Bagi anda yang ingin membina otot dan menurunkan berat badan, senaman ‘mountain climber’ antara salah satu pilihan terbaik yang boleh anda lakukan.

Bukan sahaja dapat membina otot, malah ia boleh memperbaiki postur badan untuk kekal kemas dan sempurna. Melakukan latihan ‘mountain climber’ secara teratur akan membuatkan anda lebih cepat berotot serta kurus! 

Sumber gambar: Video Hive

‘Mountain climber’ adalah sebuah latihan senaman seperti plank yang merupakan gabungan latihan kekuatan dan kardio. Latihan ini memfokuskan kepada otot-otot seperti deltoid, bicep, tricep, gluteus, core, quadrisep, dan hamstring. Latihan ini secara signifikan meningkatkan koordinasi otot, keseimbangan, dan postur sekaligus  membakar lemak. Untuk hasil yang terbaik, lakukan selama 30 hingga 60 minit.

Antara kelebihan senaman ‘mountain climber’:

Sumber gambar: Runner’s World
  1. Membina otot

‘Mountain climbers’ adalah latihan gabungan yang melatih beberapa sendi dan otot dari bahagian leher hingga kaki. Secara khususnya, ia memberi bebanan tinggi kepada bahagian tricep, deltoid, perut, punggung, pinggang, paha depan dan paha belakang yang memudahkan untuk membina otot di bahagian tersebut. Latihan ini sangat cepat dan efektif serta dapat dilakukan di rumah. 

IKLAN

2. Meningkatkan tahap kardiovaskular 

Jika dilakukan dengan kerap, gerakan ‘mountain climbers’ dapat  meningkatkan kesihatan  jantung kerana bebanan intensiti yang tinggi mampu mengepam darah ke saluran jantung dengan cepat. Oleh itu, ia memberi kelancaran otot pada jantung dan mengaktifkan jantung pada tahap yang normal. Ini dapat mengurangkan masalah salurah darah tersumbat pada jantung dan juga masalah jantung seperti ‘cardiac arrest’.

Sumber gambar: Cotton Bro

3. Meingkatkan ketangkasan stamina

IKLAN

Seperti aktiviti ‘hiking’, senaman jenis ‘mountain climbers’ membuatkan kita bergerak dengan cepat dan tangkas mengikut masa yang sudah ditetapkan. Senaman ini bagus untuk meningkatkan ketangkasan dan koordinasi tubuh badan.

4. Senaman berisiko rendah 

IKLAN

Jika anda seorang yang takut melakukan senaman berisiko tinggi seperti berlari tetapi  masih ingin melakukan senaman, ‘mountain climbers’ adalah pilihan yang tepat. Pergerakan yang tidak merbahaya dan tidak menggunakan alatan yang mungkin mencederakan tubuh badan. Apa yang penting, panaskan badan dahulu sebelum melakukannya dan pastikan kelengkapan pakaian sesuai. 

5. Meningkatkan fleksibiliti tubuh badan

Pergerakan kaki yang cepat dan tangkas serta jumlah bebanan yang tinggi membuatkan badan lebih fleksibel. Tubuh badan akan berasa lebih ringan, kemas dan mudah bergerak!

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI