Dalam bab perhiasan, ada jenis perhiasan yang dikhaskan buat wanita dan begitu juga sebaliknya. Lelaki tidak boleh memakai apa-apa perhiasan yang dikhaskan buat perempuan, begitu juga sebaliknya. Kedua-dua jantina mempunya lumrah kejadiannya.
“Makin ramai kaum lelaki memakai rantai, artis dan influencer pun dah semakin berani tonjolkan diri di khalayak dengan gaya sebegini, mereka ni boleh mempengaruhi anak muda,” kongsinya di laman media sosial.
Lelaki menyerupai wanita
Memakai perhiasan itu HARAM bagi lelaki. Ada pendapat minoriti mengatakan ianya harus, itu pun bersyarat. Tetapi, umumnya, dan kebanyakan ulama mengatakan hukum memakainya itu HARAM.
Sebenarnya kita lihat dah lama kaum lelaki memakai perhiasan seperti gelang dan rantai sama ada daripada besi, perak atau emas, seolah-olah sudah menjadi kebiasaan dan makin boleh diterima. Risau dengan trend lelaki mengayakan hiasan tanpa memikirkan halal dan haram, Ustazah Asma Harun tampil kongsi hukum berkaitan lelaki dan perhiasan.
لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الْمُتَشَبِّهِينَ مِنَ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ، وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنَ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ
Maksudnya: “Rasulullah SAW melaknat golongan lelaki yang menyerupai orang perempuan dan juga golongan perempuan yang menyerupai orang lelaki.” (HR Bukhari, hadis sahih)
Syeikh Badruddin al-‘Aini pula mengulas hadis ini, kata beliau:
Maksudnya: “(Celaan ini) adalah pada perbuatan orang lelaki yang menyerupai perempuan dari sudut pakaian dan juga perhiasan yang khusus buat orang perempuan seperti memakai serkup kepala, rantai, gelang tangan, gelang kaki, dan juga anting-anting.” (Kitab ‘Umdatul Qari, Al-‘Aini 22/41)
Jelas daripada hadis di atas bahawa HARAM bagi seseorang untuk memakai pakaian atau perhiasan yang khas bagi jantina berlawanan dengannya. Antara barang perhiasan yang tidak dibenarkan dipakai oleh lelaki adalah:
Gelang tangan (kecuali bagi tujuan perubatan hukumnya harus).
Gelang kaki.
Cincin (yang dibuat daripada emas).
Anting-anting.
Pengharaman bagi lelaki menyerupai wanita ini tiada khilaf dalam kalangan alim ulama sama ada dari sudut pergerakan badan, kelembutan kata-kata, perhiasan, pakaian dan lain-lain yang khas bagi wanita dari sudut adat dan tabiat.
MEMAKAI GELANG DAN CINCIN BAGI LELAKI
Imam al-Nawawi menyatakan bahawa jumhur ulama mengharamkan lelaki memakai gelang.
Syeikh Zakariyya Al-Ansari berkata bahawa diharuskan bagi seorang lelaki memakai cincin perak kerana mengikut Rasulullah SAW, bahkan hukumnya adalah sunat, namun lelaki tidak boleh memakai gelang dan tidak halal baginya, meskipun gelang tersebut diperbuat daripada perak. Hal ini kerana memakai gelang itu mempunyai unsur kewanitaan dan ia tidak layak dan sesuai dengan sifat seorang lelaki.
Ads
(Rujuk Fatawa Hujjah al-Islam Abu Hamid al-Ghazali, hlm. 30; Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab 4/444 dan Asna Al-Matolib 1/379).
Kaum lelaki diharamkan untuk mengambil emas sebagai perhiasan, maka begitu juga dengan memakai cincin emas bagi lelaki juga jelas pengharamannya melalui hadis Nabi SAW. Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata:
أَنَّهُ نَهَى عَنْ خَاتَمِ الذَّهَبِ
Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW melarang (lelaki) dari memakai cincin emas.” (HR Muslim, hadis sahih)
Ads
Rasulullah SAW pernah melihat seseorang memakai cincin yang diperbuat daripada emas lalu Baginda SAW mencabut cincin tersebut dari tangan lelaki tersebut lalu mencampakkannya, kemudian Baginda SAW bersabda:
Maksudnya: “Seseorang dari kalian sengaja meletakkan bara dari api neraka ditangannya.” (HR Muslim, hadis sahih)
Tujuan perubatan
Rasulullah menyatakan tidak boleh memakai gelang hatta untuk kesihatan sekalipun. Tidak ada manfaatnya. Sebab itu baginda meminta lelaki tersebut menanggalnya.
Rasulullah bersabda:
“Gelang apakah ini? Maka lelaki itu pun menjawab, “Ini disebabkan penyakit.” Lalu baginda bersabda, “Tanggalkanlah ia kerana sesungguhnya ia tidak menambahkan kepadamu melainkan kelemahan.” (Hadis riwayat Sunan Ibnu Majah)
Namun dalam isu ini terdapat beberapa pengecualian, antaranya ialah fatwa daripada Jabatan Mufti Negeri Melaka dan Negeri Sembilan akan keharusan pemakaian gelang atau rantai tangan bagi lelaki untuk tujuan perubatan atau rawatan berdasarkan keperluan dan hajat. Namun, bagi lelaki yang memakai gelang untuk tujuan perubatan, adalah lebih baik tidak memakainya di tempat awam secara terbuka atau menghebahkannya di media sosial supaya mengelakkan fitnah terhadap pemakai, kerana melakukan sesuatu yang mendatangkan fitnah adalah makruh.
Syarat lain yang ditetapkan:
Bukan diperbuat daripada emas, perak, suasa atau sutera (bagi lelaki).
Tidak terdapat unsur najis padanya.
Tidak mempercayai atau meyakini bahawa pemakaian gelang tangan tersebut boleh menyembuhkan penyakit tertentu kerana ia dikhuatiri boleh menjerumuskan seseorang kepada unsur khurafat yang boleh menjejaskan aqidah.
Tidak menyebabkan kemudaratan kepada pemakainya.
Mendapat perakuan daripada pakar perubatan yang beragama Islam dan telah terbukti secara saintifik bahawa ia merupakan antara kaedah rawatan yang berkesan dalam merawat penyakit.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
SUMBER: FB Ustazah Asma Harun
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum kita menyambut bulia mulia iaitu Ramadhan. Pastinya tahun ini kita akan melaluinya dengan pengalaman yang berbeza kerana kita sedang berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sudah bersediakah kita untuk melaluinya? Menerusi laman instagram Yatt Hamzah, dia telah berkongsikan cara yang mudah untuk kita meraih jutaan pahala pada bulan puasa ini. Jom kita semak!
HARI INI ISNIN 26 SYAABAN 1441H, 20 APRIL 2020. LAGI 4 HARI SEBELUM RAMADHAN TIBA. BERSEDIAKAH KITA?
.
.
PELUANG NAK BUAT JUTAAN PAHALA DAH NAK TIBA..
Mari kita rebut peluang ini!
Nah Bonda bg CHECKLIST SEBELUM RAMADHAN😍❤
.
1. Firstly, sebagai muslim yang benar-benar prihatin dengan kehadiran Ramadhan, kita hendaklah menjaga kesihatan kita sebaik mungkin, supaya kita tidak terlepas peluang untuk melakukan ibadat. Bukankah ini bulan untuk mengumpul pahala sebanyak mungkin? Oleh itu, jagalah kesihatan supaya kita tidak miss melakukan ibadah seperti solat tarawikh.
.
2. Menyemak semula hukum-hakam yang berkaitan dengan pengertian puasa, hikmah, rukun dan perkara-perkara yang membatalkan puasa agar ibadah yang dilalui tidak sia-sia.
.
3. Mengambil tahu amalan-amalan sunat yang sangat digalakkan ketika berpuasa seperti membaca al-quran, bersedekah dan membantu golongan yang susah. Di samping itu hendaklah juga mengetahui fatwa-fatwa berkaitan dengan permasalahan semasa yang berkaitan dengan puasa.
.
4. Menanamkan keazaman dengan penuh ikhlas untuk menumpukan sepenuhnya bulan ini dengan amal ibadah. Kehadiran ke masjid bukan kerana malu kepada orang ramai tetapi benar-benar mengharapkan pengampunan dari Allah Taala 🙂
.
5. Sentiasa berdoa ALLAHUMMA BALLIGHNA RAMADHAN
6. Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu). Supaya kita tidak liat lagi bangun malam di bulan Ramadhan
.
7. Menjaga lidah dari perkara keji seperti mengumpat dan mencaci. Yang mana suka banyak cakap tu, eloklah mula diam dari bercakap perkara yang sia-sia. Ingat, semakin banyak percakapan kita, semakin banyak silap yang kita lakukan. Begitu juga penulisan di socmed.
.
8. Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan menyambut Ramadhan.
.
.
Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Ini terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan mengharap agar bertemu dengannya.
Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula diisi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan.
KITA BAGAIMANA? @wardahsyaukah.my
JOM SHARE * TAG CHECKLIST DI ATAS.
“KOMEN JOM”
. #YATTMENGAYAT#RAMADHAN
Moga ‘checklist’ ini dapat membantu anda bagi menjadi insan yang lebih baik bukan sahaja di bulan Ramadhan nanti malah untuk sepanjang hidup anda. InsyaAllah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Bawang goreng memang selalu dijadikan bahan penghias makanan. Namun masalah yang sering terjadi ialah bawang goreng yang dimasak sendiri tidak serangup bawang goreng yang dibeli.
Sebenarnya tidak susah pun untuk membuat bawang goreng yang rangup bila dimakan. resipi yang dikongsikan ini bukan sahaja menghasilkan bawang goreng yang ranggup tetapi tahan lamma untuk disimpan.
Jom kita cuba tip menghasilkan bawang goreng rangup perkongsian Mimie Suhaimi Hussin.
Hiris bawang merah nipis-nipis.
Kemudian masukkan sedikit tepung gandum. Jangan letak banyak sangat tepung gandum.
Bawang yang telah digaul rata dengan tepung..
Goreng bawang dengan minyak panas. Sentiasa gaul sehingga bawang bertukar menjadi warna keemasan.
Inilah hasilnya. Bwang goreng yang rangup bila dikunyah.. Boleh simpan dalam bekas kedap udara untuk kekalkan kerangupannya..
Sumber kredit: Mimie Suhaimi Hussin
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Walaupun bantahan awal daripada golongan milenial, ia akhirnya berlaku. Ya ucapkan selamat tinggal seluar ‘skinny jeans’ anda, katakana ya, seluar berkaki lebar menjadi pilihan baharu. Sejujurnya, semua menginginkan alternatif yang lebih lapang dan mudah, tetapi satu perkara yang telah menghalang mengayakan dan menerima trend ini sepenuhnya ialah kasut.
Sebagai contoh, kasut apa yang anda pakai dengan seluar ‘flared jeans’ ? Sneakers? Loafers? but? Apakah penyelesaian zaman moden untuk seluar ‘throwback’ ini? Jawapannya, ternyata, adalah semua perkara di atas dan rujukan padanan gaya ini membuktikannya. Jadi, adakah trend ‘flared jeans’ ini terbaik untuk dipakai sekarang?
Platform
Mengapa tidak menggabungkan dua trend dalam satu penampilan? Kasut platform melekat dan ketinggian tambahan itu akan memastikan bahagian bawah seluar ‘flared jeans’ anda tidak akan terseret di atas tanah.
But
Tinggikan seluar ‘flared jeans’ anda dan buat ia berasa cergas untuk keluar malam dengan but bertumit blok. Atau, jika anda ingin memberi gaya ini kelainan membuat kenyataan, cuba pasangan barat yang berwarna-warni atau bercetak.
Seperti platform, kasut tumit akan memberi anda rangsangan, tetapi pilihan kasut ini juga akan menjadikan seluar ‘flared jeans’ terasa lebih berpakaian. Sandal bertali yang menonjolkan sebahagian besar kaki anda akan menghasilkan garisan lancar yang akan memanjangkan kaki. Tumit runcing yang digemari oleh selebriti seperti Rihanna dan Hailey Bieber juga akan mempunyai kesan yang sama.
Sneakers
Jika anda tertanya-tanya sama ada anda boleh memakai kasut kegemaran anda dengan seluar ‘flared jeans’ anda, jawapannya ialah ya. Gaya yang lebih ringkas, seperti Converse dan Vans, atau pilihan klasik yang chunky. Walau bagaimanapun, tidak kira pasangan yang anda pilih, pastikan bahagian bawah seluar anda mencecah sekeliling atau tepat di bawah buku lali, kerana panjang itu akan menghalang labuh daripada menyeret semasa anda berjalan.
Sandal
Jika anda memakai seluar ‘flared jeans’ dalam cuaca panas, sepasang sandal atau selipar santai ialah pilihan bijak yang bukan sahaja membantu anda kekal sejuk, tetapi juga memberikan penampilan anda suasana sporty 90-an atau awal 00-an.
Biarpun tidak lagi aktif dalam industri seni, selebriti Indonesia yang terkenal dengan gaya hidup mewahnya Syahrini baru-baru in membua kejutan apabila dia menghadiri Festival...