Pengacara popular, Farahanim Razak meluahkan rasa kecewanya apabila sosej yang dibelinya dari pasaraya IKEA mempunyai ulat yang menggelikan.
Menerusi perkongsiannya dalam akaun Instagram, dia berasa terkejut apabila anaknya Amira Raissa ataupun lebih mesra dengan panggilan Rara menjerit apabila melihat ada ulat yang masih hidup bergerak di dalam sosejnya.
Semalam beli sosej di Ikea pada waktu malam dalam jam lapan lebih begitu. Tetapi, sosej yang dibeli itu tertinggal dalam kereta. Pagi ini, bila nak ambil semula dan mahu makan, Rara nampak ada benda bergerak. Rupanya sosej ada ulat.
Tambahnya lagi, anak kecilnya itu sudah makan sedikit sosej tersebut. Lantas Hanim membasuh mulut anaknya itu risau akan mengalami keracunan makanan.
Ads
Rara dah makan sikit kat hujung tu terus Anim basuh mulut dia. Nasib baik yang hujung tu Anim check takda ulat…baru je beli malam tadi tak letak sos apa-apa, memang tak sentuh langsung terus letak dalam paperbag, tertinggal dalam kereta.
Hanim juga turut bertanyakan soalan kepada warganet sekiranya sosej yang dibelinya dari pasaraya IKEA itu harus dimakan terus sejurus dibeli ataupun tidak.
Memang sosej ni tak tahan ke macam mana? Kena makan terus?
Ads
Biarpun dalam beberapa minit sahaja, hantaran yang dikongsikan itu mendapat perhatian ramai termasuklah dari penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ti.
Turut meluahkan raza gelinya tentang kejadian itu, Tok Ti turut menghantar komen berkaitan isu tersebut.
Ads
“Euwwwww,” komen Tok Ti.
Warganet yang lain juga turut menyatakan rasa ketidakpuasan hati mereka tentang sosej berulat itu.
“Euwww takot pulak nak beli situ,” komen Fatinhinusna.
“Ya Allah. Geliiinya. Merenyam tengok keluar dari lubang-lubang tu,” komen Farhanakirana88.
“Adeh terus rasa geli nak makan sosej lepas ni,” komen Asmdahmd_.
Kepentingan memakai pelindung matahari spektrum luas setiap hari, ketika hujan atau cerah, di dalam atau di luar, tidak boleh diperkecilkan. Ia adalah kunci untuk mencegah kanser kulit, luka terbakar yang menyakitkan, garis halus dan kedutan, bintik matahari dan pengurangan kolagen.
Apabila anda menggandingkan pelindung matahari anda dengan vitamin C, salah satu antioksidan terbaik, pada dasarnya anda menggandakan semua manfaat melindungi kulit tersebut. Di sini, pakar berkongsi sebab yang menarik untuk menjadikan vitamin C dan pelindung matahari sebagai sebahagian daripada rutin harian anda.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Serum vitamin C harian topikal ialah salah satu ciptaan terbaik yang telah dibuat oleh komuniti penjagaan kulit berkenaan untuk melambatkan penuaan kulit yang boleh dilihat, seperti garis-garis halus, kedutan dan bintik-bintik coklat,. Ini benar terutamanya apabila ia digunakan setiap hari.
Vitamin C juga mempunyai manfaat untuk mencerahkan kulit keseluruhan anda untuk kulit yang kelihatan tona sekata dan berseri. Selanjutnya, ia adalah antioksidan yang kuat, yang bermaksud ia membantu melindungi kulit anda daripada kerosakan radikal bebas.
Jika anda tidak biasa, radikal bebas ialah atom oksigen yang tidak berpasangan dan oleh itu tidak seimbang yang secara sembarangan mencari mana-mana atom lain untuk menstabilkan diri. Ia akan melekat pada apa-apa sahaja, sel kulit anda menjadi sasaran dan menyebabkan kerosakan yang membawa kepada penuaan pramatang. Seperti namanya, antioksidan adalah “penawar kepada pengoksidaan” dan membantu untuk memerangi kerosakan itu secara langsung.
Pakar mengesyorkan menggunakan serum vitamin C pada waktu pagi di bawah pelembap dan pelindung matahari, kerana ia kemudiannya boleh berfungsi untuk memerangi pendedahan kepada radikal bebas dan cahaya ultraungu sepanjang hari.
Menggabungkan serum vitamin C dan pelindung matahari spektrum luas yang melindungi dengan baik terhadap sinaran UVA telah terbukti lebih berkesan untuk meneutralkan kerosakan radikal bebas daripada pendedahan matahari daripada hanya menggunakan pelindung matahari sahaja.
Menurut kajian (sunber yang dipercayai), pelindung matahari menyekat hanya 55 peratus daripada radikal bebas yang dihasilkan oleh pendedahan UV. Untuk mengoptimumkan perlindungan UV, adalah penting untuk menggunakan pelindung matahari yang digabungkan dengan antioksidan topikal. Penggunaan 10 peratus vitamin C topikal menunjukkan pengurangan statistik eritema yang disebabkan oleh UVB sebanyak 52 peratus dan pembentukan sel selaran matahari sebanyak 40-60 peratus. Dalam erti kata lain, apabila pelindung matahari dan vitamin C digunakan bersama, faedahnya berlipat ganda.
Vitamin C sering dipuji kerana manfaatnya yang mencerahkan, menghaluskan dan mengurangkan bintik gelap, tetapi ia juga merupakan salah satu bahan penjagaan kulit yang paling sensitif dan cerewet dalam industri. Sebaik sahaja ia terdedah kepada sebarang bentuk udara atau cahaya matahari, ia teroksida hampir serta-merta, mengurangkan keberkesanannya. Produk berkuasa Vitamin C sering dibungkus dalam botol berwarna gelap atau mempunyai jangka hayat yang lebih pendek berbanding produk penjagaan kulit yang lain!
Memandangkan matahari juga musuh terbesar Vitamin C dan kulit kita, Pengasas Supergoop!, Holly Thaggard menemui penyelesaian inovatif untuk meraih faedah penuhnya, dengan menggabungkannya dengan SPF. Oleh itu, Vitamin C + SPF 40 Dos Harian Supergoop! telah dilahirkan! Ia adalah vitamin C berkeupayaan tinggi pertama dan hibrid pelindung matahari yang menggandingkan vitamin C dengan spektrum luas SPF 40 dalam formulasinya. Hanya dalam satu langkah yang berkuasa, Supergoop!’s Daily Dose Vitamin C + SPF 40 akan menambah kecerahan, penghidratan dan perlindungan kepada rutin penjagaan kulit anda.
Supergoop! Daily Dose Vitamin C + SPF 40 ialah serum hibrid satu-satunya yang boleh mencerahkan kulit dan membantu menghalang penampilan bintik-bintik gelap yang disebabkan oleh sinaran UV dan cahaya biru. Dengan gabungan bahan-bahan berkuasa seperti Vitamin C dan SPF, serum memberikan formula penghidratan, bebas minyak yang menyinari kemasan berembun dan bercahaya dari dalam. Ia adalah dos harian Vitamin C + SPF anda yang memberikan cahaya seperti dewi.
Dirumus dengan koktel bahan-bahan pencerah seperti Ekstrak Plum Kakadu dan Niacinamide, serum hibrid membantu mengurangkan tekanan oksidatif dan penampilan garis-garis halus, kedutan dan pori-pori sambil meningkatkan keserian dan keanjalan kulit.
TIP: Gunakan Supergoop! Dos harian Vitamin C + SPF selepas pembersihan setiap hari. Untuk perlindungan optimum, lapisi dengan Supergoop kegemaran anda! produk untuk perlindungan SPF tambahan.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Hidup bersama manusia adalah satu cabaran yang cukup hebat buat diri kita. Setiap individu juga punyai peranan dan kelakuan masing-masing yang adakalanya membantu dan menguji kesabaran diri.
Jelas sekali akan ada yang gemar untuk ‘membawa mulut’ dan menyebarkan kisah-kisah tidak manis di dengar. Apatah lagi cerita itu terpalit pula ada kena mengena dengan diri kita.
Selalu kita dengar peribahasa yang sesuai untuk situasi ini, jaga tepi kain orang, ianya cukup untuk menggambarkan sifat ‘terlebih ramah’ seseorang tentang kehidupan orang lain. Apakan pula sesetengah dari kita suka menyampaikan pula aib seseorang kepada orang lain.
Perbuatan suka menyebarkan aib orang dan terlalu rajin untuk bercerita hal orang ini sangat ditegah dan dipandang hina dalam Islam. Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya orang-orang yang suka perbuatan yang amat keji itu (berita palsu) tersiar di kalangan orang beriman, mereka mendapat azab yang pedih di dunia dan di akhirat, dan Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (an-Nur: 19)
Firman Allah S.W.T bermaksud:
“Sesungguhnya orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu (juga).” (an-Nur: 11)
Firman Allah S.W.T bermaksud:
“Dan fitnah itu lebih kejam dari pembunuhan.” (al-Baqarah: 217)
Apabila bersembang pula kita lupa untuk melihat pula pada diri sendiri. Adakah sempurna sifat diri ini? Cukupkah pahala dosa kita dibandingkan orang lain? Jadi elakkan berkata tentang orang lain dan cuba fahami baik dan buruk diri sendiri.
Ingat, dalam masa kita suka mengata orang atau ber-gosip, adakah cukup pula masa kita untuk meminta maaf pada setiap insan yang di cerca itu? Sentiasa berjaga dan kawal diri sebelum berkata-kata.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pelakon popular Indonesia ini cukup ligat dalam aktiviti hariannya walaupun kini sarat hamil anak ketiganya. Jika diintai di laman instagramnya, ada bermacam-macam aktiviti yang dilakukan dan Oki yang juga dipanggil ustazah ini melakukan dakwah dengan cara tersendiri. Melihat senyuman terukir dengan kata-kata nasihat yang cukup lembut dilontarkan di bibirnya menjadikan hadirin yang datang akan terpaku dan terpesona.
Oki yang merupakan juri Gema Gegar Vaganza musim lalu ini lahir pada 1989 dan popular dengan watak Ana dalam filem Ketika Cinta Bertasbih. Ternyata watak itu meninggalkan kesan amat mendalam di jiwa penonton yang menyaksikan filem berkenaan.
Sejak mengambil keputusan untuk berhijab pada 2005, Oki dilihat lebih banyak menumpukan perhatian pada aktiviti kemasyarakatan dan menumpukan perhatian pada bisnes. Penampilannya yang dilihat cukup stailo biarpun dengan dress dan hijab labuh, namun agak lain daripada kebiasaan yang kita selalu lihat.
Sememangnya Oki yang juga dipanggil ustazah ini cukup bijak berfesyen. Jadi tidak hairanlah, Oki kemudiannya melebarkan sayap dalam perniagaan fesyen dengan membuat rekaan couture untuk fesyen pengantin Muslimah pada 2016 lalu. Menurutnya Okisetianadewibridal dilancarkan kerana dia suka melihat wanita berpakaian cantik umpama bidadari di hari perkahwinan mereka,.
Sangat menarik sekali Bridal Couture yang diketengahkan Oki yang mempunyai follower 6 juta di laman IGnya. Masih nampak bergaya biarpun rekaannya labuh, longgar dan memang memenuhi ciri-ciri pengantin Muslimah. Apa yang penting, Oki menerapkan eleman sopan, anggun dan memilih rona pastel dalam setiap rekaannya.
Jom kita lihat koleksi pengantin Muslimah dari Oki Setiana Dewi berkonsepkan ‘fairy tale princess’ yang boleh dijadikan idea buat mereka yang mahu bergelar Raja Sehari. Tidak perlu rekaan yang menampakkan susuk tubuh, sebaliknya Bridal Couture ini mampu memenuhi cita rasa penggemarnya.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.