Pergi ke tanah suci Mekkah merupakan impian setiap insan yang bergelar muslim. Perasaannya apabila dapat menjejakkan kaki ke sana sukar diungkapkan dengan kata kata. Indah sungguh rasanya.
Sudah lama menyimpan hajat ke sana, pelakon terkenal iaitu Datin Paduka Eina Azman bersyukur apabila impiannya itu dimakbulkan Tuhan. Lebih menarik, beliau bukan hanya pergi bersama suami, Dato Paduka Kaiser dan anak kembarnya (Arianna Aubrey, Karl Kareef) tetapi membawa sekali ahli keluarganya yang lain serta pembantu rumahnya bersama.
Rasa seronok berkongsi rezeki, Eina berasa terharu sekali apabila dapat menunaikan umrah bersama mereka yang dikasihi dalam hidupnya.
Alhamdulillah. Seronok rasanya apabila melihat saudara muslim kita pergi menunaikan umrah. Moga Eina dan keluarga serta pembantu rumahnya mendapat umrah yang mabrur dan dipermudahkan segala urusan di sana. Amin.
Seperti yang diketahui ramai, Elfira Loy sudah pun berlepas ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah bersama ahli keluarganya empat hari yang lalu. Syukur kerana dalam usia yang muda, Elfira Loy telah dijemput Allah untuk menjejakkan kaki di sana. Bukan semua berpeluang untuk merasai pengalaman ini.
Hijabista sendiri berasa sungguh teruja melihat gambar-gambar serta insta story yang dikongsikan oleh Elfira sendiri di laman Instagram miliknya. Memang manis, sopan dan cantik Elfira Loy dengan jubah, tudung labuh dan niqabnya. Terserlah keayuannya.
Dalam satu gambar yang dikongsinya di Instagram, Elfira turut meluahkan rasa gembiranya kerana dijemput Allah untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Difahamkan pada awalnya Elfira tidak dapat melalakukan umrah kerana berada dalam keadaan yang ‘tidak suci’. Namun, berkat doa, zikir sepanjang jalan dan usaha, akhirnya dia berjaya juga melakukan umrah pertamanya. Elfira akui memang sebak.
Selain Elfira Loy, terdapat beberapa selebriti lain yang turut terbang ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah. Antaranya ialah Wawa Zainal dan Rozita Che Wan. Wawa Zainal telah ke Tanah Suci ditemani ayahnya kerana suaminya, Aeril Zafrel tidak dapat ikut serta disebabkan ada urusan kerja yang perlu diselesaikan.
Manakala Rozita Che Wan pula ke Tanah Suci ditemani suaminya, Zain Saidin. Nampaknya kali ini Rozita dan Zain menunaikan berdua tanpa ditemani anak-anak.
Apa pun, Hijabista doakan segala urusan mereka dipermudahkan dan mendapat umrah yang mabrur. Alhamdulillah mereka semua telah dijemput ke rumah Allah. Doakan agar satu hari nanti kita semua dapat menjejakkan kaki ke sana pula. InsyaAllah…
Sejak mengumumkan sudah berkahwin, pasangan ini dilihat begitu romantis sekali. Dalam mood percutian ‘honeymoon’, kedua-duanya seakan tidak boleh berenggang dan sifat manja pasangan ini begitu terserlah dalam video yang dimuat turun netizen di laman sosial. Inilah yang dikatakan nikmatnya bercinta selepah nikah. Pasangan yang selamat bergelar suami isteri 27 November lalu kini jadi perhatian dan dianggap antara yang trending. Apakah keistimewaan Fattah hingga mampu menawan hati Fazura yang dikatakan sebelum ini begitu tegar memikirkan soal kerja.
Mungkin ciri-ciri lelaki sebegini yang perlu wanita di luar sana cari untuk memilih calon suami. Maklumlah tidak mudah mencari mereka yang jujur dan betul-betul mencintai pasangan mereka seadanya.
Dalam satu temu bual, Fazura mendedahkan 4 perkara istimewa suami pilihannya ini.
1. Seorang lelaki yang berani
“Bila jumpa dengan Fattah, dia seorang lelaki paling berani pernah saya jumpa. Dia memang sangat consistent, sampai bagi bunga dekat KL Fashion Week tu something yang Wow. Saya sendiri tak sangka.”
Umum mengetahui, Fattah Amin sangat utamakan keluarganya dalam setiap perkara. Baru-baru ini, Fattah Amin, merangkul trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH menerima hadiah kereta Peugeot 408 dan menghadiahkan kereta tersebut kepada ibu bapanya.
“Sekarang ni bukan senang nak cari lelaki yang setia dan yang ada agama. Boleh membimbing kita. Allah telah mengejutkan saya bahawasanya selama ni jodoh saya adalah orang di dalam industri. Sebagai isteri saya bangga kerana mempunyai seorang suami yang baik seperti dia.”
Empat ciri inilah yang menyebabkan si dia boleh jatuh hati. Dan rasanya empat ciri ini sudah memadai jika ada di kalangan hijabi yang mahu mencari calon suami.
Apa yang penting bakal suami itu seorang yang mempunyai ilmu agama dan begitu mementingkan keluarga. Jika ada ciri-ciri ini usah berpaling untuk mencari orang lain. Insya-Allah.
Penyanyi lagenda yang popular dengan lagu ‘Di Persimpangan Dilema’, Datuk Wan Norafizah Wan Ariffin atau lebih dikenali dengan gelaran Nora Ariffin memaklumkan khabar dukacita apabila ibunya kini terlantar di atas katil di sebuah pusat perubatan di Selangor.
Sehubungan itu, menerusi satu muatnaik dan hantaran di laman Instagram miliknya, Nora telah meminta agar orang ramai khususnya para peminat untuk mendoakan kesejahteraan buat ibunda tercinta agar kembali sihat sepeti sedia kala.
“Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah kesembuhan untuk bonda tercinta Datin Wan Azizah yang semakin uzur. Mohon sahabat-sahabat doakan ibu saya.” tulis Nora pada ruangan kapsyen di hantaran Instagram memaklum perkhabaran itu.
Berikutan hantaran itu, ruangan komen di Instagram Nora telah dihujani dengan pelbagai komen positif para peminat dan rakan artis seperti Ezlynn dan Raja Shah Rezza yang mendoakan agar ibunda Nora kembali dikurniakan kesihatan.
“Syafakallah.. Bonda dulu sebilik dengan arwah nenek saya Zaitun Zainab masa buat umrah dulu dengan family Tan Sri Shahriman.”
“Semoga Allah SWT kurniakan kesembuhan dan dipermudah segala urusan rawatan bonda Datin Wan Azizah, Aamiin 🤲.”
“Semoga dipermudahkan perubatannya dan diberi kesembuhan buat ibunya..Aamin..”
“Moga dipemudahkan segala urusan rawatan dan mudah-mudahan semuanya berada dalam keadaan baik-baik dan cepat sembuh serta sihat 🤲 aminn.”
Walaupun sedang sibuk menguruskan ibunya, Nora masih mengambil kesempatan untuk membalas komen yang dititipkan rakan-rakan karibnya yang mendoakan kesebuhan Datin Wan Azizah.
“Amin, amin Ya Rabb.. Terima kasih banyak-banyak buat semua sahabat yang masih ingat pada bonda saya dan mendoakan ma.. Semoga semua doa-doa kebaikan ini dikembalikan semula pada kalian semua.
“Ma Nora memang seorang yang pandai masak, mesra dengan orang dan suka berseloroh.. Alhamdulillahhh ramai yang masih ingat.. Jazakalllah semua
Hijabista turut mendoakan dan berharap agar ibunda Nora Ariffin Datin Wan Azizah kembali cergas dan sihat seperti sedia kala, semoga segala urusan keluarga Nora Ariffin dipermudahkan.
Sehubungan itu, untuk melindungi kulit dari pelbagai masalah, pemakaian krim tabir suria (Sunscreen) adalah amat penting dan kini ia merupakan item ‘wajib ada’ serta teman karib kepada setiap wanita.