Panggilan atau memanggil kepada orang tersayang dalam Islam dengan penuh kehormatan, kasih sayang dan kelembutan memang digalakkan.
Membiasakan diri memanggil pasangan dengan panggilan sayang (Humairaa) merupakan hal yang lumrah dan dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW. Ini kerana baginda jika memanggil isterinya selalu dengan memakai panggilan ‘Ya Humairaa’ yang ertinya ‘Sayangku’.
Selain memberikan rasa senang pada pasangan, memanggil pasangan dengan panggilan sayang tentu akan membuatkan perasaan cinta dan kasih sayang semakin melekat dan utuh.
Ads
Sudah biasa kita mendengar atau menggunakan panggilan sayang terhadap pasangan kita. Bermacam-macam panggilan sayang yang kita berikan seperti ‘Honey’, ‘Hubby’, ‘Sayang’, ‘Cinta’, dan berbagai panggilan yang lainnya.
Panggilan sayang itu untuk menunjukkan rasa sayang dari tiap pasangan. Sering juga digunakan panggilang sayang yang islami oleh pasangan suami isteri, seperti’Abi’ dan ‘Ummi’.
Ads
Gambar sekadar hiasan. Kredit: Instagram Fattah Amin
Tapi ternyata, panggilan ‘Abi’ dan ‘Ummi’ itu sebenarnya diharamkan dalam Islam. Maksud dan tujuan sebenarnya baik, tetapi jika asal pakai tanpa mengetahui erti dan asal usulnya maka akan menjadikan ini haram.
Ads
Dalam kitab Ar-Raudhatul Murbi’ Syarah Zadul Mustaqni’ juz 3/195, dijelaskan tentang hal memanggil pasangan “Dan dibenci memanggil salah satu di antara pasangan suami istri dengan panggilan khusus yang ada hubungannya dengan mahram, seperti istri memanggil suaminya dengan panggilan ‘Abi’ (ayahku) dan suami memanggil istrinya dengan panggilan ‘Ummi’ (ibuku).”
Ada baiknya jika belum memiliki panggilan sayang, jangan digunakan panggilan tersebut. Namun jika sudah terlanjur, ada baiknya untuk menggantinya. Perlahan-lahan pasti akan terbiasa walaupun awalnya tidak.
Memang masih banyak yang memakai panggilan pasangan seperti ini, terutama di rumah keluarga islam. Ini kerana kita sudah tahu, sebaiknya hindari panggilan sayang seperti ini.
SUMBER: airsoya.com
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Umi Aqilah Ahmad Zailani, 19, pernah tular sebelum ini kerana dianugerahkan mata berwarna biru. Selain itu, adik lelakinya Muhammad Safwan, 13 juga memiliki warna mata yang sama. Kedua adik beradik yang berasal dari Baling, Kedah ini mewarisi warna mata yang itu daripada bapa mereka, Ahmad Zailani Dollah, 52.
Nenek dan ibu Ahmad Zailani juga bermata biru manakala dua sepupunya memiliki sebelah mata dengan warna sama. Dua beradik ini sering menjadi perhatian di sekolah terutama rakan-rakan sekelas dan guru yang turut menegur dan minat dengan keunikan mata mereka.
Hasrat gadis unik bermata biru ini untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kulinari di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Perlis, tercapai apabila dia menerima surat tawaran daripada institusi itu, kelmarin.
Umi Aqilah sangat gembira apabila dihubungi pihak PTSS yang mahu datang sendiri untuk menyerahkan surat tawaran kemasukan ke politeknik berkenaan di rumahnya di Kampung Chenerai, Siong, Baling.
“Sekarang saya sedang membuat beberapa persiapan sebagai persediaan untuk pendaftaran Isnin depan. Kehadiran mereka membuatkan saya lebih bersemangat untuk belajar.
“Di PTSS nanti saya akan dapat belajar menggunakan bahasa isyarat seperti di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Layar dan Pendidikan Khas Integrasi di Sungai Petani sebelum ini.
“Saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita saya menjadi tenaga pengajar dalam bidang kulinari. Walaupun saya ditakdirkan tidak mendengar, tapi saya tetap bersyukur dapat belajar seperti rakan-rakan lain sehingga peringkat tertinggi, terima kasih kepada PTSS kerana memberi peluang kepada saya untuk belajar di sana,” memetik kata-kata gadis ini seperti yang disiarkan oleh sebuah akbar tempatan.
Sementara itu, Pengarah PTSS, Abdul Malek Hassan dalam kenyataan, berkata Umi Aqilah adalah di antara lebih 700 pelajar baharu yang akan mendaftar di PTSS pada pertengahan bulan ini.
Beliau berkata, surat tawaran kemasukan Umi Aqilah ke program Sijil Kemahiran Hotel dan Katering sudah disampaikan sendiri oleh Pegawai Pengambilan dan Data PTSS, Syazwani Sobri kelmarin.
“Turut hadir ialah jurubahasa Nor Haslynda Amat Kamisan yang juga pensyarah yang akan mengajar Umi Aqilah dalam program itu nanti.
“Dalam pertemuan ringkas pihak PTSS dengan Umi Aqilah dan keluarganya, beberapa persoalan mengenai hari pendaftaran, dokumen dan keperluan pelajar telah dijelaskan sendiri oleh pegawai kami,” katanya.
Selain itu, Abdul Malek berkata, pihak PTSS juga mengucapkan terima kasih kepada Harian Metro dan Berita Harian kerana menyiarkan artikel Umi Aqilah sebelum ini, sekali gus menyebarkan wujudnya peluang pengajian kepada golongan orang kurang upaya (OKU) pendengaran lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ditawarkan di PTSS.
Setiap kejayaan yang dikecapi pasti perlu datang seiring bersama usaha, bak kata pepatah ‘yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang’. Tetapi bukanlah mudah untuk mencapai kecemerlangan secara konsisten dan berterusan.
Begitu juga dengan usaha berterusan yang dilakukan oleh hijabi kelahiran Kluang Johor, Wan Norsyafiqah Arinah Wan Norazmi yang baru-baru ini telah berjaya menamatkan pengajian Ijazah kelas pertama dalam bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional.
Dek kerana kecemerlangan yang dikecapinya itu, Arinah telah mendapat tawaran dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) secara fast track.
Menyingkap kisah kejayaan yang dikecapinya, Arina berkata kecintaanya terhadap ilmu pengetahuan tidak pernah usai sejak dia masih kecil lagi.
Jelasnya, dia tidak suka bertangguh dan sentiasa menyiapkan kerja sekolah semasa waktu senggang menunggu pertukaran cikgu mata pelajaran menjadikan dia mampu menyandang gelaran pelajar cemerlang.
“Semasa tunggu pertukaran cikgu di kelas, memang saya akan cuba siapkan semua kerja sekolah yang ada supaya tidak membuang masa. Ia akhirnya jadi tabiat saya.
“Ibu bapa juga mementingkan nilai pendidikan sejak saya kecil dan mereka ibarat kunci pertama dalam pendidikan yang membuatkan saya suka untuk belajar,” ujarnya.
Bagaimanapun, selain menumpukan sepenuh perhatian dalam pelajaran, Arinah mendedahkan bahawa dia juga ada membahagikan masa untuk melakukan pelbagai aktiviti lain seperti berniaga.
“Saya bukanlah seorang yang study hard tetapi saya suka ambil tahu dan belajar. Pada masa sama suka berniaga. Jadi memang saya tak bebankan diri semata-mata untuk belajar,” luahnya yang kini menjual cornflakes madu.
Jadi, apabila menerima tawaran untuk mengikuti pengajian pantas PhD sebaik sahaja menamatkan pengajian Ijazah, Arinah tidak perlu berfikir dua kali untuk menerima tawaran berkenaan dan perlu menghabiskan pengajian dalam tempoh tiga tahun.
Sekadar info, terdahulu kosah kejayaan yang dikecapi hijabi ini tular di laman Tik Tok hingga menjadi sorotan wargamaya, setakat artikel ini ditulis video perjalanan kejayaan Arina telah mencecah hampir sejuta tontonan.
Malah, Hijabista sempat meninjau ke ruangan komen dan melihat rata-rata netizen terinspirasi dengan kejayaan yang dikecapi arinah dan bertanyakan apakan tip dan amalan yang dilakukan beliau hingga terus-terusan mengapai kecemerlangan.
“Definisi sebenar beauty with brain. Semoga berjaya dunia dan akhirat.
“Tahniah. Boleh tak kongsi cara belajar dan urus masa?
“Sis bagi tips macam mana belajar,” ujar warganet.
Anda sangat berhati-hati menyapukan pelindung matahari ke seluruh badan, agar tidak ketinggalan satu inci. Bahkan menggunakannya di kawasan yang sering dilupakan, seperti bahagian atas kaki, telinga, dan tangan.
Tetapi kita terlupa untuk melaburkan duit pada kulit kepala, sedangkan sebagai hijabi rambut adalah mahkota penting untuk dirawat walaupun tertutup. Salah satu alasan tidak menggunakkan SPF di rambut kerana ianya membuat rambut dan kepala terasa berminyak dan kotor.
Oleh kerana kulit kepala berada pada titik tertinggi di badan anda, ia lebih mudah terbakar daripada kawasan lain. Jadi, ramai yang tidak menggunakan pelindung matahari di kulit kepala. Tak siapa yang menyukai luka dek terbakar dari sinar matahari, tetapi kesan kemerahan yang gatal mungkin menjadi perhatian anda. Walaupun barah kulit di kulit kepala tidaklah biasa seperti barah kulit di bahagian lain badan, jika anda menghidap melanoma kulit kepala bentuk barah kulit yang paling jarang terjadi, tetapi ia sangat berbahaya.
“Para penyelidik mendapati bahawa salah satu barah kulit melanoma yang paling fatal berlaku di kulit kepala. Kulit kepala kaya dengan vaskularisasi, dan ada teori bahawa, melanoma dapat menyebar ke otak dengan mudah.” Kanser kulit di kulit kepala juga cenderung didiagnosis kemudian kerana ditutupi rambut, menjadikan rawatan lebih sukar.
Cara memilih dan menggunakan pelindung matahari kulit kepala yang terbaik:
“Pelindung matahari untuk kulit kepala harus dipegang dengan standard yang sama dengan pelindung matahari untuk bahagian tubuh yang lain. Cari produk yang mengandungi perlindungan spektrum luas dengan SPF sekurang-kurangnya 30, kata pakar kosmetik kosmetik dan dermatologi.
“Kulit kepala botak adalah yang paling mudah dilindungi kerana tidak ada rambut untuk bertarung,” kata pakar. “Sekiranya anda mempunyai rambut yang sangat tebal, paling tidak anda harus menggunakan pelindung matahari di bahagian kulit dan sepanjang helaian rambut. Rambut nipis mungkin yang paling mencabar kerana rambut tidak cukup tebal untuk menawarkan perlindungan sendiri, tetapi terlalu tebal untuk memudahkan penggunaan pelindung matahari.”
Cari produk yang boleh anda gunakan dengan mudah di kulit kepala dan rambut anda. Semburan, minyak, biasanya digunakan di daerah ini, walaupun anda pasti dapat menggunakan pelindung matahari secara tradisional di kulit kepala.
Serbuk juga biasa digunakan, tetapi jika anda mengikuti jalan ini, pilihlah yang hampir dengan warna rambut. Sebagai bonus, produk ini juga dapat melindungi rambut anda dari kerosakan akibat sinar matahari.
Sikat rambut ke belakang dan masukkan ke dalam sanggul atau ikat gaya ekor kuda. Ini akan membantu mengelakkan bahagian rambut anda terbakar dek sinar matahari. Topi juga boleh membantu.
Tidak tahu mahu bermula dari mana? Lihat pelindung matahari yang diluluskan oleh pakar dermatologi ini untuk melindungi kepala anda dari cahaya matahari – tidak akan meninggalkan kesan berminyak di kulit kepala mahupun helaian rambut anda.
Ini senarai skincare untuk melindungi kulit kepala dan helaian rambut anda dari terik sinaran matahari yang mempunyai kandungan SPF .
Sesuai untuk semua jenis rambut – dari halus hingga bergelombang hingga tebal dan kerinting. Serbuk bebas bahan kimia ini mengandungi silika untuk menyerap lebihan minyak, vitamin C untuk perlindungan antioksidan, dan SPF 45 untuk menjaga kulit kepala anda bebas dari selaran matahari. Bonus, produk ini vegan dan tidak berminyak.
Sekiranya pelindung matahari lebih sesuai dengan gaya anda, ini adalah pilihan yang baik untuk kulit kepala. Formula bebas bahan kimia sangat sesuai jika anda mempunyai kulit sensitif, kerana mengandungi tepung inti oat yang menenangkan. Ia bebas minyak dan wangi, tahan air selama 80 minit, dan mempunyai cap kelulusan dari National Skin Cancer Foundation dan National Eczema Association.
Semburan pelindung tahan air, peluh, dan minyak Shiseido berfungsi dengan baik pada kulit kepala, rambut, wajah, dan badan anda. Ia tidak melekit atau berminyak, jadi anda tidak perlu bimbang untuk menyemburnya di setiap helaian rambut anda. Selain bahan pelindung sinar matahari, ia juga membungkus antioksidan untuk melindungi kulit dari radikal bebas yang merosakkan.
Mousse spektrum luas ini tidak meninggalkan minyak pada rambut salah satu produk kegemaran pakar. Atribut pemenang lain, Ia berfungsi sebagai pelembab rambut ketika di pantai, tahan air hingga 80 minit, dan mengandungi shea butter sebagai pelembap.
Jangan terlalu terintimidasi dengan perkataan “minyak”. Minyak kering ini terasa sangat ringan dan tidak berminyak (tetapi kelihatan berkilau dan terasa seperti sutera). SPF spektrum luas memastikan rambut dan kulit kepala dilindungi dengan baik.
Garis perlindungan rambut terulung dari L’Oreal telah diformulasikan semula untuk memasukkan sedikit lidah buaya, yang berfungsi untuk meningkatkan kilauan pada helaian rambut yang dijemur. Semburan penapis UV ini sangat sesuai untuk menambah perlindungan anda sepanjang hari, sementara syampu dan topeng berkhasiat adalah sekutu hebat untuk dibawa sekali dalam beg pakaian percutian anda.
Sekiranya anda merancang untuk menghabiskan sebahagian besar percutian anda di kolam renang, pelindung rambut IGK adalah barisan perlindungan terbaik anda. Sejumlah lilin dan balsem semula jadi berfungsi untuk menutup setiap helai dari kesan merosakkan klorin, air laut masin dan sinar UV. Sapukan secara bebas, kemudian putar panjang menjadi chignon rendah untuk gaya terbaik.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.