TIPS KULIT FLAWLESS TANPA JERAWAT & BLACKHEADS! BUANG SEL KULIT MATI DARI YUYU RASHID
Setahun lebih .. sis kpop amalkan this product, cuma a few product je sis kpop baru nak mencuba tapi seriously terbaik! Makin plolesss kulit iolls yangg!
Skin sis kpop ni sangat sangatlahh kering, bila kering kulit pun banyak kedutan kat bawah mata, pori pori pun kelihatan terbuka dekat area pipi and nampak sangat muka tak sihat, lesu. Seriously kusam teramat. Pastu bila makan makanan berminyak confirm jerawat dua tiga biji akan naik.
Paling sis kpop tak suka, bila ade blackhead and whitehead! Dulu bila pakai mask remove blackhead and whitehead yang jenama “tuut” or jenis charcoal .. muka lagi kering. So bila guna this product yg sis kpop share ni, kulit pun x kering and x menggelupas. Kulit rasa bersih!!! Licin mcm kulit baby. Lagipun mask ni buang sel kulit mati jugak!😍
IKLAN
Korang boleh tgk list name product dlm gambar kat bawah ni. Korang kalau Nak share pun boleh! Silakan share! 😘😘
1 . Sis kpop gunakan pencuci muka safi. Cleanser sebab safi punya pencuci sangat safe! – ✅SAFI cucumber & habbatus sauda – Pencuci muka ni membersihkan kotoran secara mendalam! Kulit pun akan terasa lebih mulus dan segar. Sel kulit mati juga akan tertanggal ! ✅ Cuci muka pagi dan malam setiap hari. Tak pernah missed! ✅ Selain daripada safi, NEUTROGENA cleanser yang hydrating pun sis kpop pakai jgk😘 * watson ada jual.2. scrub muka menggunakan ST.IVES ✅ ST.IVES APRICOT blemish control – menanggalkan sel kulit mati. Actually, tekstur die lebih kasar sikit. Tp sis kpop selalu tenyeh dekag bahagian tzone. Pipi tenyeh jgk tak xkuat sangat. Result die membuatkan kulit smooth , mcm baby pnye kulit! * watson or gurdian ada jual! ✅ Dua / Tiga kali seminggu sahaja pakai. Pagi atau malam.
IKLAN
3. LUSH OATFIX (penutup tertukar dgn my sister😅) – actually this one agak expensive tp berbaloi. Sis kpop pakai waktu malam, 3/4 kali seminggu. Kalau rajin la.. sangat sesuai utk kulit yang kering. Lepas pakai kulit akan jd lembap. Kat malaysia tak jual, uolls boleh cari personal shopper lush. ✅ Ni sis kpop beli time pergi Australia hari tu sebab ada nampak banyak good reviews . Tapi memang terbaik la product lush!👍🏻
4. Weekend , sis kpop akan pakai this one! MASKER HIMALAYA ( cucumber & almond!) ✅ pakai dua kali atau sekali seminggu sahaja ✅ Masker ni super duper awesome! Buang sel kulit mati. Please jangan pakai tempat yg ade bulu. ✅ seriously kalau uolls pakai memang sgt kuat sikit, this one is peel off. Rasa tercabut segala gala blackhead, whitehead , pinkhead😂 ✅ kat mana mana selalu habis this one😭 susah tauu nak cari!
IKLAN
Ni contoh iolls pakai mask himalaya. Nnt jangan rapat sgt dengan circle mata. Haha! Kalau ade bulu bulu, elakkan. Tapi serious, kulit rasa fresh! Semua sel sel kulit mati terkeluar and takyah dah uolls nk buat treatment vampire yang cucuk cucuk keluar darah. Hahahahah😂😂
5. BIO ESSENCE MIRACLE BIO WATER – hydra ✅pagi dan malam sis kpop akan spray this. Actually this one bg collagen and super hydrate skin kita. Kulit sentiasa lembap. ✅ Lagi satu sis kpop akan gunakan spray ni after pakai foundation! Lagi glowing and dewy😍
6. BEAUTÉ STICK FOUNDATION – seaweed extract ✅ Bila pakai fd lain, kulit sis kpop akan nampak kelihatan over makeup. Nampak sgt pakai fd. So bila sis kpop pakai this fd.. result akan nampak natural and glowing ! Ploless sgt sgt!
Masalah berat badan sinonim dengan hijabi. Mencari berat yang unggul bukanlah mudah. Yang kurus nak tambah berat begitu juga sebaliknya.
Ada yang di antara anda di kurniakan bentuk badan yang cantik walaupun makan banyak. Tapi adakah itu bermaksud anda bahagia badan tak naik walaupun makan banyak.
Seronok Berat Badan Tak Naik, Walaupun Makan Banyak. Betul ke?
Melalui entri Facebook Adila Azurin berkongsi punya sebenar berat badan tak naik-naik walaupun makan banyak.
Baru-baru ni Dila selalu share di whatsapp status menu diet eat clean. Ada la kengkawan yang prihatin reply wassap status Dila tu.
“Eleh bukan gemuk mana pun nak diet-diet ni.”
“Boleh bertahan ke makan macam ni je?”
“Ko kan dah kurus weyhhh nak kurus macam mana lagi.”
Ye. Kalau ikutkan memang berat badan Dila sekarang masih lagi kategori normal dan bukan obese. Tinggi 165cm dan berat 62kg. Tapi kan, bukan tu yang menjadi kerisauan Dila sebenarnya.
Dila ni dah lama tak timbang berat badan since bertukar ke Jabatan baru, adalah nak dekat 6 bulan. Baru-baru ni Dila lalu di ofis lama, tergerak hati nak timbang berat badan sebab kat situ ada mesin timbang yang canggih boleh calculate body fat dan visceral fat.
Memang bestkan bila kita makan banyak-banyak tapi berat badan maintain dan tak naik? Tinggu dulu, jangan gembira sangat. Macam Dila la, lepas je timbang berat badan, terkejutnya bila tengok body fat sampai 41.4 sedangkan tahap normal antara 18 – 28%. Tak cukup tu, bila tengok pulak Visceral Fat, memang dah over sampai 127.3 padahal tahap normal bawah 100.
Humm balik tu terus murung tak lalu nak makan, macam biasa salahkan suami. Walaupun dia tak bersalah. Biasalah manusia benda senang boleh salahkan orang lain kenapa nak salahkan diri sendiri.
Lemak Viseral Dan Spare Tyre Sama Bahaya
Ok kalau yang tak tau visceral fat tu apa meh sini Dila explain. Lemak dalam badan kita ni ada dua jenis:
Lemak subcutaneous – Lapisan lemak di bawah kulit.
Lemak visceral – Juga disebut lemak intra abdomen. Ini adalah sejenis lemak yang bertimbun di bawah otot dan mengelilingi organ vital. Ia membaluti hati, jantung, usus, ginjal, dan lain-lain organ vital dan menjadi punca kepada banyak penyakit macam sakit jantung, diabetes, stroke, darah tinggi dan lain-lain.
Risau kan bila tau tentang bahayanya lemak visceral ni. Lemak ni jugak la yang buat “spare tyre” dekat perut ni susah nak hilang. Adoiii. Kalau korang nak tahu rupanya sebab lemak visceral yang berlebihan ni la yang selalu buatkan kita rasa :
· Cepat penat, susah bernafas
· Moody – Cepat rasa nak marah
· Stress
· Kurang bertenaga
· Lesu
Yela bila lemak banyak pada jantung memang la rasa cepat penat dan susah nak bernafas dengan baik. Mula rasa moody dan stress bila apa yang kita plan nak buat tu tak menjadi sebab lemak jahat ni. Lepas tu mula nak salahkan orang sekeliling yang rapat dengan kita sampai effect pada suami dan anak-anak. Betul kan?
Gaya Hidup Faktor Penting Untuk Berubah
Tertanya-tanya macam mana nak hilangkan atau turun kan kadar lemak jahat ni kan? Lemak jahat ni boleh hilang bila kita lakukan 3 perkara ni:
1) Ubah gaya pemakanan. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran serat serta daging tanpa lemak. Gantikan minyak masak kepada minyak zaitun. (Atau boleh kawal kadar penggunaan minyak biasa). Tukar kaedah masak kepada stim, rebus, panggang atau bakar.
2) Hindari minuman manis terutama yang menggunakan susu pekat manis, produk yang berat dalam lemak tepu, makanan berminyak, makanan segera, makanan sejuk beku seperti sosej, nugget dan makanan bergoreng.
3) Bersenam. Visceral fat akan lebih mudah hilang jika melakukan senaman yang mudah seperti berjalan kaki selama 30 minit, menaiki tangga, jogging, berbasikal atau lain-lain aktiviti kardio.
Sebenarnya bukan kurus yang Dila impikan, tapi Dila nak sihat.
Bila badan sihat, otak cergas. Tak stress uruskan hal-hal kerja dan rumahtangga. Sebab tu wanita dan ibu-ibu di luar sana perlu mula amalkan pemakanan dan gaya hidup sihat sebab kita ni tulang belakang keluarga.
Bila badan sihat, otak jadi segar, hormon-hormon gembira pun merembes dengan jayanya. Tu yang boleh senyum je pada suami dan anak-anak walaupun bertungkus lumus dari pejabat sambung kerja rumah pula.
Suami dan anak-anak pun happy tengok perubahan kita. Macam tu jugak dengan lelaki, bila badan sihat tu baru la tak ada masalah nak bantu isteri uruskan rumahtangga walaupun baru balik dari kerja.
Diet ni bukan untuk kurus semata mata tapi kita lebih prefer hidup sihat. Kalau yang bukan obese pun ada masalah kesihatan, yang obese tu fikirkan.
Jom sama-sama sihat, rumahtangga lebih bahagia for sure. Masya Allah Tabarakallah nak uruskan bisnes nak berperang dengan agen-agen pun mudah.
#Tag suami/pasangan/kawan baik anda sebab lebih mudah kalau kita amalkan bersama.
Hargai dan sayang diri sendiri, inn shaa Allah orang sekeliling akan lebih menyayangi kita.
Jerawat pasir adalah keadaan di mana wajah ditumbuhi dengan jerawat kecil yang kelihatan seperti pasir. Ia terasa kasar apabila disentuh sama seperti tekstur pasir. Keadaan ini tentuanya agak merimaskan kerana ia boleh menyebabkan rasa tidak selesa terutama ketika berpeluh.
Photo by Sunny Ng on Unsplash
Bagi menghadapi masalah ini, anda boleh mencuba langkah-langkah asas penjagaan kulit wajah bagi mengatasi masalah jerawat pasir. Ia boleh dilakukan secara rutin dan berkala dalam rejim penjagaan kulit wajah.
BERSIHKAN WAJAH DENGAN PENCUCI WAJAH
Pengeluaran minyak yang berlebihan pada kulit wajah dan kotoran yang terkumpul antara punca berlakunya jerawat pasir. Oleh itu, bersihkan wajah anda setiap hari untuk mengurangkan lebihan minyak dan kotoran yang melekat pada kulit wajah setelah seharian melakukan pelbagai aktiviti.
Anda boleh menggunakan pencuci muka yang mengandungi AHA dan BHA untuk memastikan kulit bersih dari kotoran dan minyak. Selain itu, pilih pencuci muka yang lembut agar kulit tidak mengalami masalah iritasi.
SAPUKAN TONER EKSFOLIASI/PENGELUPASAN
Penggunaan toner bertujuan untuk membuang sel kulit mati dan kotoran yang tersumbat pada jerawat pasir secara maksimum. Bukan itu sahaja, toner juga berfungsi untuk melicinkan tekstur kulit yang anda miliki.
Photo by Mathilde Langevin from Unsplash
Pilihlah toner pengelupasan yang mengandungi AHA, seperti laktid dan asid glikolat. Gunakan toner pengelupasan 1-3 kali seminggu atau sesuaikan dengan keperluan kulit anda.
PAKAI PELEMBAP WAJAH
Pelembap wajah menjadi produk perawatan kulit wajah yang sangat penting untuk digunakan, sama ada wajah anda kering atau berminyak. Ini kerana pelembap berperanan mengunci kelembapan dan mencegah pengeluaran minyak pada kulit dengan lebih berkesan.
Untuk penggunaannya, disarankan untuk memilih pelembap dengan tekstur gel atau losen dengan formula bebas minyak dan bukan komedogenik. Bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif, disarankan untuk mengelakkan pelembap yang mengandungi bahan seperti alkohol dan pewangi.
GUNAKAN SUNSCREEN YANG BERTEKSTUR RINGAN
Selain pelembap wajah, sunscreen juga merupakan produk yang mesti digunakan dalam keadaan apa sekali pun. Ia amat penting bagi membantu proses pemulihan jerawat. Sunscreen juga melindungi jerawat daripada terkena sinaran UVA dan UVB yang menjadikan keadaan jerawat bertambah serius.
Photo by Clarissa Watson on Unsplash
Memilih sunscreen yang tepat amat penting untuk merawat jerawat pasir. Sunscreen itu sendiri mestilah bertekstur gel atau losen dengan kandungan SPF sekurang-kurangnya 30 dan berlabel broad spectrum. Jangan lupa juga untuk melakukan sapuan berulang untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
GUNAKAN SERUM SEBAGAI PERAWATAN TAMBAHAN UNTUK KECANTIKAN
Serum biasanya menjadi pilihan untuk mengatasi jerawat pasir yang memerlukan perawatan tambahan yang lebih spesifik. Contohnya, melegakan kemerahan dan keradangan pada jerawat pasir atau mengawal pengeluaran minyak yang berlebihan.
Photo by Liubov Ilchuk on Unsplash
Walau bagaimanapun, dalam keadaan ini, disarankan untuk menggunakan serum yang mengandungi beberapa bahan aktif, seperti niacinamide, zink, teh hijau, dan pokok teh.
HIJABISTA: Itulah rangkaian penjagaan kulit asas yang anda boleh pakai bagi menyelesaikan masalah jerawat pasir yang merimaskan. Bagi mendapatkan hasil yang sempurna, terapkan kaedah penjagaan kulit asas ini dengan kerap dan konsisten.
Buat julung kalinya, pihak Astro menerusi kerjasama strategik di antara saluran Astro Prima dan pihak Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. menganjurkan pertandingan realiti ‘Ratu Hijabista’ bagi mencari ikon wanita berhijab.
Ratu Hijabista disokong mesra oleh Safi Hijabista Bodycare Lotion yang hadir sebagai penaja utama untuk penganjuran musim pertama. Di zaman milenial ini, kecantikan luaran pastinya lebih bermakna bila dilengkapi dengan kebijaksanaan, ketahanan emosi dan personaliti diri. Sebagai si hijabista, bukan sahaja perlu memiliki daya pemikiran yang bijak tetapi dalam masa yang sama perlu juga tampil yakin dan jaga penampilan agar sentiasa menawan.
Sebagai jenama penjagaan diri yang cukup sinonim dengan semua hijabista, Safi Malaysia kini tampil dengan Safi Hijabista Bodycare Lotion yang membuka platform buat 12 orang finalis Ratu Hijabista mengejar cita-cita bergelar Ratu Hijabista 2020. Tentunya untuk bergelar sebagai ikon, seorang hijabista itu juga perlu bijak menjaga penampilan diri kerana ia mencerminkan keperibadian seorang wanita berhijab.
KULIT LEMBUT DAN KEKAL HIDRAT
Antara yang perlu diutamakan oleh seorang hijabista terutama finalis Ratu Hijabista ialah dari segi penjagaan kulit. Kulit yang lembut, halus, dan wangi sepanjang hari bagaikan lapisan yang menyerlahkan lagi pesona keyakinan si hijabista. Memang tak dapat dinafikan lagi, Safi Hijabista Bodycare Lotion inilah yang paling memahami keperluan si hijabista.
Varian losen Safi Hijabista Bodycare merupakan rangkaian losen pertama di Malaysia yang dirumus istimewa untuk si hijabista yang gemar tampil ‘lit’ tapi tetap modest gitu. Dengan perlindungan anti bau menerusi Teknologi Scent Care, hasilnya kulit halus, lembut dan wangi sehingga 8 jam. Paling penting, anda tidak perlu ragu-ragu sebab ia sememangnya disahkan Halal.
Sebagai si hijabista yang sentiasa aktif dengan pelbagai aktiviti indoor mahupun outdoor, kelembapan kulit seharusnya diberi perhatian. Dengan losen Safi Hijabista Bodycare yang mengandungi vitamin B3 untuk memelihara kulit agar sihat dan sekata, hijabista tidak perlu risau lagi untuk terus ceria jalani rutin harian seperti biasa.
Diuji secara dermatologi, losen Safi Hijabista Bodycare menjadikan kulit tubuh kekal lembap sepanjang hari. Penghidratan kulit sehingga 48 jam menjanjikan keselesaan tanpa batasan. Paling penting, tiada rasa melekit kerana setiap sapuan losen sangat ringan dan pantas menyerap ke dalam lapisan kulit.
TUBUH SEGAR DAN WANGI MESKIPUN AKTIF SEPANJANG HARI
Terus kekal aktif tanpa bau badan dengan penggunaan losen Safi Hijabista Bodycare kerana losen ini diperkaya dengan haruman yang mampu bertahan sehingga 8 jam. Pendek kata, sungguhpun finalis Ratu Hijabista terlibat aktif dengan aktiviti luar, kulit kekal terhidrat dan bebas daripada bau badan.
Sebagai jenama produk kecantikan yang dikenali ramai, Safi Hijabista Bodycare Lotion menyokong cara penjagaan diri hijabista sejajar dengan #sayasayangsaya.
Hadir dengan seleksi tiga varian iaitu losyen Safi Hijabista Bodycare, losyen ini terdiri daripada Safi Hijabista Bodycare Perfect Moisture, Safi Hijabista Bodycare Healthy White dan Safi Hijabista Bodycare Soothing Fresh.
TIGA PILIHAN LOSEN TANGAN DAN TUBUH UNTUK KEPERLUAN HIJABISTA
Losen Safi Hijabista Bodycare Perfect Moisture menjanjikan kelembapan yang sempurna. Ia melembapkan kulit secara intensif serta melindungi kulit tubuh daripada bau yang tidak menyenangkan.
Oh, meskipun kini kita perlu menjalani gaya hidup norma baharu dengan kerap mencuci tangan dan mandi membersihkan diri, namun jangan sesekali abaikan soal kelembapan kulit tau? Mujur ada Losen Safi Hijabista Bodycare Perfect Moisture dengan gabungan minyak badam organik dan shea butter. Lapisan losen yang disapu pada kulit mampu membantu mengekalkan kelembapan kulit, juga menjadikannya halus dan lembut.
Safi Hijabista Bodycare Healthy White pula menjadikan kulit cerah sekata dengan perlindungan anti bau. Cukup selesa disapu pada kulit kerana ianya tidak berminyak, tidak melekit dengan daya penyerapan yang cepat ke dalam lapisan kulit.
Formulasi ekstrak buah aprikot membantu mengekalkan keanjalan kulit dan mengurangkan tanda-tanda penuaan. Kandungan serbuk mutiara pula memperbaiki sel-sel kulit. Formulasi ringan dan selesa menjadikan kulit terasa halus, lembut dan wangi sepanjang hari serta terlindung daripada bau badan.
Bagi memastikan kulit kekal segar sepanjang hari, losen Safi Hijabista Bodycare Soothing Fresh wajib ada dalam beg tangan setiap hijabista. Lapisan ringan pada tangan dan kulit tubuh sangat menenangkan dan menyegarkan kulit dengan perlindungan daripada bau badan bagi memastikan tubuh kekal segar, terhidrat dan wangi sepanjang hari.
Tekstur losen Safi Hijabista Bodycare juga tidak berminyak, tidak melekit dan pantas menyerap menjadikan losen ini cukup selesa sekali disapu pada seluruh tubuh. Bahan utamanya, aloe vera pula melembapkan serta menyegarkan kulit.
Dengan perlindungan daripada bau badan, hijabista akan rasa segar, selesa dan kekal wangi sepanjang hari. Ekstrak timun organik yang kaya dengan kandungan air dan mineral berfungsi untuk menyejukkan kulit bagi memastikan kulit tubuh kekal terhidrat. Personaliti hijabista kini lebih terserlah dengan perlindungan kulit tubuh yang serba lengkap.
Bagaimanapun, kini sudah hampir lapan tahun kita tidak melihat Eja menghiasi kaca televisyen, hingga timbulnya dakwaan bahawa dia merajuk dan pelbagai spekulasi lain.