Pelakon cantik manis, Ayu Raudhah telah meraikan ulang tahunnya yang ke-38 semalam. Suami kepada Ayu yang juga pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta’zim, Zaquan Adha telah memuat naik satu video serta memberikan ucapan istimewa buat isterinya di laman Instagram.
Namun, ‘sesuatu’ telah mencuri tumpuan netizen. Apa yang mencuri tumpuan ialah, video yang dimuat naik oleh Zaquan menunjukkan ‘kit ujian kehamilan’ yang positif dan membuatkan ramai peminat tertanya-tanya sama ada benar ataupun tidak isterinya sedang hamil.
“Selamat hari jadi sayangku. I doakan Allah makbulkan segala doa you, you seorang isteri dan mummy yang hebat, tak ternilai pengorbanan you dengan duit ringgit.
I love you till jannah sayangku (pic last tu hadiah i yang tak seberapa untuk you).” tulis Zaquan.
Terbaru, tanda tanya tersebut telah disahkan sendiri oleh Ayu. Selepas mendapat cahaya mata kelima pada Mei tahun lalu, pelakon jelita Ayu Raudhah akui teruja menantikan kehadiran zuriat baharu apabila kini sedang hamil lima bulan anak keenam!
Menerusi laporan daripada Gempak, aktres tersebut memanjatkan rasa syukur dan mengakui agak segan untuk mendedahkan berita baik ini kerana sedar ia bukanlah kandungan pertama.
“Alhamdulillah, saya anggap rezeki buat anak saya dan suami. Kami berdua okay saja sebab kami datang daripada keluarga yang ramai. Saya dan Zaquan datang daripada tujuh adik beradik. Kami happy anak ramai.
“Saya sebenarnya segan nak kongsi, sebab anak pun dah masuk enam, kalau anak nombor satu takpa la juga, excited la juga.
Tambah Ayu yang juga merupakan adik kepada aktres Rozita Che Wan, kehamilannya kali ini agak berlainan kerana mengalami alahan agak teruk. Dia serta Zaquan mengalami alahan yang teruk seperti muntah dan demam pada awal trimester.
“Sebelum ini anak lima orang tak pernah ada morning sickness, tapi yang keenam ini lain macam rasanya. Saya dan Zaquan kami muntah dan demam masa first trimester.
“Teruk gila waktu itu, mungkin sebab dah berusia. Kami dah tak larat sangat, duduk sebelah terbaring demam. Sebelum ni pregnant senang je, kali ini je macam ada lain sikit,” tambahnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat dilihat memberikan ucapan tahniah di atas berita kehamilan Ayu, malah ramai yang turut menitipkan ucapan ulang tahun kepada pelakon pernah membintangi drama Berlari Ke Bintang itu.
“Alhamdulillah sis, congrats mommy to be”
“Happy birthday. Tahniah new baby. Moga bertambah bahagia dan kekalkan kecantikan. Aamin ya robbal alamin.”
“OMG CONGRATS GUYS!! NUMBER 6! HEBAT!.”
“Barakallahu fii umrikk ayu…semoga jodoh u all berpanjangan hingga syurga Allah dan moga selamat menimang cahaya mata lg..inshaAllah..MashaAllah”
Info tambahan, Ayu telah mendirikan rumah tangga bersama Zaquan pada 21 Januari 2011 dan dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 9, Muhammad Aisy Aryann, 8, Laura Zuleykha, 5, dan Muhammad Aisy Khaliq, 3, dan Muhammad Aisy Al Jibreel, setahun enam bulan.
Sumber: Gempak dan Instagram Zaquan Adha
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Disebabkan gangguan internet, seorang pelajar Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Nurlieda Khaleeda Mohd Azmi,20, terpaksa mendaki lebih 20meter ke atas bukit bagi menjalani peperiksaannya yang dijalankan secara atas talian di Kampung Bukit Petai Tujuh, Tanah Merah, Kelantan.
Faham dengan keadaannya, bapanya, Mohd Azmi Ahmad,48, telah membina khemah untuknya di atas bukit tersebut bagi memudahkannya menjawab peperiksaan serta mengulang kaji pelajaran.
Bukan hanya perlu mendaki dengan keadaan persekitaran yang becak, pelajar tahun dua jurusan Teknologi Makmal Perubatan itu juga berdepan dengan gangguan nyamuk dan pacat malah kadang-kala terdapat ular yang meyusur di kawasan sekitarnya.
Biarpun sukar, namun Nurlieda merasakan keadaan itu adalah lebih baik daripada belajar di rumahnya tanpa kemudahan internet demi masa depannya meskipun terkena tempiasnya setiap kali hujan.
Katanya kepada Sinar Harian, antara barang wajib yang perlu dibawa ke atas bukit ialah komputer riba, modem WiFi, nota, tripod dan juga ubat nyamuk serta kipas.
“Ayah kasihankan saya, kerana sebelum ini saya perlu ke bandar Tanah Merah Baru yang terletak lebih tiga kilometer dari rumah untuk belajar. Jadi ayah naik ke bukit ini dua hari sebelum peperiksaan saya bermula untuk cari kawasan yang ada internet.
“Ayah tidak mahu saya gagal dalam peperiksaan, jadi dia berikhtiar masuk hutan untuk bina khemah ini dan sambungkan bekalan elektrik dari rumah untuk kegunaan saya di sini.
Setiap kali peperiksaan, Nurlieda pasti akan bimbang jika capaian internet di kawasan itu terputus kerana perlu menjawab semula soalan sekiranya berlaku gangguan dan tiada masa tambahan diberikan.
“Peperiksaan saya bermula 23 November lalu dan setakat ini saya sudah selesai menjawab tiga kertas soalan dan masih berbaki lagi dua lagi kertas peperiksaan yang perlu dijawab,” jelasnya.
Menurut bapanya, Mohd Azmi, masalah yang dihadapi itu bukan hanya dilalui oleh anaknya sahaja tetapi anak-anak penduduk di lima kampung lain iaitu Kampung Mengat, Degong, Che Nakaf, Jerangau Dalam dan Jerangau Luar juga turut melalui masalah yang sama.
“Selain saya, kadang-kala along (Nurlieda Khaleeda) turut ditemani adiknya, Muhammad Addin Aiman, 16, untuk belajar. Saya tidak benarkan along bersendirian kerana kawasan itu juga tidak selamat,” katanya.
Tambahnya, disebabkan masalah dihadapi itu ada segelintir penduduk yang membina pondok di atas pokok dengan ketinggian lebih lima meter di kawasan sama untuk menggunakan internet sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula.
Oleh itu, dia mengharapkan masalah ini mendapat perhatian pihak berkaitan dan dapat diselesaikan dengan segera.
Selain Nurlieda, seorang lagi anaknya, Muhammad Amien Khalielee, 18, yang juga pelajar Universiti Teknologi Mara Terengganu turut belajar di khemah sama untuk menyiapkan tugasan diberikan pensyarah.
Baru-baru ini telah tular mengenai sebuah video TikTok oleh seorang niqabis yang melabelkan wanita yang belum menutup aurat secara sempurna adalah lemah.
Menerima kritikan dan kecaman yang bertalu-talu, gadis yang dikenali sebagai Asha Aziz telah tampil membuat permohonan maaf melalui sebuah video yang dimuat naik di laman sosialnya.
Jelas Asha, dia memohon maaf di atas kesilapan yang dilakukannya sewaktu memuat naik kandungan video tersebut tempoh hari.
Ujar lagi, dia juga telah memaafkan mereka yang telah mengecamnya dan keluarga sebagaiman dia juga berharap agar netizen memaafkan dirinya.
Di ruangan komen, ramai yang memaafkan dirinya selain memuji sikapnya yang berani memohon maaf secara terbuka. Mereka juga berharap agar dia belajar daripada kesilapannya yang telah lalu.
Sama-samalah kita berusaha menjadi ke arah yang lebih baik
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.