Selalu Pakai Lip Balm Juga Beri Keburukan Buat Bibir…
Menurut HealthEssentials, setiap produk kosmetik sememangnya diperbuat hasil campuran bahan kimia. Tetapi sebenarnya tidak disarankan untuk selalu oleskan di bibir anda kerana beberapa sebab, antaranya:
Ads
Bibir Semakin Kering
Sumber dari Canva
Sememangnya ia di cipta untuk mengatasi masalah bibir yang kering tetapi ia juga berupaya buatkan bibir anda menjadi semakin kering. Mengikut kajian juga, kandungan bahan kimia itu juga boleh membuatkan bibir iritasi dan mengering.
Jadi Semakin Pucat dan Tampak Tidak Segar
Sumber dari Canva
Bibir juga boleh menjadi kurang menarik kerana ia akan bertukar pucat. Bibir yang lembap buat seketika juga boleh bertukar tidak segar dan mengerikan.
Bagi pengguna lip balm, mereka sering mempunyai pemikiran jika tidak oleskan sedikit produk itu, bibir mereka akan mulai pecah dan merekah. Tahukah anda, kajian ada menunjukkan sensasi nyaman itu boleh meningkatkan risiko ketagihan.
Masih menjadi tanda tanya buat rakyat Malaysia untuk ketahui siapakah bakal Perdana Menteri yang ke-10 bagi menerajui negara ini. Keputusannya masih lagi dalam teka-teki yang sukar untuk kita gambarkan.
Namun, dalam kegusaran ramai, hasrat pelakon Puteri Sarah Liyana mencuri perhatian apabila dia teringin untuk bertanding sebagai calon wakil rakyat pada pilihan raya umum yang akan datang.
Tindakan pelakon itu membuat InstaStory yang menyatakan hasratnya untuk bertanding sebagai calon wakil rakyat pada pilihan raya umum dalam 5 tahun akan datang. Perkongsian itu juga disertakan bersama undian bagi pengikutnya memberikan reaksi terhadap impiannya itu.
Sarah juga menerangkan jika dia diberikan peluang untuk bertanding, dia mahu memperjuangkan hak asasi wanita. Katanya lagi, suara wanita sering di pandang remeh dan tidak kuat di negara ini sehinggakan ada yang memperlakukan sesuatu yang teruk pada golongan ini.
“Lagi 5 year nak bertanding jugalah. Tapi nak bertanding untuk pertahankan hak wanita,
“Women’s rights sebabnya tengok women’s rights di Malaysia tak kuat. Kena ada someone yang lantang untuk speak up for the victims!” katanya.
Dalam pada masa yang sama, Puteri Sarah juga menyatakan sebelum memandang hal ini dengan lebih serius dia perlulah belajar selok belok mengenai politik. Bahkan katanya, mempunyai sijil diploma atau sarjana muda dalam bidang politik juga suatu benda yang bagus sebagai permulaan.
“So, in the meantime kena belajar dulu politics and Law. Politics that revolves around economy, health etc.Also having proper credentials like taking a diploma or degree in politics would be good too,
“Starting to know the area. See what the area needs from all aspects of eco-bio-psycho-social.” ujarnya lagi.
Sarah juga mempunyai pengalaman yang agak sulit dalam perhubungan rumah tangganya menjadikan dia lebih kuat untuk menyuarakan pendapatnya. Daripada situlah kekuatannya ada untuk mempertahankan hak wanita yang takut untuk mengambil tindakan.
Sumber: Instagram Puteri Sarah Liyana dan mStar
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pertambahan berat badan adalah salah satu simptom Sindrom Ovari Polikistik yang paling biasa. Inilah cara untuk menurunkan berat badan dengan PCOS.
Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) adalah gangguan hormon yang biasa ditemui di kalangan wanita dalam usia mengandung. Walaupun PCOS secara umumnya dianggap sebagai masalah kesuburan, terdapat beberapa lapisan padanya dan terdapat banyak lagi masalah yang datang bersamanya yang dialami oleh wanita yang menghidap PCOS setiap hari.
Salah satu masalah yang dihadapi oleh wanita adalah masalah berat badan. Ramai wanita yang menghidap PCOS juga mempunyai rintangan insulin yang mengakibatkan badan menghadapi kesukaran untuk menukar glukosa daripada darah kepada tenaga. Akibatnya, badan perlu menghasilkan lebih banyak insulin untuk mengimbangi paras gula. Rintangan insulin adalah punca biasa obesiti dan lebih separuh daripada wanita yang menghidap PCOS juga mengalami obesiti. Jadi, persoalan tentang cara menurunkan berat badan dengan PCOS menjadi lebih relevan.
Pengurusan PCOS adalah sukar dan semakin anda gemuk, semakin banyak masalah yang anda akan timbulkan kerana obesiti diketahui akan menjejaskan lagi hormon dan memberi kesan kepada kesuburan anda. Adalah penting untuk mengawal berat badan anda supaya tidak mengalami sebarang masalah ini.
Elakkan pendekatan ‘satu saiz sesuai untuk semua’ kerana pelan diet perlu disesuaikan mengikut jenis badan anda. Doktor mengesyorkan mengimbangkan diet dengan protein, sayur-sayuran dan lemak yang sihat. Elakkan makanan yang kaya dengan karbohidrat dan gula. Cuba tambah lebih banyak makanan kaya serat ke dalam diet kerana ia membantu anda berasa kenyang selepas makan dan baik untuk penghadaman. Tambahkan makanan yang ditapai ke dalam diet yang membantu dalam meningkatkan metabolisme dan menurunkan berat badan.
Makanan yang diproses telah menambah gula yang meningkatkan paras gula dalam darah dan meningkatkan ketahanan insulin dalam badan anda. Penyelidikan menunjukkan bahawa wanita dengan PCOS telah menunjukkan peningkatan yang lebih tinggi dalam paras gula darah selepas mengambil kuantiti gula yang sama berbanding wanita yang tidak mempunyai PCOS. Makanan yang diproses boleh menjadi mudah tetapi memudaratkan kesihatan anda.
Wanita yang bersenam sekurang-kurangnya 30 minit mempunyai risiko obesiti yang lebih rendah, yang juga meningkatkan peluang penurunan berat badan. Walaupun wanita yang menghidap PCOS mengambil masa yang lebih lama untuk menurunkan berat badan berbanding wanita yang tidak, senaman membantu mereka menurunkan berat badan secara beransur-ansur.
Mengurangkan terlalu banyak kalori daripada diet anda tidak baik untuk kesihatan kerana ia boleh mengakibatkan kekurangan nutrisi yang dikaitkan dengan beberapa masalah kesihatan. Terlalu seronok dalam bersenam juga diketahui menghalang pengeluaran estrogen dalam badan anda yang mengganggu ovulasi lagi.
Semasa mengikuti diet untuk menurunkan berat badan, adalah lumrah untuk mengidam sesuatu yang anda suka, yang mungkin tidak sihat untuk badan. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mengawal keinginan anda kerana ini boleh membalikkan keseluruhan proses penurunan berat badan dan seterusnya mengakibatkan berat badan bertambah.
Wanita yang mengalami PCOS mengambil masa untuk menurunkan berat badan. Bersabar tentang kemajuan anda kerana ia akan berlaku secara beransur-ansur. Elakkan membuat perbandingan dengan perjalanan penurunan berat badan orang lain kerana jenis badan setiap orang adalah berbeza.
Adalah dinasihatkan untuk tidak mengubat sendiri apabila menghidap PCOS atau memulakan diet atau senaman tanpa memahami akibat yang mungkin ada pada badan anda. Adalah lebih baik untuk bercakap dengan pakar sakit puan yang boleh membimbing anda untuk diet PCOS dan pelan penurunan berat badan mengenai perkara yang sama. Dia juga boleh merujuk anda kepada pakar pemakanan yang boleh merangka pelan diet terbaik untuk anda untuk meningkatkan keseluruhan proses penurunan berat badan dengan memastikan badan mendapat semua nutrien yang diperlukan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Dewasa ini sudah banyak kita lihat masyarakat kita terdedah pada masalah depresi atau kemurungan yang berpanjangan. Malah lebih teruk lagi kesannya boleh menyebabkan kematian pada orang lain dan biasanya dalam kalangan ahli keluarga. Apa agaknya simptom kepada masalah kemurungan ini yang jika kita boleh elakkan daripada memudharatkan diri sendiri. Perkongsian wanita ini di laman twitter memberitahu pengalamannya berdepan masalah ini sehingga terfikir untuk membunuh diri.
Menurut wanita ini Hannah Fawwazah yang juga seorang ‘backpacker’ dia disahkan mengalami kemurungan ini pada tahun 2016 ketika menetap di USA. Dan sejak itu dia terus mendapatkan rawatan (diberi ubat) oleh pakar psikitari hingga sekarang.
Sebelum ini memang yang ramai orang berkata dia kelihatan gembira setiap kali bergambar dalam Instagram. Tetapi sebenarnya dia menderita setiap hari dan setiap saat. Dia tidak mahu menambah kesakitan yang memang dirasai dalam hdupnya.
Ayuh kita selami thread yang ditulis sepanjang pengalamannya berdepan dengan masalah ini.
Oleh kerana threadnya mengenai kemurungan ini hingga mendapat retweet hampir 10 ribu dan butang like lebih 6 ribu, ramai yang telah DM padanya untuk bertanya lebih lanjut mengenai masalah ini.
Wanita yang menggunakan akaun di twitter Hannah On Earth ini kemudiannya tidak keberatan berkongsi simptom yang dialami sepajang mengalami kemurungan ini.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.