Pernah tak anda berasa pelik apabila rutin senaman anda tidak mendatangkan hasil? Terutamanya senaman yang melibatkan otot untuk menghasilkan 6-packs dan sebagainya, tidak timbul walaupun sudah berkali-kali dilakukan dengan konsisten.

Untuk memiliki bentuk badan yang ideal dan ‘fit’, bukan sahaja tertumpu kepada nilai konsisten, malah cara dan teknik yang betul juga memainkan peranan yang penting. Jika ada salah melakukan teknik, maka senaman anda tidak mendatangkan hasil dan hanya membazir masa sahaja. Apakah kesilapan yang selalu dilakukan? Jom baca!

Kurang tidur

Sumber gambar: Ketut

Masalah sukar untuk tidur ataupun insomnia juga turut mempengaruhi faktor otot-otot tidak timbul. Tahukah anda, kurang tidur bukan sahaja boleh menyebabkan hilang fokus, malah ia memberi kesan kepada kandungan gula dalam darah, hormon lapar atau makan, dan kadar kalori yang dibakar setiap hari. Bukan itu sahaja, malah bagi mereka yang tidur pada kadar enam jam sehari berisiko untuk mengalami kegemukan dari mereka yang tidur selama tujuh hingga sembilan jam sehari. Elakkan bermain telefon bimbit sebelum tidur kerana ia adalah salah satu faktor anda sukar untuk tidur.

Baca juga: Bukan Sekadar Berlari Atau Berbasikal, Ini 5 Pilihan Menarik Senaman Kardio Yang Wajib Anda Cuba!

IKLAN

Kualiti vs kuantiti

Sumber gambar: Cottonbro

Ramai yang menganggap apabila membuat senaman dengan kerap ataupun gerakan yang banyak mampu untuk membantu menghasilkan otot-otot di badan. Sebenarnya, kualiti senaman anda adalah amat penting. Senaman 50 atau 100 kali sehari tidak menjamin untuk memberikan anda abdomen tegap dan rata. Ia hanyalah mitos semata tentang lebih banyak senaman anda praktikkan setiap hari, lebih cepat kesannya berlaku. Sebaliknya, jika anda mengamalkan satu hingga tiga set ulangan senaman sudah cukup untuk melengkapkan impian tubuh tegap anda.

Teknik dan gerakan yang salah

Sumber gambar: GQ Middle East

Khas untuk mereka yang ingin memiliki 6-packs terutamanya, jenis dan bentuk senaman yang paling teruk untuk bahagian abdomen adalah sit-up apatah lagi jika anda melakukan pergerakan yang salah. Anda akan berasa sakit pada bahagian-bahagian tertentu kerana salah teknik dan caranya.

IKLAN

Ramai yang menegangkan bahagian leher ketika melakukan sit-up. Kesannya akan lebih tertumpu kepada bahagian pinggul daripada abdomen. Senaman pilates yang berkesan pada lapisan paling dalam abdomen, postur plank, dan pergerakan satu badan sebenarnya lebih cepat memberikan kesan pada tubuh.

Baca juga: Pilihan Senaman Kaki Untuk Bakar Kalori Dengan Banyak & Menurunkan Berat Badan Dengan Cepat!

Diet yang tidak betul

IKLAN
Sumber gambar: Cats Coming

Kita semua tahu bahawa diet memainkan peranan penting untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal dan juga membantu untuk memiliki tubuh badan yang ‘fit’ serta berotot. Bentuk diet yang sihat adalah jalan pintas untuk mendapatkan abdomen yang rata dan tegap. 

Sebagai contoh, jika anda melakukan 1000 kali senaman abdomen sehari pun, tetapi jika pengambilan kalori yang tidak dijaga, malah tubuh tegap six-pack yang anda impikan akan lebih tersorok disebalik lemak di bahagian tersebut. Jadi, anda disarankan untuk mengambil karbohidrat yang tidak terlalu berat seperti pretzel, roti dan pasta serta kawal pengambilan gula kerana gula boleh menyebabkan perut buncit. Elakkan minuman manis ya!

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI