Pelbagai jenama tudung di pasaran, namun dUCk mempunyai tarikan dan strategi tersendiri bertahan sehingga 8 tahun. Sempena menyambut ulangtahun kelapan Kumpulan dUCk kongsi peristiwa menarik sepanjang 8 tahun untuk tontonan umum.
Menariknya kapsul pameran pop timbul ini yang terletak di hadapan Fahrenheit 88, Kuala Lumpur sehingga Ahad, 29 Mei. Aspirasi dUCk untuk terus mengejar impian mengembangkan jenama ini, duckies juga boleh memiliki koleksi hari jadi edisi terhad yang dikenali sebagai, The Infinity dUCk. Pelbagai item dari tudung, baju sedia pakai dan aksesori lain yang patut dimiliki. Setiap pembelian di pameran pop timbul ini akan mendapat potongan 15% sehingga 29 Mei ini.
Hanya Tiga orang pekerja bukan…
Mulakan jenama yang kini sentiasa menjadi kegilaan hijabi setiap kali koleksi terbaharu dikeluarkan, Vivy akui bukan detik yang mudah untuk capai ke tahap ini. Vivy juga memanjat kesyukuran dan menzahir rasa kerana dUCk mempunyai satu kumpulan pekerja yang bersama-sama merealisasikan segala perancangan dengan jayanya walaupun pada mula pembukaan jenama ini, hanya memiliki tiga orang pekerja.
Ads
“Alhamdulillah, saya rasa rendah diri untuk mengatakan bahawa dUCk telah melangkah jauh sejak keluaran pertama pada 2014. Kami adalah antara beberapa jenama pertama yang memperkenalkan tudung berkualiti dan premium untuk menaikkan gaya hidup wanita moden yang sederhana.
Kini, dUCk ialah jenama gaya hidup global yang menyediakan lebih daripada selendang dan pakaian juga kecantikan, malah hiasan rumah & kediaman dan banyak lagi. Store pertama di Pavilion Bukit Bintang, dUCk kini mempunyai sembilan kedai termasuk Haji Lane, Singapura dan kafe dan Salon dUCk sendiri.
Kami tidak akan dapat mencapai kejayaan ini tanpa sokongan berterusan daripada dUCkies. dUCk sentiasa menjadi jenama yang menyeronokkan, ekspresif dan memberi inspirasi, jadi kami percaya pameran pop timbul dan koleksi The Infinity dUCk adalah cara terbaik untuk meraikan ulang tahun kelapan dUC. InsyaAllah, banyak lagi tawaran yang ditawarkan oleh dUCk. Kami berada dalam misi untuk bertahan dengan fesyen yang akan bertahan hingga ke infiniti dan dengan itu, kami berharap untuk terus menggalakkan komuniti dan pelanggan kami untuk menjalani kehidupan terbaik mereka.” kongsi Vivy Yusof, Pengasas Bersama The dUCk Group.
Ads
Peristiwa klon dUCk
Selendang The Infinity dUCk dan baju sedia pakai antara koleksi ulang tahun ke 8.
Pelbagai peristiwa jatuh dan bangun dUCk, namun paling terpalit apabila isu plagiat yang dikaitkan dengan jenama ini. Namun ianya bukan penghalang untuk Vivy dan kumpulan dUCk untuk terus melangkah ke hadapan. Pasti ada kritikan di sebalik pujian, Vivy meletakkan ianya satu cabaran dan misi untuk memperbaikinya dari masa ke semasa. Untuk makluman, jenama dUCk bukan sahaja terkenal di Malaysia malah telah melebarkan sayap hingga ke Singapura, London dan insyallah di negara-negara luar yang lain.
Ads
Gaya dan stailnya menjadi ikutan, Vivy akui mulakan jenama ini bukanlah asbab dia berhijab malah berhijab adalah salah satu pintu rezeki yang dibuka olehNya.
Untuk makluman dUCk mengambil alih Kuala Lumpur untuk ulang tahunnya yang kelapan dengan menampilkan kotak dUCk bersaiz sebenar dengan paparan kapsul masa koleksi terhebat dan paling ikonik dUCk selama ini. Rakan-rakan dUCkies dan orang ramai kini boleh membeli-belah, mengenang dan mengembara kembali ke masa lalu dalam perjalanan dUCk sambil mengambil kesempatan OOTD.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Untuk menghasilkan kulit yang cantik berseri, krim malam antara salah satu produk yang sewajibnya kamu miliki. Bukan sahaja meningkat paras kolagen muka malah ia juga mampu menjadikan kulit wajah lebih muda dan tegang!
Oleh disebabkan itu, team Hijabista kali ini kongsikan kepada kamu tentang kebaikan krim malam dan juga cara-cara untuk memilih krim malam yang tepat! Jadi, jangan lupakan krim malam kamu ya!
Kepentingan Krim Malam Untuk Kulit Cantik
Antara perkara yang harus kamu tekankan ketika ingin membeli produk krim muka yang sesuai dengan kulit wajah adalah:
1. Menghindari produk yang mengandungi bahan alkohol
Kandungan alkohol dalam produk penjagaan muka dapat menjadikan kulit kering, kasar dan berpotensi menjadi iritasi.
Beberapa jenis alkohol yang tidak baik untuk kulit iaitu SD alcohol (40), Denatured alcohol, Isopropyl alcohol, Ethanol, Methanol dan Benzyl alcohol.
2. Krim malam tidak mengandungi SPF
SPF merupakan singkatan dari Sun Protection Factor, kandungan pelindung matahari yang mampu melindungi kulit dari sengatan matahari.
Oleh disebabkan itu, krim malam tidak seharusnya mengandungi SPF sepertimana krim siang. Lebih baik jika kamu memilih krim yang mengandungi bahan aktif seperti vitamin E, oil, serrat, ekstrak coffee bean, centella atau Liquorice.
3. Memilih krim malam yang bertekstur ringan
Fungsi krim malam ialah untuk memperbaiki masalah kulit, mengurangi kedutan di wajah dan membuat wajah menjadi lebih lembut.
Cara memilih krim malam yang tepat ialah yang bertekstur ringan. Krim malam yang bertekstur ringan sangat bagus untuk kulit yang berminyak dan kulit jenis kombinasi.
Penggunaan krim malam dengan tekstur ringan yang mudah menyerap ke kulit dan akan membuatkan kulit tidak akan terasa berminyak pada pagi hari.
4.Memahami jenis kulit untuk krim malam yang sesuai
Untuk kulit berminyak atau kombinasi, sebaiknya pilihlah krim malam yang ringan seperti gel.
Selain itu, bagi pemilik kulit yang kering, kamu pilihlah krim malam yang bertekstur pekat dan berat. Ini adalah kerana ia membantu untuk memberi kelembapan pada kulit wajah di malam hari.
Bagi jenis kulit yang normal, pilih krim malam dengan tekstur ringan.
5. Pilih krim malam sesuai dengan usia
Setiap usia pastinya menggunakan jenis produk yang berbeza. Hal ini termasuklah dalam pemilihan krim malam.
Misalnya, bagi wanita berusia 20 tahun, krim malam dengan tekstur ringan mampu untuk memberu nutrisi dan menjaga hidrasi kulit.
Sedangkan pemilik kulit usia 30 tahun, lebih sesuai dengan memakai krim malam yang kaya anti oksidan dan retinol.
Untuk usia 40 tahun, paling sesuai memilih krim malam dengan kandungan peptidesm. Fungsinya untuk mengatasi penuaan dan kedut pada wajah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pelbagai jenama kecantikan ternama dan lokal menghasilkan serum, sehingga pemakaiannya begitu popular dikalangan sibeauty junki. Ada juga antara wanita-wanita cantik seluruh dunia menjadikan serum sebagai salah satu resolusi kecantikan.
Anda juga punya resolusi rutin perawatan wajah setiap hari, tetapi masih bingung apa bezanya serum dan moisturizer, semak dulu 7 pertanyaan dan jawaban lengkap tentang serum ini:
Serum merupakan produk perawatan yang harus anda aplikasikan setelah membersihkan wajah tetapi sebelum memakai pelembap. Biasanya serum punya tekstur yang lebih berair, tetapi kandungannya kaya luar biasa. Serum memiliki molekul-molekul yang lebih kecil sehingga memudahkan penyerapan lebih baik hingga ke lapisan dalam kulit. Umumnya bahan-bahan aktif yang terkandung di dalam serum berupa menumpukan perhatian yang lebih efektif membantu masalah-masalah kulit misalnya kedutan atau pigmentasi di wajah. Ini yang membuat harga serum lebih mahal dibandingkan pelembap atau pembersih muka.
Ya, konsentrasi bahan aktif yang terkandung di dalam produk serum umumnya juga adalah bahan-bahan yang melembapkan seperti hyaluronic acid dan ceramides, tetapi anda tetap memerlukan pelembap untuk dipakai setelah serum.
Sayangnya tidak, anda tidak boleh menggunakan serum sahaja sebagai ganti moisturizer. Serum yang berair dan molekulnya yang kecil memang optima menyerap hingga ke dalam lapisan kulit. Namun, anda perlu sapukan pelembap sebagai pengunci. Pelembap dalam bentuk gel, losyen, atau krim biasanya lebih pekat sehingga boleh menjadi lapisan pelindung di permukaan kulit untuk menjaga kelembapan serta bahan-bahan aktif dari serum tidak menguap dan tetap terkunci di kulit anda.
Anda boleh membaca petunjuk atau nasihat dengan beauty advisor produk yang anda beli, kerana boleh sahaja masing-masing produk punya ketentuan yang berbeza. Namun, kerana isi konsentrasi, penggunaan serum sekali setiap hari sudah cukup memberikan perbezaan untuk kulit anda.
Pada dasarnya, serum dan essence sama-sama merupakan konsentrasi bahan aktif. Jadi, serum dan essence punya fungsi yang sama, hanya bezaannya terletak pada tekstur. Beberapa essence lebih cair (misalnya saja SKII Facial Treatment Essence) dibandingkan serum yang lebih kental. Namun, beberapa jenama penjagaan kecantikan memiliki cara penamaan yang berbeza, misalnya saja jenama asal Eropah penyebutan jenis produknya berbeza dengan jenama asal Korea. Anda boleh pilih salah satu sahaja sebagai permulaan dan melihat tekstur mana yang lebih anda sukai.
Jawapannya kembali kepada keperluan kulit anda. Kerana kandungan konsentrasinya yang kaya, serum juga mungkin menimbulkan reaksi negatif bila tidak sesuai dengan kulit , apalagi saat dipakai bersamaan dengan produk lain. Selalu lakukan patch test dan bila perlu, beli kemasan travel atau minta sampel sebelum membeli ukuran full size. Seperti produk perawatan kulit lain, pilihlah yang paling sesuai dengan jenis dan keperluan kulit anda.
Harus diingat, jenis-jenis serum tentu berbeza untuk tahap usia, jenis kulit, serta keperluan dan masalah kulit yang dihadapi. Namun, anda boleh mencuba beberapa serum terbaik mengikut permasalahan kulit wajah yang boleh dipertimbangkan masuk dalam senarai chart untuk digunakan.
Kulit kelihatan muda berseri dalam 7 hari
Dengan bertambahnya usia, fungsi pemulihan utama kulit menjadi berubah, dan keupayaan semula jadi untuk mempertahankan diri menurun. Dibangunkan setelah 20 tahun penyelidikan yang paling maju. Kini, serum wajah anti-penuaan ikonik Lancôme – Advanced Génifique telah diperbaharui dengan kompleks baru 7 pecahan pra dan probiotik untuk bertindak pada mikrobioma kulit.
Diperkaya dengan berjuta-juta pecahan probiotik, termasuk Ekstrak Ragi & Bifidus, ia membantu menguatkan penghalang kulit anda dan memperbaiki tekstur, cahaya, keanjalan dan ketegasan kulit. Boleh digunakan siang dan malam, serum wajah anti-penuaan yang kuat ini mengaktifkan tanda-tanda kulit muda. Hanya dalam 7 hari, kulit anda kelihatan lebih muda dan berseri. Selepas hanya sebotol, pemulihan mikrobioma aktif lebih cepat untuk kulit yang lebih kuat dan kelihatan lebih muda.
Serum muka terbaik untuk mengecilkan liang pori terbuka
Serum ini mampu untuk mengecilkan atau mengetatkan liang pori yang terbuka luas. Dengan mengandungi Niacinamide atau lebih dikenali sebagai Vitamin B3, ianya mengurangkan kesan cela pada kulit wajah dalam masa hanya beberapa minggu sahaja. Bahan yang terkandung dalam serum ini berkonsentrasi tinggi dan mencerahkan kulit anda jika memakainya secara konsisten. Tidak mengandungi bahan kimia merbahaya, serum ini dijamin tidak akan menyebabkan kulit wajah menjadi iritasi atau merengsa. Yang penting, gunakannya setiap hari.
Mencerahkan kulit dari dalam
Serum wajah yang mencerahkan kulit, meratakan warna kulit, mensasarkan bintik-bintik gelap dan menghidrat. Kekuatan pengoksigenan berganda yang terbukti dari ekstrak biji rose-myrtle dan acerola meningkatkan pernafasan sel untuk menghidupkan semula kulit yang kusam, menampakkan kulit lebih cerah, berseri dan cahaya yang sihat dari dalam. Sesuai untuk semua jenis kulit. Sapukan pagi atau malam, sebelum penjagaan siang dan malam.
Serum muka yang mengandungi kolagen
Serum Bio-Essence Snail ini mempunyai nutrisi yang tinggi dan mengandungi kolagen yang dapat membantu melindungi kulit dan melambatkan proses penuaan kulit. Dengan manfaat kolagen yang ada, ia mempertingkatkan pembaikan kulit dan bantu melindungi kulit dari pencemaran. Bukan sahaja itu, ia juga membantu mengawal minyak yang berlebihan di wajah anda dan membekalkan nutrisi yang secukupnya untuk kulit agar sentiasa licin, bersih dan dilindungi.
Melembapkan wajah sepanjang hari
Serum ini bertujuan untuk anda yang kulit hidrasi. Bahan utamanya adalah asid hyaluronik yang disucikan, sebatian penghidratan yang secara semula jadi terdapat pada kulit dan dapat menyerap hingga 1000 kali beratnya di dalam air.
Menghapuskan bintik-bintik hitam
Sekiranya anda membenci bintik-bintik gelap muncul di wajah, serum pembetulan ini akan menjadi sahabat baru anda. Serum ini menggunakan peony dan birch untuk mengurangkan tampilan bintik-bintik gelap, kusam, dan tekstur yang tidak rata. Anda akan kelihatan lebih cerah selepas mengaplikasikannya.
Kulit glowing seperti gadis Korea
Serum yang kuat ini penuh dengan asid Vitamin C dan AHA yang semuanya berfungsi untuk menjadikan kulit anda bercahaya. Ia melembapkan, bertindak pantas, dan mendorong pergantian sel untuk kulit yang lembut dan licin.
Serum yang bagus untuk kulit kering
Serum penjagaan harian dari jenama ini diperkaya dengan tumbuhan AHA yang membantu menjaga lapisan kulit anda. Ia memberi penghidratan yang tinggi untuk kulit kering agar tampil lembap sepanjang hari. Serum ini juga membantu untuk memperbaiki sel kulit mati di wajah. Untuk mendapatkan kulit yang licin dan bebas dari cela, gunakanlah serum ini pada waktu siang dan malam, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
Sesuai untuk kulit kombinasi dan elak kedutan
Serum dari Korea ini diperbuat daripada cuka yang diperap dari ekstrak bunga dan dicampur pula dengan Japanese Honeysuckle yang memberi lembapan serta mengekalkan keanjalan pada kulit wajah anda. Ianya juga mampu untuk mencerahkan dan mengurangkan penampilan garis halus agar wajah anda sentiasa tampak awet muda. Terbaik untuk anda yang mempunyai kulit kombinasi cenderung kering, serum ini jawapannya. Hasil penggunaan serum ini akan membuatkan wajah anda kekal hidrasi berpanjangan.
Kurangkan iritasi dengan serum untuk kulit kombinasi
Produk ini merupakan serum sutera yang sangat pekat untuk merawat, memulihkan dan mempertahankan kulit daripada keradangan serta kemerahan. Ianya juga membantu menghalang pencetus keradangan untuk mengelakkan iritasi kulit. Gunakan setiap hari pada kulit normal sehingga kombinasi. Tidak perlu lagi beli produk berbeza untuk anda yang miliki kulit kombinasi.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sering mengayakan hijab di bulan Ramadan dan beberapa majlis tertentu yang menuntutnya berhijab sebagai pengacara jemputan ramai terpukau dengan keayuaannya. Malah ada yang tidak perasan penampilan terbahrunya sehinggakan mengaggap selebriti ini sudah lama mengayakan hijab.
Daphne Iking berasa syukur dan secara rasminya berkongsi di media sosial pada Oktober tahun lalu yang dia benar-benar sudah berhijab sepenuhnya.
Sudah pasti rambut menjadi mahkota seorang wanita. Gagal mendapat temu janji salon rambut menjadi sebab mengapa Daphne Iking mengenakan hijab sehingga hari ini. Sebagai selebriti dan sering bertugas sebagai pengacara jemputan, dia akan pastikan penampilannya sempurna, jadi rambut perlu diwarnakan bertujuan untuk menutup helaian ubannya.
“Kalau uban putih duduk di rumah tiada event, saya ok lagi, tetapi apabila industri hiburan telah mula aktif, saya perlu menguruskan rambut dan mula menutupinya dengan skarf,” kongsinya.
Pengayaan hijab bagi Daphne Iking adalah perkara biasa dan tidak nampak kekok sama sekali kerana apabila tibanya Ramadan bulan penuh barakah, ibu kepada tiga cahaya mata ini pasti akan mengenakan hijab. Namun wujud satu perasaan yang tak dapat digambarkan apabila selepas Ramadan tahun lalu apabila dia kembali tidak berhijab. Menurut Daphne, ada satu perasaan lain yang terdetik di hatinya.
Menjadi sebahagian penderma rambut untuk pesakit kanser, Daphne Iking dinasihatkan tidak mewarnakan rambut dan harus menjagannya sihat selama 6 bulan, niat untuk mewarnakan rambut tertangguh dan ini adalah salah satu sebab perubahahannya secara perlahan-lahan.
Hidayah yang Allah beri kepada insan terpilih ini pasti menjadi inspirasi kepada hijabi di luar. Perasaan yang membawa kepada satu tujuan memenuhi tuntutan agama untuk menutup aurat, Daphne Iking sendiri merasa sangat malu dan pelik jika beliau tidak bertudung sepeti dahulu.
“Ada seketika itu saya cuba jadi diri saya yang dahulu, tetapi Allah Maha Agung. Saya sebenarnya rasa selesa bertudung, timbul perasaan segan dan rasa macam bogel jika saya menanggalkannya,” kongsinya jujur.
Lantas Daphne Iking berkongsi rasa pada suami tercintanya bahawa kali ini dia akan kekal berhijab bukan sekadar untuk menutup rambut yang beruban.
Menyambut baik niat Daphne Iking, suaminnya meminta dia berhijrah secara perlahan-lahan dan tidak tergesa-gesa. Lakukan apa yang terbantut ketika pandemik dan lihat sama ada niat ini ingin diteruskan dengan sepenuh hati.
“Setelah mendermakan rambut pada badan kebajikan berkenaan, Daphne Iking meneruskan hajatnya namun hati masih ingin kekal berhijab. Dah derna, dah warna, dah potong rambut! Tapi masih rasa tak selesa, dengan izinNya dan sokongan padu dari suami tercinta, Daphne Iking teruskan niatnya berhijab.
“Suami saya tidak pernah memaksa dan menekan saya malah, dia menzahirkan rasa syukur dan saya lebih tampak seksi mengayakan hijab di matanya” ujar Daphneiking.
Ketika pandemik covid-19, kerjaya Daphne Iking berjalan seperti biasa. Begitu juga apabila sudah memakai hijab, tiada kekangan dan halangan biarpun dia menggayakan hijab. Tawaran kerja diterima seperti biasa, tiada yang menolaknnya kerana sudah berhijab.
Ditanya mengenai pengayaan yang menjadi pilihannya sehingga hari ini, wanita cantik ini tidak menetapkannya pada satu gaya. Pengayaan tudung buat masa kini mengikut kesesuaian aktiviti semasa yang pastinya buatkan dirinya berasa lebih selesa.
Paling mengharukan, dia dihujani dengan pelbagai mesej peribadi di media sosial apabila ramai mendoakan supaya dia kekal istiqamah. Bukan mudah untuk kekal istiqamah, wanita ini berkongsi yang dia lebih menumpukan pada pengisian rohani terlebih dahulu dan menuntut orang ramai terimanya seadanya dan teruskan menyokong, bukan sahaja kepadanya malahan mereka di luar sana yang baru mula berhijab.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.