Umum tahu, durasi tidur bagi orang dewasa ialah enam sehingga lapan jam sehari.Bagi kanak-kanak pula, mereka memerlukan masa tidur lebih panjang,, berbeza dengan warga emas iaitu empat hingga 5 jam sehari. Namun, gangguan tidur boleh memberi kesan kepada corak tidur anda.
Setiap orang pernah mengalami mimpi buruk ketika tidur. Mimpi buruk seringkali datang dalam pelbagai jenis bentuk sama ada berkait rapat dengan orang yang kita kenal ataupun diri sendiri. Mimpi buruk hadir dalam pelbagai jenis pengertian.
Menurut ahli dan ilmuan, mimpi dilihat sebagai sesuatu yang unik kerana ia hadir dari minda dan pemikiran seseorang. Dari perspektif yang lain pula, mimpi buruk didefinisikan sebagai perkara yang kita gagal dapatkan di dunia nyata maka ia hadir menjadi mimpi buruk yang mengganggu tidur malam kita.
Ads
Sesungguhnya, mimpi yang hadir ketika itu bukanlah sesuatu yang sia-sia serta ia juga tanda kebesaran Allah. Namun, andai kita mengalami mimpi buruk, Rasulullah menganjurkan umatnya untuk membaca doa:
Mafhum: “Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah dari (hasutan) syaitan, untuk menjadikan orang-orang yang beriman berdukacita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikit pun melainkan dengan izin Allah; dan kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri.” (Surah Al-Mujadalah, 58:10)
Maksud: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlidungan kepada Engkau dari perbuatan syaitan dan dari mimpi-mimpi yang buruk.”
Umum tahu, mimpi buruk ini datangnya dari gangguan syaitan yang menjadi mainan tidur kita. Bacalah doa ini untuk menggelakkan dari mainan tidur ini supaya kita boleh tidur dengan tenang.
Antara cara lain yang boleh membuatkan tidur kita tenang dan lena adalah:
Basuh kaki sebelum tidur.
Minta maaf pada mereka yang kita lakukan kesilapan sama ada ahli keluarga ataupun rakan-rakan.
Hapuskan isu-isu negatif di minda yang boleh membuatkan kita ‘overthinking’.
Mendengar alunan ayat Al-Quran.
Tukar posisi tidur untuk dapatkan tidur yang lena.
Ibu bapa merupakan contoh yang terbaik kepada anak-anak kerana ianya adalah proses pembelajaran secara langsung yang bermula dari rumah. Ibu adalah individu yang paling dekat dengan anak-anak.
Selain bapa, ibu adalah insan yang bertanggungjawab untuk mengasuh dan mendidik mereka. Ibu merupakan profesor pertama bagi anak-anak manakala rumah merupakan universiti pertama bagi anak-anak. Oleh hal yang demikian, didikan ibu amat penting bagi melatih anak-anak menjadi modal insan yang cemerlang.
Ibu berperanan menjadi contoh teladan dan menyemai sikap baik dalam membentuk anak-anak menjadi seorang insan yang berjaya. Kebiasaannya anak-anak akan mengikut sikap ibu bapa terutama ibu yang diamalkan bak kata pepatah bagaimana acuan begitulah kuihnya.
Berikut perkongsian Nurlia Mohd Nor
Saya senaraikan beberapa perkara yang semasa hidupnya Mak dah tunjuk contoh tauladan yang baik dalam bab penjagaan/ mengemas rumah:
1) Bangun pagi perkara pertama Mak buat adalah kemas tempat tidur, dan katil tu takkan ada siapa berani landing untuk bersantai- santai / berehat. Nak landing sila ke sofa/ruang tamu tengah. Sampai malam katil tu cadarnya tetap ‘tegang’. Hehehe.
2)Mak akan basuh baju di awal pagi selepas solat Subuh. Sesiapa lepas solat Subuh tidur balik dan bangun lambat silalah basuh baju sendiri. Kalau taknak basuh sendiri, mandi dulu kemudian sambunglah tidur semula. Hahaha. Dalam baldi memang takkan ada pakaian kotor.
3) Mak akan sidai pakaian sebaik sahaja siap cuci. Takde tangguh-tangguh. Kadang- kadang Abah perli,
“Matahari pun tak muncui lagi. Awei beno pun sidainya..”
4) Selepas sidai pakaian di ampaian luar Mak akan ambil penyapu luar. Mak sapu halaman dan sapu dalam longkang. Buang daun kering etc. Kemudian Mak masuk rumah semula, ambil penyapu di dalam dan sapu dalam rumah pula.
5) Mak akan breakfast. Lepas makan terus basuh pinggan, cawan. Rumah kami takkan ada pinggan mangkuk dalam sinki. Abah pun basuh pinggan dan cawan sendiri walaupun dia seorang guru besar, ketua di sekolah dan juga ketua keluarga. Abah pun tunjuk contoh tauladan yang baik. Kerja rumah mesti sama-sama buat. Bukan harap Mak semua. Settle breakfast kemudian Mak akan berehat sambil baca surat khabar.
.
6) Tepat pukul 10 pagi Mak akan masuk dapur untuk masak. Settle masak Mak akan siap hidang semua. Pinggan, gelas, periuk nasi semua dah ada atas meja. Dapur pula Mak akan lap, kemudian Mak akan sapu semula ruang dapur.
7) Selesai masak dalam pukul 12 tengahari Mak akan angkat pakaian di ampaian dan terus lipat. Dalam rumah kami memang takkan ada longgokan baju yang belum dilipat. Mak pantang tengok benda berlonggok.
8) Kemudian Mak akan terus mandi, pakai telekung dan menunggu waktu solat Zohor.
9) Lepas Zohor Mak akan makan dan berehat sehinggalah pukul 4 Mak dah siap mandi dan stand by untuk Asar.
10) Waktu petang aktiviti santai. Ada masa sambil bersih halaman Mak bersembang dengan jiran, ada masa Mak dok rumah menonton tv. Kalau ada kelas mengaji biasanya lepas Asar Mak akan pergi sampailah pukul 6.30 petang.
11) Nak masuk Maghrib Mak akan mandi lagi sekali. Waktu ni Mak akan make sure semua orang dah rendam pakaian dalam baldi untuk dibasuh keesokkan hari. Bagusnya Mak ni setiap kali nak menghadap Allah dia akan make sure mandi dan badan dalam keadaan bersih. Sehari Mak mandi 4 kali. Sebab tu kalau nak tahu kulit badan Mak cantik. Tiap kali mandi dia akan gosok daki di badan, sabun. Bila Mak sakit setiap kali mandikan dia saya memang suka tengok kulit Mak. Mak dah la putih, kulit pulak bersih, halus walaupun dah berumur 70++.
12) Selepas solat Maghrib ada masa Mak akan makan dulu, ada masa Mak akan tunggu Isyak.
13) Settle dinner Mak akan bersihkan semua meja makan. Sampah kalau dah penuh Mak akan buang di tong sampah luar.
Selain itu:
1) Towel, telekung, selimut, sarung bantal, cadar, Mak ada jadual berkala untuk basuh. Sebab tu kalau tengok semua telekung Mak takkan ada kotoron contoh kuning di dagu, tahi lalat etc. Sampai reput kain tu tetap bersih. Sama juga dengan towel, selimut. Dah bertahun- tahun pun masih elok.
2) Bilik air bukan tunggu kotor baru cuci. Sambil mandi pun kadang-kadang dengarlah Mak memberus.
3) Buku cerita/mainan selepas baca/main silalah simpan di tempatnya. Bukan suka hati nak selit sana sini. Kalau tak letak di tempat yang sepatutnya Mak akan ambil.
Habit ni saya dah perhati dari kecil lagi. Imagine hari-hari tengok rutin yang sama. Memang ‘meresap’ masuk dalam otak dah. Hehehe. Ia bukan soal kemas, bersih semata- mata sebenarnya, tapi ia berkaitan dengan
DISIPLIN. Mak ni tambahan masa muda orangnya lemah lembut je. Saya pun tak ingat bila mak pernah marah. Mak tak pernah pun bagi arahan/ marah kami untuk ikut rules dia. Mak bukan jenis pot pet, pung pang marah. Bukan.
Tapi…
Saya belajar dari PEMERHATIAN. Bila dah biasa dengan keadaan begitu, sebagai anak kita pun dah terikut habit Mak. Sebab tu kalau nak anak- anak buat sesuatu, kita mesti buat dulu dan tunjuk contoh tauladan yang baik.
Percayalah..
Terima kasih Mak sebab dah didik satu perkara yang baik untuk kami ikut. Bila terkenang rutin harian Mak ni rasa rindunya Ya Allah. Rindu pada susuk tubuh itu.
Al fatihah Mak…
*Dalam gambar ini adalah bilik Mak Abah di sini. Semua dah tinggal kenangan. Walaupun dah berumur, tapi sebab dah biasa kemas tetap akan kemas juga kan. Dan gambat yang lagi satu adalah ‘rumah’ baru Mak. Mudah- mudahan rumah baru Mak ini Allah gantikan yang lebih baik dari apa yang ada di sini. Aaminnn..
Nota: Habit Mak ni saya perhati dari KECIL. So bila dah berakal, dah faham pelan-pelan kami pun ikut habit Mak dan bantu Mak buat kerja rumah sama. Umur 4, 5 tahun dah boleh bantu Mak buang sampah, umur 6 tahun basuh pinggan mangkuk, sapu sampah dan sebagainya.
Tugasan ikut kesesuaian umur. Bukanlah Mak buat semua ni seorang sampai tua. Jangan salah faham. Mak dan Abah saya bawa tinggal bersama sejak 7 tahun lalu. Bila Mak tak sihat saya yang jaga Mak, mandikan dia hari-hari, sediakan makan minum, cuci najis Mak dan sebagainya sehinggalah Mak menghembuskan nafas terakhirnya di sini. Jasad Mak pun bersemadi di sini bukan di kampung.
Mak dah takde, sekarang Abah tetap tinggal bersama kami. Alhamdulillah Allah bagi peluang untuk berbakti pada orang tua walaupun saya tahu sampai bila-bila pun jasa mereka membesarkan saya takkan terbalas..
Gambar Bilal yang gebu sedang minum air sambil duduk diatas kerusi, ternyata mengundang rasa geram netizen dek kecomelan anak niqabis yang juga usahawan terkemuka itu.
Manakan tidak, Bilal bukan sahaja mempunyai kulit yang putih melepak, selain itu tangan Bilal yang gebu pasti membuatkan sesiapa sahaja geram dan tidak keruan sehingga rasa nak cubit-cubit sahaja si manja itu.
Hijabista meninjau ke ruangan komen dan mendapati, rata-rata selebriti dan peminat menghujani ruangan komen di Instagram Neelofa dengan puji-pujian terhadap bilal.
Malah, ramai juga yang geram melihat kecomelan Bilal serta mendoakan agar Bilal menjadi anak soleh yang bakal membahagiakan kedua orang tuanya kelak.
Sekadar info, Neelofa atau nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor mendirikan rumah tangga dengan pelakon, PU Riz melalui sebuah majlis akad nikah di Kuala Lumpur pada 27 Mac 2021.
Impian setiap umat Islam di seluruh dunia pastinya dapat menghafaz al-Quran sehingga 30 juzuk, iaitu keseluruhan isi kitab suci tersebut. Tetapi ianya bukanlah sesuatu yang mudah.
Menghafal Al-Quran merupakan amalan yang dapat membimbing jiwa dan fikiran seseorang, kerana jika mampu menjaga hafalan maka akan menjadi ibadah yang berkekalan. Untuk menghafal keseluruhan isi kitab suci al-Quran, seseorang itu memerlukan keazaman dan pengorbanan yang sangat tinggi.
Amalan menghafal keseluruhan isi kitab suci al-Quran ini sangat ditakuti Iblis, sekaligus merupakan senjata paling ampuh melawan serta melumpuhkannya. Allah SWT juga telah menjanjikan kelebihan bagi mereka yang menghafal Al-Quran.
Sabda Rasulullah s.a.w. dan Abdullah Bin Mas’ud r.a.:
“Bacalah Al-Quran kerana Allah tidak akan menyeksa hati orang yang hafal Al-Quran. Sesungguhnya Al-Quran adalah hidangan Allah, siapa yang memasukkannya dia akan aman. Dan barangsiapa yang mencintai Al-Quran maka hendaklah dia bergembira.”
Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak (UniKL, RCMP) menerusi laman Facebook mereka telah membuat satu hantaran kejayaaan salah seorang pelajarnya yang berjaya mengkhatamkan 30 Juzuk Al-Quran.
Dalam hantaran tersebut, pihak universiti telah menyampaikan ucapan tahniah dan syabas terhadap Saudari Nur Aisya Binti Abdul Aziz atas kejayaannya menghafal 30 juzuk al-Qur’an menerusi kaedah hafazan dan talaqqi musyafahah.
“Tahniah & Syabas diucapkan kepada Saudari Nur Aisya Binti Abdul Aziz atas kejayaaan mengkhatamkan 30 Juzuk Al-Quran secara Hafazan dan Talaqqi Musyafahah pada dengan bimbingan Ustaz Muhammad Asyraf”
Difahamkan, Saudari Nur Aisya Binti Abdul Aziz merupakan mahasiswa Tahun 5 dari program MBBS (Perubatan dan Pembedahan) di UniKL RCMP. Selain itu, menurut hantaran universiti tersebut; hijabi ini juga berjaya membahagikan masa untuk mendalami Al- Qur’an walaupun perlu menghadapi jadual kehidupan yang padat sebagai pelajar perubatan di sana.
“Beliau merupakan mahasiswa dari program MBBS Tahun 5, UniKL RCMP. Meskipun perlu melalui kepadatan jadual pembelajaran setiap hari, beliau berjaya membahagikan masa untuk Al-Quran.”
Allahu, walaupun sibuk dengan kehidupan sebagai seorang pelajar, hijabi ini membuktikan bahawa ianya tidak menjadi penghalang. Menjengah ke ruangan komen laman facebook UniKL RCMP, ramai netizen yang turut mengucapkan tahniah dan bergembira atas kejayaannya itu.
Tabarakallah…semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman kepada kita dalam memahami agamaNya, menjadikan kita tergolong dalam golongan orang yang mencintakan al-Quran. Sesungguhnya, menghafal Al-Quran merupakan bekal terbaik di akhirat kelak. Semoga suatu hari nanti kita juga dapat mengikuti jejak langkah hijabi ini. Tahniah dan diharapkan perkongsian ini menjadi inspirasi buat hijabi di luar sana.
Ketahui cara pilih gaya tudung ikut bentuk muka supaya penampilan lebih seimbang, manis dan yakin di Hari Raya. Panduan lengkap kenal 5 bentuk muka wanita.