Umat Islam dituntut untuk melakukan qunut nazilah di dalam solat sekiranya berlaku keburukan atau musibah tertentu yang berkaitan dengan umat Islam. Lebih-lebih lagi sekiranya para pemerintah telah mengeluarkan arahan untuk dibacakan qunut nazilah di dalam solat.
Tuntutan ini adalah berdasarkan beberapa nas dan riwayat, antaranya seperti yang disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A beliau berkata :
Maksudnya : Ketika Nabi S.A.W sedang mengerjakan solat isya’ sebaik sahaja baginda membaca سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ kemudian terus membaca doa sebelum baginda sujud dengan sebutan : Ya Allah, selamatkan lah ‘Ayyash bin Abi Rabi’ah, Ya Allah, selamatkan lah Salamah bin Hisyam. Ya Allah, selamatkan lah Al-Walid Ibn al-Walid. Ya Allah, selamatkan lah golongan yang tertindas dari kalangan orang beriman. Ya Allah, Kau beratkan lah hukuman-Mu ke atas suku kaum Mudhar. Ya Allah, jadikanlah ia seperti tahun-tahun Yusuf (tujuh tahun yang penuh kesulitan).
Riwayat Al-Bukhari (122)
Imam Al-Khattabi dalam syarahan beliau ke atas hadis ini menyatakan : ‘’Antara fekah daripada hadis ini adalah mengisbatkan bacaan qunut pada selain solat witir. Hadis ini juga menunjukkan bahawa mendoakan sesuatu kaum dengan menyebutkan nama-nama mereka serta nama bapa-bapa mereka tidak membatalkan solat. Demikian mendoakan keburukan ke atas golongan kuffar dan golongan yang zalim tidak merosakkan solat’’. Rujuk Ma’alim al-Sunan, Al-Khattabi (1/288).
Ads
Demikian juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A beliau berkata :
أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَنَتَ شَهْرًا يَلْعَنُ رِعْلاً وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ عَصَوُا اللَّهَ وَرَسُولَهُ
Ads
Maksudnya : Sesungguhnya Nabi S.A.W telah melakukan qunut selama sebulan dan baginda melaknat Ri’l, Zakwan, dan ‘Ushoyyah yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya.
Riwayat Muslim (677)
Justeru, hadis-hadis di atas ini jelas menganjurkan bacaan qunut nazilah di dalam solat yang dibaca semasa i’tidal pada rakaat solat yang terakhir. Selain dari mendoakan keburukan ke atas musuh-musuh Islam yang telah melakukan kejahatan dan menyakiti umat Islam, qunut nazilah juga dituntut sekiranya berlaku wabak penyakit atau bencana yang menimpa umat Islam. Imam Al-Nawawi berkata : ‘’Disyariatkan qunut dalam kesemua solat fardhu disebabkan nazilah (kejadian tertentu yang berlaku) dan bukanlah (ia dibaca) secara mutlak (yakni tanpa sebarang sebab)’’. Rujuk Minhaj Al-Thalibin, Al-Nawawi (1/222).
Ads
Manakala Imam Ibn Hajar al-Haitami dalam mensyarahkan kata-kata Imam Al-Nawawi di atas beliau berkata : ‘’Sama ada nazilah (kejadian yang berlaku) itu bersifat umum atau pun perkara khusus yang melibatkan masyarakat umum yang mana kemudharatannya akan melibatkan umat Islam seperti wabak dan juga taun, demikian juga hujan lebat yang memudharatkan’’. Rujuk Tuhfah al-Muhtaj, Ibn Hajar al-Haitami (2/68).
Dalam isu perkara-perkara yang membatalkan solat pula, seperti yang disebutkan oleh para fuqaha antaranya adalah berkata-kata dengan sengaja. Meskipun begitu, kita perlu jelas bahawa perkataan yang membatalkan solat itu adalah perkataan yang tidak ada kaitan dengan solat. Ini kerana, solat itu sendiri dari sudut definisinya merujuk kepada ucapan-ucapan dan perbuatan-perbuatan yang dimulakan dengan takbir dan diakhiri dengan salam. Ini menunjukkan di dalam solat juga ada ucapan-ucapan yang meliputi bacaan al-Quran, zikir, dan juga doa. Justeru, dapat difahami bahawa selama mana sesuatu ucapan itu berkaitan dengan solat, maka ini tidak termasuk dalam perkara yang membatalkan solat.
KESIMPULANNYA
Doa-doa yang dibaca oleh para imam ketika bacaan qunut nazilah, sama ada yang menyebutkan nama-nama bagi penyakit tertentu, atau nama individu, atau nama-nama negara umat Islam yang tertindas, maka ini kesemuanya tidak membatalkan solat kerana ia termasuk dalam bahagian doa yang dibenarkan di dalam solat.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Untuk kekal istiqomah dalam melakukan sesuatu perkara memerlukan kecekalan dan tekad yang kuat dalam diri. Tidak mudah untuk istiqomah, tidak kiralah dalam apa jua perkara kerana faktor sekeliling kadangkala boleh mempengaruhi diri seseorang individu.
Ramai yang berubah hati dan tidak istiqomah dek kerana terpengaruh dengan rakan-rakan terdekat. Jangan begitu. Ketahuilah bahawa untuk melakukan kebaikan memang punya banyak halangan. Nak kekal istiqomah, cuba baca perkongsian yang dikongsi oleh Leya Sari menerusi laman Facebooknya.
Menurutnya, pastikan sentiasa membawa Al-Quran ke mana sahaja dan baca. Jangan hanya setakat bawa sahaja. Ada 4 perkara penting yang perlu anda tahu. Ayuh baca perkongsiannya.
Jangan tinggal Al-Quran, make sure Quran sentiasa dengan kita bawak Quran macam bawa handphone dan BACA. Kalau takat bawak tapi tak baca tu baik ISTIREHAT. #UstazCakap
Foto: Facebook Leya Chinta
1. Jangan tinggal Al-Kahfi (lepas Subuh and lepas Asar: Ayat 1-10 & 101-110)- Ilmu ni saya dapat dalam Kuliah Ustaz Wadi
2. Jangan tinggal Al-Waqiah (lepas Asar) dan jangan tinggal Al-Mulk (lepas Isyak atau lepas witir) – Ilmu ni saya dapat dalam Kuliah Ustaz Jafri Mahmood, Ustaz Ahmad Dasuki
3. Jangan tinggal baca Sayyidul Istigfar setiap kali lepas Subuh and lepas Asar – Ilmu ni juga saya dapat dari Kuliah Ustaz Jafri Mahmood
4. Kalau FREE lepas atau sebelum Dhuha amalkan Surah Ar-Rahman (ni ikut saya sendiri sebab jatuh cinta dengan Surah Ar Rahman)
Saya combinekan ilmu yang saya dapat. 3 surah wajib ni saya baca setiap hari. Amalkan selama 60 hari, tengoklah perubahan diri, Allah akan dorong satu persatu InsyaAllah.
Istiqomah Dalam Mencari Jodoh
Setiap orang memiliki garis hidup masing-masing. Tinggal bagaimana kita berusaha dan berikhtiar kerana tidak ada usaha yang sia-sia. Sebagai seorang yang beriman, harus kita yakin bahwa hanya Allah SWT yang menentukan jodoh kita. Jangan merasa iri melihat keberuntungan jodoh yang dimiliki orang lain sedangkan kita merasa jodoh tak kunjung tiba. Percayalah, bahawa kita dilahirkan bersama dengan ketetapan jodoh yang terbaik menurut Allah SWT. Tapi mengapa tetap jodoh tak kunjung tiba?
“Barangsiapa yang menunjuki kepada kebaikan maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya” (HR. Muslim no. 1893).
Terdahulu, Malaysia digemparkan dengan seorang lelaki kelainan upaya (OKU) dari Perak yang mahu berjalan kaki menunaikan ibadah umrah. Bagaimanapun, di pertengahan perjalanan dipertemukan dengan dermawan yang sanggup membiayai dan mempermudahkan urusan beliau menunaikan ibadah umrah.
Kali ini, dunia sekali lagi digemparkan dengan kegigihan seorang lelaki dari Kerala, India yang telah berjalan kaki sejauh 8,640 kilometer dan mengambil masa selama satu tahun 5 hari menuju tanah suci untuk menunaikan ibadah haji.
Lelaki berkenaan yang juga seorang Youtuber dikenali sebagai Shihab Chottur telah memulakab perjalanan dari negara asalnya iaitu Kerala, India sejak 2 Jun tahun lalu lagi.
Memetik laporan Times Now News, Hijabista difahamkan bahawa perjalanan solo yang dilakukan Shihab melalui sebanyak empat negara iaitu Pakistan, Iran, Iraq dan Kuwait.
Setelah merentasi empat buah negara berkenaan, akhirnya Shihab tiba di negara destinasinya, iaitu negara yang menempatkan Kota Suci bagi seluruh umat Islam iaitu Arab Saudi.
Justeru, sebaik tiba di Arab Saudi Shihab dijangka akan menuju ke Madinah dan menetap di sana selama 21 hari untuk menziarahi kota tinggalan kekasih Allah, Rasulullah SAW.
Kemudian, Shihab akan berjalan kaki ke Kota Suci Mekah dan menepuh perjalanan sejauh 440 km dalam jangka masa sembilan hari dan menunaikan ibadah haji bersama ibunda tercinta, sebaik sahaja ibunya, Zainaba, tiba dari Kerala.
Sekadar info, terdahulu media pernah melaporkan, misi sama dilakukan oleh seorang lelaki dikenali sebagai Adam Muhammad yang menempuh perjalanan sejauh 6,500km dengan berjalan kaki dari rumahnya di Wolverhamppton, England ke Mekah.
Adam yang memulakan perjalanan pada Ogos 2021 mengambil masa selama 11 bulan dan tiba di Tanah Suci Julai 2022 bagi menunaikan haji di usia 52 tahun.
Transformasi selebriti dan pempengaruh Internet, Norreen Iman yang kini tampil sopan berhijab undang pujian peminat. Dalam pertemuan baru-baru ini, Norreen mengakui hatinya terbuka sendiri dan keputusan itu mendapat sokongan suami.
Tambah manis dan jelita, Norreen atau nama sebenarnya Norreen Iman Abdullah, 30, memaklumkan penghijrahan yang dilakukan itu adalah secara sukarela dan bukan kerana mencari perhatian.
Yakin bahawa dirinya masih sama kecuali imej saja yang bertukar, Norreen turut berusaha memperbaiki cara percakapannya agar lebih berhemah.
Bila dah berhijab dan menutup aurat sepenuhnya, tersekat tak agaknya peluang kerja Norreen dalam bidang seni? Tonton video temu bual ini…
Noreen ketika ditemui di majlis Glam Lebaran Nona yang berlangsung di Glamhall Damansara, Petaling Jaya, sempat berkongsi bahawa perubahan penampilannya itu turut diterima baik oleh suami.
“Suami manalah yang tak suka tengok isteri dia bertutup-litup, dia gembira dan sentiasa sokong Norreen tak kira Norreen macam mana, dia okay sahaja.
Sebab dia bukan jenis lelaki yang banyak cakap, dia tengok kita atas bawah cantik, dia okay, tapi apa pun Norreen tahu dia gembira dan Norreen pun gembira, sama-sama ke arah lebih baik,” kongsinya kepada Gempak.
Bijak rebut peluang bisnes, Pengasas Leeyanarahman kini gigih jual tiramisu viral dan baju raya haji dalam satu masa.Kagumnya dengan kerajinan usahawan fesyen Muslimah, Nur...