Pelakon Datin Paduka Eina Azman telah terbang ke Tanah Suci Makkah bagi menyempurnakan nazar mengerjakan umrah buat kali kedua. Pelakon tersebut telah pergi ke Tanah Suci bersama suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden.
Ainur Syakina Azman atau lebih dikenali sebagai Eina Azman, 27, memberitahu dia menunaikan ibadah umrah itu bagi menyempurnakan nazar selepas suaminya sembuh daripada jangkitan Covid-19 pada Ogos tahun lalu.
Sumber gambar: Instagram story DP Eina Azman
Pelakon The Maid 2 itu telah berkongsi khabar tersebut menerusi hantaran Instagram yang disertakan gambar mereka berdua di Masjid Nabawi.
“Assalamualaikum… Tahun lepas Eina ada bernazar utk suami Eina selepas kena Covid. Alhamdullilah, semua nya di permudahkan jadi Eina dan suami akan menunaikan umrah utk kali ke 2.
Dalam pada itu, Eina turut memohon maaf seandainya mereka ada melakukan salah dan silap serta berdoa semoga ibadah itu dipermudahkan.
“Doakan kami selamat pergi dan selamat pulang, InsyaAllah, semoga yang baik-baik untuk kita semua,” tulisnya di Instagram semalam.
Suami pelakon ini disahkan menghidapi Covid-19 tahap empat dan dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan pada Ogos tahun lalu iaitu semasa hari ulang tahun ketujuh perkahwinan mereka.
DP Kaiser telah mengalami demam panas dan tahap oksigen yang kurang stabil. Dalam masa yang sama, dua pembantu rumahnya dan Eina sendiri dijangkit Covid-19 selepas merawat suaminya di rumah.
Ads
Selain Eina dan suami, dua pembantu rumahnya turut disahkan positif Covid-19. Namun cahaya mata kembar mereka iaitu Arianna Aubrey dan Karl Kareef, 6, tidak dijangkiti virus berkenaan.
Ramai turut mendoakan
Meninjau di ruangan komen, ramai warganet termasuk rakan artis turut mendoakan agar pasangan ini mendapat umrah yang mabrur dan dipermudahkan segala urusan.
“Alhamdulillah.. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan ibadah DP Eina sekeluarga dan mendapat umrah yang mabrur. Aamiin…”
“Semoga dipermudahkan segala urusan Datin Eina & Dato serta beroleh Umrah Maqbullah”
“MasyaaAllah Tabarakallah, Semoga Allah mudahkan, lancarkan semua ibadah nya, InsyaaAllah menjadi umrah yg mabrur, Aamiin… Sehat² yaa. Do’akan kami semoga menjadi tetamu Allah juga”
Ads
“Semoga dipermudahkan segala urusan di sana nanti. Selamat pergi dan balik. Innsha Allah ❤”
Khusyuk dalam solat itu merupakan antara kunci yang penting untuk memberi kesan yang baik secara efektif kepada orang yang mendirikannya.
Khusyuk dalam solat berlaku pada seseorang yang mengosongkan hatinya untuk solat yang dikerjakannya. Hati akan melupakan perkara lain untuk memberi keutamaan kepada solat. Maka, pada masa itulah solat akan menjadi penyejuk hati.
Amat beruntung kepada orang yang mendirikan solat dengan penuh khusyuk sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Mukminuun ayat 1 dan 2 bermaksud: “Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.”
6 AMALAN MENDAPATKAN KHUSYUK DALAM SOLAT
Berkata Imam Al-Ghazali ada enam perkara yang hendaklah dikerjakan oleh orang yang sembahyang supaya tergolong ia di dalam kalangan orang-orang khusyuk di dalam solat.
1. Hudhurul Qalbiertinya hadirkan di dalam hati perasaan sedar dengan kehadiran Allah dalam diri dan merasakan dirinya dekat dengan Allah dan sedang bersamaNya maka jadilah hatinya hidup langsung menuju Allah.
2. At-Tafahhumertinya mencuba sedayanya memahami setiap perbuatan dalam solat dan cuba memahami sungguh-sungguh segala bacaan dalam solat yang sedang didirikan dan menghayati setiap gerak laku solat dan bacaannya pada zahir dan batin.
3. At-Ta’dzhimertinya merasakan dalam hati kebesaran Allah dengan cara merasakan diri kita ini sangat kecil lagi hina tidak berdaya apa-apa di hadapan Allah.
4. Al-Haibah iaitu merasakan sangat takut ketika berdiri di hadapan Allah dan takut pada marahNya dan takut untuk melanggar perintahNya.
5. Ar-Roja’iaitu sangat-sangat berharap kepada Allah agar Allah sudi menerima ibadahnya itu dan sangat mengharapkan Allah perkenankan segala doanya.
6. Al-Haya’iaitu merasa sangat malu kepada Allah atas segala kekurangan dan ketidak sempurnaan yang terdapat di dalam solatnya. Merasa sangat malu dengan sebab kesilapan dan dosa dan sangat malu pada kelemahan diri dan segala aib diri yang selalu berlaku berulang-ulang.
Dari Kitab Ihya Ulumiddin dengan ringkasan. Wallahua’lam
HIJABISTA: Sepatutnya sebagai seorang Muslim, kita hendaklah menjadikan hati senang ketika berzikir, suka mendengar nasihat, gemar menghayati Al-Quran serta khusyuk ketika solat. Apabila seseorang berasa berat dan tidak suka solat, membaca al-Quran, berzikir dan mendengar nasihat, hatinya rosak, keras dan tidak sihat.
Sumber kredit : Ustaz Azhar Idrus
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Solat malam atau solat tahajjud merupakan satu peluang bagi umat Islam untuk mengeratkan hubungan dengan Allah. Secara zahirnya, tidak ramai individu yang mampu bangun malam dan menunaikan solat tahajjud.
Mungkin ia satu kesulitan bagi individu yang jarang melakukannya tetapi satu kenikmatan bagi mereka yang selalu menunaikan solat tahajjud.
Waktu paling mustajab untuk melakukan solat tahajjud adalah pada 1/3 malam. Ketika ini, malaikat akan turun ke bumi dan Allah akan mengabulkan doa hambaNya.
Terdapat pelbagai manfaat bagi individu yang menunaikan solat Tahajud. Antaranya:
Ibadah mampu mendekatkan diri manusia kepada penciptaNya dan solat tahajjud merupakan medium untuk menghapus dosa. Malah, individu tersebut akan dikuatkan iman dan menjauhkan diri daripada melakukan dosa besar mahupun kecil.
Orang yang selalu bangun menunaikan solat tahajjud akan kelihatan bersinar pada wajahnya. Ini merupakan tanda ketakwaan seseorang hamba kepada Allah Taala.
Kebiasaannya, solat tahajjud akan dilakukan pada jam 3.00 pagi. Pada ketika itu, udara masih segar dan akan dihirup oleh paru-pau. Tubuh kita akan menggerakkan seluruh otot yang akan membuatkan badan segar dan seluruh aliran darah terasa lancar. Oksigen segar akan hilang ketika matahari terbit. Hanya orang yang berjaga malam mampu merasakannya.
Manfaat gerakan dalam solat ternyata mampu memberi efek positif terhadap kesihatan manusia. Gerakan takbiratul ihram sebenarnya membuka rongga paru-paru lebih lebar dan melancarkan pengaliran udara menuju paru-paru. Paru-paru akan menjadi lebih lapang daripada sebelumnya.
Rasulullah pernah mengatakan bahawa sesiapa yang melaksanakan solat tahajjud akan mendapat jaminan syurga. Hal initelah diriwayatkan dalam salah satu hadis, sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
“Wahai manusia, sebarkanlah salam, beri makanlah, sambung tali kasih, salam malamlah saat orang pada terlelap, maka masuklah syurga dengan selamat.” (HR. Al-Hakim, Ibnu Majah, At-Tirmizy)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda bahawa orang yang selalu melaksanakan solat Tahajud akan memperoleh cinta Allah S.W.T. Baginda pernah bersabda pada Abu Darda’ r.a tentang keutamaan solat tahajjud ini. Mereka yang memilih bangun di tengah malam dan meninggalkan kenyamanan tidur, nescaya akan mendapat cinta Allah S.W.T.
Hujung minggu ini pastinya anda akan meluangkan banyak masa dengan melakukan pelbagai aktiviti. Sebagai pembuka hari anda, anda disarankan untuk mulakan dengan melakukan senaman kardio ini. Mudah sahaja sis, buat sahaja di rumah.
Senaman kardio adalah apa sahaja jenis senaman yang akan menyebabkan jantung anda berdegup dengan sangat laju. Perkataan kardio adalah singkatan daripada ‘kardiovaskular’ yang bermaksud jantung. Ia memberikan memberikan kesan positif kepada seluruh tubuh badan anda terutamanya jantung. Tambahan itu, senaman ini juga mengepam darah ke seluruh badan dengan lebih efisien dan membuatkan anda tidak mudah mengah apabila melakukan aktiviti yang memerlukan tahap kecergasan yang tinggi.
Senaman kardio ini juga adalah senaman yang mudah dan boleh dilakukan tanpa alat senaman. Jom, kosongkan masa dan ruang di ruang tamu dan bersiaplah untuk berpeluh sis. Pergerakan yang telah diperincikan di bawah ini dapat disesuaikan untuk latihan pemula, jadi ianya sangatlah senang dan mudah.
Sejak daripada zaman sekolah lagi kita dah terbiasa melakukan senaman lompat bintang ni. Senaman ini merupakan senaman yang mudah untuk dilakukan. Senaman lompat bintang ini turut dikenali sebagai jumping jacks. Senaman jenis ini meningkatkan kadar denyutan jantung dan melibatkan pergerakan seluruh anggota badan anda.
Cara melakukannya: Berdiri dengan tangan disisi, bengkokkan lutut anda sedikit kemudian lompat dan buka kaki lebih besar daripada lebar bahu anda. Pastikan tangan diangkat melebihi kepala. Setelah itu, kembali ke posisi awal dan anda boleh lakukannya secara berulang.
Senaman kardio yang satu ini mudah dah tidak memakan ruang yang banyak.
Cara melakukannya: Berdiri tegak dengan tangan di sisi, kemudian angkat sebelah kaki anda ke arah dada, turunkan kaki tersebut dan ulang dengan kaki sebelah lagi. Teruskan pergerakan tersebut secara berselang-seli dan ayunkan tangan anda untuk mengimbangi pergerakan tersebut. Yang paling penting, pastikan badan anda tidak membongkok semasa mengangkat kaki.
Senaman ini berbeza dengan high knees. High knes adalah ketika anda mengangkat lutut anda ke atas, butt kicks pula ialah apabila anda mengangkat tumit ke arah punggung anda.
Cara melakukannya: Anda perlulah berdiri tegak dengan tangan di sisi,angkat sebelah kaki anda dengan tumit mengarah ke punggung, kemudian turunkan kaki tersebut dan ulang dengan kaki sebelah lagi. Seterusnya, ulang senaman tersebut dengan bersilih ganti antara kedua kaki anda.
Senaman ini melibatkan otot bahagian bawah badan iaitu bahagian pinggang ke bawah.
Cara melakukannya: Mulakan dengan membuka kaki anda selari dengan kelebaran bahu, bengkokkan lutut dan turun sehingga ke posisi mencangkung ataupun bertinggung. Depakan tangan anda ke hadapan untuk mengimbangi badan anda dan condongkan badan anda sedikit kehadapan.
Senaman ini baik untuk otot kaki dan jantung anda.
Cara lakukannya: Mulakan dengan berdiri tegak dengan kaki berada selari dengan paras bahu. Bengkokkan kedua-dua lutut anda pada sudut 90 darjah dengan sebelah kaki dimajukan ke hadapan. Ulang pergerakan tersebut dengan memajukan kaki sebelah lagi dan ulang pergerakan tersebut. Untuk reverse lunges, anda perlu menggerakkan kaki ke belakang dan kedua-dua lutut perlu dibengkokkan pada sudut 90 darjah.
Senaman jenis ini bagus untuk bahagian atas badan terutamanya otot lengan dan jantung.
Cara lakukannya: Senaman ini hanya memerlukan anda untuk menumbuk ke hadapan seperti seorang petinju. Kalau nak dapatkan ‘feel‘ tu lagi, anda boleh lah memakai karung tinju.
Senaman ini baik untuk keluasan kaki selari dengan pinggul. Lutut dan pinggang perlulah sedikit bengkok, kemudian condongkan badan sedikit ke hadapan. Angkat kaki kanan, tolak kaki kiri anda dan bergerak ke kanan sambil mengekalkan bentuk badan anda. Letakkan kaki anda bersama-sama dan menyeret ke kanan. Ulangi langkah yang sama ke sisi kiri pula.
Senaman ini memerlukan ruang yang luas dan baik untuk meningkatkan kadar denyutan jantung.
Cara melakukannya: Lantunkan dengan ringan satu kaki ke satu kaki yang lain. Pada masa yang sama hayunkan tangan anda dari sisi ke sisi.
Senaman ini paling mudah dilakukan kerana ia boleh dilakukan secara berdiri atau duduk.
Cara melakukannya: Putarkan kedua-dua belah tangan dalam pergerakan bulatan mengikut arah putaran jam dan arah lawan jam. Sekiranya anda tidak dapat membuat pergerakan bulatan yang besar, anda boleh mendepakan tangan dan melakukan pergerakan bulatan yang kecil.
Anda semua bolehlah lakukan senaman diatas dengan kerap di rumah. Sambil-sambil tengah dengar lagu atau tonton filem tu, boleh lah bersenam. Untuk pengetahuan anda, senaman kardio yang kerap dan konsisten ini dapat membantu anda mengurangkan berat badan, meningkatkan metabolisme, mengurangkan risiko penyakit kronik serta mendapatkan tidur yang baik tau. Orang kata badan sihat, otak cerdas.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.