Baru-baru ini, telah tular di TikTok mengenai video seorang gadis yang berkecil hati apabila orang menyamakan dirinya seperti selebriti, Hanis Zalikha namun dikatakan versi gelap.
Tersinggung dengan kata-kata itu, Nur Fatihah Kamal atau lebih dikenali sebagai Tiya Kamal menjelaskan dia tidak kisah apabila disamakan dengan Hanis Zalikha namun sedih apabila rupa parasnya dikritik kerana warna kulitnya dan mengatakan dirinya pasti lawa jika dia berkulit cerah.
“Muka hang sebijik Hanis Zalikha tapi if hang putih mesti lagi lawa. Adakah saya tidak lawa?”
Tiya juga sedih apabila fizikalnya juga turut dikritik oleh sesetengah individu.
“Ramai orang kata kalau kurus mesti lagi lawa. Saya dah turun 20kg pun orang still panggil gemuk.”
Tanpa diduga, perkara ini telah mendapat perhatian Hanis Zalikha sendiri sehinggakan dia memuat naik foto Tiya di laman instastory sambil memberikan pujian buat gadis berkenaan.
Teruja dengan perkara itu, Tiya meluahkan rasa terharu dan gembiranya dengan situasi itu melalui sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok miliknya.
Ujarnya, dia sememangnya mengagumi Hanis sebagai seorang ibu, ahli perniagaan, selebriti dan wanita yang sangat hebat dalam hidupnya.
HIJABISTA: Dah 2021 pun masih ada yang mentaliti ke belakang lagi. Haih, tak kisahlah apa jua warna kulit kita sebab masing-masing ada kecantikan yang tersendiri. Apa guna kalau luaran saja cantik tapi perangai menyakitkan hati ye tak?
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ibu mana yang tidak gembira apabila anak mendapat keputusan cemerlang dalam semua kejayaan. Terdahulu pada 5 Mac 2020 tarikh yang dinanti-nantikan oleh semua calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 1999 di mana keputusan diumumkan.
Orang yang pertama yang pasti akan gembira dengan keputusan peperiksaan pasti kedua ibu bapa. Tular di laman net seorang calon SPM yang bernama Siti Nuharliza mendapat keputusan cemerlang Straight 8A kebetulan namanya sama dengan penyanyi no.1 negara. Remaja ini menjadi popular berikutan pautannya dibalas oleh penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza di twiter.
Ibu kepada pelajar ini menzahirkan perasaannya apabila anak menerima keputusan cemerlang, “tidak sia-sia menispirasikan nama Datuk Siti Nurhaliza untuk anaknya”.
Si empunya nama serupa memperolehi 8A dalam Sijil Pelajaran Malaysia yang diumum pada Khamis lalu.
Remaja itu, Siti Nurhaliza M Saidin agak terkejut menerima mesej daripada wakil syarikat produk kosmetik penyanyi popular itu. Mesej yang dihantar menerusi akaun twiter pelajar itu @loeygranger pada Jumaat.
“Hi @loeygranger aka Siti Nurhaliza , Tahniah atas pencapaian cemerlang daripada @CTNurhaliza11 dan Beausiti Team!. Kami nak bagi hadiah boleh?” tulis @BeausitiMY
Dan antara ucapan wakil syarikat penyanyi No 1 Malaysia itu.
“Tahniah Adik Siti Nurhaliza atas pencapaian cemerlang! Nantikan hadiah istimewa dari @CTNurhaliza11 @SimplySitiSB @BeausitiMY buat adik dan ibu adik Two hearts! Semoga terus sukses selalu,” tulis @SimplySitiSB, dengan kedua-duanya membuat pautan pada akuan rasmi twitter Siti Nurhaliza
Siti remaja yang berusia 18 tahun itu kemudian menerima mesej daripada syarikat itu sendiri menerusi akaun instagramnya.
Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tekek di Pulau Tioman, Pahang iti memberitahu perasaannya yang begitu teruja dengan mesej dan balasan yang diterima di pautan akaun twiter miliknya.
“Saya rasa terkejut ‘gila’ sebab itu wakil daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza, seorang lagenda di Malaysia. Macam tak percaya pun ada masa itu.
“Saya beritahu kepada keluarga terutama ibu, mereka semua tumpang gembira. Saya dan emak berpelukan apabila dapat tahu tentang kejutan ni” katanya dalam satu perbualan bersama mStar.
Remaja ini, anak tunggal dalam keluarga berkongsi rasa dan minat dengan ibunya, meminati penyanyi no.1 negara. Ibunya pernah pergi tengok konsert Datuk Siti Nurhaliza sejak dia belum lahir lagi. Lagu Datuk Siti Nurhaliza yang paling dia suka Cahaya Cinta, yang mula didengar sejak kecil lagi.
Menurut remaja ini, dia telah memberi maklum balas kepada pihak berkenaan dan dimaklumkan pihak mereka dalam proses untuk menguruskan pemberiaan hadiah tersebut.
Namun, remaja ini juga berharap suatu hari nanti dia diberi peluang bertemu atau menyaksikan persembahan beliau secara dekat. Katanya yang merancang untuk menyambung pengajian di peringkat diploma dalam bidang Pengurusan Perniagaan.
SUMBER: mstar online
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bencana banjir yang sedang berlaku sekarang ini disifatkan di antara yang terburuk pernah berlaku dalam sejarah negara. Banyak rumah kediaman yang di kawasan terjejas yang ditenggelami air hingga hanya terlihat bumbung rumah sahaja.
Menyuarakan kesedihannya di laman sosial, penyanyi nombor satu negara, Dato Sri Siti Nurhaliza merasa risau melihat penduduk di kampungnya di Kuala Lipis, Pahang yang menjadi mangsa banjir di sana.
Beliau juga berasa gundah kerana sukar untuk pasukannya menghantar bantuan di sana disebabkan keadaan jalan pulang yang menyukarkan mereka.
Keadaan di Kuala Lipis, Pahang. Sukar nak saya gambarkan bagaimana keadaan ini tetapi inilah dugaan buat orang kampung saya, Januari lalu juga keadaannya begini.
Keadaan jalan untuk pulang juga menyukarkan team saya untuk ke sana tetapi apa yang penting adalah, kami sedaya mampu akan membantu.
Walaupun saya di Kuala Lumpur, terkekang dengan hal-hal di sini serta anak2 saya juga tidak berapa sihat, tetapi hati saya pastinya ada di daerah Lipis. Banyak kawasan terjejas, bukan hanya di bandar malah di kampung-kampung sekitar. Sekolah saya juga terjejas sama.
Tidak kira di negeri mana, kawasan mana, semoga kita sama-sama dapat mengharungi ujian ini.
Saya doakan agar KITA semua diberikan kekuatan dan ketabahan. Saya terharu melihat bagaimana rakyat Malaysia berganding bahu dalam apa jua situasi sukar yang sedang menimpa. Terus kuat!
Kepada yang sama-sama ingin membantu, anda boleh menyumbang ke tabung Bantuan Khas Palestin, Covid-19 dan Bencana Alam, ada di linktree di bio saya.
Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang dan prihatin.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Di ruangan komen, ramai yang mendoakan agar urusan bantuan berjalan dengan lancar dan semua mangsa dapat diselamatkan dengan baik. Moga niat murni Tok Ti yang ingin membantu ini dipermudahkan olehNya. InsyaAllah.
Untuk tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ramai di kalangan selebriti berbadan besar yang berusaha utuk menurunkan berat badan mereka. Salah seorang adalah Abam Bocey yang berjaya mengurangkan 15 kilogram daripada berat asal 188 kilogram selama hampir 3 minggu berat Abam mencecah 173 kilogram, menjadi inspirasi hijabi.
Dia yang mengikut program diet cukup bersemangat dengan kesan penurunan ketara. Abam mengikat kontrak selama 3 bulan dan melakukan diet turunkan berat badan secara dalam talian. Ada jurulatih yang akan memantau perkembanggan melalui mesej di group WhatsApp.
Menerusi grup kumpulan WhatsApp yang diserati 40 orang, apa yang dimakan setiap hari akan dihantar dalam kumpulan berkenaan. Dan menilai sama ada makanan berkenaan sesuai, menepti citarasa atau kalori yang diperlukan setiap hari.
Abam yang kini terbabit dalam program Bocey & Friend Live memberitahu dia yang mengamalkan diet sejak April lalu mengamalkan 80 peratus pemakanan yang betul dan lengkap nutriri selain 20 peratus senaman dengan memilih gimnasium dan sukan badminton.
Katanya kepada Astro Awani, dia beruntung kerana dua rakan baiknya, Achey dan Fad turut memberi sokongan padanya dalam usaha menunrunkan berat badan.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan berkata tiada siapa mendesak mengurangkan berat badan, sebaliknya keinginan itu datng sendiri. Malah tuntutan kerja menyebabkan mendorong untuk menunrukan berat badannya itu.
Ternyata Abam seronok menjalani program diet ini walaupun menurutnya amat seksa melakukan beberapa aktivit senaman. Namun dengan adanya jurulatih yang ‘sporting’ dan sentiasa berfikiran positif menyebabkabn dia sentiasa bersemangat.
Dia juga turut berkongsi menu hariannya di laman instagramnya yang membantu penurunan berat badan selama beberapa minggu ini. Kebanyakan menu dimakan adalah yang di grill tanpa minyak, jenis rebus dan juga sayuran sihat.
Jadi bagai hijabi yang mempunyai berat badan berlebihan boleh mencuba cara diet diamalkan Abam Bocey yang tidak susah untuk diikuti. Apa yang penting adalah disiplin dan jangan mudah putus asa.
HARI ini kita semua dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Syed Umar Moktar Al-Juffrey atau lebih mesra dikenali sebagai Abam Bocey.
Pemergian mengejut Allahyarham dijemput Illahi pada pagi Isnin ini yang dikatakan akibat demam panas benar-benar menyentuh perasaan semua ahli keluarga dan sahabat handai Allahyarham.
Al Fatihah dan takziah untuk seluruh keluarga Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, semoga Allah ampunkan semua dosa dan beri syurga Firdaus buat dirinya.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.