Perilaku penyondol yang semakin berani mencabar keharmonian rumah tangga orang secara terang-terangan, amat menggusarkan kaum wanita khususnya mereka yang bergelar isteri.
Perkara itu ketika diajukan kepada pangasas produk Kamya Glow, Erna Elliyana Rosli (Erna) oleh pembantu peribadinya dikenali sebagai Loliqa, semasa sesi live di Tiktok bagi memperkenalkan promo ramadan, Cantik Before Raya, Selasa petang lalu, membuatkan Erna berasa seram sejuk.
Rezeki tidak berkat, jika menbenarkannya..
Panas dengan isu rumahtangga di kalangan artist pasti serba sedikit memberi kesan dan tempias bahangnya. Walaupun rumahtangganya tidak dilanda badai, namun perkara ini juga memberi impak kepada sesiapa yang sudah berumahtangga.
“Saya sebenarnya no comment sebab… eh sejuk saya cakap pasal penyondol ni!, tapi ia tiada kena-mengena dengan diri sendiri. Alhamdulillah suami saya punya bumper okay!
“Ramai yang tidak sedar, bila membenarkan penyondolan itu berlaku, bererti ia sudah dekat dengan zina. Apabila mendekatkan diri dengan perkara seperti itu, perlu ingat bagi kita yang berniaga, rezeki tak berkat,” katanya.
Amalan dan doa agar keluarga sentiasa dilindungi
Memahami setiap yang berlaku dengan izin Allah SWT, Erna sempat berkongsi tip semasa live di Tiktok kepada pengikutnya mengenai amalan doa yang sering dipanjatkan supaya keluarganya sentiasa dalam lindungan Maha Esa.
“Saya selalu amalkan doa ini. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Kau jauhkanlah diriku dan keturunanku daripada kelazatan melakukan maksiat.
“Saya nak Allah jauhkan saya dari lazatnya melakukan maksiat. Bila saya tak rasa lazat, saya tak buat maksiat,” katanya.
Wanita jangan culas jaga penampilan
Berpesan kepada diri sendiri dan umum, dia yang sebelum ini merupakan seorang pelakon dan penyanyi, turut mengingatkan kaum hawa untuk sentiasa menjaga penampilan jika mahu mengikat pandangan suami. Sementara suami, mereka juga perlu memainkan peranan untuk memastikan isteri sentiasa bersemangat menjaga penampilan.
“Suami pun kalau nak lihat isteri cantik, kenalah beri nafkah lebih supaya isteri boleh merias diri. Suami kena main peranan.
“Saya masa kenal dengan suami saya dulu, kulit saya agak gelap. Saya pernah tanya dia kenapa nak kahwin dengan saya sebab saya tak berapa cantik. Suami cakap dia pilih saya kerana ada otak.
“Alhamdulillah 11 tahun melayari rumah tangga dan dikurniakan cahaya mata, sampai sekarang suami sentiasa mahu saya kelihatan menarik. Dia selalu galakan saya ke spa, jaga kulit dan mengambil suplemen yang mengandungi bahan-bahan premium dan terbaik.
“Suami-suami jangan kedekut dengan isteri dan anak-anak kerana mereka adalah lubuk rezeki anda,” katanya.
Tidak hanya topik penyondol, Erna turut mengagumkan ramai kerana sikap rendah dirinya. Meskipun dikenali sebagai usahawan berjaya, dia langsung tidak kekok bergaul dengan kakitangan termasuk pembantu pejabat.
Secara spontan, Erna mengundang pembantu pejabat dan rumahnya, untuk turut serta dalam sesi live berkenaan lalu merias wajah pekerja warga asing berasal dari Medan Indonesia yang mesra disapa kak Miah.
Jika sebelum ini, umum terbiasa dimomokkan dengan berita majikan bertopengkan iblis, keikhlasan Erna menyantuni Kak Miah wajar dicontohi. Sehinggakan kak Miah berulang kali memuji Erna sebagai seorang majikan yang sangat baik.
“Saya punya boss baik,” komen Kak Miah selepas Erna bercerita mengenai baju raya empat pasang yang dibelinya untuk kak Miah sempena digayakan pada lebaran nanti.
Berkenalan sejak 3 tahun yang lalu, Kak Miah juga mempesonakan ramai kerana kulitnya yang mulus, malah mengakui dirinya ada salah seorang pengguna Kamya Glow sejak dua tahun lalu.
Sempena kedatangan ramadan, Kamya Glow memperkenalkan kempen Cantik Before Raya yang menawarkan harga promosi RM69 sahaja (harga asal RM129).
Apa yang mengujakan, setiap pembelian layak memenangi duit raya melalui cabutan bertuah akan dilakukan secara rawak serendah RM2 hingga RM50. Dimana wang tunai keseluruhan yang ditawarkan adalah RM5,000.
“Kelebihan produk Kamya Glow, pengguna dapat melihat kesannya seawal 7 hari. Pengambilan konsisten setiap hari akan memberikan kesan kulit cerah sekata, menghilangkan kekusaman, jerawat dan jeragat. Paling best Kamya Glow juga membekalkan tenaga kerana ia tinggi anti oksida dan vitamin c,” katanya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Kita mesti selalu mendengar pantang larang daripada orang tua dahulu melarang duduk di atas bantul takut kena bisul di punggung. Benarkah kepercayaan itu atau sekadar kata-kata? Pasti anda musykil kan? Anda pasti boleh elakkan bisul dipunggung berlaku.
Bisul merupakan benjolan nanah berisi yang berlaku pada kulit anda. Ianya berlaku kerana folikel rambut dan tisu di sekelilingnya dijangkiti. ia ada saiz kecil, besar, tunggal atau berkelompok. Benjolan bisul ini sangat tidak selesa, menyakitkan dan mengakibatkan komplikasi yang serius jika tidak dirawat. Merawat bisul merupakan proses yang mudah akan tetapi lebih baik untuk anda menyerahkan ia pada doktor. Lebih-lebih lagi apabila ia besar, dalam dan menyakitkan.
Simptom bisul di punggung
Simptom bisul di punggung adalah anda dapat mengetahui kehadiran benjolan atau benjolan merah, lembut dan sakit di bahagian kulit. Bisul selalunya akan bersaiz kecil atau sebesar kacang pis. Ia lama-lama akan menjadi keras. Selalunya benjolan tersebut akan membesar dan isi dengan nanah.
Selain itu, pada saat akhir dia akan muncul di bahagian hujung atau putih dan untuk anda mengeluarkan nanah. Ada juga bisul yang tidak pecah dan berakhir dengan kerak yang terbentuk atas benjol tersebut. Ada juga jenis bisul yang mengeluarkan cecair jernih. Jadi jangan terkejut jika ia membesar menjadi besar bola golf.
Punca bisul di punggung!
Ternyata duduk di atas lantai itu bukan punca bisul yang jadi pada punggung. Punca utama bisul adalah dari salah bentuk bakteria paling biasa pada tubuh yang bernama Staphylococcus aureus atau Staph. Bisul juga terjadi apabila kulit diselaputi oleh virus baik dan jahat.
Calar, luka, kemunculan jerawat atau gigitan pijat juga boleh membuatkan bakteria masuk dalam folikel. Ini akan membuatkan jangkitan dan bisul mula berkembang nanah terbentuk. Faktor lain yang menyebabkan bisul di punggung adalah kerana seseorang itu mempunyai sistem imun yang lemah oleh kerana mempunyai masalah kesihatan lain seperti meghidap diabetes atau kanser. Selain itu adalah ekzema, asma alahan atau konjuktivitis juga merupakan faktor lain.
Cara Merawat bisul di punggung
Pasti sukar buat mereka yang mengalami bisul di punggung. Lebih-lebih lagi apabila aktiviti utama kita seharian adalah duduk. Menurut Hello Doktor, terdapat cara untuk anda merawat bisul di punggung. Apa yang anda perlu buat adalah tekapkan kain lap panas dan basahkan keatasnya selama 20 hingga 30 minit. Buat 4 kali sehari.
Jika anda buat ini dapat membantu liang pori anda terbuka dan dapat melembutkan kulit di kawasan bisul. Selain itu ia boleh membuatkan nanah di dalam mengalir keluar. Pastikan anda tidak memotong, memicit bisul tersebut. Jika ianya tidak berkesan, pergi jumpa doktor dengan cepat. Doktor dapat membantu untuk membuat hirisan kecil mengeluarkan bisul tersebut. Anda juga akan diberikan antibiotik untuk mengurangkan risiko jangkitan.
Wah! Baru sahaja mendirikan rumah tangga, pasangan sejoli Uyaina Arshad dan Raja Syahiran dinobatkan sebagai The Most Sweet Pengantin di Anugerah Pesona Pengantin 2022 yang berlangsung semalam di Shangri-La Hotel Kuala Lumpur.
Memuat naik gambar bersama suami tercinta ketika menghadiri malam anugerah ini di laman Instagram, Uyaina berkongsi rasa keterujaannya menerima anugerah itu dan menyifatkan ia sebagai kenangan manis buat mereka berdua yang baru sahaja mendirikan rumah tangga. Uyaina juga sempat bergurau menerusi kapsyen gambar yang dimuat naik itu.
“Sweet ke guys? Korang rasa siapa lagi sweet, Uyaina ke Raja Syahiran?”
Malah, pelakon itu juga turut mendoakan agar dia dan suami tercinta sentiasa ‘sweet’ hingga ke akhir hayat dan hingga akhir waktu.
Sudah pasti ia menjadi tumpuan netizen apabila melihat kemesraan dan kemanisan pasangan sejoli ini. Ha! Ternyata kemanisan mereka berdua turut dirasai oleh semua orang!
Pasangan Uyaina Arshad dan Raja Syahiran mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2021 di Colony Star Boulevard, KLCC, Kuala Lumpur.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Jika anda menghabiskan banyak waktu di depan komputer, tentu saja anda memerlukankan energi untuk berfikir dan bekerja. Makan makanan yang tidak tepat justeru akan mengundang rasa mengantuk, lemas, bahkan obesiti.
Pernah terfikir tak nak bawa sendiri bekalan makanan sihat dari rumah ke pejabat? Asyik membazir duit beli makanan yang sama setiap hari makan tengahari. Sekurang-kurangnya anda boleh berjimat dan mengurangkan pembaziran wang. Selain itu, kesihatan anda juga akan lebih terjaga kerana makanan yang anda bawa dimasak oleh anda sendiri. Disamping dapat menjaga diet untuk dapatkan bentuk badan ideal. Tapi, pastikan makanan yang anda bawa adalah makanan yang berkhasiat tau, barulah anda sihat dan bertenaga.
Jika menginginkan diet anda lancar, simak beberapa tips makan sihat di pejabat berikut ini.
1. Bawa Makan Dari Rumah
Selain Anda dapat jimat, makanan yang anda masak di rumah juga lebih terjamin kesihatannya. Anda boleh membawa makanan sisa makan malam atau sarapan anda. Sediakan bahan masakan pada hujung minggu supaya anda tidak menjadi kelam-kabut untuk sediakan bekalan anda nanti. Jadi, anda tidak perlu bangun di awal pagi atau berjaga hingga lewat malam semata-mata mahu menyiapkan bekalan setiap hari.
2. Selalu sedia air putih di meja
Sangat digalakkan untuk tetap menjaga hidrasi tubuh di tempat kerja untuk menghindari banyak masalah kesihatan. Selalu sediakan botol minuman ataupun secawan gelas air putih di meja anda.
3. Kreativiti
Berfikirlah dua kali jika anda ingin makan makanan cepat siap. Selain tidak memberikan nutrisi, makanan ini mengundang kegemukan. Jika anda seorang yang kreatif dalam masakan, cuba buat sesuatu yang baru untuk menjadikan makanan anda kelihatan menarik dan sedap untuk dimakan. Manfaatkan bahan-bahan yang ada dirumah dengan campurkan ia dalam masakan anda sebaiknya. Tambahkan bahan masakan yang berwarna supaya warnanya akan kelihatan menarik. Contohnya, kalau sup ayam, anda boleh campurkan lobak merah dan brokoli yang berwarna hijau dengan ayam yang telah anda rebus. Sedap bukan!
4. Sediakan Snek Yang Sihat
Ganti snek anda dengan berbagai makanan sihat seperti kacang-kacangan, granola bar atau buah segar. Salah satu snek yang senang untuk dimasak ialah popcorn. Tapi, jangan campurkan dengan perasa-perasa yang lain tau kalau mahu kurangkan kuantiti gula dalam makanan. Kunyah-kunyah je popcorn yang tiada perisa dekat pejabat tu dah boleh kenyangkan perut anda buat seketika. Sekurang-kurangnya anda dapat mengurangkan pengambilan kuantiti makanan pada waktu makan tengahari.
5. Jangan menunda waktu makan
Luangkan waktu 30 minit untuk beralih dari pekerjaan dan pergi untuk makan tengah hari. Anda akan merasa lebih segar dan kembali bertenaga setelah selesai makan siang.
Amalkan pemakanan yang sihat supaya badan anda terhindar dari sebarang penyakit yang tidak diingini. Menyediakan bekalan makanan sendiri sebenarnya amat menyeronokkan kerana pada waktu inilah anda boleh memperbaiki dan meningkatkan kemahiran memasak dan sambal itu dapatlah berjimat . Selamat mencuba!
Memang nampak sedap sangat acar buah Tengku Ampuan Pahang ni. Kombinasi bahan-bahan dan warna semula jadi acar menjadi pembangkit selera!Memang selayaknya Paduka Baginda memenangi...