Sekurang-kurangnya 78 nyawa telah terkorban dalam letupan di Beirut, Lubnan yang berlaku petang Selasa semalam, lapor Reuters.
Presiden Lubnan,Michel Aoun mengisytiharkan darurat di Beirut selama dua minggu. Jelasnya, seluruh negara juga diminta berkabung bagi mengenang mangsa dalam letupan tersebut.
Kejadian letupan yang dahsyat itu telah meruntun hati setiap manusia di seluruh dunia. Ramai yang berkongsikan video sewaktu kejadian tersebut berlaku di media sosial.
Ads
Tiada siapa yang dapat menjangkakannya kerana ia berlaku terlalu pantas.
Seorang pengguna twitter telah berkongsikan video mengenai keadaan di hospital yang sesak susulan daripada kejadian letupan itu.
Ini pula rakaman CCTV di rumah yang menunjukkan keadaan seorang bapa yang sempat menyelematkan dirinya dan anak yang tercinta dengan bersembunyi di bawah meja.
Subhanallah, sungguh tidak terduga semua ini akan terjadi. Sedih melihat keadaan mereka yang kehilangan tempat berteduh dan insan tersayang. Marilah sama-sama kita mendoakan bagi kesejahteraan negara Lubnan ini. InsyaAllah. #PrayForLebanon
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Depresi atau kemurungan adalah satu penyakit yang membunuh dalam senyap. Seseorang itu mungkin nampak bahagia dan ceria di luar tetapi dalamannya mungkin dia sedang terseksa, bertarung dengan diri sendiri. Baru-baru ini, Ummi Nazeera juga telah membuka cerita yang dia pernah mengalami depresi ini. Mari kita baca.
Anda boleh nampak betapa gembiranya saya dalam foto ini kerana saya berada di sana waktu itu, Alhamdulillah… tapi berita sedihnya ialah.. tahun ini saya mendapat tahu ada dua kes bunuh diri di depan Masjid Kaabah.
Sakit mental ataupun kemurungan adalah benar.. carilah pertolongan.. Jujurnya, saya ada juga sedikit masalah itu… tahun pertama saya di Uni.. kemungkinan kerana saya mengalami ‘homesick’.. Sentiasa carilah kepuasan. Tapi saya tak dapat menjumpanya.. Saya susah tidur… Jadi apa yang saya lakukan ialah.. saya mencari pertolongan.. Saya berjumpa dengan pakar terapi Uni (atas cadangan professor). Pakar terapi tersebut mengajar saya supaya meluahkan segalanya melalui penulisan seperti dalam jurnal.. Alhamdulillah… ia membuatkan saya lebih tenang.. dan semestinya.. Islam.. Saya jumpa ketenangan apabila saya lebih mengamalkannya.
Saya juga belajar.. tiada sesiapa yang akan menyayangi mu lebih daripada Penciptamu… takkan pernah meninggalkanmu.. kadang kala, yang membuatkan kita sedih adalah pengharapan kita yang tinggi.. Saya belajar untuk bersyukur dengan apa yang saya ada dan Alhamdulillah itu membuatkan saya lebih gembira (tentulah kadang kala ada naik turun dalam hidup. Itulah kehidupan, kita belum sampai ke syurga lagi).
Apalah tujuan syurga jika awak dapat semua yang awak inginkan bukan?
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kita mesti biasa dengarkan jika seorang guru, atau pensyarah lelaki berkahwin dengan anak muridnya. Namun, jarang sekali kedengaran seorang guru atau pensyarah wanita yang memilih anak muridnya sebagai pasangan hidup. Baru -baru ini, telah viral foto pre-wedding satu pasangan pengantin di mana seorang guru wanita telah berkahwin dengan anak muridnya. Benarlah takdir Tuhan itu indah. Kalau dah jodoh pasti bertemu bukan?
Hijabista mendoakan agar pasangan ini berkekalan selama-lamanya hingga ke Jannah dan sentiasa mendapat keberkatan dan rezeki daripada Tuhan selalu. Selamat pengantin baru!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Selain pengacara popular Jihan Muse yang selamat melahirkan bayi lelakinya malam tadi, presenter di TV Al-Hijrah dan personaliti Farahanim atau mesra dipanggil Anim juga selamat melahirkan bayi kembarnya. Anim mengucapkan syukur kepada Allah atas kurniaan rezeki dan turut memberitahu kedua-dua bayinya sihat dan sempurna. Posting yang dimuat turun di laman instagramnya mendapat ucapan tahniah dari kenalannya termasuk beberapa selebriti popular seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Apa yang seronoknya apabila sudah mengetahui bakal melahirkan cahaya mata perempuan, jadi segala persiapan termasuk baju dan kelengkapan lain lebih terarah kepada bayi perempuan.
Bukan itu sahaja persediaan yang dilakukan Anim. Dia juga turut mengikuti kelas mengenai cara breastfeeding serta soalan berkisar tentang penjagaan ibu dan bayi. Segala persoalan yan tidak difahami dilontarkan pada konsultan bertauliah dalam kelas yang dihadiri.
Selain itu, Anim juga turut mempratikkan amalan yang baik kepada bayi kembarnya. Sejak dalam perut lagi menurut Anim dia sudah memperdengarkan bacaan ayat Al-Quran dengan hanya melekatkan sejenis alat pada perut.
Hijabista mengucapkan tahniah atas kelahiran bayi kembar ini dan semoga sihat dan ceria menjalani fasa baru sebagai ibu muda.
Ternyata bukan mudah persediaan untuk menjaga anak kembar. Persediaannya sekali ganda berbanding melahirkan seorang anak. Kami kongsikan panduan menjaga anak kembar yang dikongsi dalam facebook Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Comel.
Masa menyusu Sebenarnya tidak sukar menyusukan si kembar serentak tetapi lebih baik jika setiap orang mempunyai waktu menyusu yang khusus supaya setiap kembar mendapat perhatian sama.
Cara pertama: Peruntukkan 10 minit bagi setiap seorang iaitu selepas menyusukan kembar pertama selama 10 minit, susukan pula kembar kedua selama 10 minit dan ulangi cara ini selama sejam atau sehingga si kembar kenyang.
Namun, jangka masa penyusuan bergantung kepada keperluan bayi anda. Jika kembar yang kuat menyusu mungkin waktu yang diperuntukkan perlu ditambah hingga 15 minit atau setengah jam setiap seorang.
Bagaimanapun, jangan sesekali mengamalkan tabiat menyusukan si kembar hanya apabila mereka menangis kerana ini akan menyukarkan anda untuk melayan kerenah kedua-duanya secara serentak.
Cara kedua: Menyusukan kembar pada waktu berasingan. Kaedah ini boleh diamalkan kerana ada pasangan kembar yang mempunyai keperluan susu dan waktu tidur yang berbeza.
Misalnya, kembar pertama mungkin kurang menyusu tetapi kuat tidur manakala kembar kedua, kuat menyusu tetapi kurang tidur. Di sekitar tempat tidur pula, letakkan semua peralatan seperti lampin, susu, sarung tangan, seluar, sarung kaki, kelambu dan peralatan membancuh susu berdekatan.
Mandi Jangan mandikan si kembar serentak jika anda bersendirian. Anda boleh mandikan kembar pertama ketika kembar kedua sedang tidur.
Jika bayi kembar anda sudah boleh duduk, mungkin boleh mandikan mereka bersama tetapi jangan sesekali meninggalkan kembar berseorangan dalam besen mandi ketika anda mengelap kembar pertama.
Pakaian Elakkan daripada terlalu kerap menukar pakaian bayi. Satu lagi, jangan biasakan diri terlalu memikirkan pakaian apa yang perlu dipakai – bereben, berenda, seluar panjang atau pakai baju yang serupa corak dan warnanya. Asalkan ia bersih dan selesa, jangan bimbang.
Ketenangan dalam Islam mengajar kita kembali kepada Allah melalui zikir, doa dan solat ketika jiwa gelisah, di samping menjaga kesihatan fizikal dan emosi.