Sekarang ini sedang ‘viral’ mengenai barang-barang yang murah namun sangat hebat kualitinya yang boleh dibeli di Daiso. Dengan harga hanya RM 5.57, anda boleh mendapatkan produk yang sangat hebat kesannya dalam kehidupan seharian. Wow, macam tak percaya kan? Jom kita lihat senarai produk itu!

  1. Cat repellent ( Penghalau kucing)

Ini bukan racun tetapi jika terdapat kucing yang suka berak merata-rata di kawasan kediaman anda, bolehlah cuba menggunakan ini untuk mengelakkan kejadian tersebut berulang sekaligus menghalang bau-bauan yang tidak diinginkan.

  1. Pembeku minyak masak

Jika tiada masa hendak mengumpul minyak dan hantar ke alam flora, anda disarankan supaya membeli ini untuk kelancaran longkang dan alam sekitar. Sisa minyak itu akan dibekukan dan boleh dibuang ke dalam tong sampah.

 

IKLAN
  1. Pengasing sampah di sinki

Tak mahu longkang tersumbat? Semuanya bermula dengan anda. Gunakan ini untuk mengasingkan sampah di sinki anda.

  1. Stone ice cube

Kini anda tak perlu bersusah-payah lagi bekukan air untuk mendapatkan ais. Hanya letak batu ini sahaja dalam peti ais selama 3 jam. Jangan risau, ia langsung tidak berbahaya.

IKLAN
  1. Konjac puff

Nak pergi buat facial tapi mahal? Anda boleh cuba ini! Nampak seperti keras tetapi apabila sudah direndam dalam air ia akan menjadi lembut. Ada 3 jenis yang boleh dipilih mengikut kesesuaian kulit anda.

  1. Magic sponge

Nampak macam span biasa kan tapi sebenarnya sangat power!  Tak perlu gunakan sabun pun. Rendam dalam air dan tonyoh sahaja. Bukan untuk kasut je tau, tapi untuk lantai dan dinding juga boleh.

 7. Portable Mini Toilet

Ini sangat unik. Jika anda mahu pergi ke tandas tapi tersekat dalam kesesakan trafik, anda bolehlah gunakan ini dalam keadaan kecemasan.

IKLAN

8. Microfibre Cloth

Kain ini sangat bagus untuk menghilangkan sisa mekap di wajah sebab kadang-kadang ianya tidak mahu hilang walaupun sudah dibilas dengan pencuci wajah.

Haaa,  jadi apa perlu tunggu lagi ? Jom kita ke Daiso sekarang juga!

Sumber : facebook Amirah Anuar

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI