Pasti ramai yang ingin mencari alternatif terbaik untuk kekal cergas dan aktif di bulan Ramadan ini. Sebenarnya, salah satu senaman yang anda boleh lakukan di bulan puasa ini ialah senaman yoga. Bukan sahaja memberi ketenangan pada jiwa, malah ia juga bagus dalam memberi keselesaan kepada tubuh badan untuk tidak berasa begitu penat ketika berpuasa.

Senaman yoga bukan sahaja bagus untuk minda, malah ia juga mampu mengurangkan masalah kesihatan yang lain. Menurut Feexa Nicoll, jurulatih yoga dan Ketua Eksekutif Richness & Wellness Group, masyarakat di barat sebenarnya sudah mengamalkan yoga atau meditasi sejak dahulu lagi. 

“Yoga sangat baik untuk kesihatan minda kerana ia bukan sahaja dapat mengembalikan ketenangan minda dan jiwa, malah ia juga membantu kita untuk bernafas dengan baik. Apabila kita mampu bernafas dengan baik, maka kita dapat mengawal emosi kita dengan lebih teratur.” 

MEDITASI CARA ISLAM 

Sumber gambar: Nashata

Tambahnya lagi, meditasi bukanlah sebuah amalan yang songsang, bahkan ia dapat dilakukan dengan mengikut cara Islam. 

“Sepatutnya, kita sebagai Muslim, harus sentiasa melakukan meditasi kerana kita sudah ada asasnya. Asas yang saya maksud- kan adalah seperti zikir, doa, selawat dan sebagainya. 

IKLAN

Tidak bernokhtah di situ sahaja, meditasi ialah sebuah aktiviti yang menenangkan minda, jiwa dan tubuh. Sekali gus, memberi banyak kebaikan kepada tubuh badan serta aspek kerohanian diri kita. Ramai yang mengatakan bahawa ketenangan jiwa bukanlah unsur penitng yang harus diambil kira. Namun harus diingat, jika kita tidak menjaga kesihatan minda serta kerohanian kita, ia bakal membuatkan minda muda stres dan depresi.

PERNAFASAN YANG BETUL 

Sumber gambar: Nashata

Pernafasan melambangkan kawalan tubuh badan mengikut situasi. Jelas Feexa, pernafasan kita akan berubah apabila emosi kita tidak dapat dikawal dengan baik, dan ini akan menyebabkan tekanan emosi dan jiwa yang teruk. 

“Apabila kita marah, pernafasan kita akan laju. Jika kita takut atau gelisah, pernafasan kita akan tersekat-sekat. Ini adalah antara contoh yang membuktikan bahawa pernafasan melambangkan emosi kita. 

IKLAN

Sekiranya kita sedang marah, cuba tarik dan hembus nafas melalui hidung. Pasti perasaan marah akan hilang kerana badan secara automatik menghantar mesej kepada otak bahawa pernafasan kita sedang dalam keadaan tenang, dan perasaan marah itu akan hilang dengan sendirinya. 

Kesimpulannya, pernafasan yang baik dapat meningkatkan kesihatan minda anda dan secara tidak langsung, dapat mengelakkan sebarang tekanan dalam tubuh anda. 

TIP JIKA STRESS DI TEMPAT KERJA 

IKLAN

• Duduk dalam keadaan tegak.
• Angkat dua belah tangan ke atas.
• Tarik dan hembus nafas melalui hidung selama 30 saat.
• Jatuhkan kembali tangan anda. 

5 KEBAIKAN YOGA 

  • Boleh mengurangkan berat badan.
  • Meringankan migrain.
  • Meningkatkan kesihatan jantung.
  • Membantu untuk tidur nyenyak. 
  • Meredakan tekanan dan rasa cemas.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI