Pelakon Noorkhiriah dan suami, Azfaizul Ahtan, meluahkan rasa syukur kerana dapat membantu menyempurnakan pengebumian tiga jenazah tanpa waris. Mereka juga dibantu oleh beberapa orang sukarelawan bagi menjalankan fardu kifayah baru-baru ini.
Sempurnakan Pemergian Jenazah Tanpa Waris…
Membuat perkongsian baru-baru ini, pelakon Noorkhiriah Ahmad Shapie, 45, membuat satu hantaran di Instagram menunjukkan suaminya serta beberapa sukarelawan melakukan pengebumian kepada 3 jenazah tanpa waris.
Kerja amal ini merupakan salah satu usaha dari Pertubuhan Amal Nur by Khiriah yang melakukan urusan mengkafan, solat, serta mengebumikan jenazah itu di tanah perkuburan.
“Tiga jenazah tanpa waris. Hampir setahun dalam peti mayat selesai diuruskan. Alhamdulillah, semoga Allah membalas segala kebaikan kalian, team (pasukan) Pertubuhan Amal Nur by Khiriah,
Ads
“Al-Fatihah. Pertubuhan Amal Nur by Khiriah buat secara percuma untuk semua saudara seislam, tak kira bangsa. InshaAllah, kami bantu kerana Allah Taala.” tulisnya.
Khidmat Pengurusan Jenazah Percuma Untuk Semua
Dalam temubual bersama Harian Metro, Noorkhiriah bersama suami telah menubuhkan pertubuhan itu sejak fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran Pandemik Covid-19 pada tahun 2020. Mereka ingin membantu menguruskan jenazah sebagai tanggungjawab yang dituntut kepada orang Islam.
“Dalam urusan pengurusan jenazah ini, saya hanya bantu dari aspek perkongsian dan hebahan melalui Instagram, itu saja. Saya tak buat apa-apa yang lain pun. Tapi, suami dan pasukan kerjanya yang selalu mara ke depan,
“Tugas saya, hanya bantu dengan sering memaklumkan usaha ini dilakukan secara percuma buat golongan sasaran iaitu Muslim yang memerlukan dari awal hingga selesai pengurusan jenazah. Malah, khidmat dilakukan untuk semua peringkat usia jenazah.” katanya yang ditemui, baru-baru ini.
Ads
Pelakon Drama Nur itu juga mengambil manfaat dalam melakukan fardu kifayah ini sebagai tandanya untuk kekal istiqamah dan memperingati dirinya tentang kematian.
Pada masa kini, bukan hanya wanita yang mengalami masalah kulit seperti ‘breakout’, tetapi lelaki juga tidak terkecuali. Seperti perkongsian lelaki ini di laman sosial twitter, @NaufalAntezem yang pernah mengalami masalah ini.
Dia juga kemudiannya berkongsi testimoni untuk mendapatkan kulit yang sihat dan juga rambut yang subur. Bukan hanya menggunakan satu produk tetapi lebih 50 produk pelbagai jenama kebanyakan dari farmasi telah dicuba bagi mendapatkan hasilnya.
Testimoni dibuat adalah berdasarkan pengalaman peribadinya. Dia sebelum ini memberitahu wajahnya agak sensitif terutama bila terkena habuk.
Hijabista ingin berkongsikan beberapa produk yang memang ‘ngam’ dengan wajahnya.
Begitulah beberapa tip kulit sihat yang dikongsikan oleh lelaki ini. Untuk mendapatkan lebih lanjut mengenai semua produk yang telah dicubanya, bolehlah melayari akaun twitter @NaufalAntezem.
Maulidur Rasul merupakan tarikh penting buat umat Islam kerana ianya adalah tarikh hari kelahiran atau keputeraan baginda Nabi Muhammad SAW iaitu nabi terakhir yang diutus oleh Allah dalam Islam. Sambutan Maulidur Rasul ini diraikan setiap tahun oleh umat Islam di seluruh dunia. Pada hari istimewa ini, umat islam digalakkan untuk memanjatkan doa buat Rasulullah S.A.W.
“Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku”
Tambahan itu, berselawat juga sangat digalakkan dan dituntut bagi setiap umat Islam kerana banyak fadilat yang bakal kita peroleh daripadanya. “Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya berselawat atas Nabi. Wahai Orang-orang yang beriman, berselawatlah atasnya (Nabi) dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya dengan sungguh-sungguh”.
Pendakwah bebas iaitu Habib Nael Ben Taher, berkata tujuan utama menyambut Maulidur Rasul adalah untuk menyemai dan menyuburkan rasa bersyukur kepada Allah SWT terhadap nikmat pengutusan Nabi Muhammad SAW kepada kita. Kenyataan ini telah dinukilkan oleh Latifah Arifin melalui sebuah akhbar 2018.
“Jika ada pihak yang mengatakan sambutan Maulidur Rasul sekadar budaya, maka sesungguhnya ia sebaik-baik adat dan budaya. Sehingga saat ini, begitu banyak negara yang menyambut Maulidur Rasul sejak turun-temurun di seluruh dunia seperti Indonesia, India dan Mesir.
“Tujuannya adalah untuk menggerakkan semangat dan menyemai cinta serta rindu yang sejati kepada Rasulullah SAW. Ini kerana jika kita sentiasa ingat kepada Rasulullah SAW, kemuliaan itu akan kembali kepada kita sendiri kerana Baginda sebenarnya sudah dimuliakan, dicintai dan dirindui Allah SWT” ujarnya lagi.
Tambahan itu, menerusi perkongsian melalui mstar, terdapat figura lain yang juga telah menghuraikan mengenai tujuan sambutan Maulidur Rasul ini. Ia adalah daripada Doktor Najmuddin Khalfallah iaitu seorang pensyarah di Universiti Lorraine, Perancis. Di dalam majalah Jawhar Islam edisi 2016, dia telah menghuraikan beberapa tujuan sambutan Maulid Nabi Muhammad SAW dilaksanakan, dan ia dapat dirumuskan seperti berikut:
1. Mengambil iktibar dan memperingati sirah perjuangan Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan pengajaran dan pengorbanan bermati-matian demi menegakkan agama Islam di bumi Allah SWT.
2. Mengenali dan mengetahui peribadi Nabi Muhammad SAW sehingga dapat mengaplikasikannya ke dalam kehidupan seharian seorang muslim. Hal ini seperti mana firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab:
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” (Surah al-Ahzab ayat 21).
3. Dapat memperingati tarikh kelahiran Baginda SAW. Hal ini sudah menjadi fitrah manusia bahawa memperingati tarikh kelahiran seseorang adalah tanda kita mengasihi kehidupannya.
4. Mencapai pembersihan hati dan jiwa melalui penghayatan sirah Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan nasihat, pengajaran, akhlak dan pengorbanan Baginda SAW dalam menegakkan agama Allah SWT.
5. Memupuk perasaan cinta dan kasih kepada junjungan besar Rasulullah SAW yang sentiasa menyayangi dan merindui umatnya. Jikalau terdapat perbezaan dalam beberapa perkara berkenaan sambutan Maulid ini, umat Islam semuanya sepakat bahawa wajib mencintai Baginda SAW lebih daripada semua makhluk termasuk diri sendiri, seperti yang termaktub dalam pelbagai sabda Nabi SAW.
6. Mengumpulkan umat Islam secara berjamaah dalam melakukan amal soleh. Kebiasaannya pengisian-pengisian utama yang disajikan di dalam majlis-majlis Maulid Nabi SAW adalah seperti tilawah al-Quran, majlis ilmu, zikir, tasbih, dan lain-lain lagi. Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah:
“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)” (Surah al-Maidah ayat 2).
7. Memperbanyakkan selawat dan pujian ke atas Rasulullah SAW. Hal ini sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (melimpahkan rahmat dan keampunan) ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kalian berselawat (mendoakan rahmat)baginya dan mengucapkan salam penghormatan kepadanya.” (Surah al-Ahzaab ayat 56).
8. Menyampaikan pesanan dan peringatan mengenai risalah Islam di tengah-tengah masyarakat. Majlis maulid dianggap sebagai sebuah medan untuk menarik masyarakat untuk bersama-sama berkumpul, mendengar tazkirah, bermuhasabah, berzikir, memberi nasihat serta berselawat ke atas Nabi SAW.
Sedang sibuk menghadap laptop dan menyelesaikan tugas-tugas hakiki di pejabat, tiba-tiba mata rasa pedih dan berpasir hingga air mata mengalir deras dan merimaskan.
Haa.. Pernah tak hijabi alami pengalaman yang macam ni? Kalau pernah, ini merupakan antara ‘bahasa tubuh’ yang memberitahu ada sesuatu yang tidak kena dengan mata anda.
Apabila mata terasa berpasir, pedih sehingga merembeskan air mata yang berlebihan dari biasa. Ini adalah tanda atau gejala awal anda mengalami masalah mata kering!
Selain, merimaskan gejala mata kering ini bakal mengganggu aktiviti seharian anda, khususnya aktiviti yang melibatkan atau memerlukan anda melihat skrin komputer mahupun telefon pintar. Bahkan ia juga boleh mendatangkan bahaya sekiranya simptom ini berlaku semasa anda sedang memandu kenderaan kerana menjejaskan penglihatan!
Gejala mata kering ini sering berlaku kepada wanita terutamanya mereka yang memakai kanta pelekap mata. Malah, peningkatan usia, proses penuaan dan juga genetik merupakan antara faktor yang menyumbang kepada masalah ini.
Lebih buruk lagi, masalah mata kering ini jika tidak dirawat dan dijaga dengan elok mungkin akan merisikokan anda untuk mempunyai masalah penglihatan yang lebih kronik di masa hadapan.
Salah satu cara untuk merawat masalah mata kering ini adalah dengan menggunakan ubat titis mata Rohto Advanced Dry Aid kerana lazimnya masalah mata kering berlaku apabila mata tidak lagi mampu memberi cairan yang secukupnya.
Justeru, Rohto Advanced Dry Aid akan bertindak sebagai ‘air mata palsu’ yang membantu melindungi mata dari kekeringan! Lebih menarik lagi, Ubat mata Rohto Advanced Dry Aid diformulasi menggunakan teknologi maju dari negara matahari terbit iaitu Jepun.
Teknologi TearShield dari Jepun ini, berfungsi dengan cara yang amat unik untuk segera memulihkan kelembapan pada tisu mata yang rengsa atau koyak dan meniru koyakan secara semulajadi untuk mengelakkan lebih banyak geseran berlaku pada tisu mata yang telah koyak.
Selain itu, Rohto Advanced Dry Aid membantu melincir serta melegakan lapan simptom mata kering seperti kekeringan, kerengsaan, kegatalan, iritasi, ketidakselesaan , kepedihan, kelesuan dan kekaburan mata.
Lebih menarik lagi, Rohto Advanced Dry Aid ini mampu memberi kelegaan yang pantas kepada masalah mata kering dan memberikan keselesaan yang unggul serta penghidratan yang berpanjangan sehingga 12 jam. Wow! Selamat tinggal mata kering.
Jangan risau! Ubat Rohto Advanced Dry ini dijamin selamat, kerana ia diperbuat daripada air tulen yang telah pun mengikuti piawaian mengikut standard Pharmacopoeia Jepun tau. Lagipun, jenama Rohto ini amatlah dipercayai kerana ia adalah jenama penjagaan mata No.1 di dunia.
Untuk pengetahuan Hijabi, setiap botol Ubat Rohto Advanced Dry ini didatangkan dengan reka bentuk botol yang sangat compactible dan sesuai untuk dibawa kemana-mana sahaja dan mudah digunakan pada bila-bila masa.
Botol Ubat Rohto Advanced Dry ini direka agar lebih mesra pengguna dengan muncung unik yang membolehkan ianya dititiskan kedalam mata dengan tepat sekali.
Bestnya! Pelbagai manfaat yang anda dapat hanya dengan miliki sebotol Ubat Rohto Advanced Dry ni. Menarik bukan? Jika Hijabi sayangkan mata anda, jangan bertangguh lagi, segera dapatkan Ubat mata Rohto Advanced Dry dan kongsikan pengalaman dan perbezaanya bersama kami dengan #RohtoEyeDrops #RohtoAdvancedDryAid #WorldNo1EyeCareBrand dan jangan lupa tag @rohtoeyedropsmy -tau!
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.