang-orang terdekat seperti ahli keluarga, suami kalau nampak isteri-isteri tu kemurungan ataupun nampak dia macam tiba-tiba sedih.
“Ataupun kita sendiri yang rasa macam tu. Kena ambil tindakan sewajarnya. Mungkin boleh bawa pergi bercuti ke. Kena mendengar masalah dia ke dan sebenarnya kesihatan mental penting.
“Sebab pada saya, bila mental sihat automatik kita punya badan pun sihat, muka pun cantik, macam tu lah. Kiranya, kecantikan itu akan datang from within. Sihat mental, maka terserlahlah kecantikan seoramg wanita itu,” jelasnya.
Betul kata Datin tu, kalau kita depresi jangan bertangguh lagi, segera cari tempat atau orang yang dipercayai untuk luahkan perasaan. Biar rasa lega dan tenang je nak jalani kehidupan ni. Baru lah Hijabi dapat kekalkan kecantikan luar dan dalam sebagai seorang wanita!
Walaupun kita pada zaman serba moden, banyak sahaja perkara buruk yang berlaku di sekeliling kita. Antaranya perbuatan sihir dalam kalangan masyarakat Islam.
Bila difikirkan semula, mengapalah mereka tergamak untuk melakukan perbuatan syirik itu hanya kerana perasaan dendam, marah dan sakit hati? Mungkin disebabkan oleh kurangnya didikan agama yang menyebabkan mereka bertindak tanpa berfikir panjang.
Sebagai perlindungan diri, kita digalakkan agar mengamalkan ayat pendinding diri supaya terhindar daripada sihir atau santau. Topik pendinding diri ini turut dikongsi oleh Muhammad Shafri di laman Twitternya. Berikut merupakan perkongsian Shafri.
Thread ini adalah tentang Pendinding Diri. Semoga bermanfaat. Silakan retweet kepada semua ok.
Saya masih ingat lagi ayat pendinding yang di kongsikan seorang ustaz dalam ceramahnya. Nama beliau Ustaz Dato’ Abu Hassan Din Al-Hafiz.
Kata ustaz pertama sekali baca Surah Al-Baqarah ayat 1 sampai ayat 5 kedua, baca Surah Al-Baqarah ayat 255 iaitu Ayatul Qursi sampai habis.
Dan yang akhir sekali baca Surah Al-Baqarah ayat 284 sampailah ayat terakhir iatu ayat 286.
Kalau kalian nak amalkan kalian boleh mulakan dulu dengan istighfar, istighfar usai solat subuh sudah ok . Lepas tu baca Surah Al-Fatihah.
Kata Ustaz lagi dalam ceramahnya, “Kata Nabi, barangsiapa membaca ayat pendinding ini di waktu malam atau pagi, jika ada orang nak sihir.
Dan santau dia pada waktu itu ia tak akan berkesan dan boleh jadi sihir atau santau tu akan kembali kepada tuan dia semula.”
Sambung ustaz lagi kalau malam atau pagi tu dia meninggal dunia, dia tak akan mati secara tiba-tiba. Meant sempat mengucap dan sebagainya.
Akhir sekali pasanglah pendinding untuk diri dan keluarga kita. Amalkan bacaan Ruqyah dalam kehidupan seharian kita. Semoga Allah jaga kita.
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.