Musibah berlaku sekelip mata, sedia atau tidak kestabilan rezeki juga mungkin terjejas, ini sebabnya takaful penting ganti sumber pendapatan.
Melindungi masa depan amat penting kerana kita tidak mengetahui apa yang bakal terjadi dalam hidup ini. Cabaran utama sis adalah untuk memastikan kestabilan kewangan sekaligus menjadi ‘penyelamat’ apabila diperlukan.
Percaya tak sis, menurut kajian RinggitPlus, 7 daripada 10 rakyat Malaysia hanya menyimpan kurang dari RM500 sebulan. Secara keseluruhan, rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat sangat mudah terdedah kepada krisis kewangan mengejut.
Itu belum dicampur kes kemalangan jalan raya sebanyak 598,635 yang dilaporkan di seluruh negara pada tahun lalu oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman. Implikasi kewangan bagi keadaan diluar jangka ini memberikan tekanan bebanan yang berat, terutamanya apabila ia melibatkan pencari nafkah utama sesebuah keluarga.
Bayangkan kehidupan sis tanpa ayah atau suami bekerja. Bagaimana kelangsungan hidup nak diteruskan jika rezeki terjejas? Inilah sebabnya takaful penting ganti sumber pendapatan tau.
Takaful merupakan salah satu talian hayat yang diyakini. Dengan cara yang betul, ia mampu melindungi kewangan sis bahkan memberi ketenangan serta jaminan keselamatan apabila ditimpa musibah yang tak terduga.
5 SEBAB PILIH TAKAFUL
(1) Pelindung kepada Realiti Kesulitan Hidup
Kematian, kecacatan menyeluruh & kekal, serta penyakit kritikal adalah topik yang ramai di antara kita cuba elakkan dalam perbualan harian kerana berbaur negatif. Oleh itu, menyumbang kepada pelan takaful adalah seolah mempunyai rakan pelindung yang akan menghadapi cabaran kehidupan ini dan melindungi diri daripada hutang yang mungkin timbul akibat keadaan tersebut.
Takaful beroperasi atas prinsip kerjasama dan pertolongan bersama, bermaksud apabila penyumbang takaful berhadapan salah satu cabaran ini, dana dari tabung perkongsian tersebut akan disalurkan secara terus dan telus kepada penyumbang dan keluarga. Ini menjamin penyumbang akan memiliki pendapatan yang tidak terputus bagi menampung bil yang tinggi dan memberi tumpuan kepada pemulihan.
(2) Menjaga Kualiti Hidup
Kehilangan pencari nafkah dalam keluarga bukan hanya sekadar kehilangan insan tersayang tetapi juga rezeki terjejas, inilah sebabnya takaful penting ganti sumber pendapatan. Takaful mampu menawarkan sinar harapan dengan menyediakan cara untuk mengurangkan risiko dengan meringankan bebanan kewangan. Takaful membolehkan penggantian punca pendapatan untuk pencari rezeki, memastikan kestabilan kewangan mereka apabila menghadapi tragedi tersebut.
Sebagai contoh, inisiatif Dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) PruBSN i-Lindung membolehkan penyumbang menggunakan dana KWSP mereka untuk sijil takaful seperti PruBSN Lindung Famili atau PruBSN Cegah Famili untuk melindungi diri dan keluarga. Melalui sijil ini, orang tersayang mendapat akses kepada faedah yang komprehensif dalam tragedi seperti kematian, hilang upaya kekal, dan penyakit kritikal, menyediakan sokongan kewangan penting dalam waktu yang mencabar.
(3) Perlindungan Disesuaikan Mengikut Keperluan
“Saya tak cukup wang!” – Ini adalah kenyataan yang mencerminkan 30% rakyat Malaysia berusia 25 hingga 40 tahun yang memiliki kekurangan perlindungan peribadi. Bertentangan dengan kepercayaan ramai, dana takaful pada amnya mempunyai kadar tetap dan tidak terikat kepada kadar faedah. Apa yang membezakannya adalah kesesuaiannya menepati keperluan individu. Penyedia takaful tidak percaya kepada penggunaan hanya satu pendekatan untuk semua, mereka memberi ruang dan kuasa kepada penyumbang untuk menentukan pelan mengikut keperluan khusus mereka.
Selain itu, pilihan untuk memiliki pelan perlindungan melalui EPF menawarkan solusi yang mampu milik. Dengan cara ini, pelaburan dalam perlindungan takaful tidak akan memberikan impak kepada komitmen gaji bulanan sedia ada. Sebaliknya, ia menyediakan kemudahan dan lebih mudah diakses untuk anda menjamin masa depan tanpa menjejaskan bajet anda.
Sebagai contoh, sijil takaful di bawah inisiatif KWSP PruBSN i-Lindung menekankan kepentingan memberikan perlindungan kewangan kepada setiap rakyat Malaysia melalui sumbangan tahunan dari serendah RM13.80* bagi setiap ahli yang dilindungi. Sijil PruBSN Lindung Famili dan PruBSN Cegah Famili meluaskan perlindungan kepada penyumbang, pasangan mereka yang berumur 19 hingga 65 tahun dan anak-anak mereka yang berumur 14 hingga 65 tahun. Sijil-sijil ini juga memastikan kelayakan mereka sehingga umur 75 tahun. Sijil-sijil ini memberikan rasa jaminan apabila keadaan yang tidak dijanka berlaku. Takaful menawarkan fleksibiliti kepada penyumbang untuk menentukan matlamat kewangan dan keutamaan mereka, memastikan sijil takaful yang dipilih sejajar dengan keperluan individu dan situasi kehidupan mereka.
(4) Berpegang Pada Etika dan Patuh Syariah
Beroperasi atas prinsip saling membantu (Ta’awun) antara satu sama lain semasa ditimpa kesusahan di mana penyertaannya adalah Tabarru’at (Kebajikan). Tidak seperti insurans konvensional, takaful memberikan keutamaan kepada ketelusan dan bebas dari unsur faedah (riba).
Untuk memastikan semua penyumbang mengambil maklum mengenai impak sumbangan mereka, pengendali takaful sentiasa memberikan penerangan mengenai pengurusan dana tersebut. Landasan kewangan ini juga membolehkan penyumbang melabur dalam projek-projek tanggungjawab sosial korporat untuk membantu mereka yang memerlukan, termasuk inisiatif kesihatan, pendidikan, dan juga pembangunan infrastruktur. Melalui rangka kerja etika, takaful berperanan sebagai pemangkin bagi melestarikan kewangan yang mampan dan perubahan sosial yang positif.
(5) Jaminan Kepercayaan Dalam Menghadapi Ketidaktentuan
Kehidupan sangat rapuh dalam dunia yang bergerak pantas hari ini. Menurut satu kajian oleh Prudential, hampir dua pertiga orang bimbang tentang persediaan masa depan mereka jika sesuatu yang buruk berlaku. Ini memberikan gambaran yang menakutkan tentang kestabilan kewangan pada masa depan.
Di sinilah takaful memainkan peranan, membantu individu mengemudi kekhawatiran ranjau kehidupan dengan ketabahan dan keyakinan. Takaful memberikan kekuatan kepada penyumbang untuk mengejar matlamat dan menjalani kehidupan mereka dengan sepenuhnya melalui pembayaran sekali gus apabila keadaan yang tidak dijangka berlaku.
Secara kesimpulannya, menyumbang kepada takaful adalah langkah proaktif untuk memastikan kestabilan kewangan, menawarkan penggantian sumber pendapatan yang segera apabila hidup tidak seperti yang dirancang. Kemampuannya untuk melindungi daripada perubahan hidup seperti kematian, kecacatan total dan kekal, dan penyakit kritikal hanya menjadikannya rakan sekutu yang boleh dipercayai untuk lebih kuat menghadapi kehidupan.
Artikel berkaitan: https://www.hijabista.com.my/enggan-menyesal-kemudian-hari-anna-jobling-sarankan-hijabi-perlu-bijak-urus-kewangan-seperti-dirinya/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI