
Kebiasaannya, kita pasti akan menjaga kulit wajah kita dengan lebih lagi ketika ia sedang breakout. Jika sebelum ini kita tidak memakai apa-apa produk kecantikan, waktu inilah kita akan mencuba segala produk yang ada di pasaran bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Tidak mengapa sis, kadang kala kita memang memerlukan try and error untuk tahu mana satu yang terbaik untuk kita. Jika kita tidak tahu nak pilih yang mana, ikutilah perkongsian daripada @raratan29 di twitter ini. Mana tahu jika ia juga sesuai untuk mengatasi masalah kulit anda jugakan!
ARTIKEL BERKAITAN: Masalah Jerawat Tumbuh Di Pipi, Ada Punca Yang Anda Tak Perasan
Dia juga turut berkongsikan perubahan kulitnya dari masa ke semasa.
ARTIKEL BERKAITAN: Gadis Dedah Rutin Mudah Untuk Dapat Kulit Glowing. No More Jerawat & Blackheads!
Perbezaannya ketarakan!
Jerawatnya cepat sekali surut lepas mengamalkan rutin ini yang ternyata sesuai baginya yang mempunyai kulit jenis kombinasi.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
kredit: twitter @raratan29
5 Tips Kesihatan, Khas Buat Hijabi Yang Mahu Kekal Aktif Dan Cergas!

Sebagai wanita yang mahukan kehidupan yang sihat, perlu amalkan beberapa tip yang boleh membuatkan anda sentiasa sihat dan cergas. Jika semua pakej ini anda, anda akan kelihatan cantik secara semula jadi.
Ikuti 5 perkongsian tip kesihatan daripada Pegawai Perubatan, Dr Muhammad Shazril bin Shaharuddin atau lebih dikenali dengan panggilan Dr Say, yang begitu menitik beratkan 5 tip kesihatan yang perlu setiap wanita amalkan untuk kekal sihat dan cergas menjalani rutin harian.
1. Minum Air Secukupnya
Pengambilan air yang secukupnya amat penting untuk kesihatan tubuh badan. Disarankan minum mengikut berat badan. Misalnya berat 25kg perlu minum 1 liter air. Anda boleh kira sendiri berapa agaknya air yang perlu diminum mengikut berat badan masing-masing.
2. Tidur 6 Hingga 8 jam Sehari
Tidur yang cukup juga perlu untuk memastikan kita akan cergas setiap kali bangun tidur dan menjalani kehidupan untuk sepanjang hari. Jika tidur kita mencukupi, tiada masalah untuk bangun awal dan bersedia untuk memikirkan perkara positif.
3. Rajin Bersenam
Jangan malas untuk bersenam bagi mengekalkan kecergasan tubuh badan. Disarankan bersenam sekurang-kurangnya 3 hingga 5 kali seminggu. Tidak kisahlah melakukannya ketika di rumah atau luar kerana yang penting ia dapat mengeluarkan peluh. Turun naik tangga juga boleh dikatakan sebagai salah satu senaman paling mudah dilakukan.
Artikel berkaitan: Runsing Fikir Perut Buncit Bak ‘Tayar Spare?’, Dua Senaman Mudah Ini Bantu Selesaikan Masalah Hijabi!
4. Elak Diri Alami Stress
Jangan sesekali atau elakkan diri kita dari mengalami stress. Stress ini tidak elok untuk kesihatan dan juga penampilan diri. Bayangkan jika anda mengalami stress akan menyebabkan semua kerja terbantut dan emosi yang sukar untuk dikawal. Sentiasa berfikiran positif dan pastinya semua dilakukan akan dipermudahkan oleh Allah.
5. Hidup Dengan Ceria
Kalau boleh jalani hidup ini dengan rasa ceria dan gembira. Jangan sesakkan fikiran dengan perkara negatif membabitkan urusan kerja atau personal. Walau apa juga dugaan yang Tuhan berikan, anggap sahaja ada hikmah di sebaliknya dan berusaha untuk cari jalan penyelesaian dengan baik. Anda ada pilihan dan jangan lupa sentiasa berterima kasih kepada Allah atas kehidupan yang dilalui sekarang.
Artikel berkaitan: Selain ‘Skincare’, 5 Senaman Ini Juga Bantu Hijabi Atasi Masalah Jerawat. Tak Perlu Keluarkan Kos!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tak Susah Pun Nak Hilangkan Masalah Perut Buncit. Amalkan 7 Langkah Bijak Ini, Boleh Kurus Dengan Cepat!

Masalah perut buncit seringkali menjadi punca utama untuk kita tampil tidak yakin dihadapan khayalak ramai. Bukan sahaja ia nampak jelas apabila memakai baju, malah kita berasa tidak selesa apabila perut sudah mula menjadi buncit. Pasti ramai yang buntu untuk mencari solusi terbaik menghilangkan masalah buncit ini!

Sebenarnya, untuk menghilangkan masalah buncit ini, memerlukan rutin sihat yang konsisten untuk memastikan lemak di perut dapat berkurangan sekali gus memberi anda bentuk badan yang ideal! Nak tahu apa caranya? Jom lakukan langkah-langkah berkesan ini!
1. Makan Sikit Tapi Lebih Kerap

Tidak salah untuk makan dengan kerap. Tetapi anda harus memastikan pengambilan makanan yang diambil itu haruslah dalam kuantiti yang sedikit dan juga mempunyai sumper khasiat yang tinggi. Contohnya, sekiranya seseorang itu mempunyai keperluan kalori yang besar, contohnya, 1800 ataupun 2000 atau 3000 kalori, agihkan setiap makanan itu sedikit demi sedikit seperti 5-6 kali makan. Tidak digalakkan terus makan 2 atau 3 pinggan sekaligus untuk cukupkan keperluan kalori. Ini dapat membantu untuk menghilangkan buncit di bahagian perut.
2. Kurangkan Garam dalam Makanan

Ramai diantara kita yang seringkali lupa untuk mengawal kuantiti garam dalam makanan. Bukan sahaja ianya bagus untuk seluruuh tubuh badan namun langkah ini juga dapat mengurangkan masalah buncit di perut. Elakkan makanan macam chips ataupun makanan seperti snek kerana kandungan garam sangat tinggi. Pengambilan garam yang tinggi boleh menyebab air bertakung dalam badan dan sekaligus menaikkan lemak kita.
3. Masa Makan yang Lebih Teratur

Anda harus bijak menyusun waktu makan anda! Tidak susah sebenarnya untuk menyusun jadual makanan anda. Apa yang penting, pastikan anda makan pada waktu pagi, tengah hari dan malam. Tahukah anda, jika tidak menjaga waktu makan, kebarangkalian untuk naik berat badan dan perut itu lebih tinggi? Jadi pekalah dengan waktu makan anda! Contohnya, sarapan sebelum jam 9, makan tengah hari sebelum jam 2 dan makan malam sebelum jam 9 malam.
4. Kurangkan Pengambilan Gula

Pengambilan gula yang berlebihan juga dapat menjadikan perut anda buncit dan tidak bagus untuk kesihatan tubuh badan! Cuba untuk kurangkan pengambilan gula contohnya minuman yang manis.
6. Kurangkan Stres

Stres juga memainkan peranan penting dalam memastikan perut anda tidak buncit! Nak tahu kenapa? Apabila tidur tidak cukup, automatik akan mendatangkan stress. Ini juga boleh menyebabkan perut kita senang membuncit. Jadi, pastikan tidur kita cukup dan salurkan stress kita ke jalan yang betul. Ini sekaligus, kita akan senang turunkan perut kita.
7. Bersenam

Sudah pasti bersenam juga faktor utama untuk menghilangkan perut buncit! Untuk senaman, bagi mereka yang tidak mahu nampak buncit, disarankan untuk membuat 2 jenis senaman yang biasa. Pertama kardio dan keduanya ‘resistance’ ataupun ‘weight training’. Kebaikan ‘weight training’ bukan sahaja melatih jantung tetapi turut membakar lemak.
Jerawat Di Hidung Menganggu? Cuba Atasi Dengan Cara Ini!

Jerawat Di Hidung Menganggu? Cuba atasi dengan cara ini kerana apabila anda mendapat benjolan merah pada hidung anda, ia boleh mengecewakan, terutamanya jika ia berada di tempat yang mudah dilihat orang.
Tetapi ada cara mudah untuk membetulkannya! Jerawat boleh muncul di bahagian badan yang berlainan, termasuk hidung. Jerawat di bahagian dalam hidung boleh bermakna ada sesuatu yang tidak kena.
Artikel Berkaitan : Boleh Surutkan Jerawat & Serikan Wajah, Jangan Pandang Rendah Pada Bedak Sejuk!
Kadang-kadang orang mendapat benjolan di hidung mereka dipanggil jerawat. Ini boleh berlaku atas sebab yang berbeza, seperti apabila sel kulit lama terbina atau jika badan mereka tidak begitu kuat. Tetapi ada cara untuk membuat mereka pergi!
Antibiotik
Jika anda mempunyai jerawat di hidung anda kerana kuman, anda memerlukan ubat khas yang dipanggil antibiotik untuk membantu menghilangkannya. Sesetengah antibiotik, seperti bacitracin dan mupirocin, boleh membuat hidung anda berasa lebih baik.
Ubat Jerawat
Ubat jerawat dengan benzoyl peroxide boleh membantu menghilangkan jerawat di hidung. Terdapat juga satu lagi jenis ubat jerawat dengan retinoid yang juga boleh digunakan, tetapi penting untuk berbincang dengan doktor terlebih dahulu supaya anda tidak menyakitkan hidung anda. Hidung lebih sensitif daripada bahagian muka yang lain, jadi penting untuk berhati-hati.
Essantial Oil
Menggunakan minyak khas seperti teatree dan neem untuk menghilangkan jerawat di hidung anda. Campurkan minyak dengan air suam dan letakkan pada hidung anda. Anda juga boleh mengambil bola kapas atau Q-tip dan meletakkan sedikit minyak di atasnya untuk mengetuk jerawat. Tetapi sebelum anda melakukan ini, pastikan kulit anda tidak alah kepada minyak yang anda ingin gunakan.
Air Hangat
Jika anda mempunyai jerawat di hidung, anda boleh menggunakan air suam untuk membuat ia berasa lebih baik. Hanya perlu menggunakan tuala kecil yang telah direndam dalam air suam dan letakkan pada hidung anda untuk seketika, tiga kali sehari. Anda juga boleh menggosok hidung secara perlahan untuk menjadikannya lebih selesa.
Menjaga Kebersihan Area Hidung
Penting untuk menjaga kebersihan muka terutamanya hidung. Anda boleh memakai topeng apabila anda keluar dan menggunakan tampalan khas untuk menutup jerawat. Pastikan anda mencuci muka anda setiap hari dan gunakan produk yang membantu mengekalkan kesihatan kulit anda.
Untuk merawat jerawat di hidung anda, anda boleh mencuba beberapa perkara ini.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.