Kebanyakkan dari kita apabila mendengar puji-pujian pastinya merasa gembira dan bahagia, namun lain pula yang dialami oleh pelakon jelita, Datin Lisa Surihani yang mengakui sukar baginya menerima puji-pujian melibatkan penghijrahannya.
Sejak memutuskan untuk berhijab dan menutup aurat sepenuhnya, Lisa menjadi sangat takut dengan perkara puji memuji ini. Tidak hairanlah Lisa kelihatan tidak selesa apabila ditanya mengenai penghijrahannya yang telah menerima komen positif peminat dan warganet.
Lisa Bimbang Pujian Bertukar Menjadi Suka
“Macam mana sekali pun, semua ini datangnya daripada Allah. Sejujurnya, saya cukup takut dengan puji-pujian kerana bimbang lahir perasaan suka.
“Saya hanya cuba menjaga tingkah laku dan pertuturan. Tetapi, semua itu datangnya daripada Allah,
“Walaupun positif, tetapi perkara itu mampu melahirkan sifat sum’ah iaitu suka dengan pujian,” ujarnya.
Pelakon Istanbul Aku Datang itu berkata, manusia secara fitrahnya suka dipuji, tetapi kadangkala mereka terlupa dan menikmati perasaan dipuji orang lain.
Sebagai manusia biasa yang mempunyai hati yang rapuh, kata Lisa, perkara yang paling membimbangkan ialah bagaimana untuk terus istiqamah.
Malah, Lisa mengakui ada ketikanya dia “tersungkur”, namun sempat bangkit agar tidak berputus asa dalam landasan untuk menjadi seorang Muslim yang taat.
Hati Manusia Sifat Rapuh, Perlu Berprinsip Untuk Istiqamah!
“Kita ini manusia biasa, hati sangat rapuh. Apa juga keadaan sekali pun, saya cuba pertahan sesetengah prinsip.
“Ya, ini suatu pengorbanan yang berat, terutama untuk terus kekal istiqamah. Tetapi, saya harus mencuba sebaiknya.
“Ada momen ‘tersungkur’, tetapi perlahan-lahan saya bangkit agar tidak lekas berputus asa dalam perjalanan ini,” katanya.
Setiap individu yang berhijrah menjalani proses yang berbeza. Sebagai manusia biasa, pelakon ini juga begitu. Katanya, tidak wajar untuk mempersoalkan cara perubahan seseorang dalam perjalanan menjadi lebih baik.
Ibu kepada tiga anak itu berkata, dia tidak menerima begitu banyak tawaran setelah berhijab namun dia tidak risau akan perkara itu kerana dia mahu memberi fokus kepada bidang pengacaraan.
“Sejak tampil berhijab, secara semula jadi, tawaran lakonan menjadi berkurangan. Mungkin sudah tertulis begitu, namun saya tidak terlalu kisahkan.
“Pada peringkat sekarang, minat saya lebih berat ke arah pengacaraan. Saya ingin belajar untuk memperbaiki skil itu.
“Bagi kerjaya lakonan, jika ada tawaran menarik yang boleh membantu perjalanan kerohanian saya, insya-Allah saya pertimbangkan,” katanya lagi.
Sekadar info, Isteri pengarah terkenal Malaysia Yusry Abdul Halim sejak memakai tudung sekitar tahun 2019, dia mula mendapat banyak pujian dalam talian kerana penampilannya yang lebih sederhana.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Sebaik membuka akauan di laman instagramnya, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir telah diikuti oleh ramai pengikutnya. Walaupun hanya ada 16 posting, tetapi bilangan followernya makin meningkat 10 kali ganda. Tun Mahathir juga hanya menekan butang follow kepada tujuh akaun sahaja dan salah seorangnya adalah penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Siti ketika ditanya perasaannya apabila menjadi pemilik akaun yang di follow oleh Tun Mahathir, beliau meluahkan rasa gembira menjadi satu-satunya artis dalam negara yang diikti oleh tokoh negarawan ini.
Malah Siti juga satu-satunya rakyat biasa yang diikuti oleh Tun M selain anaknya Mukhriz melalui akuan rasmi menggunakan nama @chedetofficial.
Bagi Siti ia satu penghormatan diikuti oleh pemimpin nombor satu negara itu kerana beliau juga tidak menyangka Perdana Menteri itu mengikuti dirinya di instagram.
“Macam saya juga kalau nak follow seseorang saya akan tengok kriteria. Jadi apabila terpilih saya berasa syukur,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran butik CreacionbySitiNurhaliza dan Simplysiti cawangan kelapan di Melawati Mall baru-baru ini.
Sebelum ini, Tun Mahathir juga ada memuatkan posting dalam instagramya mengucapkan tahniah kepada penyanyi tersohor ini setelah melahirkan bayi pertamanya 1 Rejab lalu. Menurut Tun Mahathir, ia satu berita menggembirakan seluruh negara dan juga ahli keluarga penyanyi ini. Posting ini juga telah ditonton oleh lebih setengah juta pengikut.
Selain akaun Siti, Tun Mahathir juga turut mengikuti akaun Parti Pakatan Harapan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM), PPBM Kedah, Armada PPBM Official dan tabbing Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF).
Untuk pengetahuan Tun Mahathir baru sahaja membuka akaun rasmi di instagram pada 15 Mac lalu. Foto pertama yang dimuat turut adalah foto beliau bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah yang sedang tertawa.
Gambar ini dimuat turun beserta caption “Hari ini saya mulakan akaun instagram bersama Hasmah. Isteri saya selama 62 tahún yang sentiasa setia bersama saya sejak dulu lagi”. Menurut Tun juga, sebagai doktor ketawa adalah penawar terbaik.
Foto ini mendapat 162 ribu like dan lebih 6 ribu komen yang rata-rata gembira dan suka dengan gambar juga caption yang mencuit hati netizen.
Akaun rasmi ini juga telah mendapat bluetick sebagai tanda akaun sah untuk seseorang yang burglar tokoh masyarakat, selebriti atau jenama. sehingga hari ini, Tun Mahathir sudahpun mempunyai bilangan pengikut berjumlah 1 juta dan jumlahnya semakin meningkat dari hari ke hari.
Menurut Astro Awani dalam semakan yang dibuat mendapati beliau seorang yang sering menghiburkan netizen dengan meletakkan caption foto yang lucu dan bersahaja.
Adakalanya, Tun Mahathir juga gemar memberi punchline atau troll yang mencuit hati sama ada di laman twitter mahupun instagramnya.
Penyakit hiperhidrosis ini terbahagi kepada dua iaitu ‘primary hyperhidrosis’ dan ‘secondary hyperhidrosis’. Selalunya pesakit di bawah kelompok primary berpunca dari masalah saraf dan secondary berpunca dari penyakit lain contohnya obesiti, kanser, thyroid dan lain-lain lagi.
Pereka fesyen, Taufiq Al Rahman menghidapi Hiperhidrosis sejak di bangku sekolah lagi. Sumber gambar: Taufiq Al Rahman
“Apa perasaan penulis jika orang akan membuat riak muka terkejut, jelik dan geli apabila bersalaman dengan anda, dan selepas itu mereka mengelap tapak tangan mereka di seluar, dan melakukannya di hadapan anda? Sudah tentu malu dan terasa dihina!”
Meskipun perit untuk diterima, namun jauh di sudut hati, wujud rasa redha dengan ketentuan Illahi. Taufiq Al Rahman, 29, seorang pereka fesyen dari Melaka, membuka lembaran bicara dengan menyingkap kembali saat pertama kali dia mengetahui tentang penyakit yang dihidapnya, Hiperhidrosis. Apa salahnya jika berpeluh? Tidak normalkah jika berpeluh? Pasti itu persoalan yang timbul saat anda membaca tajuk ini, namun, adakah ia perkara biasa jika kadar peluh lebih banyak dan deras melampau dari normalnya? Ya! Hiperhidrosis adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan masalah peluh berlebihan yang terjadi dalam satu peratus populasi.
“Saya masih ingat lagi, ketika saya masih di sekolah rendah, jari saya kerap tergelincir dari pensel ketika sedang menulis dan buku tulis ataupun kertas peperiksaan menjadi lembap dan basah menyebabkannya hancur dan lunyai kerana peluh yang banyak di seluruh tapak tangan. Namun, saya anggap itu normal sehinggalah saat saya di diploma, perasaan ingin tahu itu membuak-buak dan akhirnya saya membuat sedikit kajian dan bacaan sendiri daripada blog, forum, tabloid dan bertanya kepada pihak-pihak yang boleh dipercayai. Dari situ saya betul-betul mengenali penyakit Hiperhidrosis ini”.
Bertanyakan mengenai momen yang tidak boleh dilupakan sepanjang menghidap penyakit ini, Taufiq jujur mengatakan bahawa keyakinan dan motivasi dirinya turun mendadak apabila melihat orang yang berjabat tangan dengannya membuat riak muka geli dan jelik, dan mengelap tapak tangan mereka di seluar, ketika masih dihadapannya. Bagi dirinya, perlakuan itu seolah-olah menjadikan dia manusia yang hina dan jijik.
“Tahap Hiperhidrosis saya adalah berskala 7 dari 10. Peluh saya terutamanya di tangan, boleh mengalir hingga ke pergelangan tangan. Peluh di tapak kaki saya pula boleh meninggalkan kesan tapak kaki jika berjalan tanpa kasut di atas simen. Teruk bukan? Situasi ini secara tidak langsung membantutkan beberapa aktiviti harian saya. Contohnya jika bersukan, saya hanya boleh melakukan aktiviti berenang kerana saya berasa lebih selesa dan yakin. Bukan itu sahaja, malah ia turut membahayakan keselamatan diri ketika saya memandu apabila tangan saya tergelincir dari ‘steering kereta’ kerana keadaan tapak tangan saya yang semakin basah terutamanya ketika cuaca panas. Oleh kerana keadaan peluh di tapak tangan tidak boleh dikawal, saya juga mengalami kesukaran untuk mengendalikan telefon bimbit kerana ia jenis ‘touchscreen’. Mengenai peluh di tapak kaki pula, saya sering kali tergelincir di tengah jalan. Bayangkan kaki saya terkeluar daripada sandal? Sangat memalukan! Saya juga sentiasa menukar stokin kerana jika tidak, kaki saya akan menghasilkan bau yang busuk dan meningkatkan kadar kelembapan pada kaki. Akhirnya, kuku kaki saya dijangkiti kulat”.
Hiperhidrosis ialah sebuah gejala dimana peluh keluar secara berlebihan terutamanya di bahagian tapak tangan. Sumber gambar: Taufiq Al Rahman.
Tidak bernokhtah disitu sahaja, malah menurut Taufiq, sebagai seorang pereka fesyen, apa yang membimbangkan dirinya adalah apabila dia harus sentiasa berhati-hati dalam melakukan hal kerja rekaan bajunya kerana risau akan menjejaskan fabrik pelanggan yang disebabkan peluh di tapak tangannya.
“Untuk memastikan keadaan fabrik pelanggan dijaga rapi, saya melapik tangan dengan kertas dan sebagainya supaya peluh tidak akan menjejaskan fabrik pelanggan yang akan menyebabkan kekuningan. Selain itu juga, saya harus menukar segala peralatan jahitan (jenis besi) seperti jarum, jarum peniti, gunting, dan termasuklah beberapa komponen mesin jahit kerana ia menjadi berkarat selepas saya menggunakannya walaupun sementara”.
Mengenai rawatan pula, Taufiq lebih selesa tidak melakukan apa-apa rawatan kerana dia tahu, Hiperhidrosis ini tidak mengancam nyawa. Tambahan pula proses rawatan memakan belanja yang besar. Apa yang penting, dia harus sentiasa positif dan cekal menjalani hari-hari seterusnya kerana meskipun penyakit ini tidaklah merbahaya, namun jika tidak kuat dari segi mental, ia bisa membunuh keyakinan diri. Maka, diri terus hanyut ditenggelami rasa sedih dan gelora emosi.
“Sebagai seorang muslim, saya sentiasa percaya kepada kententuan Illahi. Redha. Pasti ada hikmah pada hari-hari mendatang. Syukur saya ucapkan kerana memiliki keluarga dan kenalan yang benar-benar memahami. Saya cuma berharap agar rakyat Malaysia lebih sedar dan faham tentang penyakit ini. Mereka harus sedar Hiperhidrosis bukanlah virus yang berjangkit, dan ia bukanlah merbahaya. Rakyat Malaysia juga harus peka dengan perasaan dan emosi kami supaya dapat membantu menguatkan lagi mental kami. Kepada penghidap Hiperhidrosis, ini bukanlah noktah dalam kehidupan kita. Harus kekal positif dan ceria setiap masa”.
“Ia bukanlah noktah dalam kehidupan kita. Harus kekal positif dan ceria setiap masa”- Taufiq Al Rahman. Sumber gambar: Taufiq Al Rahman.
FAKTA MENGENAI HIPERHIDROSIS:
Suntikan Botox, ubat-ubatan dan krim adalah rawatan bersifat sementara. Manakala kaedah pembedahan boleh menghilangkan peluh di kawasan yang bermasalah.
Pun begitu, walaupun tempat yang bermasalah itu sudah dilakukan pembedahan, Hiperhidrosis ini boleh terjadi di kawasan lain seperti ketiak, dada, bahagian sulit dan sebagainya.
Tahap keberkesanan rawatan tidak seratus peratus.
Hanya 3% hingga 5% manusia sahaja yang menghidap penyakit ini.
Hipoglisemia juga antar punca utama penyakit Hiperhidrosis.
Bagi hijabi yang mengenakan hijab, wajah belang adalah salah satu masalah kulit yang sering dialami. Beraktiviti di bawah sinar matahari saat mengenakan hijab, akan membuat salah satu bahagian wajah memiliki warna yang lebih gelap dari yang ditutupi hijab.
Jangan kuawatir, ada skincare untuk mengatasi wajah belang bagi anda para hijabi. Yang menyenangkan, skincare ini juga memiliki harga terjangkau, RM20 sahaja!
Facial wash dari Japan ini memang menjadi kegemaran banyak orang. Kalau anda sudah mengenali kemasannya berwarna biru, khusus untuk yang ini memiliki warna putih kerana sifatnya yang mencerahkan. Pembersih wajah ini memiliki kandungan White Cocoon dan Hyaluronic Acid yang membersihkan kulit secara mendalam dan melembabkan kulit. Pembeza dari varian lainnya adalah adanya kandungan White Clay yang mampu mengangkat sel kulit mati dan mencerahkan wajah tanpa membuat kulit wajah menjadi kering.
Meski memiliki harga yang ekonomi, toner ini punya manfaat maksima! Hebatnya lagi, toner ini sesuai untuk pelbagai jenis kulit, seperti berminyak, kering dan kombinasi. Penyegar dengan formula 2-Way Bright dari Natural Whitening Powder dan Derivat Vitamin C yang membuat kulit tampak lebih cerah. Diperkaya dengan AHA, Ekstrak Lidah Buaya dan Chamomile.
Bagi para hijaber, penting untuk memilih produk halal yang bisa mengatasi kulit belang. Salah satu brand lokal Indonesia, Wardah, sudah dikenal dengan kehalalan produknya. Produk ini sangat cocok sebagai pelembap saat Anda beraktivitas mengenakan hijab di bawah matahari.
Untuk mengatasi kulit belang, serum adalah salah satu skincare yang menjadi peranan penting. Anda sendiri sudah tahu bagaimana efek vitamin C pada kulit wajah, yang boleh mencerahkan. Jadi, sebagai pilihan serum terjangkau dari Garnier Light Complete Whitespeed Vitamin C Super Essence yang memiliki kandungan white speed dan vitamin C.
Selain serum, tabir suria juga salah satu produk penting untuk atasi kulit belang. Jangan sampai kulit belang yang sudah kamu punyai justeru bertambah gelap. Nivea sudah lama mengeluarkan produk tabir suria, baik untuk tubuh mahupun wajah. Produk ini memiliki SPF 50 dengan teksturnya yang ringan sesuai digunakan setiap hari, untuk melindungi kulit wajah dari efek negatif sinar matahari.
Sekali dalam seminggu, rawat kulit anda dengan sheet mask. Tentunya, kerana ingin hilangkan kulit belang pilih sheet mask dengan kandungan mencerahkan. Sheet Mask dengan kemasan soft pink ini mengandung clay dan 40x Vitamin C yang dapat menyamarkan noda hitam dan noda bekas jerawat, plus mencerahkan wajah.
Krim malam punyai khasiat hebat untuk menghilangkan wajah belang pada wajah. Krim malam Wardah ini memiliki kandungan ekstrak licorice, alpha arbutin dan vitamin B3 yang dapat mencerahkan kulit. Selain itu, AHA Natural untuk mengangkat sel kulit mati sambil meregenerasi kulit.
Memang nampak sedap sangat acar buah Tengku Ampuan Pahang ni. Kombinasi bahan-bahan dan warna semula jadi acar menjadi pembangkit selera!Memang selayaknya Paduka Baginda memenangi...