Rutin senaman yang hebat untuk membakar lemak di pinggul dan peha anda hanya dalam 10 minit sehari, dalam sebulan dah nampak hasil!
Menjadikan kaki anda seksi dan cergas memang memerlukan senaman dan diet yang sihat. Bukan rahsia lagi bahawa bahagian tubuh wanita yang paling bermasalah adalah pinggul dan peha!
Bagi membuang lemak dari bahagian dalam dan luaran paha, anda hanya perlu melakukan tiga perkara:
Makanan yang kita ambil mempunyai banyak kaitan dengan badan kita, jadi pastikan anda makan secara sihat.
Pengambilan air yang banyak adalah penting untuk kesihatan dan perkembangan badan kita.
Bersenam secara tetap akan meningkatkan badan anda dengan ketara.
Untuk mencapai hasil tidak perlu pergi ke gim, anda boleh bersenam dalam keselesaan rumah sahaja. Senaman selama 12 minit yang akan menjadikan kaki dan seluar ketat anda terpahat. Perkara yang paling penting adalah konsisten dan tidak pernah melangkau hari.
Ads
10 MINIT SENAMAN JURANG PEHA DALAM
Ads
Plie Squats – 30 saat
Lunge Sisi – 30 saat
Mencangkung dan tendang – 60 Saat
Skater Hop – 30 Saat
Angkat Kaki Dalam – 30 saat setiap kaki
Bulatan Kaki – 30 saat setiap pergerakan kaki mengikut arah jam
Bulatan Kaki – 30 saat dengan setiap pergerakan kaki lawan jam
Angkat Kaki Luar – 30 saat dengan setiap kaki
Pili Bomba – 30 saat dengan setiap kaki
Tendangan Pili Bomba – 30 saat dengan setiap kaki
Tonton video di bawah untuk arahan komprehensif:
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Wanita memang obses dengan dunia kecantikan. Pantang dengar ada promosi menarik atau jualan murah akan cepat-cepat mendapatkannya. Sebenarnya tidak perlu berbelanja mahal untuk kelihatan cantik kerana kebanyakan barang penjagaan dan kecantikan wajah boleh didapati di drugstore. Bukan sahaja harga mampu milik, malah stok juga banyak dan terdapat pelbagai pilihan produk dan jenama popular.
Perkongsian seorang pengguna Herry Rozular di laman sosial facebook menyenaraikan beberapa barangan dari drugstore yang setakat ini paling okay dan bagus.
Menurtnya pengguna boleh mencarinya di drugstore popular dengan harga yang berbeza-beza, lebih-lebih lagi jika ada membuat tawaran sale.
Pilihan produk ini adalah berdasarkan apa yang pernah dia cuba dan pengalaman teman-temannya sendiri yang memakai produk berkenaan.
Product drugstore yang so far okay and best gila !!
Semua product dekat bawah ni boleh cari dekat guardian, watson, caring. Harga of course la lain2 sbb kadang2 if diorang ada sale so agak berbeza. Bawah ni alternatif utk korang ya if buntu dah nak pakai apa. Saya share berdasarkan apa yang saya penah cuba and berdasarkan kawan2 saya dah pakai n dorang cerita best.
Sila baca caption gambar ye untuk details semua product bawah ni. InsyaAllah next post banyak lagi product best2 saya review ya
1. Simple Kind To Eyes Revitalising Eye Roll-On Mata panda? Lebam macam kena tumbuk je kan? Okay nah cari product ni. Tak mahal bawah 25 if tak silap. Lupa. Tapi if ada masalah eyebag tu boleh la pakai yang ni. Serius mmg best. Sejuk je mata.
2. Blackhead/whitehead. Sape je kan suka tengok hidung tu ada blackhead. Nampak kotor sgt. Nah cuba pore pack ni. Guardian pun ada pore pack ni. Cara pakai dia, WAJIB BASAHKAN HIDUNG DULU. Pastu tempek je benda alah ni. Biarkan sampai pelekat tu dah mengeras then cabut je. InsyaAllah mencanak2 blackhead keluar melekat kat pore pack tu.
Harga of course la lain2. Dulu saya pakai biore tu. Tapi skrg pakai guardian punya sbb nya guardian time tu sale, RM6 je utk 10 sekeping if tak silap. Biore punya dlm RM13 camtuu. Selamat mencubaaa
3. Ni pulak hand lotion. Kalau rasa kuku tak cantik tu boleh pakai la yang ni. Ni siap boleh kuatkan kuku lagi. Kalau keliling kuku2 tu mcm skin tak sihat sgt then haa ni la makan dia. Harga bawah RM10.
4. Haa this one utk orang yang oily skin. Apa ni? Ni sunblock. Percayalah sunblock ni mmg terbaik, pakai mmg tak berminyak pun. Mmg elok utk orang yang oily skin. So lepas ni jangan salah beli dah ya. Beli yang ni. Sebab Biore ni ada banyak jenis. So this one utk oily skin. Harga tak sure tapi dalam bawah RM40 je. Yang best nya boleh pakai kat badan n muka. Jimatsss!
5. This one pulak sunblock jugak, and yang ni untuk normal skin. Pun sama, boleh pakai kat badan n muka. So jangan malas2 sapu ye kalau nak keluar tu ? pun sama harga bawah RM40 je.
6. Haa yang ni serum. Serum untuk mencerah dari NANO White. If akak ada jeragat ke parut ke boleh la cuba yang ni. If tak silap harga dia bawah RM70. Bleh survey ya nnt.
7. Yang ni PALING BEST !! Lotion untuk skin kering. Mmg dalam masa 4 hari skin akan lembap gila2 wehh. Tak tipuuu. Bau dia tkda la wangi, mcm ubat2 sikit tapi takda la busuk pun. Tp serius if skin kering pakai la. Dulu tgn saya kering, pakai bnda ni alhamdulillah smpai skrg okay dah. Harga bawah RM20.
8. Haa ni untuk akak2 make up tu kalau nak solat, beli benda ni buat lap make up tu. Simpan dalam beg. Kenapa saya suka brand simple ni? Sbb dia pnya no perfume, chemical. So good for skin !
9. Haaa ni untuk yang ada jerawat. Apa ni? Saya panggil “ubat jerawat” hahaha. Nak tdo mlm, cuci muka bersih2 then sapu je nipis2 benda ni kat cik jerawat. InsyaAllah mujarab. Brand cosmoderm ni. Harga bawah RM25. Cuba lah yg ada jerawat tu. Biasa kalau sapu dlm 2 3 hari dah kecut dah.
10. Ni pulokk hair vitamin. Saya pakai yang kanan tu ha. Best. Tu harga kat situ. Mmg rambut lembut sangat2 lepas pakai.
11. Loreal Elseve Extraordinary Oil. Yang ni best jugak, bau dia pehhh wangi gila okay. Yang ni pulak saya pakai kalau nak tido malam. Contohnya la kan, esok tu kalau plan nak shampoo, malam ni saya pakai then tido. So mcm dia merawat masa tido la haa.
12. Yang ni pulak clay mask. Yang cari clay mask tu boleh cuba yang ni. Ada tiga jenis. Illuminating, hydration and anti pores. Contohnya kalau skin oily, then ambik yang anti pores tu. Kalau dry ambik hydration. Kalau nak glow2 ambik illuminating tu. Tu harga diskaun tau. Yang tak pernah cuba ber-clay mask ni patut cuba. Then nnt berterima kasih la kat saya sbb dia mmg best
13. Selain Cetaphil, yg oily n acne skin tu boleh cuba pakai yang ni. Ni pun okay utk skin berjerawat n berminyak. If cetaphil habis or takda, ambik yang ni. Hrga tak pastii
14. Ni pulak kalau dry skin, boleh pakai hydrating lotion ni. Kalau oily jgn pakai. Tak sesuai. Makin berminyak nanti skin tu. Yang ni mmg elok utk orang yg dry skin tu.
15. Khas utk akak2 abang2 oily skin. Beli la benda ni. Tak tipu mmg hilang terus minyak kat muka. Dia jenis mcm kertas tp lagi lembut dari kertas. Ambik then dab dab slow2 kat muka, lepastu sila lah terpesona tgk minyak muka masing2 tu ? harga bawah RM15.
16. Selain scrub st ives, scrub ni pun not bad okay. If selalu habis st ives tu, boleh la cuba yang ni. Siap ada vitamin E lagi. Vit E tu elok utk halang skin dari berkedut. Harga tak sure. Bawah RM25 rasanya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tahun lalu menyaksikan pencapaian sangat membanggakan bagi pengacara, pelakon dan usahawan paling popular ini, Neelofa. Bukan sahaja tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia tetapi juga dilantik menajdi Pengarah Bebas Bukan Eksekutif oleh kumpulan Airaisa Berhad. Namun awal tahun ini imej bersih jutawan muda ini sedikit tercalar gara-gara viral isu suplemen bayi yang dipromosikannya di laman instagramnya.
Ramai pakar bertauliah yang mengkritik serta menghentam Neelofa dengan caranya itu yang dianggap salah. Bukan sahaja netizen, malah beberapa rakan aris turut menyalahkan Neelofa yang dikatakan hanya mengaut keuntungan semata-mata.
Namun bagi Neelofa dia tidak melatah dengan apa yang terjadi. Tidak mahu perkara ini terus hangat dipekatakan, menerusi Sinar Harian Online, beliau meminta agar para pengikutnya bersabar dengan isu hangat yang diperkatakan ketika ini iaitu berkaitan suplemen yang dikatakan sesuai untuk bayi dan kanak-kanak, yang dipromosikan di laman Instagramnya.
Mmenerusia kenyataan di Twitter @Neelofa, beliau menjelaskan bahawa beliau menghargai dan memahami semua komen dan perhatian yang diberikan terhadap isu tersebut.
Dalam masa sama juga, usahawan muda ini masih meletakkan penghargaan atas perhatian yang diterimanya. Menurut Neelofa produk yang dipromosikan itu sedang cuba meleraikan kekeliruan dihadapi pengguna.
“Pihak pengurusan produk CnG sedang berusaha keras untuk menjelaskan isu dan kekeliruan ini. Saya berharap semua pihak dapat bersabar dan memahami,” tulisnya.
Ternyata tindakan bijak telah diambil bagi menjernihkan keadaan yang sedang panas. Dalam hal ini Neelofa sanggup mengetepikan segalanya dan tenang berdepan dengan netizen cuba menjelaskan apa yang terjadi.
Sikapnya ini menunjukkan sisi kematangan Neelofa dan semoga apa yang berlaku ini menjadi panduan untuknya untuk terus berhati-hati dalam mempromosikan sebarang produk.
Jika dilihat di laman sosialnya, Neelofa tetap menjalankan aktiviti seninya seperti biasa dan wanita berusia 29 tahun yang akan menyambut hari lahirnya pada 10 Febuari ini semakin bijak dan lebih matang menangani setiap permasalahan yang berlaku.
Syabas Neelofa dan HIJABISTA berharap agar beliau terus menjadi idola kepada hijabi di luar sana untuk terus yakin dan bersemangat dalam mencapai apa yang diimpikan dalam hidup.
Pelakon lelaki popular, Shaheizy Sam bersama isteri, Syatilla Melvin menyambut meriah syawal ke lapan dengan kehadiran cahaya mata yang baru sahaja selamat dilahirkan pada hari ini, Isnin di Hospital KPJ Ampang Putri, Kuala Lumpur.
Perkongsian itu dikongsikan oleh pelakon yang pernah popular dengan filem Adnan Sempit dan Polis Evo menerusi laman Instagramnya. Turut menzahirkan rasa syukur dengan kehadiran ahli keluarganya yang baru itu, Sam meluahkan rasa lega apabila isterinya Syatilla juga berada dalam keadaan yang sihat sejahtera selepas bersalin.
Alhamdulillah. Selamat melahirkan dan selamat dilahirkan. Terima kasih atas doa-doa anda.
Rasa gembira dan teruja dengan kehadiran cahaya matanya yang ketiga itu, Sam sempat berseloroh tentang wajah anaknya yang masih lagi dirahsiakan itu.
Korang tengok macam muka Bapak ke muka Bubu?
“Dapat tidur beberapa jam je..”
Menerusi perkongsian di Instagram Story nya juga, Sam memuat naik beberapa klip Syatilla berkongsi rasa sebelum masuk ke dalam dewan pembedahan. Kelihatan bersedia dan tenang, Syatilla menyatakan bahawa dirinya hanya sempat tidur beberapa jam sahaja sebelum ke Hospital KPJ Ampang Putri Kuala Lumpur.
Sam juga kelihatan tenang berkongsi video memohon agar semua pihak mendoakan yang terbaik ketika Syatilla baru sahaja memasuki dewan pembedahan ketika itu.
Rata-rata netizen dan rakan selebriti turut teruja dengan perkhabaran gembira itu dan mengucapkan tahniah kepada pasangan sejoli ini.
Sekadar info, pasangan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin sah bergelar suami isteri pada Februari 2016. Upacara pernikahan yang mewah itu berlangsung di Bukit Jawi Golf Club Pulau Pinang pada malam hari. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.