Bagi penggemar aiskrim sudah tentunya nikmat makan aiskrim itu sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Bukan semua orang berkemampuan untuk merasa ais krim yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.
Khas buat mereka yang mengidam makan aiskrim Baskin Robbins tapi enggan rabak poket, jangan bimbang. Kita boleh sahaja buat sendiri aiskrim di rumah. Paling penting rasanya sebiji macam aiskrim Baskin Robbins yang menjadi kegilaan ramai itu.
Jom kita cuba resipi buat aiskrim yang dikongsi oleh Ameera ini.
Ads
BAHAN- BAHAN:
Whipping cream 2 kotak kecil
Milo 4 sudu besar
Susu pekat setengah tin
Ads
Langkah-langkahnya:
Tidak perlu letak air.
Terus blender semua. Selepas blend masuk terus dalam bekas.
Masuk dalam peti ais bahagian keras beku selama 4 jam.
Siap aiskrim Baskin robbin buatan sendiri.
Tak percaya? Cubalah buat. Memang sedap.
VISUAL CARA NAK BUAT:
Ads
Semua masuk blender. Tiga bahan tadi. Blend semua sampai berbuih.Blend sampai sebati semuanya.Sudah siap blend, tuang dalam bekas.Simpan di dalam peti sejuk selama empat jam.Rasa memang sama macam aiskrim Baskin Robbins.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Pelakon popular, Elfira Loy tersenyum lebar tanda syukur kerana akhirnya hajat untuk menimang cahaya mata perempuan menjadi kenyataan. Perkhabaran baik ini dikongsikan olehnya sendiri di laman Instagram.
Kongsi Elfira, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk memiliki bayi perempuan. Walaupun sebenarnya dia tidak kisah tentang jantina cahaya matanya, namun jauh di sudut hatinya, dia mahukan bayi perempuan. Namun, perancangan Allah itu adalah yang sebaik-baiknya. Elfira bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi. Perkongsian ini dikongsikan menerusi Insta Storiesnya.
Berbicara soal nalurinya sebagai seorang ibu, menurut Elfira, dirinya memang sudah rasa kehadiran bayi perempuan dalam kandungannya.
Ramai yang tidak sabar dan amat teruja untuk menantikan kehadiran puteri pasangan romantis Elfira Loy dan Faris Khairol Anuar.
Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan seorang putera sulung bernama Muhammad Rayyan Khalaf pada Oktober 2019.
Team Hijabista mendoakan agar dipermudahkan segala urusan Elfira Loy dan suami dan juga turut berdoa agar bayi yang bakal dilahirkan menjadi anak yang solehah. InsyaAllah Amin YRB.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bakat Iman Troye semakin menonjol selepas memasuki dunia hiburan menerusi lagu pengenalannya ‘Teman’. Lagu-lagunya juga mendapat sambutan baik.
Artis rakaman yang sedang meningkat naik ini tidak asing lagi di dalam membuat kejutan kemunculannya, Iman adalah antara salah satu penyanyi tempatan yang tampil mewarnai papan iklan Times Square di New York City. Antara lagu hits nyanyiannya adalah “Teman,” “Pejam Celik Hari Raya,” dan “Nang,” lantas kian mencipta nama sejak memperdengarkan album debutnya pada 2020.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Buat pertama kalinya, jenama fesyen SHEIN tampil membuat kejutan dengan memperlihatkan persalinan kaftan, abaya, tudung beserta persalinan pakaian bergaya yang lainnya. Bagi meraikan pelancaran itu, SHEIN turut bekerjasama dengan penyanyi berbakat besar Malaysia yakni Iman Troye.
Himpunan pakaian muslimah yang dipilih khusus langsung digayakan oleh Iman kini tersedia di semua platform SHEIN. Ceraian pakaian yang dibentangkan bersempena Hari Lebaran ini hadir diolahkan dengan siluet polos lantas dibaluti aura feminin yang bakal melengkapkan mana-mana gerobok pakaian.
“SHEIN tidak pernah mengecewakan saya dengan pelbagai pilihan pakaian yang boleh saya suai dan padan mengikut gaya tersendiri! Saya berharap koleksi eksklusif ini bakal menambahkan warna serta karakter buat gerobok pakaian anda seperti yang dihadirkan buat saya!” kata Iman.
Melihat penampilannya pasti menjadi inspirasi hijabi di luar sana untuk mendapatkan padanan yang serupa persis Iman Troye, dua sisi gaya dengan pandanan warna berbeza ini idea untuk bergaya di hari raya.
SHEIN Malaysia juga bakal menganjurkan acara penstriman secara langsung #SHEINGayaRaya pada 15 April 2022, jam 9 malam bersama hos Isha Norsham dan Shiha Zikir. Sekali gus, bakal memaklumkan jualan kilat serta hadiah menarik yang tersedia untuk direbut.
Pelancaran himpunan Fesyen Muslimah baharu di laman web SHEIN Malaysia hadir hanya beberapa minggu menjelang kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut pada 3 Mei. Hari dinantikan-nantikan oleh selautan umat Islam di dunia ini sudah pasti, dimulakan dengan salam- salaman sesama keluarga di awal pagi sebelum mengunjungi masjid bagi mensyukuri kurnia nikmat yang Ilahi.
Demikian, SHEIN menyediakan persalinan untuk digayakan pada Hari Lebaran dengan corak potongan yang lebih bergaya. Lantas dibentangkan sama dengan pelbagai pilihan saiz juga warna untuk dipilih. Dapatkan seluruh koleksi Fesyen Muslimah Iman Troye hari ini di https://my.shein.com/campaign/imantroye.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Baru-baru ini, aktres jelita iaitu Datin Rebecca Nur Al Islam menyatakan kesudiannya bagi menjaga kanak-kanak yatim piatu Muhammad Arfan Ziqri,2, yang kehilangan ibu bapa dalam kecelakaan jalan raya baru-baru ini.
Menerusi laman instagramnya, beliau sedia menjaga Arfan jika tiada waris yang berbuat demikian.
Kalau Tiada waris Yg boleh Menjaga anak Ini,Please 🙏🙏🙏Mummy Becca Nak Jaga❤️… #ComelnyaAwakSayang… Ya Allah,Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Yg memikul🙏🌹Salam Takziah kepada Ahli Keluarga anak Ini,Dan Al Fatihah Buat Kedua Ibu Dan bapanya…. . . Posted @withrepost • @pencetusummah_amin Kamu baru 2 tahun , tapi Allah dah ambil ayah dan ibu ke Syurga . Duhai anak , simpan semua doa doa yang kami kirimkan buat ayah ibu mu ini untuk dijadikan kekuatan dalam hidup mu bila dah besar nanti.. . Pada yang ada anak usia 2 tahun di akan tahu bagaimana manja nya anak anak ketika usia ini , tidur , bermain , makan semua nak bersama ayah ibu nya , tapi tidak bagi afan.. . Ya Allah ! Hanya pada mu kami berserah , kau lindung anak ini , kau cukupkan segala kelengkapan untuk diri nya agar menjadi manusia yang baik ! Ya Allah ! Besar ujian ini pada afan , pelihara anak ini Ya Allah, Hanya pada Mu Ya Allah kami berlindung !.. . Ibu dan ayah afan kemalangan dan meninggal dunia di Jalan Syed Putra KL . Hasil bedah siasat arwah ibu afan mengandung kembar . Ayah nya seorang l/k polis dan ibunya seorang pegawai jkr.. . Saya mohon rakan rakan semua bantu saya doakan kebaikan untuk afan dan bacakan Al Fatihah untuk kedua ibu bapanya ❤️
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Fazura kongsi quote wanita solo bertulis “Bujang itu bukan sumpahan, sebenarnya itulah pakej mewah” yang membawa mesej mendalam tentang self-worth, kematangan dan kebahagiaan tanpa tekanan status.