
Masalah keguguran rambut sememangnya sering menjadi kerisauan buat para hijabi. Hati menjadi gusar apabila melihat rambut yang tebal kian menipis. Lebih-lebih lagi apabila melihat rambut jatuh berguguran ketika mandi ataupun ketika menyikatnya.
Sememangnya apabila berhijab kita perlu lebih menitik beratkan soal cara penjagaan rambut. Bagi merawat masalah ini, ada beberapa petua tradisional untuk dicuba bagi melebatkan rambut. Kosnya juga sangat murah!
Ayuh, Mari kita lihat 4 petua yang mujarab untuk menyuburkan rambut.
Kombinasi limau nipis dan santan yang juga bagus untuk mencegah kelemumur.
Nak gunakan daun bunga raya dan aloevera juga boleh jika anda mudah untuk mendapatkan bahannya.
Boleh juga kalau nak pakai buah tembikai. Jangan buang kulitnya lagi lepas habis makan !
Lepas guna lendir lidah buaya, rambut pasti tidak akan lebih kuat dan tidak rapuh.
Banyak juga cara yang kita boleh cuba untuk merawat masalah ini. Yang penting kita haruslah konsisten mengamalkannya dan tidak berhenti separuh jalan. Peliharalah mahkota kita dengan sebaiknya. Selamat mencuba !
Kredit: Facebook Treatment Rambut Lebat Tanpa Uban
Nak Kawal Jerawat Tumbuh Dekat Muka, Kena Tahu Makanan Yang Perlu Dihadkan & Digalakkan Makan

Mengambil makanan yang berkhasiat dan bernutrisi amat penting bagi mencegah jerawat daripada tumbuh pada kulit wajah. Tidak dapat dinafikan terdapat makanan tertentu yang boleh menyebabkan timbulnya masalah jerawat pada kulit wajah.
Tidak dapat dinafikan masalah jerawat hanya akan membuatkan seseorang itu berasa kurang selesa. Apabila berpeluh, kulit wajah yang ditumbuhi jerawat akan terasa gatal-gatal. Keadaan ini tentu akan lagi memburukkan keadaan.

Melalui perkongsian Syaza Nutritionist berikut tip berguna buat mereka yang sedang mengalami masalah jerawat pada kulit wajah. Semoga bermanfaat.
Wanita dan masalah jerawat memang cukup sinonim. Namun, jerawat boleh menjadi semakin teruk jika kita tidak mengawal pemakanan. Pernah tak anda terfikir tentang cara untuk mengawal pertumbuhan jerawat selain menggunakan produk-produk atau sapuan-sapuan tertentu? Sebenarnya melalui pemakanan pun kita boleh kawal penghasilan jerawat.
FAKTOR PEMBENTUKAN JERAWAT
MAKANAN YANG PERLU DIHADKAN
MAKANAN YANG DIGALAKKAN
Pernah tak anda amalkan makanan jenis ini? Jika belum, mulai sekarang bolehlah praktikkannya ya!
Sumber kredit: Syaza Nutritionist Top image: Photo by anna-nekrashevich from Pexels.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tertanya-tanya Kenapalah Jerawat Asyik Tumbuh, Pelik Betul!

Jerawat yang biasanya dianggap sejenis masalah kulit yang berlaku ketika usia akil baligh sebenarnya boleh dialami sesiapa sahaja tanpa mengira usia.
Daripada masalah ringan seperti sedikit bintik di muka, belakang badan dan dada, jerawat boleh berlarutan hingga menyebabkan tekanan emosi dan parut kekal jika tidak dirawat.
Berikut perkongsian dieyamolek
Macam-macam dah buat tapi miss J ni asyik bertempek je awat lah hai rasa dah usaha macam-macam dah buat tapi still tak okay makin banyak ada lah.
Korang nak tahu, bila jerawat naik menunjukkan sesuatu yang tak kena dengan badan korang ye. Disetiap kawasan yang ditumbuhi jerawat tu memberikan maksud bukan saje-saje dia nak naik taw, jom kita baca kat bawah.
⠀
PIPI⠀
✔️ Cuba check cadar, alas bantal korang dah bape lama tak tukar? Ke tukar sebulan sekali ✔️Kat area ni juga menunjukkan awak menghirup udara yg kotor. Mana perokok tegar tu berhentilah dan amalkan gaya hidup yg sihat ye!⠀
✔️Masih tak okay jugak, itu tandanya korang selalu/kerap pegang pipi tu, duk picit jerawat tak sudah. Tahu tak berapa banyak bakteria kat tangan tu.⠀
✔️Handphone kita tu kotor taw, tengok pd mata kasar macam bersih, tapi beribu bakteria yg melekat kat situ taw. So elakkan dari melekapkan telefon di pipi bila jawab call ye.⠀
⠀
ANAK RAMBUT⠀
✔️Masalah produk penjagaan rambut contohnya minyak rambut atau pomade. Sebab tu jerawat selalu naik area dahi sebab tak cuci sebersihnya.⠀
✔️Bila mandi tu cuci bersih2 rambut tu ye jgn bagi perap terlalu lama sebab minyak tu yg buat jerawat korang suka nak bersarang 😜⠀
DAGU & LEHER⠀
✔️Cuba check yg girl tu kitaran haid korang betul tak? Ke ada missed setiap bulan? Bila ada masalah hormon tak stabil, minyak suka keluar dgn lebih byk dan menyebabkan liang pori tersumbat. Bila pori tersumbat lagi suka lah dia naik beramai-ramai kan 😁⠀
✔️Jerawat kat dagu juga ada kena mengena dgn usus kecil korang so kurangkan pengambilan makanan yg berminyak dan produk tenusu cth CHEESE. Sape yg suka makan makanan yg banyak cheese tu kurangkan lah kalau nak kulit tu bebas dari JERAWAT ye.⠀
BELAKANG BADAN⠀
✔️Area ni biasanya sbb korang kurang menjaga kebersihan, berpeluh, baju yang ketat dan masalah pencernaan korang. Peluh tu bagus utk metabolisma badan tapi kena lah jaga kebersihan dan mandi ikut waktu dan teratur. Bila peluh bercampur dgn bakteria itu yg jerawat suka naik tu.⠀
✔️Masalah pencernaan ni biasanya sbb kurang makan sayur dan buah. Yg paling penting minum air kosong secukupnya ye sehari sekurang2nya 2 liter taw!
Sumber kredit: dieyamolek
Kaum Wanita Lebih Cenderung Menghidap Sakit Buah Pinggang, Elak Makanan Berlemak & Manis!

Golongan wanita lebih cenderung untuk menghidap penyakit buah pinggang kronik (CKD) berbanding lelaki. Menurut kajian dari Institut Metrik Kesihatan dan Penilaian, purata kes membabitkan CKD pada wanita adalah 14% berbanding 12% bagi lelaki.

Simptom Penyakit Buah Pinggang Kronik
Penghidap penyakit buah pinggang boleh mengalami banyak simptom Ada yang agak umum dan tidak spesifik seperti perubahan keletihan, kelesuan atau selera makan. Simptom- simptom yang lebih spesifik adalah mual, muntah, gatal-gatal, mempunyai rasa logam di dalam mulut, pembengkakan kaki, kesukaran bernafas dan perubahan ciri-ciri air kencing.
Faktor Risiko Penyakit Buah Pinggang Kronik
Anda lebih berisiko untuk memperolehi penyakit buah pinggang jika anda menghidap kencing manis, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, kolesterol tinggi atau perokok. Umur dan berat badan juga faktor berisiko. Sejarah keluarga yang mempunyai penyakit buah pinggang juga harus membuat langkah lebih berjaga-jaga.
Para penyelidik mendapati bahawa lelaki lebih awal mendapatkan rawatan dialisis berbanding wanita atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Menurut Pakar Perunding Nefrologi Kanan dan Ketua Jabatan Nefrologi Hos- pital Serdang, Prof Dr Goh Bak Leong yang juga Presiden Persatuan Nefrologi Malay- sia, banyak punca yang menyebabkan wanita tidak mendapatkan rawatan lebih awal dan ini termasuk akses yang tidak seimbang kepada penjagaan kesihatan wanita di beberapa buah negara.
“Walaupun alasannya tidak jelas men- gapa penyakit ini mempengaruhi lelaki dan wanita secara berbeza, ia adalah sesuatu yang sedang diamati di seluruh dunia,” kata Prof Goh.

CARA MENJAGA KESIHATAN BUAH PINGGANG
- Jika anda menghidap diabetes, pasti- kan kawalan gula darah anda adalah sangat baik. Ikuti nasihat doktor anda mengenai suntikan insulin, ubat, diet, aktiviti fizikal dan pemantauan gula darah anda.
- Mengawal tekanan darah tinggi. Adakah tekanan darah anda sentiasa diperiksa? Perubatan yang digunakan untuk menurunkan tekanan darah (dadah anti-hipertensi), seperti penghambat ACE atau penghalang angiotensin, boleh melambatkan perkembangan penyakit buah pinggang.
- Jika anda mempunyai salah satu faktor risiko penyakit buah pinggang, dapatkan pemeriksaan kesihatan buah pinggang (ujian darah, ujian air kenc- ing dan pemeriksaan tekanan darah) sekurang-kurangnya setiap tahun (lebih kerap jika anda mempunyai diabetes atau tekanan darah tinggi).
- Rawat jangkitan saluran kencing segera.
- Mengendalikan tahap kolesterol darah dengan diet dan ubat-ubatan jika perlu.
- Minum air yang mencukupi dan pilih makanan yang rendah gula, lemak dan garam, tetapi tinggi serat. Melekatkan saiz hidangan sederhana.
- Jangan merokok.
- Minum alkohol secara sederhana.
- Mengekalkan berat badan yang sihat untuk ketinggian dan umur anda.
- Cuba lakukan senaman sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari.