Hari ini, kita sudah terbeban dengan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia termasuk kita di Malaysia. Penyakit ini bukan dilihat sebagai penyakit biasa namun ia mampu meragut nyawa.
Walaupun pengambilan vaksin merupakan salah satu cara terbaik mengurangkan penularan wabak ini, namun selalulah berdoa kepada Allah S.W.T untuk melindungi kita dari wabak merbahaya ini. Amalkan amalan ringkas ini untuk sentiasa dipelihara oleh-Nya. Selamat beramal!
1. Bacaan yang Rasulullah sarankan untuk melindungi kita dari segala jenis penyakit.
Berdoa menjadi salah satu cara terbaik untuk selalu meminta pelindungan dari Allah SWT. Begitu juga dalam berlindung dari wabak penyakit. Diambil dari Syarah Riyadhus Shalihin Jilid 4 dalam hadis Nomor 1484 yang diriwayatkan Anas r.a, ini doa yang pernah dibaca Rasulullah untuk berlindung dari segala penyakit.
Allahumma sholli ‘alaa Sayyidinaa Muhammadin thibbil qulubi wa dawa ihaa wa’aafiyatil abdaani wa shifaa ihaa wa nuuril abshoori wa dhiyaa ihaa wa ‘alaa aalihi wa shohbihi wa sallim.
Ads
Ertinya: Ya Allah limpahkanlah rahmat kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, sebagai ubat hati dan penyembuhnya, penyehat badan dan kesembuhannya, sebagai penyinar penglihatan mata beserta cahayanya. Dan semoga rahmat dilimpahkan kepada para sahabat beserta keluarganya.
Solat malam atau solat tahajjud merupakan satu peluang bagi umat Islam untuk mengeratkan hubungan dengan Allah. Secara zahirnya, tidak ramai individu yang mampu bangun malam dan menunaikan solat tahajud.
Mungkin ia satu kesulitan bagi individu yang jarang melakukannya tetapi satu kenikmatan bagi mereka yang selalu menunaikan solat tahajjud.
Waktu paling mustajab untuk melakukan solat tahajjud adalah pada 1/3 malam. Ketika ini, malaikat akan turun ke bumi dan Allah akan mengabulkan doa hambaNya.
Terdapat pelbagai manfaat bagi individu yang menunaikan solat tahajud antaranya:
1. Menghapus dosa dan mencegah daripada melakukan dosa
Ibadah mampu mendekatkan diri manusia kepada penciptaNya dan solat tahajjud merupakan medium untuk menghapus dosa. Malah, individu tersebut akan dikuatkan iman dan menjauhkan diri daripada melakukan dosa besar mahupun kecil.
2. Ketakwaan dapat dilihat melalui wajah
Orang yang selalu bangun menunaikan solat tahajjud akan kelihatan bersinar pada wajahnya. Ini merupakan tanda ketakwaan seseorang hamba kepada Allah Taala.
3. Melancarkan aliran darah
Kebiasaannya, solat tahajjud akan dilakukan pada jam 3.00 pagi. Pada ketika itu, udara masih segar dan akan dihirup oleh paru-pau. Tubuh kita akan menggerakkan seluruh otot yang akan membuatkan badan segar dan seluruh aliran darah terasa lancar. Oksigen segar akan hilang ketika matahari terbit. Hanya orang yang berjaga malam mampu merasakannya.
4. Membesarkan rongga paru-paru
Manfaat gerakan dalam solat ternyata mampu memberi efek positif terhadap kesihatan manusia. Gerakan takbiratul ihram sebenarnya membuka rongga paru-paru lebih lebar dan melancarkan pengaliran udara menuju paru-paru. Paru-paru akan menjadi lebih lapang daripada sebelumnya.
5. Jaminan masuk syurga
Rasulullah pernah mengatakan bahawa sesiapa yang melaksanakan solat tahajjud akan mendapat jaminan syurga. Hal initelah diriwayatkan dalam salah satu hadis, sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
“Wahai manusia, sebarkanlah salam, beri makanlah, sambung tali kasih, salam malamlah saat orang pada terlelap, maka masuklah syurga dengan selamat.” (HR. Al-Hakim, Ibnu Majah, At-Tirmizy)
6. Dicintai Allah
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda bahawa orang yang selalu melaksanakan solat Tahajud akan memperoleh cinta Allah S.W.T. Baginda pernah bersabda pada Abu Darda’ r.a tentang keutamaan solat tahajjud ini. Mereka yang memilih bangun di tengah malam dan meninggalkan kenyamanan tidur, nescaya akan mendapat cinta Allah S.W.T.
BAGAIMANA MAHU ISTIQAMAH UNTUK BANGUN BERTAHAJUD?
Saya tidak tahu bagaimana untuk mengajarkannya, namun inilah yang telah saya lakukan…
1. Pertama-tama sekali, saya mula bertahajud setelah membaca:
“Doa Di Saat Tahajud Bagaikan Anak Panah Yang Melesat Tepat Mengenai Sasaran” (Imam Syafi’i)
Saya merasakan ianya adalah suatu usaha yang perlu saya lakukan tanpa “modal” bagi merubah nasib saya. Rugi besar jika tidak dilakukan. Modalnya untuk kita mengubah nasib, adalah dengan meninggalkan selimut dan bangun malam.
2. Kali pertama saya berdoa ketika bertahajud adalah lebih 9 tahun lalu. Saya duduk beralaskan sejadah yang dihamparkan di atas lantai simen yang sejuk.
3. Oleh kerana kesukaran hidup saya waktu itu, ianya sungguh menghimpit… Hinggakan saya telah meletakkan kebergantungan saya hanya kepada Allah. Tidak ada yang lain. Cinta kepada manusia telah banyak mengecewakan. Tapi tidak kepada Allah. Yakin itu….
4. Pada permulaannya saya paksa diri untuk bangun malam. Kerana yakin bahawa doa dalam Tahajjud sangat mustajab.
5. Biarpun dalam keadaan letih, mengantuk, tidur lewat atau apa sahaja, saya tetap gagahkan diri untuk bangun. Tidak susah jika kita benar-benar berkehendak. Susah bagi yang masih belum benar-benar mahu.
6. Lama kelamaan ianya menjadi habit. “Body clock” saya membuatkan saya sering terjaga sekitar jam 4.00 pagi. Ianya memudahkan saya untuk bertahajud.
7. Jika kita dapat paksa diri untuk bangun malam selama 2 ke 3 minggu tanpa henti, ianya akan menjadi habit. So you have to create that good habit (untuk bangun malam).
8. Bila dah biasa buat, akan timbul rasa addicted untuk melakukannya pula. Seolah jika tak buat sehari….rasa tak best nanti.
9. Ada yang tanya saya mengapa sudah bertahun mereka bertahajud namun doa mereka seperti tidak termakbul lagi.
Maka, boleh jadi kita perlu semak diri kita dari sekecil-kecil perkara, contohnya sejauh mana kita ikhlas terhadap diri kita dan orang lain. Boleh jadi kita ini sering suka berjanji namun sering melupakan atau tidak menepati.
Mungkin kecil, bahkan sangat kecil… Seperti ketika kita minta orang PM kita untuk membeli online, kemudian bila orang PM kita diamkan sahaja pula. Kecil kan?
Atau kita sering bebelkan suami sendiri dengan suara kecil. Ya suami tidak dengar… tapi, itulah….dosa….
Atau sering tidak ikhlas bila lihat posting di Facebook, nampak gambar orang…. Hati kita sebut yang tidak baik, tangan kita klik “like”, dan kita tulis kata-kata pujian. Wah, kita tidak “align” dalam diri kita. (Ini saya ajarkan dalam Secret Group saya dengan lebih mendalam).
Semua contoh ini kelihatan kecil, belum yang besar-besar, tetapi boleh jadi menjadi “filter” kepada doa kita. Anda faham bukan?
10. Allah memberi dengan cara yang berbeza. Boleh jadi kita minta rezeki, Allah hadirkan jodoh. Kemudian jodoh itulah yang menjadi laluan bagi rezeki kita. Boleh jadi kita minta agar dipermudahkan urusan, Allah lindungi kita dari kemalangan atau sakit demam. Boleh jadi juga, doa kita belum termakbul sekarang, tapi akan datang.
Namun yakinlah, Allah akan mengabulkan doa kita tidak lambat dan tidak cepat, bahkan tepat pada waktunya.
Sememangnya jodoh itu rahsia Allah. Dia yang mengatur bila harus bertemu, bila harus bersatu, dan bila harus berpisah. Lantas apapun yang dialami sebelum bertemu dengan seseorang yang tepat, jangan mengeluh.
Jika sebelum ini kita pernah disakiti, pernah dikhianati, lalu kemudian ditinggalkan, jangan mengeluh dulu. Ini kerana kadang-kadang kita bertemu dengan orang yang salah dulu, baru kemudian akan bertemu dengan orang yang tepat.
Maka tidak usah mengeluh. Nikmati sahaja prosesnya sebelum bertemu dengan seseorang yang tepat menurutNya. Tidak akan ada kisah yang Allah ciptakan sia-sia, semua pasti akan membawa hikmah yang luar biasa untukmu.
Jika sebelum ini bertemu dengan orang yang salah, tidak usah menyesal. Tetaplah bersyukur kerana dari pengalaman itu kita belajar untuk bersabar. Bertemu dengan orang yang ‘salah’ mungkin membuatkan dirimu terluka tetapi percayalah suatu hari nanti akan kita pasti akan bertemu dengan seseorang yang tepat.
Tidak usah menyesal, tetaplah bersyukur dengan apa jua takdir yang Allah berikan. Daripada pengalaman-pengalaman itu, kita dapat belajar banyak tentang mengenali hati yang tulus.
Jadi bersangka baiklah kepada Allah tiada henti, sungguh semakin kita bersangka baik maka pasti kita akan mengerti apa yang sedang Allah tulis sebenarnya untuk kita. Allah Maha Hebat dalam mengatur rencana. Kadang-kadang memang Allah datangkan dahulu orang yang salah sebelum datang orang yang baik.
Janganlah menyesali apa yang sudah terjadi. Percayalah nanti akan Allah datangkan seseorang yang baik. Bertemu dengan orang yang ‘salah’ sebelum ini mendidik kita untuk belajar mencintai dengan baik dan bersyukur atas kehadiran insan yang baik.
Dan mungkin kita sering tertanya-tanya, untuk apa bertemu dengan orang yang salah dulu dan kemudian bertemu dengan orang yang tepat? Kenapa tidak terus sahaja bertemu dengan insan yang tepat? Semuanya kerana dengan cara itu kita belajar menghargai dengan tulus, dan bersyukur atas setiap hal yang ada pada dirinya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Melalui laman Instagramnya, Noorkhiriah berkongsikan cerita tentang kenderaan MPV miliknya akan diubah kepada van jenazah. Norkhiriah juga menyatakan bahawa dia turut menyediakan perkhidmatan pengangkutan jenazah secara percuma kepada umum.
Alhamdulilah lepaskan kerana Allah..akak sayang,maka akak jadikan blkg ni #vanjenazah.Bagi yg memerlukan dialu2kan..Perkhidmatan Percuma #vanjenazah @nurbykhiriah..InshaAllah dah siap sepenuhnya nanti akak gitau..Tkasih juga pada yg menyumbang.
Melangkah dengan Yakin dengan apa yg akan dibuat ni..mohon doakan akak,bohong akak ckp kalau tak takut #vanjenazah..akak x kaya tapi sblm meninggal akak nak tinggalkan sesuatu buat semua..takat cite kat tb tu jangan kira..jangan kira dosa pahala oranglain..semoga kita Istiqomah dalam perjuangan diri sendiri,aammen
Fabrik polyester mudah berbau walaupun sudah dicuci? Ketahui punca sebenar menurut penyelidik UiTM serta cara berkesan menghilangkan bau hapak pada pakaian sukan.