Siang tadi, kita dikejutkan dengan berita penemuan mayat seorang bayi lelaki, Adam Rayqal berusia 5 bulan disorokkan di dalam peti ais di rumah pengasuhnya selepas dilaporkan hilang oleh pengasuhnya. Selepas dibedah siasat, pihak polis percaya bayi itu maut akibat kesan hentakan yang kuat di kepala hingga tempurung kepalanya retak.
Masyarakat ternyata terkesan dengan perkara ini dan bersimpati dengan nasib keluarga mangsa. Mereka menyifatkan perkara ini sesuatu yang sangat kejam dan tidak berhati perut. Namun, ada juga yang turut menyalahkan ibu bapa mangsa yang dikatakan bersalah kerana memilih untuk menghantar anak mereka ke rumah pengasuh terbabit.
Seorang pemilik akaun Instagram, @meeramiwa telah meluahkan rasa kecewanya kepada pihak yang telah mempertikaikan keputusan ibu mangsa untuk terus bekerja daripada menjaga anak sendiri di rumah.
Ads
Jangan buat perbandingan dan mengatakan “sebab itulah saya tak kerja, rela berhenti jaga anak sendiri’’. Hormati perasaan orang lain.
Rezeki semua orang itu tidak sama, jangan hina mereka.
Ads
Siapa yang tidak mahu jaga anak mereka sendiri?
Jangan terlalu bangga diri, kita tidak faham situasi orang lain.
Ads
Kalau ikutkan hati, semua wanita mahu menjaga anak mereka sendiri.
Diharap keluarga mangsa terus tabah bagi mengharungi dugaan ini.Semoga si pelakunya mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatan yang telah dilakukan itu. Sesunguhnya syurgalah milikmu wahai anak kecil.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Peribadi seseorang individu sebenarnya boleh dilihat daripada pelbagai aspek. Antaranya adalah muzik yang anda sukai, makanan, warna kesukaan hinggalah hari kelahiran anda.
Anda nak tahu peribadi anda berdasarkan hari anda dilahirkan? Jom check di bawah ini.
Isnin
Individu yang dilahirkan pada hari Isnin merupakan seorang yang sensitif dan emosional tetapi lembut jika berbicara. Selain itu, individu yang lahir pada hari Isnin juga dikatakan mampu menjadi seorang kekasih yang baik kerana dia juga merupakan seorang yang penyayang dan selalu mengambil berat.
Selasa
Anda seorang yang bersemangat tinggi dan mempunyai daya juang yang tinggi. Anda juga seorang yang berani, serius dan selalu ada ketika orang lain memerlukan bantuan.
Rabu
Kebiasaannya, individu yang lahir pada hari Rabu adalah seorang yang ringkas dan tidak terlalu memikirkan soal penampilan. Anda juga seorang yang teratur. Namun, anda kadangkala merupakan seorang yang licik. Anda hanya mahu melakukan sesuatu sekiranya ada habuan disebaliknya.
Khamis
Anda merupakan seorang yang mempunyai peribadi yang bijak, optimis dan tahu cara mahu menghargai orang sekeliling anda. Anda juga akan bekerja keras untuk mendapatkan apa yang anda mahukan. Namun, anda agak panas baran hingga membuatkan orang ramai takut untuk mendekati anda.
Jumaat
Sekiranya anda dilahirkan pada hari Jumaat, anda merupakan seorang yang cintakan kedamaian, penyayang dan mempunyai bakat seni. Anda juga seorang yang ramah. Tidak hairanlah ramai yang ingin menjadi teman anda.
Sabtu
Anda dikenali dengan peribadi yang serius dan mempunyai tanggungjawab yang tinggi. Anda juga cerdas, perfectionist dan boleh diharap. Cuma, anda agak keras kepala dan tidak mudah mempercayai orang lain walaupun dia adalah BFF anda.
Ahad
Individu yang lahir pada hari Ahad merupakan seorang individu yang positif dan kehidupan dan sangat bermurah hati. Anda juga tergolong daripada golongan yang introvert dan tidak mempunyai kawan yang ramai.
Baru-baru ini negara digemparkan dengan berita mengujakan apabila skuad wanita dari kem olahraga negara berjaya melakar sejarah pada saingan Terbuka Singapura dengan merangkul kejuaraan pada acara 4×100 meter(M) sekaligus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.
Skuad antarabangsa wanita negara itu terdiri daripada atlet Zaidatul Husniah Zulkifli, Azreen Nabila Alias, Nur Aishah Rofina Aling dan Nur Afrina Mohamad Rizal telah membuktikan meskipun tiga daripada mereka berhijab, namun itu tidak menjadi halangan tampil dengan persembahan yang memukau di Stadium Nasional Kallang itu.
Skuad wanita negara yang ditempatkan di lorong ketujuh adalah Azreen yang memulakan persaingan untuk memintas pelari pecut dari Thailand dan Singapura di awal perlumbaan.
Sejurus itu Zaidatul Husniah pula mengambil tempat sebagai atlet pecut bagi 100 meter seterusnya sebelum menyerahkan baton kepada Nur Afrina selaku peserta ketiga yang kembali menghambat kelompok hadapan.
Manakala, pecutan pada 100 meter terakhir disempurnakan oleh Nur Aishah yang sepantas kilat cuba mengejar pelari tuan rumah sebelum melakukan pintasan pada pusingan akhir (final lap) sekaligus menamatkan perlumbaan dengan merangkul pingat emas buat Malaysia dengan catatan masa direkodkan pada 45.7 saat.
Sekadar info, skuad bagi pasukan lelaki dianggotai oleh Mohd Haiqal Hanafi, Abdul Wafiy Roslan, Mohd Arsyad Md Saat dan Jonathan Nyepa turut memberikan persembahan yang unggul dalam acara sama. Bagaimanapun, ekoran terdapat kesalahan yang dilakukan semasa perlumbaan kemenangan itu terpaksa dibatalkan dan menyerahkan kemenangan kepada kuartet Australia.
Perut ini asyik berbunyi sahaja, rasanya makan dah cukup kenyang tetapi kenapa bunyi lagi? Pasti anda pernah alami situasi sebegini bukan, apakah punca perut yang sering berbunyi ini? Adakah ia menunjukkan faktor kondisi kesihatan yang mudarat?
Sebenarnya kita telah terlalu biasa dengar perut berbunyi tanda kita lapar. Hakikatnya, perut juga berbunyi sebagai satu petanda masalah kesihatan.
Ramai yang anggap bahawa perut berbunyi secara kebiasaannya kerana ia tanda lapar dan perut kosong. Jadi ia tidak menjadi satu masalah kerana jalan penyelesaian kepada masalah ini adalah dengan makan.
Namun, makan sudah cukup kenyang–tetapi perut masih lagi berbunyi seolah-olah tidak menjamu apa-apa makanan sebelumnya, kePeunapa ya? Ia mungkin menjadi tanda tanya buat anda.
Menurut HelloDoktor, perut berbunyi mungkin bukan sahaja sebagai penggera badan untuk memberitahu kita bahawa sudah tiba waktu makan. Malah, perut berbunyi oleh di sebabkan beberapa faktor pengambilan makanan atau jangkitan penyakit pada usus badan!
Jadi ada beberapa sebab kenapa perut kita berbunyi, ini adalah antaranya:
Ya, perut berbunyi menandakan kita lapar. Apabila badan kita mula berasa lapar, terdapat berlaku satu peningkatan sejenis hormon di dalam otak. Hormon ini berfungsi untuk menghantar isyarat kepada usus dan juga perut.
Oleh dengan itu, usus dan perut menerima isyarat dan mula memberikan tindak balas seperti mengeluarkan bunyi dari dalam perut. Kejadian kontraksi ini adalah normal dari perut dan usus kerana ia memberikan reaksi normal ketika kita lapar.
Perut juga boleh berbunyi selepas makan oleh kerana ia merupakan tindak balas dalam tubuh yang normal. Kenapa ia terjadi? Dinding sistem pencernaan akan mula beri kontraksi supaya makanan yang di makan itu dapat melepasi perut ke bahagian usus dengan mudah.
Hal itu membuatkan perut anda akan berbunyi selepas makan dan tanpa sedar ia merupakan bunyi ‘kilang pencernaan’ sedang mula beroperasi. Jadi anda tidak perlu khuatir jika perut berbunyi selepas makan.
Jika kadar jumlah gas yang besar melalui sistem pencernaan, ia akan membuatkan perut kita berbunyi. Oleh dengan itulah kita sering mendapati perut yang berbunyi ini akan membuatkan kita rasa sebu dan banyak angin yang membuatkan kita sendawa!
Perut yang berbunyi juga boleh menunjukkan satu kondisi masalah kesihatan. Salah satu masalah kesihatan adalah keradangan atau jangkitan gastrousus erti kata lain perut.
Perkara ini sering berlaku bagi mereka yang menghidapi penyakit Crohn’s–penyakit keradangan yang kronik pada usus besar dan ileum di mana ia berkait rapat dengan ulser dan fistula. Selain dari perut berbunyi, sensasi loya dan mual-mual serta cirit-birit adalam simptom yang boleh terjadi.
Apabila banyak kadar cecair atau gas yang ada dalam perut, ia akan menyukarkan saluran gastrousus dan menyebabkan bunyi dalam perut. Hal ini kerana, usus akan meningkatkan kadar pergerakan peristaltik bagi membantu aliran cecair dan gas supaya lebih lancar.
Seterusnya, bunyi dalam perut terhasil oleh proses itu. Halangan lain dari cecair atau gas adalah di sebabkan oleh jangkitan cacing, penyakit keradangan atau hernia (angin pasang).
Kebanyakan orang akan mula sangsi dengan masalah kesihatan mereka dengan apa yang mereka ketahui. Jadi apa yang di sarankan untuk anda lakukan bagi mengurangkan masalah perut yang berbunyi ini adalah dengan ikuti cara ini:
Jika ada terdapat dari kalangan anda yang menghadapi masalah perut berbunyi yang agak membimbangkan, segera dapatkan rawatan dari doktor supaya dapat mencegah sebelum menjadi lebih teruk. Pastikan anda jangan memaksa diri untuk mencuba apa-apa tip yang boleh memudaratkan kesihatan.
Solekan natural Hari Raya untuk hijabi yang mahu nampak fresh tanpa makeup tebal. Ikuti 10 teknik mudah agar wajah kekal segar, manis dan berseri sepanjang beraya.