Tak dapat dinafikan, perkahwinan Bella Dally kali ini bersama Arif Izudin memang menjadi tumpuan ramai. Bukan hanya mengenai wajahnya yang berseri dan busananya yang seperti puteri, majlisnya yang indah juga menjadi perhatian.
Bukan itu sahaja, bungkusan hantarannya juga mungkin bakal menjadi trend tahun ini kerana ianya lain daripada yang lain. Lain macam mana tu? Jom kita lihat gambar-gambarnya!
Sukanya konsep dulang tertutup macam ni! Tampak eksklusif… Menurut Bella, hantaran itu menjadi rahsia di antara pasangan itu sahaja.
Benarlah trend ini bakal jadi trend terhangat buat semua bakal pengantin. Gambar yang dimuat naik oleh Bella itu dihujani ribuan komen netizen yang menjadikan dulang hantarannya sebagai inspirasi perkahwinan.
Kek batik memang menjadi manisan yang digemari ramai oleh pelbagai peringkat usia. Jika biasanya bahan asas yang digunakan sama ada serbuk coklat, coklat masakan dan Milo, resipi kek batik menggunakan Horlicks juga tidak kalah mencuri selera.
Lebih menarik warnanya hijau dan tentulah berlainan daripada kek batik biasa. Jom kita cuba resipi perkongsian Mimie Suhaimi Hussain ini.
Sekadar info, menurut hasil kajian yang dilakukan oleh pakar motivasi, Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah tentang sikap dan perwatakan seseorang yang lahir pada bulan Januari ialah: –
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Biarpun menggalas tanggungjawab sebagai seorang pempengaruh, aktivis kemanusiaan, penulis serta pendakwah, Johan Qariah Majlis Tilawah al-Quran dan Hafazan peringkat Antarabangsa (MTHQA) 2019, Nor Farhatul Fairuzah Panut berjaya menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan cemerlang.
Ikon inspirasi muda berusia 24 tahun ini baharu dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada Majlis Konvokesyen UKM kali ke-52 baru-baru ini.
Nor Farhatul berjaya memperoleh Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 3.90
Menjengah ke akaun Instagram miliknya, Nor Farhatul yang mesra dengan panggilan Farha meluahkan kesyukuran atas nikmat kejayaan yang diraih dan berterima kasih kepada mereka yang memberi sokongan kepadanya selama ini.
“Terima kasih ya Rabb. Terima kasih mak dan keluarga, semua guru-guru, pensyarah Farha yang sangat Farha sanjungi. Kawan-kawan yang sangat Farha sayangi. Banyak memberi support system sepanjang Farha menempuh pembelajaran di Uni. Doakan Farha untuk masa mendatang.”
Dia akui, perjalanan untuk meraih kejayaan itu bukan mudah. Banyak pahit getir yang harus ditempuh.
“Setiap perjalanan pasti ada cabarannya. Yang penting yakin kepada Allah kita mampu laluinya.
“Sebagaimana firman Allah SWT: لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاۚ Maksudnya: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. [Al-Baqarah:286] Sungguh, ujian itu diberikan kepada yang mampu.”
Baru-baru ini, hasil kajiannya yang bertajuk ‘Amalan Pembelajaran Tarannum Profesional Dalam Kelas Pengajian Tarannum di Masjid Asy Asykirin KLCC’ mendapat pujian tenaga pengajar.’
Kajiannya itu yang dianggap bukan biasa-biasa setaraf kajian peringkat Master turut dibukukan.
Untuk info, Nor Farhatul memulakan pengajian di UKM pada tahun 2020.
Baru-baru ini juga, Nor Farhatul telah menerima tauliah mengajar pada usia 24 tahun. Alhamdulillah, rezeki!
Hijabista mendoakan agar impian Nor Farhatul untuk menyambung pengajian peringkat sarjana akan terlaksana seterusnya bergelar pensyarah dalam bidang al-Quran kelak.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.