Sempurnanya solat itu bermula dengan sempurnanya wuduk anda. Jikalaukalau solat kita tak sempurna, dijamin hidup kita pun tidak akan sempurna. Tiang kejayaan hidup adalah solat.
Sebagai wanita, bersolek memang menjadi satu keperluan walaupun setakat memupuk bedak dan gincu. Apatahlah lagi hijabi sekarang, solekan adalah satu kewajipan untuk meningkatkan keyakinan diri.
Sah Ke Wuduk Apabila Solekan Masih Berbaki
Cuma satu hal yang selalu menyusahkan adalah ketika berwuduk. Menarikknya dengan penjelasan Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad ini melalui Facebook Live beliau, berkenaan status wuduk jika sisa mekap masih melekat. Nampak ringan tapi berat sebenarnya. Info yang baik untuk para wanita, Jom semak hijabi yang kaki bersolek!
“Tadi ada seorang patient datang nak check mata dengan saya. Kemudian dia nak bergambar walaupun dah siap bertelekung untuk sembahyang. Saya tengok matanya, dia dah siap berwuduk tapi eyeliner masih ada.
Ads
Dia kata takpe Prof, orang kata boleh ambil wuduk macam ni. Jadi saya pun jawab tak boleh, tak sah wuduk. Eyeliner patient tu walau selepas dilap dengan tisu basah pun masih ada sisa yang tertinggal. Terpaksa pakai oil cleanser, barulah bersih dan sah wuduknya.
Saya faham wanita suka pakai eyeliner supaya mata nampak besar. Tapi risikonya adalah tak sah wuduk, malah merugikan masa. Ramai kurang tahu sebenarnya, kelopak mata atas kita adalah sebahagian anggota wuduk.
Produk Mesra Wuduk
Berlainan dengan celak. Pakai celak boleh, macam saya pakai ni di kelopak bawah. Ada seorang wanita Arab pernah beritahu, garis bawah mata tu bukan anggota wuduk. Jadi boleh pakai, macam kita ikut sunah Nabi.
Begitu juga dengan produk mekap mesra wuduk lain yang senang ditanggalkan. Betul boleh pakai tapi masa berwuduk, pastikan ia ditanggalkan.
Ads
Saya sebenarnya kasihan dengan ramai di luar sana yang beli macam-macam produk. Saya tak tahulah sempurna ke tidak berwuduk dengannya. There’s no such thing as masih ada maskara atau apa pun ketika wuduk. Sama juga dengan sunblock atau apa saja yang kalis air, jawapannya tak boleh. Lipstik pun sama, especially yang tebal dan susah untuk ditanggalkan.
Saya pernah tanya sorang anak saudara saya di Mekah, macam mana dengan natural oils? Dia jawab boleh. Contohnya kita pakai minyak kelapa, minyak zaitun atau minyak argan dekat muka kemudian ambil wuduk, itu boleh.
Jadi amalkan membawa sebotol minyak yang kecil ke mana-mana. Minyak zaitun contohnya, untuk cuci muka kita bersih-bersih. Lepas solat nanti, pakailah balik mekap yang kita suka tu.”
Ads
Hukum pakai bulu mata palsu?
Prof Muhaya turut memberi pendapatnya tentang amalan membuat extensionbulu mata. “Saya bukan ustazah tapi setahu saya hukumnya bila kita menyambung bulu mata atau pakai bulu mata palsu ni berdosa.
Dulu saya pun pernah pakai bulu mata palsu masa shootingMata Ke Hati. Saya tak tahu masa tu tapi seorang Ustaz ni beritahu berdosa.”
Sumber: Facebook Prof Dr Muhaya
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pernah tak anda perasan setiap kali kita melihat ada orang yang menguap di hadapan kita, pasti kita akan berjangkit sekali menguap. Kenapa boleh jadi begitu ya? Adakah menguap ini boleh berjangkit dari satu individu ke satu individu yang berdekatan?
Kalau nak hendak tahu, sebenarnya tiada istilah menguap berjangkit. Walaupun ia kelihatan seperti berjangkit dari satu individu ke individu yang lain, ia tidak di anggap sebagai satu ‘virus’ yang menghinggap kepada orang lain.
Menguap atau erti kata lain, yawning, adalah 2 tindakan refleks yang berlaku secara spontan tanpa kita sedar. Pergerakan sewaktu menguap akan membuatkan anda untuk membuka mulut anda seluas-luasnya dan paru-paru akan menyedut udara dengan kadar kuantiti yang banyak, lalu menghembusnya secara perlahan-lahan.
Sewaktu kita menguap juga, gegendang telinga akan merenggang dan mata akan tertutup rapat. Ada juga sesetengah individu yang akan menguap sehinggakan mata mereka mengalirkan air mata.
Proses menguap adalah sama sahaja pada setiap indivdu bahakan kebiasaannya terjadi sebelum mahupun selepas tidur. Faktor menguap juga berkait rapat dengan rasa penat yang melampau serta ada juga menunjukkan seseorang itu sering menguap kerana melakukan perkara yang mereka tidak sukai atau bosan.
Sebenarnya menguap juga boleh juga di kaitkan dengan aspek sosial dalam kalangan manusia. Ia boleh juga di katakan virus menguap kerana keadaan ini berjangkit yang bukan sahaja terjadi pada manusia, bahkan kepada haiwan juga. Tiba-tiba menguap ini di kaitkan dengan virus?
Virus menguap ancaman kepada kita?
Apabila seorang sahaja menguap, pasti ada orang yang berdekatan akan turut sekali meguap dan perkara itu berlarutan. Menurut hellodoktor, terdapat pelbagai teori yang boleh di kaitkan apabila berlakunya keadaan di mana ramai orang akan turut menguap apabila seorang menguap.
Antara teori yang cuba di kaitkan dengan fenomena menguap ini adalah:-
Menguap di kaitkan dengan tindak balas menunjukkan badan terasa letih
Bayi yang berada di dalam rahim juga boleh menguap
Menguap dianggap sebagai satu penyakit berjangkit yang menunjukkan tindak balas empati semula jadi manusia
Menguap berfungsi sebagai tanda sosial menunjukkan reaksi bosan
Terdapat cara untuk tidak terikut menguap sekali!
Kalau anda ingin tahu, ada caranya untuk tidak terikut-ikut untuk menguap sekali. Jadi apakah cara untuk menghentikan kitaran menguap berjangkit ini? Ini adalah cara-cara yang boleh lakukan, seperti:-
1. Ambil nafas secara mendalam
Menguap juga di katakan sebagai tanda menunjukkan badan anda kekurangan oksigen. Jadi anda boleh lakukan latihan pernafasan menerusi hidung dengan kadar jumlah oksigen yang baik.
2. Gerakan badan anda
Seperti yang di katakan di atas, menguap menunjukkan seseorang itu bosan dengan sesuatu perkara. Jadi untuk merangsang otak anda untuk tidak cenderung kearah bosan, lakukan sedikit senaman ringan atau gerakan supaya badan kekal cergas.
3. Cuba tenangkan diri
Kadang kala anda perlu buat perkara yang boleh menenangkan diri anda. Tekanan dalam badan akan membuatkan anda semakin bosan dan cepat untuk menguap. Jadi carilah ruang atau minum air masak untuk tenangkan diri. Mungkin boleh lakukan apa-apa aktiviti yang boleh tenangkan fikiran anda.
Keadaan menguap ini normal dan biasa terjadi bagi setiap manusia di pelusuk dunia, begitu juga haiwan. Jadi jika anda menguap lebih dari kebiasaannya, mungkin itu menunjukkan satu simptom kesihatan dan anda perlu berjumpa dengan doktor.
Pempengaruh media sosial yang juga usahawan terkemuka, Hafiz Mahamad sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk memudahkan urusan pekerja di bawah seliaanya dengan membuka nursery (pusat jagaan kanak-kanak) agar pekerjanya boleh menempatkan anak-anak mereka disitu ketika berkerja.
Namun, dek kerana hasrat itu lebih banyak membawa risiko berbanding kemaslahatan kepada para pekerjanya, Hafiz bertindak mencari solusi lain yang lebih praktikal dan memberi manfaat kepada pekerjanya.
Pernah Berniat Buka ‘Nursery’ Mahu Mudahkan Urusan Staf
Perkara berkenaan dimaklumkan Hafiz sendiri menerusi menerusi hantaran yang dimuat naik di IG storynya.
Dalam video berkenaan Hafiz menjelaskan mengapa niat membuka nursery itu dibantutkan. Ini penjelasan yang diberikan oleh suami kepada pengasas Ainaa Cosmetics, Syafiqah Aina.
“Saya pernah cakap sebelum ini untuk membuka nursery untuk staf saya supaya anak-anak mereka duduk di nursery tu kan, tapi tak jadi nak buka.
“Tapi saya tukarkan kos tu kepada kos elaun untuk staf-staf saya untuk membayar nursery kat luar sana. Kenapa saya tak jadi buka sebab risikonya lebih banyak daripada yang baik.
“Sebagai contoh kalau seorang anak sakit, dia akan berjangkit sakit itu dan saya perlu bertanggungjawab. Seorang anak sakit, seorang mak kena bercuti. Jadi kalau 10 anak sakit, 10 staf akan bercuti,” katanya.
Tak Jadi Teruskan Niat Buka ‘Nursery’ Untuk Pekerja, Hafiz Mahamad Peruntukkan RM350 Sebagai Biaya!
Justeru, setelah menimbang tara perkara ini dengan sewajarnya, Hafiz telah menukar perancangan berkenaan dengan memperuntukan sejumlah elaun kepada setiap staf.
Sebanyak RM350 akan disalurkan setiap bulan, mengikut jumlah anak sebagai perbelanjaan mereka menghantar anak ke pusat jagaan kanak-kanak yang lain.
”Jadi, saya beri kebebasan kepada staf saya untuk mencari nursery kat luar sana dan saya beri elaun yang boleh meringankan beban mereka.
“Saya bagi elaun untuk anak-anak staf seorang anak RM350, jika ada staf dua anak yang dihantar ke nursery luar, saya akan bagi RM700. Staf bebas untuk pilih nursery yang terbaik di luar,” ujarnya Hafiz.
Hafiz Mahamad sememangya dikenali sebagai individu yang gemar membantu dan mempermudahkan urusan orang lain di sekitarnya.
Oleh itu, Hafiz sewajarnya menjadi contoh dan role-model kepada para majikan lain diluar sana yang bertanggungjawab menjaga kebajikan para perkerja dengan sebaiknya.
Jika sebelum ini, kedatangan haidnya memang normal. Malah tidak pernah alami senggugut atau sakit perut yang melampau. Namun ujian Tuhan datang tanpa diduga. Setelah berbulan-bulan dia mengalami kesakitan di bahagian perut yang menyakitkan hingga menyebabkan tidak boleh berjalan dan terbongkok-bongkok sambil memegang perut. Rupa-rupanya dikesan menghidap cyst dan setelah berjaya melakukan pembedahan, doktor nasihat untuknya elak ambil 17 makanan ini agar masalah tidak lagi berulang.
Menurut wanita ini, Sarina Mohd Som, 40 tahun, ketika berdepan masalah itu sebelum ini ada kalanya dia juga diserang cirit birit dan sakit pinggang hingga membuatkannya tidak boleh berbuat apa-apa.
Setelah doktor mengesahkan ada cyst dalam perut dan perlu dibuang segera. Nasibnya juga cukup baik kerana cyst itu bukanlah sejenis kanser yang amat ditakuti.
Berkongsi pengalamannya di laman sosial facebook tatkala berdepan ujian getir ini. Malah turut memberi nasihat kepada wanita di luar sana agar menjaga kesihatan.
Ibarat diberi peluang kedua yang tidak akan dilepaskan dan memberi keinsafan untuk menyayangi diri sendiri.
Sebelum ini tidak pernah alami senggugut dan period setiap bulan adalah normal
Sharing is caring
Khas untuk sahabat wanita.
Saya tidak pernah kena senggugut sebelum ni. Setiap bulan, keadaan normal tanpa sebarang kesakitan. Cuma pada pertengahan 2017, keadaan menjadi berbeza. Saya mula rasai kesakitannya ditambah dengan aliran keluar yang heavy. Kesakitan skala 8-10 membuatkan saya tidak boleh berjalan, jalan terbongkok-bongkok sambil peluk perut, terbaring, cirit birit, pucat, sakit perut memulas dan sakit pinggang. Saya tidak boleh buat apa-apa kerja langsung. Paling ngeri jika kesakitan itu datang ketika saya berada di pejabat. Bayangkan…
Keluarga dan teman-teman nasihatkan berjumpa doktor. Tapi rasa takut menyebabkan terus bertahan
Ketika itu saya mula rasa cuak, suami, anak dan beberapa orang rakan nasihatkan saya agar jumpa Dr. Bukan saya tidak terfikir, tetapi rasa takut dan tidak mahu tahu apakah yang terjadi membuatkan saya bertahan dan bertahan.
Ramadan lalu rasa satu benda pelik dalam perut, seperti ada ketulan besar dan bila ditekan rasa senak.
Sehinggalah pada Ramadan lalu saya merasai benda pelik dalam perut. Ketika berbaring, saya dapat rasakan satu ketulan besar keras. Bila ditekan, terasa senak. Jantung terus berdebar, terus tak lalu makan. Saya fikir ia hanya angin, saya cuba menafikan apa yang saya sedang fikirkan. Saya pergi berurut, namun jawapannya seperti mana yang saya jangka, dan inilah menjadi titik tolak saya terpaksa ke klinik buat pertama kalinya.
Akhirnya buat juga pemeriksaan dengan doktor dans etelah buat ultra sound dan scan memang ada cyst.
Ditemani kawan baik, Irahazla Alzahari saya bertemu Dr Fatin Ilyani Klinik AJWA. Hasil ultra sound dan scan, benar ia adalah cyst.
Bayangkan, dalam beberapa hari lagi nak sambut hari raya, saya ketahui jawapan ini. Mood saya ke laut, hanya menyediakan pakaian untuk anak-anak sahaja. Kebiasaan membuat kuih raya seperti tahun-tahun sebelumnya pun terpaksa di lupakan. Kurang selera makan dan kebimbangan mempengaruhi saya. Berat turun mendadak kerana takut dan risau.
Terus buat ujian darah dan pap smear. Alhamdulilah selepas tiga minggu dapat keputusan yang menggembirakan
Seminggu selepas raya, saya rujuk kes ke Klinik Pakar O&G Hospital Shah Alam. Sebulan selepas itu, mendapat temujanji dan membuat beberapa ujian darah dan pap smear. Inilah antara ujian yang paling saya takuti dan geruni.
Alhamdulillah 3 minggu selepas itu, saya mendapat jawapannya. Alhamdulillah, keputusannya membuatkan saya menangis gembira dan bersyukur pada yang Esa.
Kedaan seperti hamil 15 minggu
Jika tanya bagaimana keadaan saya? Mengikut perkiraan Dr, seperti wanita hamil 15 minggu. Tak hairanlah ramai ingat saya hamil.
Menjalani pembedahan membuat cyst bersaiz 3 cm dan 10.8 cm dengan empat tebukan diperut.
5hb Sept saya masuk wad, dan 6hb September operasi secara laparoscopic membuang cyst dilakukan. Dr juga terangkan, sekiranya tidak berjaya, terpaksa open czer. Ketika itu hanya ALLAH sahaja yang tahu, betapa risaunya saya. Saya redha apa sahaja yang terbaik. Tapi saya bersyukur semuanya berjalan lancar dan dua cyst bersaiz 3cm dan 10.8cm dapat dibuang tanpa sebarang komplikasi. Jangan fikir laparoscopic tak sakit.. Ada empat tebukan diperut saya. Dua di perut kiri, satu di atas pusat dan satu lagi di perut kanan. Tak terbayangkan bagaimana Dr keluarkan cyst yang bersaiz besar itu.
Lepas pembedahan doktor nasihatkan supaya jaga pemakanan agar cyst yang sama tidak berulang. juga disaran jalani hidup lebih sihat dengan melakukan senaman dan kurangkan berat badan. Doktor juga sarankan supaya hamil lagi.
Usai operasi, Dr menasihati untuk menjaga pemakanan. Ia bertujuan agar cyst yang sama tidak berulang dan saya jalani kehidupan yang lebih sihat. Senaman, kurangkan berat badan, pemakanan sihat, jauhi tekanan dan jangan berhenti doa. Paling teruja bila Dr sarankan untuk hamil lagi.
Nasihat kepada wanita di luar sana, jika ada tanda pelik pada diri segerlah berjumpa doktor.
Nasihat saya kepada sahabat di luar sana, jika ada sebarang kelainan rujuklah Dr segera. Jangan tunggu lama dan jangan takut seperti saya. Selain itu amalkan gaya hidup sihat dan amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.
Ini pula pesanan penting kepada wanita di luar sana:
Jumpa Dr segera sekiranya:
Heavy period.
2. Senggugut kronik.
3. Sukar hamil.
4. Period yang tidak seimbang.
Makanan yang perlu dijauhi:
(Mereka yang sudah jalani pembedahan buang cyst juga perlu jaga pemakanan)
1. Jauhi soya dan makanan yang berasaskan soya (fucuk, tauhu, kicap, tauge besar, tempe dll)
2. Kurangkan makan ayam daging (Sebaiknya ayam organik dan ayam kampung)
3. Banyakkan makan ikan.
4. Banyakkan makan sayur.
5. Jauhi FAST FOOD
6. Elakkan makanan dalam tin.
7. KAWAL dan JAUHI TEKANAN.
8. Elakkan ikan yang dibela dalam sangkar.
9. Daging merah.
10. Ikan terubuk.
11. Ikan parang.
12. Siakap bela.
13. Manisan (kurangkan gula)
14. Kurangkan produk tenusu seperti cheese dll.
15. Kurangkan perencah makanan seperti pati ayam, ikan dll.
16. Ikan pari.
17. Ikan bawal hitam.
Saranan Dr:
Senaman dan kurangkan berat badan, agar hormon kembali seimbang.
(Jangan tanya kenapa itu tak boleh dan ini tak boleh. Itu yang disarankan oleh beberapa orang doktor dan kenalan yang mempunyai pengalaman yang sama kepada saya)
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Orang yang mudah memaafkan cenderung lebih bahagia dan memiliki kesihatan mental yang lebih baik.
Memaafkan bukan bermakna melupakan, tetapi memilih untuk melepaskan perasaan negatif. Sikap...