Sambal Kuah Kacang antara menu wajib yang perlu ada di pagi raya. Sedap dimakan bersama ketupat nasi mahupun ketupat pulut. Ada juga yang gemar mencicahnya dengan lemang.
Rahsia Sambal Kuah Kacang yang sedap mestilah seimbang rasa masam, manis, masin dan pedasnya. Sebenarnya ada rahsia untuk menjadikan Sambal Kacang jadi lebih sedap. Caranya ialah dengan menambah daging di dalamnya. Jom kita cuba resipi Sambal Kacang Daging yang dikongsikan oleh Asrinna Bakri ini.
RESEPI SAMBAL KACANG DAGING
BAHAN-BAHAN:
½ kg kacang tanah
½ kg daging lembu. Rebus dan hiris jangan terlalu tipis.
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai
2 sudu makan udang kering (boleh juga guna udang geragau)
1 cawan cili kisar
2 sudu kicap manis (optional)
Air asam jawa
Gula melaka
Gula putih
CARA MEMBUAT:
1. Goreng kacang tanah dalam minyak. Angkat dan sejukkan kemudian kisar kasar.
TIP: Kacang tidak perlu dibuang kulit. Goreng dengan api perlahan sehingga sedikit keperangan tetapi hati-hati supaya kacang jangan sampai terlebih goreng kerana nanti akan ada rasa pahit. Rasa pahit itu nanti akan mempengaruhi rasa kuah dan kurang enak.
Ads
2. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas dan udang kering.
3. Panaskan minyak anggaran 3 senduk besar dan masukkan bahan kisar halus bersama cili kisar. Goreng sehingga cili masak pecah minyak.
Ads
4. Masukkan kacang tanah dan air rebusan daging secukupnya. Selepas itu masukkan pula daging. Masak sehingga mendidih.
Ads
5. Masukkan gula melaka, gula pasir, air asam jawa, kicap dan garam secukup rasa. Kicap hanya untuk menambah warna.
6. Teruskan masak sehingga minyak timbul di permukaan dan kuah menjadi pekat. Bolehlah dihidangkan bersama nasi impit.
NOTA: Kalau kisar kacangnya, jangan pula terlalu halus, nanti hilang pula kepuasan ketika menikmatinya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Sedapnya kalau dapat hirup secawan teh herba, lagi-lagi sewaktu pagi hari atau sewaktu hujan. Memang sangat menyenangkan! Teh herba bukan sahaja menyenangkan dan menghangatkan tubuh badan, malah ia juga mempunyai banyak khasiat yang tersembunyi.
Teh adalah minuman biasa dua pertiga penduduk di dunia. Ia dibuat dari Camellia sinensis, juga dikenal sebagai tanaman teh, yang telah ditanam selama ribuan tahun kerana rasa dan khasiat perubatannya.
Teh herba pula adalah infus yang dibuat dengan pembuatan ramuan, buah kering, daun, bunga, atau tunas dari tanaman selain Camellia sinensis. Berbeza dengan teh biasa, teh herba mempunyai lebih banyak khasiat dan kelebihan. Berikut merupakan beberapa contoh teh herba yang patut anda cuba serta khasiatnya yang tersendiri:
Kamomil (chamomile) ialah sejenis herba yang berasal daripada bunga dari keluarga bunga daisi. Ia boleh diekstrak menjadi minyak atau teh yang boleh disapu pada badan serta diminum.
Kelebihan teh herba ini ialah ia dipercayai mempunyai kesan menenangkan. Bahkan, ianya digunakan oleh mereka yang mengalami gangguan tidur dan gangguan mental.
Kajian yang dijalankan ke atas 34 pesakit insomnia mendapati bahawa meminum teh chamomile ini dua kali sehari membantu merawat masalah tidur. Selain itu, teh jenis ini juga mempunyai ciri antibakteria, antivirus, dan anti-radang yang dipercayai dapat melindungi organ hati.
Teh pudina dibuat dengan mengekstrak daun pudina dan digunakan sebagai salah satu minuman herba yang paling terkenal di dunia. Kandungan antioksidan tumbuhan ini dipercayai dapat meningkatkan sistem penghadaman dan kesihatan pencernaan.
Tambahan itu, menurut kajian makmal yang dijalankan, teh peppermint atau pudina ini dipercayai boleh merehatkan usus serta perut yang mengalami masalah-masalah berkaitan. Kesannya, minuman ini mungkin dapat merawat masalah seperti senak, ketidakhadaman, sakit perut, loya, muntah, dan pedih ulu hati.
Siapa sahaja yang tidak mengenali bunga raya, bunga kebangsaan Malaysia, kan? Bunga raya kebiasaannya menjadi tanaman hiasan yang biasa dilihat di halaman rumah. Namun, anda perlu tahu bahawa bunga raya juga boleh diminum sebagai teh.
Khasiat bunga raya yang dijadikan teh sememangnya menjadi salah satu bentuk olahan yang popular. Sebenarnya bunga raya telah digunakan sebagai tumbuhan herba yang telah wujud sejak ratusan tahun dahulu.
Menurut kajian, ekstrak herba ini mungkin mampu melawan strain virus selesema burung. Namun tahap keberkesanannya masih belum disahkan. Bahkan di negara-negara Afrika pula, ramuan bunga raya ini sering digunakan untuk menurunkan suhu badan semasa demam, merawat penyakit jantung, dan melegakan sakit tekak.
Echinacea adalah sejenis herba yang juga berasal daripada bunga dan biasa diekstrak menjadi teh untuk diminum bagi mendapatkan manfaat kesihatan tertentu. Ia juga dikenali sebagai “purple coneflower”.
Antara khasiat teh herba ini adalah dikatakan mampu menguatkan sistem imun tubuh badan lantas membantu melawan sebarang jangkitan atau penyakit. Menurut pelbagai kajian, dipercayai bahawa pengambilannya mampu memendekkan tempoh jangkitan penyakit demam atau selesema yang biasa.
Bukan itu sahaja, ia juga dikatakan mampu melegakan sakit tekak serta hidung yang tersumbat dengan hingus. Jadi kalau anda mengalami gejala biasa penyakit demam atau selesema, cepat-cepat la menghirup teh ini ya!
Rooibos adalah sejenis herba yang berasal dari Afrika Selatan. Ianya biasa digunakan sebagai teh herba untuk menyihatkan badan. Antara kebaikan teh herba ini adalah sangat baik untuk tumbesaran, perkembangan dan ketumpatan tulang.
Menurut kajian, teh herba rooibos boleh merangsang sel-sel yang terlibat dalam proses ketumpatan tulang dalam tubuh manusia. Teh herba rooibos juga dipercayai mampu membantu dalam merawat masalah batu karang dalam buah pinggang, namun ia masih memerlukan kajian lanjut.
Seperti yang kita sedia maklum, pelakon wanita Malaysia berketurunan Cina, yang pernah popular menerusi watak Lucy dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu pada era 1990-an kini telah memeluk agama Islam sebaik bergelar isteri kepada pelakon veteran, Sabri Yunus.
Ardini Angeline Tan merupakan nama Islam yang dipilih oleh Sabri sendiri khusus buat isteri tercinta apabila mereka selamat diijabkabulkan pada 14 Oktober lalu.
Mengulas lanjut tentang bagaimana dia mempelajari Islam sebagai seorang saudara baharu, Angeline mendedahkan bahawa ia bukan perkara yang mudah. Namun, bebrsyukur kerana dikelilingi oleh insan-insan baik yang sudi berkongsi ilmu agama bersama dirinya.
Jelasnya lagi, dek kerana jadual tuntutan kerja yang mulai padat, dia belum sempat untuk menghadiri mana-mana kursus agama untuk memantapkan iman sebagai seorang mualaf.
“Sebenarnya selama ini, abang Sabri adalah ustaz Angeline. Dia yang bimbing Angeline. Saya belum lagi sempat hadiri kursus agama.
“Tapi saya banyak belajar dari abang, orang sekeliling dan juga ustaz-ustaz lain yang abang kenal dan mereka banyak beri ilmu kepada saya.
“Malah, abang selalu ada masa untuk terangkan kepada saya tentang konteks-konteks dalam Islam. Jadi buat masa ni, saya belajar dengan ustaz Sabri Yunus dulu,” jelasnya sambil senyuman manis terukir di bibir.
Angeline berkata demikian ketika ditemui team NONA pada majlis resepsi perkahwinan yang ketiga, berlansung di Rose Hall, Glo Damansara Mall pada Ahad lalu.
Menurut Angeline, pada awalnya dia tidak berhasrat untuk segera menukar imej sekarang kepada imej wanita muslimah. Namun, setelah memahami konsep menutup aurat dalam Islam, dia mula terbuka hati untuk berhijab.
“Masa saya mula hendak memeluk Islam, saya tidak merancang untuk memakai tudung. Kemudian setelah saya pelajari tentang hijab dan melihat manfaat berhijab dan mengapa dia diwajibkan. Jadi saya tertarik untuk mengenakan hijab.
“Angeline baru memeluk Islam dan masih belajar tentang akhlak, saya percaya netizen-netizen sangat baik dan memahami serta memberi ruang kepada Angeline untuk mendalami Islam.
“Lagi satu Angeline harap, orang jangan campur aduk Angeline Tan dengan watak. Angeline minta sangat memahami Angeline. Kita ada tuntutan kerja yang perlu dilunaskan terlebih dahulu,” jelasnya.
Hijabista mendoakan agar Ardini Angeline Tan dipermudahkan segala urusan untuk mendalami agama Islam, seterusnya kekal istiqamah dalam pemakaian hijhab hingga akhirnya mampu menutup aurat dengan sempurna dan memenuhi keperluan syariah!
Ketika anda membeli sabun mandi, adakah anda asal beli saja dalam memilih sabun? Banyak pilihan produk sabun mandi yang berada di pasaran, dari jenama seperti LUX, Biore, Dove, hingga Lifebuoy yang sudah tidak asing lagi di telinga kita. Banyaknya pilihan seringkali membuat kita bingung dalam memilih produk yang terbaik dan yang paling sesuai untuk kita.
Mengulas mengenai cara memilih sabun mandi, dan memberikan cadangan produk yang bagus, yang boleh anda pilih sesuai dengan keperluan anda. Semak ini dan semoga ada yang sesuai dengan anda!
Sabun mandi yang tersedia ada banyak pilihan yang bervariasi. Anda boleh memilih produk yang sesuai dengan selera anda, misalnya dari aromanya. Namun, apakah sabun mandi yang Anda pilih betul-betul sudah cocok? Atau Anda membeli produk tertentu hanya karena murah atau terkenal saja? Berikut ini kami akan menjelaskan cara memilih sabun mandi yang tepat.
Setiap orang memiliki jenis kulit yang berzeda. Demikian juga halnya dengan sabun mandi, jenisnya juga berbeza-beza. Ada yang lebih menyukai sabun mandi yang memberikan rasa kesat, ada pula yang menyukai rasa lembap di kulit, dan sebagainya.
Bagi anda yang kurang menyukai rasa lembap dan licin setelah mandi, pilihlah sabun mandi yang tidak mengandungi bahan detergen atau soap-free. Anda boleh memilih produk yang memiliki kandungan bahan yang sama seperti sabun buku. Dengan kandungan tersebut, setelah mandi akan terasa segar dan tidak melekit.
Sabun mandi yang mengandung pelembap memberikan faedah tersendiri. Kerana kulit menjadi lembap, anda tidak perlu menyapukan losen badan setelah mandi. Selain itu, adanya pelembap juga dapat menekan rasa gatal akibat kulit kering. Umumnya, sabun mandi yang mengandung minyak alami mahupun krim pelembap akan meninggalkan rasa lembap setelah mandi. Oleh itu, sebaiknya semak dahulu isi kandungan, adakah sabun tersebut mengandung pelembap atau tidak.
Sayangnya, sabun mandi yang memiliki sifat melembapkan umumnya meninggalkan rasa melekit setelah mandi. Bagi anda yang tidak menyukai rasa lekit, sebaiknya bilas sabun sampai benar-benar bersih.
Kualiti buih sabun juga menjadi perkara yang penting ketika memilih sabun mandi. Mandi dengan buih yang lembut dan berkualiti baik akan kurankan geserab gesekan antara kulit dengan tuala. Umumnya, sabun mandi dengan kelembapan tinggi cenderung memiliki kualiti buih yang baik. Selain itu, sabun mandi yang mudah berbuih juga dapat menjimatkan kos kerana hanya menggunakan jumlah yang sedikit tetapi menghasilkan buih yang banyak. Waktu untuk mandi pun menjadi tidak lama. Sebaliknya, sabun mandi yang tidak mudah berbuih akan menghasilkan buih yang kurang lembut sehingga anda tidak selesa saat menggunakannya. Jenis ini sebaiknya kita hindari kerana mengrugikan.
Pada dasarnya kulit manusia bersifat asid lemah. Bagi pemilik kulit sensitif, sebaiknya memilih sabun mandi yang berbahan asid lemah (yang sifatnya sama dengan kulit), untuk mengurangi rangsangan terhadap kulit. Sabun mandi yang bersifat asam lemah biasanya mencantumkan bahan berasas asid amino seperti taurine, glycine, alanine, dan asid amino lainnya pada komposisi produk. Selain itu, bahan berasas asid amino memiliki daya kelembapan yang tinggi sehingga kulit akan terasa lembap setelah mandi.
Dapatkan kulit yang cantik dan sihat dengan buih yang lembut!
Body foam dari Biore merupakan sabun mandi cair dengan tekstur yang creamy, serta aroma yang menyegarkan. Selain membersihkan kotoran di kulit, sabun ini juga merawat kelembapan kulit anda. Dengan buihnya yang melimpah dan lembut, anda akan merasa begitu tenang setelah mandi.
Harganya yang ekonomi, serta komposisinya yang begitu bermanfaat, sesuai diguna untuk seluruh anggota keluarga. Rasakan sensasi buih lembut dari Biore Body Foam, untuk mendapatkan kulit cantik dan sihat untuk anda seisi keluarga.
Kulit putih bersih seperti wanita Jepun
Bagi anda yang penuh dengan aktiviti di luar ruangan setiap hari, tentu anda menginginkan produk kecantikan yang boleh membersihkan tubuh dari keringat dan percemaran secara menyeluruh. Body wash Shinzu’i ini mungkin boleh anda cuba. Selain membersihkan tubuh, sabun ini juga membantu menjaga kelembapan kulit.
Mengandung bahan matsu oil, yang merupakan bahan pemutih yang menghalang enzim tirosinase yang penyebab kulit menjadi kusam, sabun mandi ini akan kembalikan kulit anda bersih engan cepat. Dengan pemakaian Shinzui Body Cleanser secara teratur, kulit anda akan terawat dan tampak lebih cerah seperti wanita Jepun.
Melindungi kulit dari pelbagai jenis kuman
Dettol hadir di tengah masyarakat dalam pelbagai produk berupa sabun, pencuci tangan, cairan Dettol, cairan antiseptik Dettol, dan pembersih tangan Dettol. Semua produk Dettol mengandung bahan kimia aromatik yang dikenal sebagai chloroxylenol (C8H9ClO) yang bersifat antiseptik.
Salah satu produk Dettol, iaitu Dettol Profesh – Fresh, memiliki formulasi pH seimbang, serta bersifat antibakteri sehingga mampu memberikan perlindungan dari kuman. Sangat sesuai digunakan oleh seluruh anggota keluarga untuk menjaga kebersihan dan kesihatan kulit.
Harga ekonomi, kuman pergi, dan tubuh pun segar kembali!
Lifebuoy mempunyai tujuan untuk memberikan solusi kebersihan dan kesihatan yang terjangkau dan mudah diperoleh. Dikenal oleh banyak orang dengan bentuk sabun bar sebagai sabun pembunuh kuman, Lifebuoy juga memproduksi sabun cecair.
Sabun cecair Total 10 ini mengandung minyak peppermint alami serta kandungan timol aktif, yang mampu melindungi anda dan keluarga dari 10 infeksi kulit oleh kuman. Buihnya lembut, menyerap hingga ke pori-pori, membersihkan kulit dari kotoran dan pencemaran. Harga yang ekonomi dan tersedia dalam pelbagai pilihan yang membuat tubuh anda segar kembali.
Diformulasikan khusus untuk kulit yang kering dan gatal
Sabun mandi dari Kanada ini tidak hanya membersihkan tubuh dan wajah dengan baik, namun juga mampu meredakan rasa gatal pada kulit akibat kekeringan dan ekzema. Dibuat dengan teknologi Filaggrin, sabun ini mampu menyejukkan tubuh dan meninggalkan kesan licin setelah mandi.
Sabun ini boleh diguna untuk ssemua golongan usia, termasuk bayi, dan selamat untuk dipakai hari-hari. Dengan pemakaian teratur bersama dengan Cetaphil Restoraderm Body Moisturizer, anda dapat mengurangi risiko eczema berulang. Produk bebas detergen ini pilihan terbaik untuk anda yang sensitif dan mudah gatal jika terkena kuman.
Mencerahkan kulit dan membuat kulit lebih putih secara semulajadi
LUX merupakan sabun mandi cecair pertama yang memasarkan LUX Beauty Shower. Dengan bintang iklan wanita cantik, LUX selalu berinovasi menawarkan mandi mewah dengan keharuman yang menyegarkan. Kandungan dari Lux White Impress Body Wash ini mampu mengatasi kulit kusam akibat sinar matahari, debu, dan kotoran. Lux juga mengangkat sel kulit mati sehingga kulit menjadi cerah dan tampak lebih putih semulajadi. Untuk anda yang sering beraktiviti di luar, sabun ini boleh ini pilihan yang tepat. Dapatkan kulit yang halus, lembut, dan elastis setiap saat!
Aroma menyejukkan badan dan fikiran
Bagi anda yang menyukai aromatherapy, kami cadangkan shower gel dari Palmolive Aroma Therapy Sensual ini untuk anda. Mengandungi Moroccan Rose Essential Oil & Ginseng Extract, produk ini memiliki aroma yang menenangkan dan memberikan ketenagan pada tubuh.
Produk dari Palmolive ini mampu melembapkan dan menutrisi kulit anda, menjadikannya anjal dan begitu halus saat disentuh. Cukup dengan beberapa titis sahaja, Anda akan mendapatkan buih yang melimpah dan lembut, sangat selesa saat anda sapukan ke tubuh. Rasakanlah sensasi mandi yang berbeza dengan produk ini!
Tidak hanya menyegarkan, namun juga menutrisi kulit
Selain untuk membersihkan tubuh, sabun mandi juga berguna untuk menyegarkan badan. Namun, bagaimana dengan sabun mandi yang juga boleh menutrisi kulit? Dove dengan teknologi NutriumMoisture-nya, membuat produk sabun mandi yang tidak hanya membersihkan tubuh, tetapi juga merawat kulit anda agar tetap lembut dengan cara menutrisinya.
Kandungan pomegranate dan lemon verbena semakin melengkapi keharuman dan kesegaran yang dikeluarkan oleh sabun mandi ini. Gunakan sabun ini dengan tangan mahupun puff. Menghasilkan buih yang melimpah! Sangat dicadangkan bagi anda yang memiliki masalah kulit kering akibat debu, terik matahari, dan cuaca yang sering berubah.
Kulit halus dan berkilau dengan apricot kernel oil
Sabun cair lembut dari St.Ives ini berbahan 100% ekstrak dari apricot kernel oil. Selain membersihkan, ekstrak bahan alami ini juga dapat menyegarkan kulit. Teruji secara dermatologi dengan formula yang bebas paraben, produk ini akan mengangkat kotoran dan kulit mati, menjadikan kulit anda bersih dan lembut.
Tidak hanya itu, dengan memakai sabun mandi ini, kulit anda akan menjadi lebih halus dan berkilau. Selain Apricot, tersedia juga varian lain iaitu Oatmeal & Shea Butter, Sea Salt & Pasific Kelp, Coconut & Orchid yang bisa anda pilih sesuai selera. Untuk hasil terbaik, gunakan bersama St.Ives Body Lotion. Untuk anda yang ingin lebih praktik dengan scrub dan sabun mandi dalam satu produk, sabun mandi ini adalah pilihannya.
Aroma menawan yang menyegarkan dan lembut di kulit
Untuk anda yang menyukai aroma khas bunga mawar, mungkin anda akan menyukai produk ini. Diperkaya dengan kandungan organic rose dari Inggeris, sabun mandi ini memiliki aroma yang begitu menawan. Setelah mandi, anda akan merasakan kesegaran yang begitu nyaman kerana produk ini bebas detergen.
Shower gel dari The Body Shop ini juga berfungsi untuk melembapkan dan melembutkan kulit. Dengan buih yang melimpah dan aroma yang lembut, produk ini juga sesuai untuk anda yang memiliki masalah kulit kering. Manjakan diri setelah padat dengan aktiviti sepanjang hari? Produk ini adalah pilihan yang tepat!
Siapa yang tidak teruja apabila mendapat peluang bersantai sambil berjemur di pantai di bawah sinaran matahari dengan deruan angin tropika yang halus? Inilah janji jenama baru Summerie yang dinamakan dengan gabungan ‘summer’ dan ‘reverie’. Summerie adalah rangkaian pencuci badan dan syampu yang direka khas untuk membangkitkan rasa keterujaan yang mengasyikkan. Dilengkapi dengan ekstrak botani yang memulihara kulit penggunaan rangkaian baru ini boleh menghidupkan setiap mandian harian anda dengan rasa kemewahan yang mampu untuk dimiliki!
“Summerie adalah jenama yang mementingkan kesederhanaan dan keaslian alam semulajadi. Inilah keistimewaan mengapa produk kami hanya diperbuat dari bahan asli semulajadi yang penting untuk kulit dan rambut. Dengan menggunakan wangian premium yang diilhamkan oleh aroma asli, setiap produk Summerie adalah bebas-silikon agar kulit dan rambut anda mendapat segalanya yang diperlukan dalam setiap botol. Dengan manfaat minyak biji bunga matahari, semua rakyat Malaysia kini dapat menikmati kesegaran musim panas setiap hari.
Summerie adalah rangkaian produk yang dengan bangganya dicipta di Malaysia dan direka khas untuk pengguna tempatan. Ia menggunakan minyak biji bunga matahari organik yang menawarkan pelbagai manfaat yang mesra kulit dan rambut; ianya juga kaya dengan vitamin anti oksidan A, B, C dan E; mineral seperti besi, potassium dan kalsium; serta Omega-6.
Setiap rumusan mengandungi sekurang-kurangnya 94% bahan-bahan yang diperolehi dari alam semulajadi, dan semuanya bebas dari bahan seperti SLS, SLES, paraben, minyak mineral, pewarna sintetik dan ramuan berasaskan haiwan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.