Pelakon cilik Liyana Jasmay baru sahaja berhijrah dengan mengenakan hijab. Sejak berhijab, penampilan Liyana tetap nampak sangat comel dan begitu stailo. Sesuai dengan dirinya yang masih muda dan dia cukup bijak mix & match baju yang digayakannya. Tambahan aksesori seperti kaca mata, sling bag ataupun rantai menjadi pelengkap gaya OOTD Liyana.
Paling ramai memuji gaya hijab simple yang sering disarung pada kepalanya. Tidak perlu lilitan keterlaluan, gaya hijab ringkasnya menarik perhatian netizen. Ramai memuji gayaLiyana berhijab cantik dan ingin tahu tutorial yang digayakannya. Liyana tidak lokek untuk berkongsi cara pemakaian hijab stail dirinya.
Baru-baru ini Liyana berkongsi satu tutorial pemakaian hijab yang menurutnya sangat easy dan simple. Menurutnya tidak perlu jarum peniti melainkan jika mahu pergi ke majlis yang memerlukan dia banyak bergerak. Perkongisian di laman sosial instagramnya ini mendapat respon cukup bagus. Dilihat 139K view yang teruja untuk mencuba perkongsian tutorialnya ini.
Siapa menyangka, tragedi kehilangan MH370 sehingga kini masih misteri walaupun pencariannya sudah pun memasuki tahun keempat, namun jauh di sudut hati waris mangsa pesawat malang itu masih menanti satu jawapan ‘penutup’ ke mana ianya hilang. Penerbangan MH370 bersama 239 orang hilang daripada imbasan radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014, dan kehilangan pesawat itu disifatkan antara yang paling menimbulkan misteri dalam sejarah penerbangan di dunia.
Australia, Malaysia dan China secara bersama menggantung pencarian selama dua tahun bagi pesawat tersebut pada Januari tahun lepas. Tiada tanda-tanda pesawat itu ditemukan di kawasan pencarian merangkumi 120,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.
Setakat ini, hanya tiga serpihan yang disahkan dari MH370 telah ditemukan, kesemuanya di pantai Barat Lautan Hindi termasuk bahagian sayap sepanjang dua meter dikenali sebagai “flaperon”.
Isteri kepada seorang pramugara MH370, Muhammad Hazrin iaitu Intan Maizura Othman berkata biarpun dia reda, namun mengharapkan kebenaran di sebalik kejadian tersebut walaupun sudah empat tahun berlalu.
Apabila ditanya dalam temubual bersama dalam rancangan Sofa Sinar untuk siaran di Sinar Harian Online, perasaan sebenar yang dialaminya sejak peristiwa itu, Intan mengungkap:
“Sebenarnya sudah banyak kali soalan itu diajukan kepada saya. Saya sebagai orang Islam, reda dengan apa yang berlaku, jika saya kata reda, sama ada dia hidup atau dah tiada, saya terima.
“Dalam erti kata lain saya tak nak terlalu mengharap yang menganggap dia masih hidup kerana ia akan menghantui kehidupan dan emosi saya serta anak-anak, “ katanya ketika ditemubual oleh pengacara Sofa Sinar, Norutul Ilham Mad Jani.
Menurutnya masih segar diingatannya perisiwa empat tahun lalu sebelum suaminya berangkat ke tempat kerja buat kali terakhir.
“Ketika itu saya masih mengandung anak kedua kami, tujuh bulan dan seorang lagi anak sulung berusia 4 tahun. Ketika kejadian berlaku, anak perempuan saya masih ok, seminggu dan dua minggu selepas itu juga masih ok sehinggalah saya beriitahu dia yang ‘papa tak akan balik’, barulah dia dah goyang. Ini kerana ketika itu dia tengok saya asyik menangis sahaja sepanjang kejadian itu.
“Masa itu saya tengok dia juga turut beremosi seperti saya juga. Memang ia amat melukakan bagi kanak-kanak sekecil itu. Apatah lagi dia juga sangat rapat dengan papanya. Memang saya susah nak explain perasaan dia. Malah sampai hari ini dia masih tidur dengan frame papanya, menangis setiap malam, rindukan papanya. Saya tak dapat selami perasaan sebenar walaupun saya ini emaknya,” cerita Intan dalam nada perlahan.
Ketika ditanya mengenai kerjayanya suaminya sebagai seorang pramugara, adakah dia ada terfikir mengenai kemalangan yang akan menimpa suaminya, sepanjang kerjayanya sebagai seorang pramugara.
“Sebenarnya itu adalah benda pertama yang datang dalam fikiran saya ketika seorang teman menelefon memberitahu pesawat suami saya hilang. Tetapi saya tidak menyangka ia adalah perbuatan hijack tetapi saya hanya terbayang crash sahaja.
“Itu sahaja yang terbayang di fikiran dan saya sudah bersedia menerimanya jika crash tetapi bukan dengan situasi (drama) yang berlaku masa itu,” ceritanya yang turut membuat keputusan dia juga tidak akan terbang dengan memakai pakaian uniform tetapi sebagai penumpang sahaja tidak mengapa.
Sebagai isteri Intan juga mengharapkan ada pengakhirannya bagi kes ini. Dia berharap akan ada seseorang yang datang memberitahu kebenarannya apa sebenar yang berlaku pada MH370. Bukan sahaja untuk dirinya tetapi anak-anak dan juga keluarga lain bagi mangsa pesawat berkenaan.
“Pada isteri yang menanti, pada suami yang menanti, anak-anak semuanya ingin tahu kebenarannya sahaja. Just tell us the truth dan itu sahaja yang kami mahukan,” katanya lagi.
Sementara itu dalam temubual bersama Nona, Intan memberitahu dia mahu bangkit dari episod duka dengan memilih aktiviti lasak pilihannya, memanjat gunung.
Menurutnya aktiviti ini menjadi pilihan kerana mendapati ia merupakan satu aktiviti fizikal yang bukan sahaja menguji dari segi fizikal, malah turut melibatkan daya ketahanan mental yang tinggi.
Intan juga masih mengingati detik manis kali pertama mendaki bersama suami tersayang sekitar tahun 2013. Ketika itu dia mencuba mendaki Bukit Tabur yang terletak di Malawati. Mendaki tanpa persediaan lengkap dan hanya berbekalkan air minuman serta kasut dan peralatan mendaki yang terhad. Namun keduanya berjaya mengatasi cabaran tersebut walaupun suaminya itu bukanlah seorang yang gemarkan aktiviti luar.
Sementara itu anak kepada salah seorang penumpang MH370, Anne Daisy iaitu, Grace Nathan pula berkata sebaik sahaja laporan yang mengesahkan menemui serpihan yang didakwa milik pesawat malang itu, dia terus menggigil.
“Itu kali pertama saya kena terima bahawa pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi. Saya jadi tak tahu apa yang nak difikir kalau itu yang berlaku terhadap MH370.
“Sebelum ini ada pelbagai andaian dan laporan, jadi susah nak terima semua ini, tapi apabila laporan ini keluar, sedih sangat,” katanya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pada suatu keadaan seseorang kadang kala akan terlewat bangun untuk solat subuh. Hal ini bukan kerana sengaja,tetapi tidak sengaja. Namun, terlambat bangun subuh bukan bermakna kita boleh melupakan saja solat itu dan meninggalkannya dengan sahaja.
Rupa-rupanya Nabi Muhammad SAW juga pernah terlewat bangun solat subuh disaat matahari sudah mulai terbit. Saat itu Nabi bersama rombongan sedang melakukan perjalanan jauh (musafir). Kerana terlalu letih,mereka memutuskan untuk beristirehat saat sudah hampir menjelang subuh.
Akibatnya, perkara ini membuat Rasulullah SAW bersama rombongannya terlambat bangun. Akan tetapi Beliau tidak terus meninggalkan solat ini begitu sahaja. Namun melakukan hal berikut. Apa yang dilakukan Nabi? Berikut ulasannya.
Diriwayatkan dari Abu Qatadah r.a, yang berkata: Pada suatu malam kami menempuh perjalanan bersama Nabi s.a.w, sebahagian orang mengatakan: “Ya Rasulullah! Sebaiknya kita beristirahat menjelang pagi ini.”
Rasulullah SAW bersabda: “Aku kuawatir kalian tidur nyenyak sehingga melewatkan solat subuh.” Kata Bilal: “Saya akan membangunkan kalian.”
Disaat semua terlelap, Bilal berusaha tetap terjaga dengan bersandar pada haiwan tunggangannya. Namun Bilal juga turut tertidur dengan nyenyak sehingga tidak sedar jika waktu sudah menunjukan Subuh.
Nabi yang terbangun dahulu terkejut bukan kepalangan kerana melihat bayang-bayang di tepi busur sudah muncul. Nabi Muhammad SAW berkata: “Hai Bilal! Mana bukti ucapanmu?
Bilal menjawab: “Saya tidak pernah tidur senyeyak malam ini.”
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah mengambil nyawamu bila pun Dia mahu dan mengembalikannya bila pun Dia mahu. Hai Bilal! bangunlah dan suarakan azan.”
Kemudian Rasul dan rombongan musafir mengambil air wudhu dan melaksanakan solat walaupun matahari agak meninggi sedikit dan bersinar putih. (Hadits Shahih Imam Bukhari, no 595).
Dari kisah di atas, diketahui jika Nabi Muhammad SAW sudah memberikan teladan bagi umatnya yang terlewat solat Subuh. Namun hal ini bukan bererti kita tidak mempersiapkan diri untuk bangun lebih pagi.
Jika kita mengalami keadaan ini, maka segeralah untuk mendirikan solat ketika teringat. Diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a, bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda: “Siapa yang lupa untuk melaksanakan solat, maka laksanakanlah ketika ingat, tanpa kaffarah [denda] atas lupanya itu kecuali dengan mengerjakan solat tersebut.” Kemudian Rasulullah s.a.w membaca ayat (yang ertinya): “… dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku.” (Al-Qur’an surat Thaahaa, ayat 14). (Hadits Shahih Bukhari, nomor 597)
Rasulullah SAW Pernah Solat Asar Pada Waktu Maghrib Diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah r.a, bahawa pada saat perang Khandaq, Umar bin Khattab datang setelah matahari terbenam. Umar mencaci-maki orang-orang kafir Quraisy.
Kata Umar: “Ya Rasulullah! Saya hampir saja tidak melaksanakan solat Asar sampai matahari hampir terbenam.”
Nabi SAW bersabda: “Demi Allah! Aku belum melaksanakan solat Asar.”
Kata Jabir: “Kami pergi ke Buthhan, kemudian Nabi SAW berwuduk untuk solat dan kami pun berwuduk, lalu Nabi SAW melaksanakan solat Asar setelah matahari terbenam, setelah itu beliau melaksanakan solat Maghrib,” (Hadits Shahih Bukhari, nomor 596).
Berdasarkan kisah-kisah di atas, jelas bahawa Nabi terlambat mengerjakan solat kerana alasan yang masuk akal. Namun hal ini tidak berlaku bagi manusia yang sengaja melalai-lalaikannya. Sudah ingat, namun tetap saja memilih mengerjakan aktiviti duniawi dibanding solat. Semoga kisah rasulullah ini bermanfaat untuk anda.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Peluang anda untuk membantu mereka yang berjuang memang terhad, dengan mematuhi perintah kerajaan Perintah Kawalan Pengerakan bermula 18 Mac hingga 31 Mac pastinya pengerakan terbatas.
Namun itu tidak bermakna anda boleh alpa dengan tanggungjawab kita sebgai rakyat Malaysia yang prihatin. Serlahkan sikap dermawan anda bantu mereka yang memerlukan.
Sinar Harian melancarkan Tabung Bantuan Frontliners Covid-19 bagi membantu barisan hadapan Malaysia seperti doktor dan jururawat dalam memerangi penularan wabak koronavirus (Covid-19).
Tabung itu akan membolehkan rakyat di negara ini tampil bersama-sama membantu barisan hadapan bagi mengumpulkan dana kelengkapan perlindungan diri atau personal protective equipment dan makanan.
Ketua Pegawai Operasi Sinar Harian, Farah Hussamuddin berkata, usaha tersebut juga bertujuan meringankan beban kumpulan tersebut dalam memerangi Covid-19. “Bantuan ini akan disalurkan terus kepada barisan hadapan yang memerlukan. Kami berharap segenap rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dapat menyalurkan bantuan.
Mengikut laporan di akhbar Sinar Harian pagi tadi , Dato Dr. Hussamudin Yaacub berkongsi di laman sosialnya di Facebook menzahirkan rasa syukurnya terhadap rakyat Malaysia yang dermawan:
“Alhamdulilah setakat jam 10.30 pagi tadi tabung sinar covid berjaya pungut sejumlah RM61745.20 dari sumbangan rakyat malaysia pelbagai kaum yang prihatin. Tahniah atas kemurahan hati kalian. Team sukarelawan sinar covid tidak tunggu lama, mereka telah bergerak sejak semalam lagi untuk beli dan edarkan keperluan mendesak in syabas!!!
“Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank Sinar Karangkraf bernombor 514271254025. Bersamalah kita membantu barisan hadapan di seluruh Malaysia, Rakyat Bantu Rakyat #KitalahMalaysia. Sebarang pertanyaan boleh diajukan di talian 013-4228802 (pesanan ringkas WhatsApp sahaja),” katanya di sini.
Dr Azri Fikry juga menzahirkan rasa berterima kasih atas bantuan
“Semoga dengan bantuan yang dihulurkan dapat membantu dan meningkatkan lagi motivasi para petugas barisan hadapan negara dalam mengekang penularan wabak Covid-19. Terima kasih!”
Jumlah kes Covid-19 terkini yang semakin meningkat telah mengakibatkan kepada kekurangan bahan dan alat perlindungan diri para petugas di hospital mahupun klinik kesihatan kerajaan. Dengan situasi yang kian meruncing pada hari ini, Sinar Harian bersama Panic Button Club, Crossfit Pahlawan,
Ansara B9+B11, NGO Pertubuhan Kebajikan Semai Budi (PERMAI BUDI) telah melancarkan tabung sumbangan untuk mengumpul dana bagi membeli dan membekalkan peralatan tersebut kepada petugas kritikal barisan hadapan.
Alhamdulillah inisiatif ini telah berjaya menzahirkan sejumlah RM25,000.00 hasil sumbangan orang awam dalam masa 1 hari sahaja. Menerusi dana yang dikumpul, kami telah membeli barangan keperluan yang diperlukan:
Bersama kita membantu dengan cara apa pun, jadilah sebahagian masyarakat Malaysia yang prihatin dan semoga keadaan ini akan pulih seperti sediakala dengan adanya kerjasama anda mematuhi arahan kerajaan Perintah Kawalan Pengerakan bermula 18 Mac hingga 31 Mac.
Makeup hijabi tahan lama tanpa breakout boleh dicapai dengan rutin penjagaan kulit yang betul. Ketahui 10 tip penting untuk memastikan kulit kekal sihat, segar dan bebas jerawat walaupun bersolek sepanjang hari.