Kecantikan

Rihanna Hadir Tayangan Perdana Black Panther Wakanda Forever LA Dalam Solekan Monokromatik Berkilau

Share

Rihanna berjalan di atas karpet ungu di Tayangan Perdana Black Panther: Wakanda Forever World di Los Angeles pada hari Rabu, 26 Oktober 2022.

Kecantikan solekannya hasil sentuhan, Priscilla Ono juru solek global Fenty Beauty. Gaya dan solekannya padanan yang menarik dengan menyarungkan busana hijau zaitun monokromatik berkilau ilham pereka Ricks Owens. Single baharu Rihanna yang dinanti-nantikan “Lift Me Up,” mengetuai runut bunyi Black Panther 2 dikeluarkan secara rasmi pada 28 Oktober menjelang tayangan rasmi filem itu pada 11 November.

Penampilan dari solekan hingga kilauan badan

HOLLYWOOD, CALIFORNIA – OCTOBER 26: Rihanna attends Marvel Studios’ “Black Panther: Wakanda Forever” premiere at Dolby Theatre on October 26, 2022 in Hollywood, California. (Photo by Frazer Harrison/GA/The Hollywood Reporter via Getty Images)

Serlahan menyeluruh seperti berlian yang sempurna pada kulit, dan bibir yang gebu, menggunakan Fenty Beauty dan Fenty Skin. Juru solek Rihanna mahukan selebriti ini tampil anggun di majlis tayangan perdana itu.

“Kami mahu kulit benar-benar meniru kilauan indah pakaiannya,” kata Ono.

“Kami mencipta kilauan seperti berlian pada wajah dan badan Rihanna menggunakan Fenty Beauty Diamond Bomb highlighter kegemarannya, yang kemudian membolehkan bibir merah jambu neutral separa matte dengan Gincu Boleh Isi Semula Fenty Icon Refillable Lipstick in Pose Queento benar-benar meletop. Memilih warna hijau zaitun yang menyelaraskan bentuk matanya dengan Flypencil Eyeliner in Bank Tankand mengambil naungan itu ke dalam garis airnya supaya ia kelihatan segar dan grafik,” ujar Priscilla Ono.

Berikut ialah pecahan penuh rupa kecantikan Rihanna yang dicipta oleh Fenty Beauty Global Makeup Artist Priscilla Ono:

PREP:

Fenty Skin Start’r Set

Rutin permulaan oleh Rihanna untuk kulit terbaik anda dalam tiga langkah mudah: Pembersih solekan mini saiz, serum toner dan pelembap pelindung matahari.

ARTIKEL BERKAITAN: Gaya Solekan Rihanna Sepantas 10 Minit, Inspirasi Solekan Percutian Hijabi Kaki Travel.

Total Cleans’r Remove-It-All Cleanser

Pembersih dan penanggal solekan 2-dalam-1 ini memberikan anda pembersihan mendalam. Ia juga dibuat dengan bahan pencuci ceri barbados yang penuh dengan antioksidan dan bahan pencuci berinspirasikan kelapa untuk merawat kulit dengan betul.

Fat Water Pore-Refining Toner Serum

Kombo toner-serum 2-dalam-1 yang menyasarkan liang-liang, memperbaiki rupa bintik-bintik gelap, mencerahkan, melicinkan dan melawan kilauan, semuanya tanpa merengsakan kulit.

Hydra Vizor Invisible Moisturizer Broad Spectrum SPF 30 Sunscreen

Pelindung matahari dan pelembap 2-dalam-1 ini ringan, bebas minyak dan benar-benar tidak kelihatan pada semua warna kulit. Krim sesuai untuk dehidrasi, perubahan warna, bintik-bintik gelap. Mesra solekan juga!

SOLEKAN:

Solekan Mata:

Gincu:

Fenty Beauty Icon Refillable Lipstick in Pose Queen

Badan:

Fenty Beauty Diamond Bomb All-Over Diamond Veil (How Many Carats)

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya Dengan 3 Kunci Utama, Rutin Penjagaan Kulit Wajah Rihanna Yang Ringkas Tetapi Berkesan

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

 

IKLAN