Sebelum anda tidur, apa yang akan anda lakukan? Kalau ikutkan trend sekarang, pasti sebelum tidur anda akan sroll IG dan FB dulu kan?
Apa kata selepas ini ubah kebiasaan anda daripada scroll IG dan FB kepada bacaan 5 ayat Al-Quran ini? Bukan sahaja dapat pahala, malah anda juga akan mendapat kebaikan di sebalik setiap ayat yang anda bacakan.
Hijabista senaraikan 5 ayat Al-Quran yang elok dibaca sebelum anda tidur.
1. Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq & An-Naas
Aisyah r.a. berkata:
Ads
“Nabi Muhammad s.a.w ketika berada di tempat tidur pada setiap malam, beliau mengumpulkan kedua telapak tangannya, lalu kedua telapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Naas. Kemudian beliau mengusap kedua tapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau bermula dari kepala, wajah dan tubuh bahagian depan. Baginda melakukan sebanyak tiga kali.”
2. Ayat Kursi
Allah S.W.T akan membuka pintu rahmat baginya serta memelihara dan menjaganya sepanjang tidur hingga Subuh.
Ads
3. Dua Ayat Terakhir Daripada Surah Al-Baqarah
Berdasarkan sabda Rasulullah, “Barangsiapa membaca dua ayat tersebut pada malam hari, maka dua ayat tersebut telah mencukupkannya.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
4. Surah Al-Kafirun
Berdasarkan sebuah hadis yang mengisahkan Rasulullah s.a.w mengajar sahabat Naufal untuk membaca surah Al-Kafirun sebelum tidur. – Hadis Riwayat Abu Dawud, Ahmad dan At Tirmidzi.
Ads
5. Surah Al-Mulk dan As-Sajadah
Hal ini berdasarkan sahabat Jabir bin Abdillah, beliau berkata, “Tidaklah Rasulullah s.a.w tidur sampai baginda membaca alif lam mim tanzilus sajdah (surah As-Sajadah) dan tabarokalladzi biyadihil mulk (surah Al-Mulk).” – Hadis Riwayat Bukhari
Begitu banyak manfaat yang diperoleh sekiranya kita mengamalkannya sebelum tidur. InsyaAllah anda akan terasa manfaatnya jika diamalkan setiap hari. Cubalah…
Perkahwinan merupakan ikatan antara lelaki dan wanita melalui akad nikah dan ijab kabul. Dalam sebuah perkahwinan yang dibina tentunya ada ujian dan cabaran yang perlu dilalui.
Tinggal hanya bagaimana kita mengendalikan sebuah perkahwinan itu dengan baik atau pun sebaliknya.
Perkahwinan adalah sebahagian daripada liku-liku kehidupan yang dilalui oleh kebanyakan umat manusia. Dalam perkahwinan juga terdapat makna tersirat, kebaikan, faedah dan hikmah yang ditentukan oleh Allah SWT.
Demi menjaga keharmonian dalam rumah tangga sikap tolak ansur itu amat penting. Tidak akan bahagia rumah tangga bila salah seorang mementingkan diri sendiri sehingga akhirnya menjadi pencetus hambarnya hubungan suami isteri.
Agar kebahagiaan dalam rumah tangga terus subur dan mekar, sama ada suami atau pun isteri, masing-masing mesti selalu ‘memberi.’
Kekerapan melakukan aktiviti bersama mampu menjadikan hubungan suami isteri itu semakin utuh.
Berikut perkongsian Imam Muda Hassan di laman Facebooknya.
Tak Sangka Suami Isteri Yang Naik Motor Bersama Semakin Terasa Kehangatan Cinta
Selalu kita tengok di Lembah Klang ni ada beberapa pattern:
1. Suami isteri naik kereta sekali, sebab sama tempat kerja
2. Suami isteri naik kereta sekali, suami hantar isteri dulu sebab berlainan tempat kerja
3. Suami isteri naik kereta berasingan
4. Suami isteri naik motor sebab nak elak jem
5. Suami isteri naik motor sebab tak mampu beli kereta lagi
6. Suami isteri naik motor sebab hobi suka riding
.
Agak-agak anda yang mana satu?
Sebenarnya suami isteri yang selalu naik motor sama-sama lebih kuat perasaan cinta sebab:
1. Lebih rapat hubungan, bukan sekadar berpelukan di rumah, bahkan di jalanraya juga berpelukan. Hormon cinta semakin bercambah.
2. Isteri yang sanggup naik motor dengan suami kebiasaannya bukan jenis memilih. Dia terima seadanya keadaan suami. Ni jenis isteri yang setia.
3. Terasa seperti pasangan remaja. Sentiasa terasa muda. Ini boleh menjadikan hubungan suami isteri last longer
So, kalau kita lihat pasangan suami isteri yang naik motor, panas hujan bersama, sebenarnya banyak kebaikan buat mereka. Cukup kita doakan mereka selamat dalam perjalanan.
Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Seorang mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik budi pekertinya, dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik pada isterinya.” (Riwayat Al-Tirmidzi)
ENAM AMALAN SUAMI ISTERI YANG ADA KEBAIKAN DARI SEGI PSIKOLOGI DAN SAINTIFIK
ISTERI SALAM DAN CIUM TANGAN SUAMI
Isteri yang salam, cium dan peluk suami selama 10 saat setiap pagi menghasilkan banyak “hormon endorfin”.
Hormon endorfin ini dapat membantu isteri turun berat badan dan mengurangkan keresahan. Tak perlu ubat atau tahan lapar kalau nak kurus, beri suami sentuh anda dah cukup. Lebih kerap lebih baik, kurus dapat pahala pun dapat..
.
TIDUR BAWAH KETIAK SUAMI
Isteri yang ada masalah tidur boleh cuba cara ini, kerana tidur di bawah ketiak suami boleh beri anda tidur yang lena dan tenang kerana adanya “Hormon Bau Phero”. Bukan itu sahaja bau phero suami dapat meredakan stress ada sepanjang hari buat kerja rumah. Cubalah, dapat pahala lagi..!
JANGAN MALU MANDI BERSAMA
Mandi bersama suami isteri yang sah adalah sunnah dan dapat pahala. Selain dari itu proses mandi yang mesra dan intim dapat mengurangkan stress isteri dan suami.
Bukan sahaja dapat dibersihkan bahagian belakang badan malah dari segi saintifik proses mandi bersama akan membuat jantung lebih sihat.
.
JANGAN TAKUT KENTUT DEPAN PASANGAN
Suami jadi yakin setia bersama isteri apabila pertama kali nampak dia kentut. Suami yakin berkompromi dengan “bencana” apa pun bersama isterinya selepas ini. Suami isteri merasa lebih bebas melakukan apapun. Kerana hubungan yang sihat dalam keluarga asasnya adalah ketulusan dan kepercayaan. Wanita selalu ingin tampil cantik. Lelaki selalu ingin tampil gagah. Satu kentut tidak akan mengubah keadaan itu menjadi sebaliknya.
SUAMI PELUK DAN CIUM ISTERI
Ramai suami yang tidak tahu tapi setiap pelukan mesra suami dapat mengeluarkan “hormone oxytocin” ia mampu membuatkan isteri rasa bersemangat dan bertenaga. Setiap sentuhan suami di pipi, pinggang, peha dan punggung dapat buat isteri kembali bertenaga walaupun setelah seharian bekerja.
.
SOLAT BERJEMAAH SELALU
Lalukan solat berjemaah bersama sekerap yang boleh. Kerana satu jaminan yang kita boleh beri pada isteri iaitu kita mahu bawa mereka ke syurga bersama. Solat berjemaah juga mengeratkan silaturrahim dan buat isteri lebih taat dan setia pada suami yang memimpin mereka ke jalan Allah.Suami layanlah isteri macam RATU, barulah rezeki yang datang macam RAJA.
Setiap pagi bagi isteri anda ketenangan, kekuatan dan semangat dengan pelukan dan ciuman di pipi mereka. Jangan terkejut lepas ini isteri jadi SUPERGIRL di rumah, comfirm lepas tu rezeki yang datang pun macam SUPERMAN.
Sumber kredit: Instagram Imam Muda Hassan Adli
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Segala urusan jodoh, maut dan rezeki itu terletak di tangan Allah. Kita hanya merancang dan Tuhan jua yang menentukan. Namun sebagai hambaNya, kita juga digalakkan untuk berusaha dan selebihnya terpulang pada Maha Pencipta. Begitu juga dengan soal jodoh. Kita boleh mengamalkan beberapa usaha dan antaranya dengan mengamalkan bacaan Surah Yasin potongan ayat ke 36.
Ayat ini jika adalah Doa Pengasih yang diamalkan dan digunakan secara istiqamah bagi mereka yang belum bertemu jodoh dengan niat baik. Insya-Allah dengan izin Yang Maha Esa akan dipertemukan dengan insan yang baik.
Bacaan Surah Yasin ini dari potongan ayat ke 36 ini dibacakan oleh Nur’Ain Mahmedkhan dengan bacaan tersendiri sebagai kempen sempena penganjuraWorld #QuranHour oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas tahun lalu.
Maksud ayat ini:
Katakanlah: “Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasang-pasangan; sama ada daripada apa yang ditumbuhkan oleh bumi, atau daripada diri mereka sendiri, ataupun daripada apa yang mereka tidak mengetahuinya”.
Wallahualam
p/s: Bacaan ayat Al-Quran oleh model Nur’Ain Mahmedkhan, ini adalah sempena menyokong kempen World #QuranHour yang dianjurkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas. Ustaz Mohamad Amiro yang turut menyokong video ini dan berkata mudah-mudahan memberi semangat kepada orang lain untuk turut mengaji. Salah silap sedikit itu adalah biasa dalam bacaan dan jika sudah belajar, insya-Allah sebutan akan semakin lancar.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sedar tak sedar, sudah lebih setahun pelakon jelita dan juga suri hati kepada aktor Harris Alif iaitu Intan Nurladyana Muhammad Yahaya, 41 atau lebih dikenali dengan panggilan Intan Ladyana tampil dengan penampilan bertudung serta menutup aurat.
Masih segar di ingatan Hijabista, saat pertama kali pelakon itu memuat naik sekeping gambarnya memakai hijab menerusi laman Instagram pada Oktober tahun lalu, lantas membuatkan ramai yang teruja melihat perubahan imej ibu kepada Eviee Khadeeja itu.
Malah ketika itu, ruangan komen Intan dihujani dengan komen-komen positif ang mendoakan agar pelakon yang pernah membintangi filem Adnan Sempit Sawadikap ini kekal istiqamah dengan imej sopan berkenaan.
Tampil cantik berhijab, kini penampilan Intan masih lagi menjadi tumpuan serta sorotan wargamaya hingga followers mencecah jutaan pengikut.
Berbicara mengenai penghijrahannya itu, isteri kepada pelakon Hariss Aliff ini menyatakan bahawa dia perlu menjadi lebih peka dan memilih dalam menerima tawaran berlakon. Hal ini kerana, perubahan imejnya harus selari dengan jenis watak yang akan dilakonkan.
Bagi saya, tidak ada apa-apa isu sekiranya saya bersifat selektif kerana kebanyakkan artis hari ini sudah memakai hijab dan banyak yang menerima tawaran berlakon. Jadi, saya tidak menjadikan itu sebagai halangan.
Menurutnya, dia bukan sahaja harus memilih tawaran berlakon kerana perubahan imejnya itu, malah juga disebabkan statusnya sebagai seorang isteri dan ibu yang semestinya mempunyai batasan.
Apabila disoal mengenai perkembangan rumah tangganya, Intan teruja menyatakan bahawa segalanya dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Malah, banyak perkara yang dipelajari sejak dikurniakan puteri sulungnya, Eviee Khadeeja.
“BANYAK BENDA YANG SAYA BELAJAR WALAUPUN SELAMA INI SAYA INGAT SAYA DAH TAHU, SETIAP HARI PASTI ADA BENDA BARU YANG SAYA BELAJAR. SEMUANYA BAIK-BAIK BELAKA.”
Untuk rekod, pasangan Intan dan Harris mendirikan mahligai cinta bersama pada 5 Februari 2021 di Kuala Lumpur.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari majalah NONA
Masalah wanita berhijab seperti rambut leper, kulit kepala berbau dan jerawat boleh diatasi dengan solusi mudah. Ketahui 7 cara praktikal untuk kekal segar dan yakin setiap hari.