Sejarah sandal jenama terkenal, Teva, tercipta di pinggir sungai berbatu di Grand Canyon Amerika Syarikat pada tahun 1984. Kisahnya terjadi apabila seorang pemandu sungai yang bijak mengikat dua tali jam Velcro kepada seliparnya bagi memastikan sandalnya tidak terapung di hilir sungai.
Bagi meraikan peristiwa penting tempat kelahirannya dan menggalakkan peminat penerokaan dan pengikut setia untuk memahami asal usulnya, Teva telah melancarkan peraduan global di mana pelanggan Teva berpeluang untuk memenangi percutian ke Grand Canyon. Menariknya tahun 2019 juga merupakan ulang tahun Taman Negara Grand Canyon yang diasaskan 100 tahun lalu.
Prestige Sports Sdn Bhd, pengedar eksklusif Teva di Malaysia, turut meraikan ulang tahun ini dengan mengumumkan peraduan cabutan bertuah untuk pelanggan baru dan sedia ada di Malaysia untuk memenangi percutian percuma ke Taman Negara Grand Canyon selama 10 hari.
Ads
Dengan hanya berbelanja RM250 ke atas dalam satu resit di mana-mana kedai Teva, (Mid-Valley, One Utama atau Sunway Velocity Mall) pelanggan layak menyertai cabutan bertuah ini. Tempoh kelayakan bagi peraduan ini adalah dari sekarang sehingga 16 Jun 2019. Keputusan rasmi akan diumumkan dari 8 Julai 2019 dan seterusnya.
Ads
Sertai Peraduan Foto ‘My Teva Moments’
Peminat setia Teva juga berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah melalui laman Facebook Teva Malaysia dengan memuat naik gambar mereka sedang memakai sandal Teva yang menjadi kegemaran mereka berserta dengan kapsyen yang berinspirasi. 20 penyertaan yang menerima paling banyak ‘likes & shares’ dalam tempoh peraduan layak untuk menyertai cabutan bertuah ke percutian Grand Canyon. Sejumlah 4 pemenang juga akan dipilih untuk memenangi sebanyak dua pasang sandal siri Teva GC100 masing-masing. Peraduan ‘My Teva Moments’ berakhir pada 30 Jun 2019.
Ads
“Kami ingin memupuk semangat perintis dan kebebasan Teva di kalangan generasi baru rakyat Malaysia. Peraduan ini akan menggalakkan lebih banyak orang untuk mengalami keindahan megah Grand Canyon yang merupakan salah satu daripada tujuh keajaiban dunia dan tapak Warisan Dunia UNESCO,” kata Puan Norita Mohd Noor, Pengurus Besar Prestige Sports Sdn Bhd.
Untuk hijabi yang berminat, bolehlah mendapatkan maklumat lanjut tentang peraduan cabutan bertuah serta terma dan syarat, sila lawati https://www.facebook.com/TevaMalaysia. Rugi jika tidak sertainya!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Viral bulan lalu yang menyaksikan beberapa selebriti yang pada mulanya berhijab kemudian telah membuka tudung. Namun tidak semua mereka yang telah diberikan hidayah oleh Allah untuk bersikap ‘turning back’ pada kehidupan lalu. Biarpun diuji pelbagai dugaan, namun mereka masih kekal teguh berhijab kerana rasa cinta tidak berbelah bagi pada Tuhan yang satu.
Begitu juga bagi selebriti yang juga seorang penyanyi, Sharifah Hadijah Wan Moss, atau dikenali dengan Deja Moss. Dia yang diduga oleh kisah perceraian dengan bekas suaminya sejak dua tahun lalu tetap teguh berhijab biarpun ada terdetik untuk membuka tudung.
“Menipu kalau saya kata tidak terdetik sikit pun dalam hati untuk ke arah itu. Tetapi saya teguhkan hati. Saya dekatkan diri bersama Maha Pencipta dengan bersolat dan berzikir.
“Saya amalkan zikir Astagfirullahaladzim 1000 kali pagi dan petang, kemudian Selawat pula 1000 kali pagi dan petang juga dan lafazkan Bismillah 100 pagi dan petang serta sebelum tidur. Itu yang saya amalkan dalam dua tahun ini dan alhamdulillah ia memberi seribu ketenangan.
“Tidak dinafikan soal perceraian itu memang beri tamparan hebat dalam hidup saya. Selepas bercerai saya rasakan hidup jadi kosong. Maklum sahaja sebelum itu hubungan kami sangat baik dan tidak berlaku apa-apa pergaduhan berlaku antara saya dan bekas suami. Dan ia (perceraian) berlaku secara tiba-tiba.
“Pada mulanya memang saya tak boleh terima, saya terkejut dan tak tahu apa nak buat. Ketika itu saya just shutdown hidup saya. Enam bulan saya tak bercakap dengan orang, tak tengok TV dan lebih banyak lock myself dalam bilik. Bila kita rasa kehilangan memang sangat terasa kekosongannya,” ungkap Deja Moss yang kemudiannya mencari kekuatan berdepan saat sukar itu.
“Saya cuba bangkit dan cari kekuatan dengan menghambakan diri pada Allah. Saya minta Allah untuk memberi saya kekuatan menghadapi dugaan itu. Alhamdulillah Allah dengar permintaan saya dan sedikit demi sedikit saya mula bangkit semula.
“Selepas melalui fasa perceraian itu saya mula mencari sesuatu yang boleh mengisi naluri. Dan ketika itu saya rasakan dengan melakukan charity yang paling dekat dengan diri saya. Sebelum itu memang sudah lama terdetik dalam hati tetapi tidak tahu cara lakukannya.
“Saya melihat ramai kawan-kawan yang lost bila berlaku perceraian begini. Malah ada yang buka hijab atau mula pergi ke tempat tidak sepatutnya. Tetapi saya memilih jalan untuk rapat dengan Maha Pencipta. Dulu saya pernah lost dan inilah masanya untuk saya gantikan dengan perkara berfaedah (melakukan perkara kebajikan).
“Sesungguhnya Allah atur perjalanan kita itu dengan bersebab. Malah saya tidak pernah rasa sebahagia ini selepas perceraian. Saya isi masa dengan membantu anak-anak yatim, orang asli, ibu tunggal serta golongan yang memerlukan.
“Malah saya juga turut kongsi pengalaman saya sebagai seorang usahawan kepada pelajar jika dijemput memberikan ceramah motivasi,” tambah Deja yang sudah 10 tahun bergelar usahawan Kek Lapis Sarawak.
Menurutnya yang bakal keluar dengan single terbaru bertajuk ‘Menepis Rawan’ ini begitu teruja berkongsi pengalamannya menjalin kolaborasi dengan Teratak Che Dah iaitu sebuah rumah anak yatim yang terletak di Kundang.
“Saya tiada duit untuk beri tiap-tiap bulan dan di kampung itu ada komuniti ibu tunggal. Jadi saya salurkan ilmu buat Kek Lapis Sarawak dengan mereka. Kita buat, jual dan sebahagian keuntungan disalurkan kepada rumah anak yatim berkenaan.
“Kalau ada rezeki lebih, kita juga turut salurkan pada rumah anak yatim lain, golongan ibu tunggal serta golongan asnaf yang memerlukan. Di tempat itu ada station seperti sebuah kilang untuk ibu tunggal ini bekerja dan cari pendapatan bulanan.
“Saya tidak kisah berkongsi ilmu ini kerana bagi saya biarlah legasi kek lapis saya ini berkembang maju. Kita tidak tahu bila kita akan mati, jadi saya mahu orang terus mengingati kek lapis ini dan inilah yang yang saya berikan balik pada komuniti,” ujar Deja yang memerlukan RM18 ribu sebulan untuk keseluruhan operasi di Teratak Che Dah berkenaan.
Justeru untuk memastikan segalanya berjalan lancar, Deja turut turun padang mengutip dana bagi membantu golongan anak yatim ini. Pada mulanya agak sukar tetapi dia bersyukur segala urusan dipermudahkan Allah.
Deja Moss yang popular dengan lagu ‘Asmara’ masih lagi meneruskan aktiviti dalam bidang seni melalui nyanyian.
“Kalau dulu memang saya hambakan diri ini pada seorang lelaki (bekas suami) selama 10. Akan tetapi setelah berpisah, saya letakkan diri saya semuanya pada Allah. Hidup dan mati saya kerana Allah.
“Saya bersyukur setiap hari kerana Allah memberi pinjaman nyawa ini. Setiap pagi saya bersyukur kerana masih lagi bernafas kerana tak tahu apa yang akan berlaku selepasnya.
“Allah beri pinjam nyawa pada kita. Dan semua yang ada di dunia ini hanya pinjaman. Semua milik Allah dan kita patut bersyukur atas kurniaan-Nya. Oleh sebab itu apabila saya hambakan diri pada Allah (selepas bercerai) saya rasa cukup tenang sekali.
“Saya reda dan terima dengan hati terbuka apa yang berlaku sebelum ini. Kata orang sudah ‘move on’ dan paling penting kena kerja keras untuk capai segala impian,” katanya yang sudah enam tahun kekal berhijab, sebelum akhiri perbualan.
Setiap orang mempunyai keinginan untuk melaram ala selebriti, lalu pilihan yang menjadi sasaran ramai rakyat Malaysia jenama yang tidak asing lagi dari Rizman Ruzaini.
Dalam pada menjadi pilihan ramai, RR juga terpalit dengan bualan warga maya apabila baju Melayu rekaan cekak musang yang menampilkan penyanyi Hael Husaini sebagai ‘muse’ mencecah harga RM1,499.
Pereka fesyen tersohor, Rizman Ruzaini tampil memberi penjelasan mengenai sindiran netizen mengenai harga baju Melayu tersebut. Menurut Rizman Nordin dan Ruzaini Jamil, baju Melayu terbabit berada dalam koleksi premium dan datang dengan harga bersesuaian dengan permintaan peminat.
Terdahulu, ramai dalam kalangan netizen di laman Twitter tampil membincangkan harga baju Melayu keluaran Rizman Ruzaini itu yang dijual dengan harga mahal namun telah habis dijual.
“ Baju Melayu itu telah licin dijual dalam tempoh kurang daripada dua minggu, yang bincang tu pun bukan membeli, tambahnya lagi Rizman Ruzaini ada banyak julat harga dan segmen yang sesuai dengan semua golongan. Ada Rizman Ruzaini yang memang harga mahal serta premium manakala RR by Rizman Ruzaini yang ‘sesedap rasa’ dan mampu milik.
“Jadi, pelanggan boleh memilih mengikut citarasa dan kesesuaian serta ikut kemampuan. Tak ada isu mahal pun sebab memang ada market dan pembeli. Setiap tahun pun baju Melayu yang sold out paling awal,” kata Rizman.
Tambah Ruzaini pula, rangkaian premium dan ‘luxe’ ini sangat eksklusif dan tidak dikeluarkan dengan banyak.
“Rangkaian pakaian ‘luxe’ ni tak dikeluarkan banyak kerana bersifat eksklusif. Pembeli baju beribu-ribu ringgit ini pastinya tak nak sama dengan orang lain, jadi kita buat dalam kuantiti sedikit sekitar 500 ke 1,000 pasang sahaja.
“Manakala RR by Rizman Ruzaini pula ada 70,000 helai untuk dipilih oleh pembeli dengan harga yang lebih rendah.
“Peminat Rizman Ruzaini ni ada banyak golongan, ada T40, M40 dan B40. Jadi baju-baju sedemikian ada peminat yang berbeza-beza” ujar Ruzaini pula.
Raikan Raya Bersama Rizman Ruzaini’ yang menjadi tagline sepanjang kempen perlancaran koleksi raya Rizman Ruzaini ini benar-benar dizahirkan mereka dengan penganjuran RR Pop Up Booth di beberapa lokasi terpilih.
”Selama ini platform jualan kami lebih tertumpu secara dalam talian. Ini membataskan pengalaman RR Royalties untuk merasai, mencuba, menyentuh dan melihat secara dekat setiap produk yang ingin mereka beli.
Justeru, dengan adanya RR Pop Up Booth ini, kami mahu mereka berasa lebih dekat dengan jenama kami. Mereka boleh cuba sendiri, sentuh dan amati secara dekat produk itu sebelum membelinya. Kami sendiri sebagai pemilik jenama ini dapat bersua muka dengan pelanggan yang kami sayangi di samping berkomentar secara terus bersama mereka.”
Tujuan utama RR Pop Up Booth ini diadakan adalah untuk mendekatkan Rizman Ruzaini dengan RR Royalties yang selama ini menjadi tulang belakang keteguhan jenama ini untuk lebih 17 tahun di persada industrI fesyen.
RR Pop Up Booth akan berada di lima lokasi utama iaitu Central I-City, Shah Alam (24 Mac – 30 April 2023), Fahrenheit88, Kuala Lumpur (27 Mac – 30 April 2023), Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur (28 Mac – 30 April 2023), Komtar JBCC, Johor Bahru (31 Mac – 30 April 2023) dan Absolut Bazaar, Kuala Lumpur (14 – 17 April 2023).
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Apa salah satu produk solekan yang menjadi kegemaran anda? Lipstik? Pembayang mata (eyeshadow)? atau Maskara? Jika pemerah pipi (blush) anda sama macam min! Ya, siapa sahaja tidak suka pemerah pipi, warnanya sahaja sangat menarik.
Kulit yang tampak sugul dan kusam pula akan tampak lebih ceria dan berseri apabila mengoleskan sedikit ke pipi. Penampilan pula akan menjadi lebih manis dan ayu selepas itu.
Pemerah pipi ini adalah satu produk solekan yang harus ada di dalam beg mekap anda. Tanpa pemerah pipi, wajah akan nampak sangat rata dan tiada warna yang menyerikan di kawasan muka selain warna pembayang mata.
Sudah tentu anda tidak mahu kelihatan janggal apabila mengenakan solekan tambahan pula ingin tampil bersedia dan cantik apabila berjumpa dengan khalayak ramai. Bagi min, harus ada pemerah pipi kerana hanya oleskan sedikit sahaja di pipi sudah kelihatan comel dan manis.
Sudah menjadi suatu benda yang lazim buat penggemar mekap untuk memilih warna-warna rona yang sesuai dengan warna kulit. Tambahan pula, ada juga beberapa jenis produk yang berbeza untuk serasi bersama jenis kulit seperti berminyak, kering, kombinasi, dan normal.
Hari ini min nak ulaskan lebih mengenai jenis pemerah pipi dan keserasiannya yang sesuai untuk beberapa jenis kulit wajah. Ada terdapat tiga jenis produk pemerah pipi sebenarnya, antaranya:
Tetapi sering kali kita lihat di pasaran dua jenis pemerah pipi iaitu krim dan bedak. Jadi kita akan lebih fokuskan kepada dua jenis ini dan kesesuaiannya pada jenis kulit.
Bagi mereka yang mempunyai kulit kering atau sudah matang, di sarankan untuk menggunakan pemerah pipi jenis krim. Ia kerana konsistensi produk itu sangat bagus buat kulit yang memerlukan produk yang melembapkan kulit.
Pemerah pipi jenis krim juga sangat bagus dalam pengawalan warna yang di letakkan pada muka. Anda boleh mengawal kepekatan warna yang anda letak pada kulit. Oleh kerana konsistensinya yang pekat dan pejal, ia tidak mengeluarkan warna yang terlalu pekat malah tampak lebih natural.
Antara produk yang min suka setakat ini adalah:
Pemerah pipi ini datang dengan tiga jenis warna yang menarik seperti Sand Coral, Merry Mauve, dan Summer Peach. Ia juga mengandungi vitamin E dan senang sahaja untuk di gunakan. Mudah juga untuk di bland pada kulit dan tahan lebih lama!
Mempunyai konsistensi yang senang untuk anda oleskan pada muka. Senang di bland dan seolah-olah cair di kulit muka tanpa meninggalkan kesan yang ketara. Sudah tentu tahan lebih lama!
Sis! bukan bedak yang talkum itu, tetapi jenis bedak yang sering menjadi pilihan kita. Ramai yang menggunakan powder blush kerana ianya mudah di dapat di mana-mana sahaja.
Namun, powder blush atau pemerah pipi jenis bedak ini kurang sesuai untuk di gunakan pada kulit yang matang dan kering. Ia boleh membuatkan kulit tampak lebih kering dan senang kelihatan kesan-kesan kulit mati di muka.
Buat anda yang mempunyai kulit jenis kombinasi, normal, ataupun berminyak–ini jenis pemerah pipi khas buat anda. Ia akan memberikan warna yang cantik dan juga membuatkan kulit tanpa lebih matte dan mulus!
Sering menjadi pilihan kebanyakan orang kerana ia sangat ringan dan membuatkan kulit tampak natural sepanjang hari. Senang sahaja untuk bland pada kulit dan memberikan kesan glowing.
Pemerah pipi jenis bedak yang membuatkan kulit tampak mulus dan licin. Ia mampu memberikan warna dan menyegarkan muka tampak lebih anggun.
Cop! Sebelum anda pergi, sebenarnya kedua-dua jenis pemerah pipi ini boleh sahaja di gunakan untuk mana-mana jenis kulit. Apa yang penting adalah base solekan anda harus cantik supaya kulit tampak lebih jelita!
Ketenangan dalam Islam mengajar kita kembali kepada Allah melalui zikir, doa dan solat ketika jiwa gelisah, di samping menjaga kesihatan fizikal dan emosi.