Ramai rakyat Malaysia yang terkesan dengan bencana banjir, meskipun bukan secara langsung tetapi hati mana yang tak luluh melihatnya. Bantuan dihulurkan tidak mengira bangsa dan agama.
Apa yang menarik perhatian Hijabista subjek tudung menjadi keutamaan si pemberi. Sangat terharu apabila yang memberi bukan agama islam dan melayu. Menurut sumber dari mStar, seorang wanita India memberi sumbangan berupa ratusan tudung kepada mangsa banjir. Indahnya si pemilik jati yang mulia ini!
“Saat negara ditimpa malapetaka tak perlu fikir bangsa, jika ada sifat kemanusiaan anda yang tidak terjejas akibat banjir, inilah masanya ‘kumpul pahala’.” Kongsi wanita ini.
Menerusi temubual bersama mStar, Kalavathy Rasalingam seorang usahawan berusia 48 tahun mempunyai stok jualan tudung pada 2018 yang disimpan baik di dalam stor. Hasratnya untuk menghadiahkan pada rakan-rakan islam yang terkesan dengan bencana ini sebagai cenderamata.
Keadaan tudung hampir 400 helai yang baik tersimpan di dalam plastik masih dalam keadaan elok. Menurut wanita ini semua yang terjadi adalah hikmah, niat nak menghadiahkan tudung sebagai cenderahati kini diagihkan untuk mangsa banjir.
Ads
Perihatin dengan tuntutan agama
Simpati dengan mangsa banjir yang tinggal sehelai sepinggang, Kalavathy perihatian dengan tuntutan syariah, wanita islam perlu memakai tudung. Kesesuain inilah menjadi tunjak wanita ini nekad sedekah baki tudung yang dalam simpanannya. Sumbangan tudung-tudung ini akan diserahkan pada mangsa-magsa banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam dan Karak dengan kerjasma sukarelawan Pahang.
Bukan sekadar tudung, Kalavathy dan kumpulan sukarelawan juga menyediakan makanan untuk mangsa banjir dengan kerjasama sebuah kuil Shirdi Baba di Batu Caves, Selangor. Membeli barang makanan dan masak sendiri, Idea untuk menyediakan makanan sarapan, makan tengah hari dan malam dengan bantuan sukarelawan lain menerusi tajaan pengangkutan ke lokasi.
Ads
Juadah yang boleh dijamu semua
Menu yang disediakan oleh Kalavathy, mudah dan boleh dijamu oleh semua seperti nasi goreng vegetarian dengan campuran kentang goreng dan sambal. Lebih 800 bungkus makanan diagihkan sejak Isnin lalu, sekitar Selangor ketika pasca membersihkan kawasan banjir oleh penduduk dan sukarelawan.
Barang-barang keperluan yang disumbangkan, kebanyakkannya dari rakan-rakan, orang perseorangan dan pelanggan, ujar pengusaha di pusat rawatan dan kecantikannya yang terletak di Prima Sri Gombak. Sumbangan berupakan barangan keperluan seperti syampu, sabun madian, bahan pencuci rumah dan pakaian terpakai, tambahnya lagi.
Ads
+++ Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe.
SUMBER: mStar
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Baru-baru ini tular dilaman Tik Tok sebuah video berkenaan kegigihan seorang gadis dari tanah seberang, Indonesia yang gigih bersama adik beradiknya yang lain sanggup mengeluarkan belanja mengubah suai van menjadi Ambulans.
Tujuan mereka berbuat demikian adalah untuk membahagiakan bapa mereka yang sudah terlantar sakit berbaring diatas katil (Bed Ridden) selama empat bulan dan hanya terperuk menderita sakit di rumah.
Perkongsian Video menerusi akaun pengguna @mutiarapriza berkenaan telah tular di laman Tik Tok, rakaman itu memaparkan seorang anak gadis bersama adik beradiknya sanggup membelikan van dan digubahsuai menjadi ambulans khas buat bapa mereka yang terlantar kerana menghidap kanser plasma darah yang menjangkiti tulang.
“Tak sangka posting tentang pembelian ambulans buat bapa jadi perhatian,” tulis @mutiarapriza pada ruangan kapsyen hantaran itu.
Paparan video tersebut memaparkan van berona putih jenis Daihatsu Luxio yang diubah menjadi Ambulans lengkap dengan pengandar (Stretcher), kelengkapan perubatan dan tilam empuk berona jingga untuk memuatkan bapa mereka dengan beberapa kerusi penumpang yang dipandu di sekitar bandar Kota Malang, Indonesia.
Hijabista difahamkan bahawa bapa mereka sudah empat bulan terlantar di rumah dan tidak keluar berjalan-jalan, malah hanya keluar rumah bagi tujuan ke hospital.
“Ketika sihat dia tak suka duduk di rumah lama-lama. Tiap hari ada saja kegiatannya di luar,” tulisnya lagi.
Sehubungan itu, dengan adanya ambulance pribadi ini, bapanya kini dapat menghirup udara segar dan menikmati semula keindahan bersantai di luar rumah.
Meski, mempunyai keadaan fizikal yang tidak mengizinkan bapa bertuah ini kini dapat menikmati makanan kegemaranya iaitu ‘mi polos’ di sebuah restoran yang terletak di Kota Malang dengan penuh berselera, walaupun hanya dari dalam kenderaan.
“Senang lihat bapa berselera makan,” tulisnya.
Seterusnya, gadis ini turut membawa bapanya menikmati ais krim sebagai pencuci mulut.
“Bapa, anakmu akan terus memperjuangkan apa pun yang membuatkan bapa happy. Kerana aku ingin selalu lihat senyum ini. Sayang bapa sangat,” tulisnya.
Mutiara berharap, agar kenderaan yang telah diubah suai itu bakal dimanfaatkan sepenuhnya, sekaligus meniupkan semangat baharu buat bapanya meneruskan kehidupan dan melawan derita penyakit yang dihadapi.
Sekadar info, hantaran video berkenaan telah menjadi trending sehingga mendapat ditonton seramai 10 juta orang dengan 996 ribu tanda suka serta dibanjiri 17.7 ribu komen dari wargamaya.
Selepas kematian, terdapat beberapa aspek pengurusan harta pusaka yang ditinggalkan si mati perlu dilunaskan terlebih dahulu sebelum pembahagian dilakukan kepada waris-waris.
Perkara ini amat penting supaya proses pembahagian dapat berjalan lancar dengan melibatkan harta yang ‘bersih’ sahaja dan dapat mengelakkan pertikaian yang boleh melambatkan proses pembahagian.
Umum mengetahui, selepas sesuatu kematian disahkan, semua harta si mati samaada harta alih (wang tunai, simpanan di bank, saham) atau harta tidak alih (tanah, bangunan) adalah berstatus harta pusaka dan akan dibekukan.
Harta-harta pusaka tersebut hanya boleh dicairkan setelah melalui proses-proses tertentu, bergantung sama ada si mati ada meninggalkan dokumen wasiat atau tidak.
Selepas harta-harta tersebut dicairkan dan diperoleh, maka waris-waris yang ada atau pentadbir yang dilantik perlu bertanggungjawab untuk menunaikan beberapa perkara/hak yang berikut:
Pengurusan jenazah melibatkan perkara-perkara seperti memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan dan mengebumikan si mati, dan semua ini memerlukan kos yang agak tinggi. Oleh itu, untuk mendapatkan wang dengan segera, waris-waris bolehlah menggunakan wang tunai yang ditinggalkan si mati, atau mengeluarkan wang daripada akaun simpanan si mati menerusi mesin ATM atau perbankan internet (sebelum akaun tersebut dibekukan pihak bank) untuk menampung kos pengurusan jenazah si mati.
Jika si mati ada menyertai khairat kematian sama ada di tempat kerja atau di kawasan kariah (kampung/taman perumahan/masjid/surau), bolehlah berhubung dengan pihak yang bertanggungjawab untuk mendapatkan bantuan tersebut.
Sebab itulah penting untuk bergaul dengan masyarakat setempat dan menyertai khairat kematian yang dianjurkan agar nanti pengurusan jenazah boleh diuruskan dengan baik. Boleh juga semak sama ada si mati ada mencarum polisi insurans/takaful yang membayar manfaat khairat kematian, jika ada maka bolehlah dihubungi agen terlibat untuk menuntut manfaat yang sepatutnya.
Andai kata si mati tidak meninggalkan sebarang wang tunai dan tidak menyertai mana-mana skim khairat kematian, maka waris-warislah yang perlu bersepakat dan keluarkan kos untuk menampung kos pengurusan jenazah tersebut. Kos ini boleh dituntut semula selepas harta pusaka si mati dicairkan semula. Jika tiada waris atau waris pun tidak mampu (fakir), maka tanggungjawab pengurusan jenazah tersebut patut disempurnakan pihak Baitulmal atau masyarakat setempat yang kaya.
Hutang tetap hutang, dan hutang tetap perlu diselesaikan walaupun penghutang telah mati. Oleh itu, pentadbir harta pusaka atau waris-waris perlulah mengenalpasti hutang-hutang si mati dan berusaha untuk menyelesaikan hutang-hutang tersebut menggunakan harta pusaka yang ditinggalkan si mati.
Hutang-hutang yang dimaksudkan di sini bukan sahaja hutang sesama manusia, malah hutang dengan Allah. Hutang sesama manusia adalah seperti hutang wang dengan individu, hutang perumahan dengan bank dan hutang pembelian dengan kedai perabot.
Manakala hutang dengan Allah adalah perkara-perkara seperti zakat, fidyah, kaffarah, nazar dan badal haji yang tidak sempat ditunaikan si mati semasa hayatnya. Contohnya, si mati semasa hayatnya tidak sempat menunaikan ibadat haji, maka waris boleh menggunakan harta pusaka si mati untuk menunaikan badal haji (upah haji) bagi si mati.
Penting bagi setiap orang untuk menyimpan rekod hutang-hutang yang dilakukan supaya memudahkan waris-waris mengesan dan menyelesaikan hutang-hutang tersebut. Hutang-hutang si mati wajib ditunaikan terlebih dahulu sebelum pembahagian harta pusaka di buat.
Malah, digalakkan untuk menyediakan dana khas samaada dalam bentuk wang simpanan atau polisi insurans/takaful untuk membayar hutang-hutang yang masih berbaki apabila telah meninggal dunia nanti.
Selepas hutang-hutang si mati diselesaikan, harta pusaka si mati hendaklah disempurnakan dahulu tuntutan harta sepencarian dan pemberian hibah ke atasnya. Harta sepencarian melibatkan hak pasangan yang sah, manakala hibah adalah pemberian yang dilakukan si mati kepada pihak lain yang dibuat semasa masih hidup.
Pembahagian harta sepencarian boleh dilakukan mengikut pengisytiharan harta sepencarian yang dilakukan secara bersama-sama dan mengikut persetujuan pasangan semasa masih hidup.
Jika tiada pengisytiharan dibuat, tuntutan harta sepencarian boleh dilakukan pasangan dan mahkamah akan menentukan jumlah yang layak dituntut berdasarkan bukti-bukti yang dikemukan dan sumbangan yang telah diberikan sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Hibah merupakan pemberian atau hadiah yang diisytiharkan oleh si mati kepada penerima dengan tujuan kasih sayang atau tanpa mengharapkan apa-apa balasan.
Sesiapa sahaja boleh menjadi penerima, bergantung kepada siapa yang ditentukan si mati, namun beberapa syarat perlu dipenuhi seperti pemberi, penerima, akad dan harta yang dihibahkan.
Harta pusaka yang terlibat dalam kategori harta sepencarian dan hibah tidak termasuk dalam bahagian harta pusaka yang perlu dibahagikan kepada waris-waris secara faraid.
Wasiat adalah amanat pemberian kepada bukan waris dengan syarat jumlahnya tidak melebihi satu pertiga daripada jumlah keseluruhan harta pusaka yang ditinggalkan. Jika si mati ada meninggalkan wasiat yang sah, maka jumlah yang diperuntukkan untuk wasiat tersebut hendaklah dilaksanakan terlebih dahulu.
Wasiat kebiasaannya diberi kepada waris yang bukan faraid, seperti ahli keluarga terhalang waris, ahli keluarga angkat, ahli keluarga bukan Islam dan badan kebajikan. Waris-waris perlulah menerima dengan hati yang terbuka atas wasiat yang telah dibuat si mati.
Selepas dilaksanakan semua perkara #1 hingga #4 di atas, barulah baki harta pusaka yang tinggal dibahagikan kepada waris-waris yang layak mengikut kiraan faraid yang ditetapkan. Pembahagian harta pusaka secara faraid adalah adil dan memberi jaminan bahawa setiap waris yang layak akan menerima bahagian masing-masing.
Jumlah bahagian yang ditentukan pula adalah berbeza, dan semuanya ditentukan olah Allah yang mana mempunyai hikmah dan manfaat di sebaliknya. Sebaik-baiknya, setiap orang wajar mempunyai asas pengetahuan berkenaan pembahagian secara faraid seperti jenis-jenis waris yang layak, bahagian yang layak diterima dan kiraan pembahagian yang sepatutnya.
Dalam pembahagian harta pusaka secara faraid, yang penting adalah sifat berlapang dada dan sikap terbuka setiap waris supaya pembahagian dapat dijalankan dengan mudah dan lancar tanpa sebarang masalah atau pertikaian. Sesungguhnya, faraid merupakan instrumen terbaik dan adil untuk memastikan semua waris mendapat bahagian harta pusaka yang sewajarnya.
SUMBER: JOM URUS DUIT
SUMBER GAMBAR: Pencarian google
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Jika anda tertanya-tanya, “Adakah merah dan merah jambu boleh bersatu?” Jawapannya ringkas, ya! Sudah tentu.
Beberapa kombinasi warna biasanya dikaitkan dengan masa tertentu dalam setahun atau sekitar cuti tertentu. Fikirkan merah dan hijau, oren dan hitam, dan merah jambu dan merah pastinya termasuk dalam kategori itu. Walau bagaimanapun, merah jambu dan merah boleh (dan harus!) dipakai sepanjang tahun, bukan hanya sekitar pertengahan Februari.
Itu kemudian menimbulkan persoalan… bagaimana anda memakai merah jambu dan merah bersama-sama? Iaitu, bagaimana anda memakai merah jambu dan merah tanpa kelihatan seperti anda berada di bagunan bersejarah di Melaka.
Sebelum masuk bab memadankan kedua-dua warna ini, mari kita bercakap tentang psikologi di sebalik merah jambu dan merah.
Merah adalah warna yang paling hidup dan berkuasa pada spektrum, sentiasa bergerak dan menuntut pengiktirafan. Ia menyampaikan mesej kuasa, kehadiran dan keghairahan. Adakah ia sesuai untuk warna pertemuan pertama? Mungkin coletan gincu, ya, tetapi merah boleh terlalu ke hadapan untuk pertemuan pertama. Lebih dalam warna merah, lebih selamat ia sebagai pilihan pertemuan pertama. Fikirkan beri, burgundy atau merah bata.
Bagi merah jambu, mesej dan makna berbeza-beza bergantung pada keceriaan atau redam warna merah jambu. Merah jambu lembut dan terang diterjemahkan sebagai mesra, mudah didekati dan boleh dipercayai. Merah jambu terang membawa kekuatan merah tetapi diterjemahkan sebagai penyayang yang menyeronokkan, bertenaga dan lebih mudah didekati.
Melabur dalam pakaian merah berani. Merupakan ruji almari pakaian klasik dan serba boleh. Pastikan item lain neutral dalam krim atau kelabu. Kemudian, bawakan warna merah jambu dengan perhiasan anda, sama ada rantai atau anting-anting.
Apabila mencampurkan merah dan merah jambu, tampilkan sama ada terang sepenuhnya dengan merah jambu panas dan merah elektrik atau bergerak ke arah ton yang diredam seperti merah jambu lembut. Kekal dalam alam tepu yang sama.
Untuk dos warna yang halus, pakai tudung bercorak dalam ton merah jambu dan merah. Cuba sama ada pengilat kuku merah jambu atau kuku merah. Selesaikan penampilan anda dengan gincu merah berani atau gincu merah jambu terang.
Petua pakar: Jangan takut untuk mencampurkan dua warna pada bibir merah jambu dengan kuku merah dan sebaliknya.
Jika anda ingin membawa kombo warna berani ini ke pejabat yang konservatif, inilah idea… Taburkan merah jambu dan merah ke dalam almari pakaian kerja anda dengan bahagian atas lembayung muda dan kasut merah bata dalam serta beg tangan. Dalam erti kata lain, pilih warna yang lebih hangat daripada versi berani merah dan merah jambu. Pilihan lain ialah bekerja dalam neutral seperti tentera laut.
Apabila anda memasangkan dua warna tepu, fikirkan tentang menjadikan dua pertiga daripada rupa anda satu warna dan satu pertiga lagi warna lain. Pakaian yang disekat warna merah dan merah jambu ini adalah contoh yang bagus untuk itu. Perkadaran penyekatan warna ini berfungsi lebih baik daripada pemisahan warna 50/50.
Untuk malam temu janji, pakai t-shirt merah dan merah jambu dengan denim. Tambahkan barang kemas, beg dan kasut tumit yang menyeronokkan. Yazzz I’m ready!
Berani dengan warna menyekat blaus dan skirt. Atau, lebih baik lagi, pertimbangkan pakaian yang telah melakukan penyekatan warna untuk anda seperti yang ini atau yang ini! Aksesori berkilat, solekan mata kucing dan bibir merah tebal atau bibir merah jambu melengkapkan penampilan!
Kebanyakan warna berada di bawah salah satu daripada dua kategori berdasarkan nada mereka. Warna hangat mempunyai rona kekuningan, dan warna sejuk mempunyai warna biru. Dari segi merah jambu, warna pertama diterjemahkan kepada warna pic dalam keluarga pastel dan warna seperti karang panas pada bahagian yang lebih jelas.
Yang terakhir condong lebih ke arah ungu. Walau bagaimanapun, pertaruhan paling selamat apabila memikirkan idea pakaian monokrom adalah mengekalkan warna merah jambu anda dalam keluarga nada yang sama. Dengan cara ini anda boleh bekerja dengan hujung bertentangan spektrum terang/gelap dan kelihatan disatukan dengan sempurna.
Padankan bahagian atas renda merah jambu muda, dengan skirt midi dalam warna pelengkap. Atau, pertimbangkan cami sutera dalam warna merah jambu neon. Tee merah jambu yang mengejutkan juga akan menambah keseimbangan kasual pada seluar labuci rona merah.
Jangan lupa tentang pakaian! Lengkapkan penampilan anda dengan aksesori seperti tali pinggang, beg dan kasut dalam warna merah jambu yang melengkapi atau kontras.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.