Kertas dinding, satu daripada aksesori hiasan dalaman yang sememangnya popular dalam kalangan masyarakat, terutama bagi mereka yang lebih selesa memilih dekorasi dinding bermotif.
Malah kertas lapisan ini bukan saja berfungsi memperindahkan lagi ruang atau sudut di dalam rumah, pejabat, kafe mahupun struktur bangunan lain, bahkan bertindak sebagai pelindung.
Menutupi cela pada dinding dan menghasilkan permukaan lebih menarik dan bertekstur, kertas dinding ditawarkan dalam bentuk gulungan manakala direka secara menegak bagi memudahkan proses pemasangannya.
Bagi hijabi yang sedang merancang untuk menukar keseluruhan mood rumah dengan memasang wallpaper atau kertas dinding, ada beberapa tip yang perlu diberikan perhatian.
WARNA
Suasana bilik boleh dipengaruhi oleh warna. Kalau mahukan ruang besar dan siling pun nampak tinggi, pilih corak yang latar belakangnya warna lembut seperti putih, cream, biru muda, ungu lembut,kelabu lembut pendek kata yang sejuk. Warna-warna sebeginii boleh buat kita rasa tenang dan santai.
PENCAHAYAAN
Cahaya boleh dibentuk dari wallpaper. Macam mana tu? Kalau bilik tiada tingkap, pilih lah wallpaper yang boleh beri kesan pantulan cahaya seperti wallpaper yang bercorak cerah dan ada warna metalik, boleh juga yang colourful. Corak wallpaper yang halus juga boleh memantulkan cahaya. Jika bilik kecil, elakkan guna wallpaper yang gelap dan ada tekstur.
PILIH GAYA YANG SESUAI
Kadang-kadang ada rumah yang mempunyai ruang tertentu seperti ruang makan, ruang formal, ruang keluarga, ruang terbuka, Untuk ruang formal, corak yang skala besar dengan warna dramatik lebih sesuai. Jika ruang terbuka, corak motif kecil boleh digunakan.
Ads
SERLAHKAN RUANG
Bagi menampakkan ruang lebih tinggi, gunakan wallpaper corak belang dan menegak. Corak melintang pula akan menjadikan bilik lebih lebar. Corak kecil akan jadikan bilik lebih luas manakala corak besar boleh memberi impak lebih privasi.
SUAI PADAN DENGAN BIJAK
Bilik tanpa corak lama-kelamaan nampak agak bosan. Tapi bilik yang terlalu bercorak pun boleh buat serabut mata memandang. Jadi kalau nak pilih wallpaper yang corak bunga atau petak, guna corak dengan warna yang sama. Contoh bunga ada elemen biru muda, bahagian corak pun mesti lah ada warna tersebut. Jangan dicampur aduk dengan warna pelbagai.
Melalui perkongsian Atam Ayu di Facebooknya, wanita ini berkongsi idea pemilihan wallpaper yang sesuai untuk dipasang di rumah.
Pasangan Instafamous yang juga pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina merupakan antara figura yang sering menjadi sorotan netizen dalam setiap tindak tanduk mahupun penampilan yang diperagakan mereka.
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah 63kg! Jelas Ana, ketika itu suamilah mentor untuk berdiet dan pembakar semangat sehingga berjaya hari ini.
Pemilik nama penuh, Nursyafiqah Aina Abdul Wahab, mengakui dirinya dulu memang tidak secantik sekarang. Dulu dia seorang gadis yang gemuk dan mempunyai muka berjerawat.
Memetik laporan Mstar Online penampilannya jauh berbeza dengan sekarang. Berbanding suaminya yang disifatkan sebagai seorang yang romantik.
Justeru itu, Aina tidak pernah bekecil hati jika suaminya memuat turun foto dirinya dahulu. Ini kerana ada mesej yang tersirat yang ngin disampaikan sebagai pengajaran kepada orang ramai.
Aina mengakui pada tahun 2013, berat badannya pernah mencecah 63 kilogram berbanding Hafiz yang hanya memiliki berat 42 kilogram.
Justeru, untuk mengembalikan keyakinan diri, Hafiz adalah orang yang sanggup memberikan tunjuk ajar serta galakkan kepada Aina untuk menurunkan berat badan.
Ketika temu bual bersama majalah NONA, Aina mendedahkan bahawa dia berjaya menurunkan berat dan mendapat bentuk badan ideal hanya dengan menjaga diet tanpa mengambil sebarang suplemen.
Dia juga mengamalkan tip pemakanan daripada Hafiz yang sememangya aktif melakukan senaman di gimnasium dan at berdisiplin menjaga pola pemakanannya.
Aina menjelaskan, tekad untuk kurus bukan kerana dia mengharapkan tubuh badan ramping bagi tujuan kecantikan, tetapi Aina sebenarnya tidak selesa melihat dirinya yang berisi dan merasa tidak yakin untuk memakai pakaian dengan saiz badan yang gempal.
Mereka yang sudah mula saling mengenali sejak lima tahun lalu dan sejak itu kasih antara keduanya tidak pernah berubah hinggalah mereka mendirikan rumah tangga.
Pasangan ini kelihatan cukup romantik dan Hafiz memang betul-betul mencintai wanita ini walaupun ketika mula bertemu dirinya tidak berpenampilan menarik.
Sementara itu menurut Hafiz, gambar yang dimuat turun di laman sosial bukan bertujuan memperlekekan isterinya, sebaliknya hanyalah untuk memberi motivasi kepada pasangan lain.
Jelasnya lagi, dia mahu memberi inspirasi kepada kaum wanita supaya tidak rasa merendah diri dan yakin pada diri sendiri dan berubah kepada perkara lebih baik. Begitu juga lelaki yang perlu menerima pasangan mereka seadanya walaupun mereka tidak begitu sempurna.
Piala Dunia Qatar yang berlangsung sejak 20 November lalu bukan setakat gelanggang perlawanan bola sepak bagi pasukan bola bagi setiap negara berentap menonjolkan kekuatan pasukan masing-masing.
Menariknya, Piala Dunia 2022 yang dianjurkan di Qatar itu menjadi medium kepada ratusan orang bukan islam untuk memeluk agama suci Islam termasuklah sebuah keluarga dari Brazil.
Memetik laporan Free Press Journal, keluarga yang terdiri seramai enam orang itu, dengan rela hati telah memeluk agama Islam di sebuah masjid semasa Piala Dunia 2022 di Qatar sedang berlangsung.
Moment penuh bersejarah itu, telah direkodkan dalam sebuah video memaparkan pasangan suami isteri dan empat orang anak mereka telah melafazkan Shahadah yang dibacakan oleh seorang pendakwah.
Ketika ditanyakan apakah perasaan setelah memeluk Islam, ini respon mengejutkan dari keluarga itu
“Saya tidak tahu bagaimana mahu mengungkapkannya. Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.
“Ia satu perasaan yang menenangkan hati saya,” katanya.
Tambahnya lagi, keinginan mereka untuk memeluk agama Islam adalah secara sukarela tanpa paksaan dari mana-mana pihak mahupun individu.
“Tiada seorang pun orang Islam memaksa kami memilih agama ini,” jawab anak perempuan keluarga tersebut.
Untuk rekod, menurut beberapa ciapan di akaun Twitter, lebih 500 penyokong bola sepak telah memeluk agama Islam sejak kejohanan itu bermula.
Manakala pada hari kedua Piala Dunia berlangsung terdapat seorang lelaki warga Mexico telah memeluk Islam di sebuah masjid di perkampungan budaya Katara di Doha.
Vitamin biasanya berada di bahagian atas senarai apabila kita bercakap tentang semua vitamin dan mineral dan ia sering dipuji sebagai ubat penawar. Anda diberi amaran untuk minum jus oren apabila anda sakit dan digalakkan untuk mengambil suplemen vitamin C untuk menguatkan sistem imun anda.
Faedah kepada sistem dalam badan anda tidak terkira banyaknya dan jelas, tetapi vitamin C juga berfungsi dengan baik untuk kulit dan sudah tiba masanya ia mendapat perhatian yang sewajarnya. Asid askorbik adalah bentuk vitamin C yang paling biasa ditemui dalam penjagaan kulit. Ia adalah antioksidan, dengan ciri anti-penuaan cemerlang yang membantu mencerahkan dan menegangkan kulit anda dengan menghalang kehilangan kolagen yang kelihatan.
Mengintegrasikan vitamin C ke dalam rutin penjagaan kulit sangat berfaedah kerana ia menguatkan penghalang kulit terhadap sinaran UV, punca nombor satu tanda penuaan yang boleh dilihat. Untuk menutup semuanya, asid askorbik juga secara mendadak mengurangkan masalah hiperpigmentasi, terutamanya yang tertinggal selepas kerosakan matahari atau parut jerawat.
Vitamin C adalah ramuan yang hebat, tetapi ia datang dengan bahagian isu yang saksama. Ia adalah sebatian yang sangat tidak stabil, jadi kaedah penyimpanan yang betul perlu dipertimbangkan. Asid askorbik harus disimpan di tempat yang sejuk dan gelap, dengan pendedahan minimum kepada oksigen. Sebaik-baiknya, menyimpannya di dalam peti sejuk dan penyimpanan selamat selepas digunakan harus mengelakkan pengoksidaan. Hanya beli serum yang disimpan dalam botol gelap atau legap, kerana cahaya juga boleh menjejaskan kestabilan asid askorbik. Terdapat formula yang stabil di pasaran, tetapi ia cenderung lebih mahal sedikit.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
CEO Sunday Riley Rapid Flash Brightening Serum menggunakan jenis vitamin C yang berbeza yang dikenali sebagai askorbat THD. Ia merupakan bentuk vitamin C yang paling premium, kerana ia sangat stabil dan larut dalam minyak. Ia juga mengandungi asid glikolik untuk mengelupas kulit dengan lembut, jadi pastikan anda menggunakan pelindung matahari selepas itu. Serum ini mempunyai rasa tebal dan lebih berat pada kulit.
Dirumus dengan 10.5% L-Ascorbic Acid dan 2% Ascorbyl Glucoside yang boleh diperbaharui serta asid hyaluronik, serum bebas air yang mujarab ini menjanjikan untuk mengurangkan garis dan kedutan sambil mengekalkan keanjalan kulit dari semasa ke semasa. Vitamin C antioksidan di sini meresap jauh di bawah permukaan kulit dan kekal berkesan pada kulit sehingga enam hari, jadi kulit lebih berseri dalam masa dua minggu.
BELI DI SINI: SEPHORA
Vitamin C bukanlah bahan penjagaan kulit yang paling stabil, jadi Drunk Elephant telah mereka bentuk versinya sendiri untuk dicampur sebelum penggunaan pertama untuk memastikan potensi maksimum. Serum ini padat dengan kompleks antioksidan kuat 15% asid l-askorbik, 0.5% asid ferulik, dan 1% vitamin E untuk memastikan kulit lebih tegang, cerah dan kurang berpigmen. Ekstrak penapaian labu juga digunakan di sini untuk melarutkan sel kulit mati permukaan secara enzimatik kerana ia menghidrat dan menenangkan, membolehkan produk meresap lebih dalam ke dalam kulit untuk hasil yang lebih baik.
Penyelamat penjagaan kulit terbaru Ole Henriksen menggabungkan tiga ramuan Ole Glow Vitamin C, asid pengelupasan dan pigmen yang diinspirasikan serbuk pisang untuk mencerahkan dan mempertahankan kulit daripada pencemaran. Kandungan 15% Vitamin C dipenuhi dengan 5% PHA, asid hyaluronik dan vitamin E untuk membetulkan tona kulit yang tidak sekata sambil menggebukannya dari dalam. Pigmen yang diinspirasikan dari serbuk pisang juga menerangi dan membetulkan warna untuk kulit yang lebih bersih dan cerah sepanjang hari.
Anggap ini khasiat yang kulit anda dambakan selama bertahun-tahun. Caudalie telah mengahwinkan polifenol biji anggur khasnya dengan Vitamin C 4x stabil, asid hyaluronik dan antioksidan lain dalam serum terbarunya untuk melindungi kulit daripada pencemaran dan tekanan oksidatif. Ia juga vegan, dirumus dengan 97 peratus bahan asal semula jadi dan bukan komedogenik . Sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit yang mudah berjerawat.
Serum pilihan yang baik jika anda mudah berjerawat, ia mengandungi asid salisilik, yang merupakan pejuang jerawat yang terkenal dan terdapat dalam bentuk serbuk. Terdapat dua komponen, pertama ialah pembersih serbuk yang anda gabungkan dengan air dan urut perlahan-lahan ke dalam kulit dan kemudian bilas. Yang kedua ialah serum yang direka untuk dicampur dengan apa sahaja pelembap harian yang anda gunakan. Kedua-duanya mengandungi 10 peratus asid L-askorbik, iaitu kepekatan minimum yang disyorkan dan baik untuk seseorang yang baru menggunakan ramuan tersebut.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di