Rambut yang lebat, sihat dan bermaya suatu yang diingini oleh wanita dan untuk mendapatkan rambut yang sihat, semestinya perlu usaha dan penjagaan sepenuhnya.
Rutin penjagaan rambut telah lama anda fahami, pastinya syampu yang digunakan di pasaran atau pun dengan mengamalkan kaedah bahan alami. Kedua-dua kaedah ada manfaatnya yang tersendiri.
Fatin Amierah berkongsi pengalaman menggunakan kaedah penjagaan rambut secara tradisi, amalannya untuk memastikan rambutnya sentiasa bermaya, berkilat, lembut dan tebal. Nak tahu lanjut apakah caranya, jom ikuti perkongsiannya;
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Rambut secantik model iklan shampoo
Attractive woman
Poyo sangat tajuk status.Haha…. Okay btw tips ni sangat bagus untuk uolss yang ada masalah rambut contohnya rambut gugur, rambut keras macam dawai , rambut tak berapa nan hado , kelemumur bagaikan salju berguguran, rambut rosak sebab dok pi buat rebonding, colorkan dan segala macam mak nenek .
Bahan:
Ads
Santan kotak (asli lagi bagus)
1 bijik limau nipis
NOTA: Santan tu guna suku je . Actually, kuantiti ikut pada panjang mana rambut uols.
Cara:
Ads
Campurkan kedua2 bahan tadi dan gaul rata .
Ratakan dengan sikat atau berus gigi yang dah tak pakai dan lumur kat rambut & kulit kepala .
Guna jari pun boleh
Balut rambut pakai towel atau shower cap . Pakai plastik pun boleh lahh
Biarkan selama 30 minit-1 jam dan shampoo rambut macam biasa .
Takyah guna conditioner dah ye .
KEBAIKAN:
Pihak HIJABISTA tidak dapat menyiarkan hasil penggunaan bahan ini, bagi menghormati hijabi ini telah berhijab.
Rambut akan tumbuh lebih cepat dan lebat
Repair rambut yang rosak & bercabang tiga empat
Lembutkan rambut dan mampu buat rambut uols berkilat meghelip .
Sihatkan dan lembabkan kulit kepala
Atasi rambut gugur dan kelimumur yang gugur bagaikan salju
Lambatkan proses rambut beruban (awek muda)
Nutrition semulajadi & conditioner rambut
Okay dah .. buat seminggu DUA kali tau .
Paling malas seminggu sekali. Maka percayalah rambut uols akan jadi shine bright like a diamond.
Ads
Buat buat . Serious tak tipu mesti menjadi .
Sumber : Fatin Amierah Zabri
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Siapa menyangka, tragedi kehilangan MH370 sehingga kini masih misteri walaupun pencariannya sudah pun memasuki tahun keempat, namun jauh di sudut hati waris mangsa pesawat malang itu masih menanti satu jawapan ‘penutup’ ke mana ianya hilang. Penerbangan MH370 bersama 239 orang hilang daripada imbasan radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014, dan kehilangan pesawat itu disifatkan antara yang paling menimbulkan misteri dalam sejarah penerbangan di dunia.
Australia, Malaysia dan China secara bersama menggantung pencarian selama dua tahun bagi pesawat tersebut pada Januari tahun lepas. Tiada tanda-tanda pesawat itu ditemukan di kawasan pencarian merangkumi 120,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.
Setakat ini, hanya tiga serpihan yang disahkan dari MH370 telah ditemukan, kesemuanya di pantai Barat Lautan Hindi termasuk bahagian sayap sepanjang dua meter dikenali sebagai “flaperon”.
Isteri kepada seorang pramugara MH370, Muhammad Hazrin iaitu Intan Maizura Othman berkata biarpun dia reda, namun mengharapkan kebenaran di sebalik kejadian tersebut walaupun sudah empat tahun berlalu.
Apabila ditanya dalam temubual bersama dalam rancangan Sofa Sinar untuk siaran di Sinar Harian Online, perasaan sebenar yang dialaminya sejak peristiwa itu, Intan mengungkap:
“Sebenarnya sudah banyak kali soalan itu diajukan kepada saya. Saya sebagai orang Islam, reda dengan apa yang berlaku, jika saya kata reda, sama ada dia hidup atau dah tiada, saya terima.
“Dalam erti kata lain saya tak nak terlalu mengharap yang menganggap dia masih hidup kerana ia akan menghantui kehidupan dan emosi saya serta anak-anak, “ katanya ketika ditemubual oleh pengacara Sofa Sinar, Norutul Ilham Mad Jani.
Menurutnya masih segar diingatannya perisiwa empat tahun lalu sebelum suaminya berangkat ke tempat kerja buat kali terakhir.
“Ketika itu saya masih mengandung anak kedua kami, tujuh bulan dan seorang lagi anak sulung berusia 4 tahun. Ketika kejadian berlaku, anak perempuan saya masih ok, seminggu dan dua minggu selepas itu juga masih ok sehinggalah saya beriitahu dia yang ‘papa tak akan balik’, barulah dia dah goyang. Ini kerana ketika itu dia tengok saya asyik menangis sahaja sepanjang kejadian itu.
“Masa itu saya tengok dia juga turut beremosi seperti saya juga. Memang ia amat melukakan bagi kanak-kanak sekecil itu. Apatah lagi dia juga sangat rapat dengan papanya. Memang saya susah nak explain perasaan dia. Malah sampai hari ini dia masih tidur dengan frame papanya, menangis setiap malam, rindukan papanya. Saya tak dapat selami perasaan sebenar walaupun saya ini emaknya,” cerita Intan dalam nada perlahan.
Ketika ditanya mengenai kerjayanya suaminya sebagai seorang pramugara, adakah dia ada terfikir mengenai kemalangan yang akan menimpa suaminya, sepanjang kerjayanya sebagai seorang pramugara.
“Sebenarnya itu adalah benda pertama yang datang dalam fikiran saya ketika seorang teman menelefon memberitahu pesawat suami saya hilang. Tetapi saya tidak menyangka ia adalah perbuatan hijack tetapi saya hanya terbayang crash sahaja.
“Itu sahaja yang terbayang di fikiran dan saya sudah bersedia menerimanya jika crash tetapi bukan dengan situasi (drama) yang berlaku masa itu,” ceritanya yang turut membuat keputusan dia juga tidak akan terbang dengan memakai pakaian uniform tetapi sebagai penumpang sahaja tidak mengapa.
Sebagai isteri Intan juga mengharapkan ada pengakhirannya bagi kes ini. Dia berharap akan ada seseorang yang datang memberitahu kebenarannya apa sebenar yang berlaku pada MH370. Bukan sahaja untuk dirinya tetapi anak-anak dan juga keluarga lain bagi mangsa pesawat berkenaan.
“Pada isteri yang menanti, pada suami yang menanti, anak-anak semuanya ingin tahu kebenarannya sahaja. Just tell us the truth dan itu sahaja yang kami mahukan,” katanya lagi.
Sementara itu dalam temubual bersama Nona, Intan memberitahu dia mahu bangkit dari episod duka dengan memilih aktiviti lasak pilihannya, memanjat gunung.
Menurutnya aktiviti ini menjadi pilihan kerana mendapati ia merupakan satu aktiviti fizikal yang bukan sahaja menguji dari segi fizikal, malah turut melibatkan daya ketahanan mental yang tinggi.
Intan juga masih mengingati detik manis kali pertama mendaki bersama suami tersayang sekitar tahun 2013. Ketika itu dia mencuba mendaki Bukit Tabur yang terletak di Malawati. Mendaki tanpa persediaan lengkap dan hanya berbekalkan air minuman serta kasut dan peralatan mendaki yang terhad. Namun keduanya berjaya mengatasi cabaran tersebut walaupun suaminya itu bukanlah seorang yang gemarkan aktiviti luar.
Sementara itu anak kepada salah seorang penumpang MH370, Anne Daisy iaitu, Grace Nathan pula berkata sebaik sahaja laporan yang mengesahkan menemui serpihan yang didakwa milik pesawat malang itu, dia terus menggigil.
“Itu kali pertama saya kena terima bahawa pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi. Saya jadi tak tahu apa yang nak difikir kalau itu yang berlaku terhadap MH370.
“Sebelum ini ada pelbagai andaian dan laporan, jadi susah nak terima semua ini, tapi apabila laporan ini keluar, sedih sangat,” katanya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pelbagai usaha telah dilakukan untuk kuruskan badan tetapi masih tak menjadi? Tentu anda stress kan bila usaha yang dilakukan seakan sia-sia. Nanti dulu, jangan mudah berputus asa. Kurus dengan cara mudah, hanya makan tembikai dalam masa 7 hari. Wow, bukan?
Tembikai merupakan salah satu buah yang berkesan untuk menurunkan berat badan secara semula jadi. Malah, ia mampu memberi anda tenaga dan boleh menyahtoksik badan tanpa rasa lapar. Ia padat dengan nutrien, mempunyai kandungan air yang banyak serta rendah kalori.
Menariknya, pengambilan buah tembikai setiap hari boleh mengurangkan risiko obesiti, penyakit jantung dan diabetes.
Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu makan tembikai setiap hari semasa sarapan pagi dan makan malam. Untuk bulan Ramadan, anda boleh makan semasa waktu sahur. Diet ini amat berkesan untuk menghilangkan toksik berlebihan dalam badan, garam dan kotoran-kotoran lain.
Sekiranya anda melakukan diet buah tembikai, anda perlu memastikan anda tidak mengambilnya secara berlebihan. Nisbah yang ideal adalah 1:10. sekiranya berat badan anda 60 kg, bermakna anda perlu makan 6 kg buah tembikai.
Jumlah yang ideal untuk sekali makan adalah 150 kkal. Tembikai mengandungi 97 peratus air, jadi ia dapat membantu menambah air di dalam badan. Menurut pakar pemakanan, diet tembikai buat orang ramai lebih tertarik kerana ia lebih realistik dengan matlamat yang dicapai.
Tetapi perlu anda tahu bahawa diet ini boleh dilakukan selama seminggu atau 5 hari sahaja kerana jika dilakukan secara berlebihan, ia akan memberikan kesan negatif pada kesihatan.
Selain itu, anda boleh jadikan ia sebagai salad yang telah dicampurkan bersama beberapa biji rami atau benih chia. Tembikai ini juga boleh anda jadikan sebagai jus.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Sebut je Qu Puteh, pasti anda terbayangkan pengasasnya yang vogue dan mempunyai mulut ramah jika berceloteh. Kebelakangan ini Datuk Seri Vida sekali lagi meraih perhatian netizen dengan penampilan terbaharu yang lebih langsing.
Aura usahawan kosmetik, Vida membuatkan dirinya mempunyai pengaruh dan peminatnya tersendiri. Rata-rata peminat yang mengikuti perkembangan Vida teruja apabila melihat usahawan itu sudah berjaya menurunkan berat badan.
Selain itu, kapsyen Vida menerusi hantaran pada laman Instagram miliknya, seolah-olah memberi bayangan bahawa dia sememangnya sudah berjaya membuang ‘lemak tepu’ di badannya.
“Turun berat badan salah, berisi lagilah salah… semua tak kena,” tulis Vida ringkas.
Meninjau keruangan komen, terdapat komen-komen ‘nakal’ dari netizen yang memoersoalkan adakah pelantun suara lagu Ku Ikhlaskan itu telah menjalani pembedahan bariatrik atau lebih popular dengan panggilan pembedahan potong usus atau perut.
“Datuk buat bariatric surgery ke? Wah tak lama lagi slim melim laa kan lagi cun,” tanya pengikutnya.
Menolak dakwaan dirinya melakukan pembedahan demi menguruskan berat badan, Vida sempat meninggalkan komen balas secara ringkas terhadap persoalan yang diajujan oleh peminatnya itu.
“Tak, no no,” jawabnya ringkas.
Namun, rata-rata netizen memuji penampilan terkini Vida yang kelihatan semakin cantik dan ayu, menyerlahkan kelas Vida yang tersendiri dan tampak lebih elegan.
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.