Masalah rambut gugur menjadi mimpi ngeri tidak kira wanita mahupun lelaki. Bagi hijabi meskipun berhijab, kecantikan rambut tetap menjadi keutamaan. Rambut yang sihat dan bersinar pastinya menjadi impian setiap hijabis kerana rambut adalah mahkota seorang wanita.

Masalah rambut gugur yang dihadapi kebanyakan wanita boleh menghilangkan keyakinan diri. Apabila hari demi hari, rambut menjadi semakin tipis secara tidak langsung ia boleh menampakkan kesan penuaan.

Dalam keadaan normal, manusia kehilangan kira-kira 100 helai rambut sehari tidak kira wanita mahupun lelaki. Masalah akan timbul apabila rambut yang gugur tidak diganti dan ini boleh menyebabkan seseorang itu menjadi botak.

Botak itu boleh berlaku sementara atau kekal. Antara penyebab rambut gugur adalah penggunaan bahan kimia dan suhu tinggi untuk dandanan rambut. Masalah ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja tanpa rawatan kerana ia boleh menyebabkan masalah botak yang kekal.

Antara penyebab berlakunya masalah kegugurab rambut antaranya ialah terdedah pada bahan kimia yang digunakan untuk meluruskan, mengerintingkan dan mewarnakan rambut. Kerap menyisir rambut terutamanya apabila menggunakan sikat yang tidak bersesuaian dengan ketebalan rambut juga antara penyebab rambut gugur.

Faktor-faktor lain yang menyebabkan berlakunya masalah keguguran rambut ialah menyisir rambut dalam keadaan basah dan kerap mengikat tocang (braid) dengan ketat.

Berikut tip merawat masalah rambut gugur.

Macam tak percaya rambut di kawasan botak tu dah tumbuh semula. Rambut gugur pun dah berkurangan. Kalau tak, dulu bersepah satu rumah. Berbaloi-baloi beli tonik ni di Watson. Harga tak ingat, RM40-RM50 camtu. Tapi botol besar boleh guna untuk 3-4 bulan.

Bila pakai di kepala, sejuk je rasa. Sekali gus dapat mengurangkan sakit kepala. Saya bagi 100

P/S: Cara pakai selepas syampu rambut, spray benda ni atas kulit kepala. Bukan di rambut ye, di kulit kepala. Kemudian urut-urut dan biarkan saja.

Mula-mula memang ada bau seperti bau ubat, tetapi bau itu akan hilang selepas beberapa minit.

Selamat mencuba!

Kredit: Fatin Alwani